Friday, August 14, 2009

H1N1: Najib Enggan Adakan Sidang Khas Parlimen :- Nizar, Zambry & Najib Altantuya


Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kesal dengan sikap Perdana Menteri yang tidak memberi sebarang respons terhadap cadangan beliau agar diadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan penularan wabak H1N1 yang semakin serius di Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sidang parlimen khas itu sangat penting bagi membolehkan satu kertas putih dibentangkan berhubung permasalahan yang melanda.

"Dengan adanya sidang khas ini, tenaga semua pihak termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat boleh digemblengkan dalam usaha menangani penularan wabak ini, ujar beliau kepada Harakahdaily.

H1N1 kini menjadi penyakit pembunuh apabila lima ke tujuh orang mati sehari akibat darinya. Angka ini terlalu besar berbanding dengan jumlah pesakit yang mengidapnya sekarang dan antara yang tinggi di kalangan negara-negara Asian Tenggara. Sehingga semalam, 51 kematian telah direkodkan.

Mahfuz mencadangkan agar satu jawatankuasa bersama ditubuhkan di peringkat negara melibatkan semua pihak termasuk kerajaan, ahli politik dan badan-badan NGO dan diletakkan di bawah jawatankuasa keselamatan negara.

"Namun sehingga sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memberi sebarang respon sedangkan keadaan semakin meruncing.

"51 kematian akibat wabak H1N1 setakat ini meletakkan negara kita di tempat yang ke-9 di dunia. Apa lagi yang harus ditunggu?"katanya.

Beliau juga mencadangkan agar Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri jika tidak tahu apa yang harus diutamakan dalam merealisasikan slogan 1Malaysia Rakyat iaitu 'rakyat didahulu, pencapaian diutamakan.'

"Saya cadang Najib elok letak jawatan jika masih tak tahu apa nak buat," tegasnya.

Sementara itu, beliau bepesan kepada rakyat agar memperbanyakkan solat hajat agar dihindari dari wabak ini di samping bergantung kepada perubatan moden.

Selain itu, orang ramai juga disarankan agar tidak berkunjung ke luar negara jika tiada urusan penting.

"Kita perlu sama-sama tingkatkan solat hajat. Dan saya harap kepada sesiapa yang tiada kepentingan agar menangguhkan hasrat untuk ke luar negara,"katanya.- /harakahdaily

MyKampungku

Reactions:

2 comments:

Anonymous said...

MACC GOT NO BOSS TO INVESTIGATE HIGH PROFILE CASE ! IT ONLY GOT THE BOSS INVESTIGATE COW AND CAR CASE.AS FOR NOW RAKYAT AKNOWLEGE MACC AS ( MALAYSIAN ANTI COW AND CAR & MURDER ASSOCIATION CORRUPTION CONSPIRASI )ECT.....NAJIB HIGHLIGTED TO CHARGE PEOPLE WHO CAUSE RACIAL AND RELIGION TENSION.FIRST HE SHOULD CHARGE UTUSAN AND AL ISLAM JOURNALIST FIRST IN ORDER TO PROVE HIM IS SERIOUSLY SERIOUS ABOUT IT. THEN ONLY THE RAKYAT WILL BELIEVE HE IS A FAIR PM .CORECT ME IF I AM WRONG.SO WHAT IS H1N1 TO HIM IS JUST ANOTHER PIG FLU VIRUS THATS ALL NOTHING TO HIM.

Anonymous said...

kenapa tidak dihapuskan semua babi2 di malaysia seperti mana dihapuskan ayam2 semasa penyakit selesema burung menular,

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost