Friday, August 14, 2009

Perkembangan Inkues Kematian Teoh Beng Hock Hari Ini (Jumaat) :- Nizar vs Najib Altantuya

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini (Jumaat, 14 Ogos). Prosiding diteruskan pagi ini.

12 tengah hari: Prosiding ditangguhkan sehingga Isnin. Dr Khairul akan menyambung semula memberi keterangan.

11.40 pagi: Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo menyangkal teori Dr Khairul yang menyatakan si mati terjun dari tingkap tingkat 14 kerana berdasarkan keterangan pakar forensik sebelum ini yang menyatakan tidak terdapat kesan cap jari atau kasut di bahagian bingkai tingkap. Kata Gobind, jika si mati mahu terjun, pastinya si mati cuba memegang atau menyentuh bingkai tingkap.

11.05 pagi: Prosiding disambung semula.

10.30 pagi: Mahkamah berhenti rehat.

10.25 pagi: Dr Khairul membuat kesimpulan bahawa kematian si mati lebih kepada akibat membunuh diri dengan terjun.

10.20 pagi: Dr Khairul memaklumkan, pada pendapatnya, tiada bukti kukuh yang menunjukkan wujudnya sebarang pergelutan berdasarkan tiada sebarang kecederaan yang dialami si mati dan juga berdasarkan tempat kejadian di tingkat 14. Tiada tanda-tanda berlakunya pergelutan kerana tiada kesan barang-barang bertaburan di tingkat 14. Satu lagi perkara yang boleh menyokong hujah adalah sebatang pen bertulis SPRM yang masih ada pada baju si mati. Beliau berkata, jika berlaku pergelutan, pen tersebut pasti tercampak.

10.15 pagi: Dr Khairul memberitahu mahkamah, terdapat tiga kemungkinan cara kematian si mati. Pertama, si mati boleh mati dengan cara jatuh secara tidak sengaja. Kedua, kemungkinan si mati terjun sendiri atau pun dengan perbuatan sendiri. Ketiga, si mati mungkin dicampak atau ditolak.

10.05 pagi: Dr Khairul memaklumkan beliau percaya kehadiran DNA misteri pada tali pinggang Teoh mungkin datang dari kontaminasi semasa pakaian mayat ditanggalkan.

9.20 pagi: Dr Khairul dalam keterangannya berkata, beliau berpendapat tiada sebarang tanda jelas bahawa mendiang Teoh telah diheret berdasarkan kesan geseran pada tapak kasut sebelah kanan.

9.10 pagi: Prosiding bermula dengan saksi ke-10, Pakar Perunding Kanan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Dr Khairul Azman Ibrahim menyambung keterangan.-mstar

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost