Wednesday, August 12, 2009

H1N1: Tindakan Malaysia Sangat Lembab Dalam Isu SELSEMA BABI !! : Nizar vs Najib Altantuya

Berdasarkan bilangan kes-kes yang semakin meningkat saban hari, tidak termasuk lagi jumlah institusi-institusi yang terlibat dalam proses kuarantin, pemimpin Malaysia masih lagi leka dan seronok membilang jumlah kes yang bertambah setiap hari.

sekolh

Utusan dan Berita Harian tidak ada berita lain yang dipaparkan selain daripada membuat kira-kira bilangan rakyat yang semakin dijangkiti. Kita tidak pasti sehingga angka kematian yang ke berapakah yang boleh menyebabkan kerajaan Malaysia mewajibkan pemakian topeng muka.

Sehingga hari ini, tiada lagi tindakan kerajaan untuk mengambil langkah mewajibkan pemakaian topeng muka seperti di Thailand. Sepatutnya, walaupun terdapat satu kes, tindakan segera hendaklah di ambil.

Iklan berkaitan mengelakkan Swine Flu di televisyen daripada kementerian kesihatan tidak bermaya, lembap dan kurang agresif. Iklan hanya seperti iklan mencegah denggi. Sepatutnya iklan tersebut memaparkan bahawa H1N1 boleh berjangkit melalui udara terutamanya kawasan-kawasan pasaraya.

Kelembapan tindakan kerajaan Malaysia ini mungkin disebabkan tiada anak isteri atau saudara mara menteri-menteri yang dikuarantin atau terkena H1N1. Kami yakin tindakan sepantas kelajuan cahaya akan diambil sekiranya anak bini menteri terkena Swine Flu.

Setiap hari, ada sahaja berita tentang tempat yang dikuarantin tetapi setiap hari juga jabatan-jabatan kerajaan masih menganjurkan pelbagai majlis keramaian termasuklah mesyuarat-mesyuarat rasmi skala besar di hotel-hotel dan golf resort.

Artikel ringkas ini, ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia terutamanya pelajar-pelajar perubatan agar mendesak pensyarah-pensyarah perubatan mereka mendesak golongan pakar perubatan di Malaysia agar menasihati pemimpin yang lembab.

Setakat ini, kami masih menunggu laporan desakan daripada Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia terhadap kementerian kesihatan. Apakah mereka tidak tahu betapa bahayanya Swine Flu dan vaksin palsu yang bakal ditempah oleh Ismail Merican?.



/tranungkite

MyKampungku

1 comments:

anne said...

WHO telah istiharkan pandemik tetapi langkah yang diambil kerajaan amat lembik.Pintu masuk negara samada di darat, laut dan udara masih terbuka luas tanpa sekatan / saringan bersungguh-sungguh dan hanya setakat saringan haba/suhu yang tidak terkawal. Lawatan sekembalinya saya dari Indonesia minggu lepas dan kemudian melihat pula di jeti imigration Pel.Klang dan baru dua hari lepas di Padang Besar amat memeranjatkan. Negara lain mengenakan saringan yang cukup ketat tetapi kerajaan Malaysia seperti alpa dengan pembunuh H1N1.

Kerajaan hanya setakat mengumumkan berapa orang mati, berapa umur yang mati dan berapa orang yang dikesan dijangkiti..itu sahaja? Selainnya hanyalah iklan di media yang biasa-biasa sahaja sedangkan penyakit ini adalah luarbiasa!

Rakyat mahu statistik lengkap dimumumkan oleh kerajaan mengenai berapa yang mati, dinegeri mana kematian berlaku, berapa umur yang mati, bangsa apa yang mati, apakah simptom yang menyebabkan kematian. Selain itu rakyat mahu tahu bilangan kes yang dimasukkan ke hospital termasuk ICU..Rakyat boleh menjauhi negeri yang mempunyai banyak kes.

Berdasarkan maklumat dari networking Kesatuan Sekerja yang bertugas di sektor Kesihatan menunjukkan bilangan yang dijangkiti amat kritikal sebenarnya. Oleh kerana ramai yang dijangkiti dan keupayaan Dr dan rawatan yang terhad, maka ramai pesakit yang dirawat secara biasa-biasa sahaja.

Penyakit ini adalah MEMBUNUH MANUSIA dan kerajaan kena kendalikannya dengan bersungguh-sungguh seperti mengendalikan PEMBUNUH. Jika soal 'Nyawa Politik' penting bagi kerajaan maka 'nyawa rakyat' perlu diberi keutamaan.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost