Wednesday, August 12, 2009

SPRM !!! Adakah Ini RASUAH ? :-Nizar vs Najib Altantuya


Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.

Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000
bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.-/malaysiakini

MyKampungku

Reactions:

2 comments:

Anonymous said...

Percayalah... SPRM tidak akan mengambil tindakan yang serius terhadap kes ini. Kalau ada pun kes ini akan ditutup dengan alasan tidak mempunyai bukti yang kukuh. Biasa la tu... Apa lagi yang boleh diharapkan dari SPRM yang hanya berbakti untuk negara UMNgok saja.

P/S : Rakyat sekarang sedang melihat apa tindakan seterusnya yang akan diambil oleh SPRM.

Anonymous said...

MACC nak tunggu apa lagi ??? Bila nak buka fail untuk kes ini ??? Terlampau sibuk dengan kes ADUN Selangor sehingga takde masa nak buka fail untuk rakan kamu dari MCA ???

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost