Dalam Islam, kita diajar cakap serupa bikin. Apatah lagi Hasan Ali adalah pemimpin no. 1 PAS Selangor. Bukan main-main tu. Rasanya pasti Hasan Ali dah khatam buku tafsir tulisan Hj Hadi iaitu Tafsir Surah as-Saff. Ini buku rujukan usrah asas dalam PAS. Hasan Ali mesti sudah membahaskan ayat kedua dalam surah ini, bahawa Tuhan sangat murka kepada orang yang hanya reti bercakap; tapi dia sendiri tak buat! Hasan Ali mesti dah hafal dan hadam surah ini, jika tidak macam mana Hj Hadi boleh lantik dia jadi Pesuruh Jaya Pas Selangor. Bukan senang nak jadi PJ, dia mestilah orang yang alim, warak, bijaksana dan bijaksini…nak pimpin negeri yang mana ahli-ahli PAS majoritinya cerdik dan pandailah katakan…maka, seseorang yang terpilih menjadi PJ pastilah memenuhi ciri-ciri asas ini.
Kita yakin, Hasan Ali sudah pasti telah melalui marhalah demi marhalah tarbiyyah yang komprehensif dalam PAS. Yalah, Hasan Ali kan menyertai PAS pada tahun 1997, kemudian
diangkat menjadi PJ hingga kini, sudah pastilah dia kena melalui marhalah tarbiyah dalam PAS secara aktif dan ekspress. Jika orang lain semasa di sekolah menengah dah isi borang PAS, dah kena ikut marhalah tarbiyyah yang pelbagai peringkat; maka Hasan Ali lagilah kena catch up semua tu. Yalah, hangpa ingat senang ke Hj Hadi nak bagi can Hasan Ali jadi PJ Selangor jika Hasan Ali pun caca marba tarbiyah dia. Hj Hadi mesti dah buat tapisan, dah buat imtihan khas kepada Hasan Ali, hingga Hasan Ali lulus dan dengan itu layak ditabalkan sebagai PJ Selangor. Hebat sungguh Hasan Ali pesuruh jaya ku ini.
Dalam pada itu, mana ada tokoh kepimpinan PAS di Selangor yang mampu menyaingi kehebatan Hasan Ali. Dia adalah ikon profesional yang berjaya memberi imej profesional kepada PAS. Setakat orang lain, Ir Khalid Samad, Dr Che Rosli, Dr Hatta Ramly, Dr Lo’Lo’ Ghazali, Dr Zulkifly Ahmad, Ir Iskandar, Dr Halimah, Dr Mariah…alah, depa ni profesioanl biasa-biasa sahaja. Depa tak ada PhD dan tak reti motivasi macam Hasan Ali. Maka, sebab itu PAS terhutang budi dengan Hasan Ali. Hj Hadi pun tahu menilai siapa Hasan Ali dan sebab itu dia kena diraikan dalam posisi kepimpinan PAS Selangor. Takkanlah Hasan Ali yang sebegitu profesional nak diberikan jawatan kecil…mana padan dengan jasanya membawa ribuan profesional lain memasuki PAS.
Hasan Ali juga mempunyai rekod yang sangat bersih dalam kepimpinannya. Dia bukanlah jenis manusia yang menolak mentah-mentah segala aduan dan rungutan anak buah. Hasan Ali akan layan, tapi dengan syarat aduan mestilah disertai bukti. Ada supportive document. Jika setakat dengar, hear say…Hasan Ali memang patut tak layan pun. Ini melambangkan status profesionalisme Hasan Ali. Barulah orang tak boleh main-main dengan dia. Sebab itulah Hj Hadi yakin dengan Hasan ALi. Inilah calon kepimpinan unggul di Selangor. Mana ada orang lain seperti dia lagi hari ini, mana ada.
Sebab itu kita semua - tak kiralah daripada PKR ke, DAP ke apatah lagi dari PAS, kena hormat dengan pemilihan Hj Hadi ini. Hasan Ali memang layak mengetuai PAS Selangor. Dia mempunyai kriteria hampir sempurna seorang pemimpin. Yalah, setengah pemimpin lain tu, mana reti nak bercakap berapi-rapi dengan memek muka yang real sekali gus, Hj Hadi pun kalah, tapi Hasan ALi boleh buat. Orang boleh gelak dan orang boleh teroyak mendengar celotehnya. Jika nak dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin lain di Selangor…huih…jauh panggang dari api. Semuanya tal boleh layan Hasan Ali dalam bab petah bercakap.
Oleh itu, Hasan Ali memang layak jadi pemimpin di Selangor. Sesiapa yang membantah dia, maka memang jahillah orang itu. Tak baik syeikh…lawan pilihan Hj Hadi!
Oleh Huzaifah@perakexpress
Saturday, August 8, 2009
Hassan Ali Lebih Dari Layak Untuk Pimpin Selangor? :- Nizar vs Najib Altantuya
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment