Saturday, August 8, 2009

Jual Arak Atas Kesedaran Peniaga Sendiri-Khalid Ibrahim :- Nizar vs Najib Altantuya


Kerajaan Negeri Selangor semalam membuat keputusan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli dari kalangan orang Islam dan remaja.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengharamkan penjualan minuman keras tetapi sebaliknya akan memberi tempoh sebulan kepada premis terbabit supaya tidak menjual minuman keras kepada masyarakat Islam.

“Sebagai permulaan kita mulakan dengan kawasan Shah Alam untuk melaksanakan ‘self regulation’ iaitu apa yang kita lakukan ialah untuk fahami bagaimana boleh kita wujudkan satu keadaan di mana penjualan ini dapat dilakukan kepada mereka yang hanya boleh membelinya dan bukan kepada yang tidak sepatutnya membeli termasuk orang Islam dan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), KK Group

of Companies dan kedai 24 jam 7-Eleven di sini semalam.

Abdul Khalid berkata, 7-Eleven seperti contoh telah pun mempraktikkan ‘self regulation’ di mana sebanyak 10 cawangannya di Shah Alam telah pun menghentikan penjualan minuman keras.

Katanya, draf penjualan minuman keras yang dikemukan Pas adalah tidak relevan untuk dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri perlu turut mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Kita kena ambil kira beberapa pihak termasuk penjual, pembeli, masyarakat sekeliling serta mengimbangkan keadaan walaupun Selangor negeri mesra perniagaan tetapi pada masa yang sama sangat prihatin tentang masalah sosial di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memohon kepada semua pihak agar menghormati persetujuan yang dicapai dan berhenti daripada mempolitikkan isu ini sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat majmuk Selangor.

“Jadi kita tidak boleh nak tahan (jualan minuman keras). Menghentikannya tidak akan menyelesaikan masalah sosial. Tidak payahlah kita ada banyak undang-undang, kita hormat perniagaan dan kita juga hormati masyarakat dan fahami kehendak budaya dan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Nor berkata, pihaknya akur dengan keputusan Menteri Besar itu.

“MBSA akan mengadakan kerjasama erat dengan masyarakat peniaga dan kesan keputusan itu akan dinilai dalam tempoh sebulan ini. Dalam tempoh sama, penumpuan kita hanya di 17 cawangan kedai serbaneka di Seksyen 1 hingga 24,” katanya.-/sinarharian

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost