Monday, August 10, 2009

Inkues Teoh: Punca Kematian Kena Fakta, Bukan Spekulasi :- Nizar vs Najib Altantuya


SHAH ALAM – Keterangan ahli patologi dan forensik sepatutnya diambil kira dalam menentukan punca sebenar kematian Teoh Beng Hock dan bukan dibuat berdasarkan spekulasi, kata peguam pemerhati Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Salwar.

Katanya, spekulasi punca kematian Beng Hock yang ditemui maut 16 Julai lalu selepas 10 jam disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh dibuat meskipun tingkap pejabat suruhanjaya di tingkat 14 Plaza Masalam, boleh dibuka luas.

“Tiada yang pasti lagi. Kita melihat apa yang ada tetapi tidak membawa kita lebih dekat, tiada penjelasan dari mana dia (Beng Hock) jatuh. Dari tingkap tempat saya berdiri dapat melihat tempat mayat ditemui,” katanya.

Beliau berkata begitu semasa ditemui selepas melawat tempat kejadian yang terletak di Seksyen 9, di sini, bersama Koroner Azmil Muntapha Abas dan peguam Tan Hock Chuan yang dilantik mengendalikan prosiding serta peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Beng Hock.

Turut menyertai lawatan itu ialah peguam SN Nair dan Sreekant Pillai yang juga mewakili Kerajaan Negeri serta wakil Majlis Peguam, Salim Bashir dan Rajpal Singh.-/sinarharian

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost