Monday, August 10, 2009

Replika Najib di Batu Caves :- Najib Altantuya lwn Nizar


Tahun lepas ketika masyarakat India di Batu Caves memasang replika 2 dimensi YB Datuk Sri Anwar Ibrahim, media perdana dan UMNO kecoh mengutuk amalan tersebut sebagai mengagung-agungkan Ketua Umum Keadilan tersebut. Akhirnya, selepas dinasihati ADUN Batu Caves YB Amiruddin Shari, masyarakat setempat telah akur dan menurunkan replika tersebut.

Tetapi kini replika yang lebih besar YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dipasang membelakangi berhala masyarakat Hindu bagi menyambut kedatangannya di sana pada petang ini.

Sekurang-kurangnya kejadian tahun lepas dibuat pertama kali dan peganjur menurunkannya selepas mendapat pelbagai reaksi.

Tetapi apakah komen pihak-pihak yang lantang mengutuk replika Anwar seperti Dato’ Seri Mohamed Ali Rustam dan Utusan Malaysia kali ini?

Adakah UMNO Bahagian Gombak akan mengadakan demonstrasi sebagaimana diancam tahun lepas?
najibbatucaves


/niknazmi

MyKampungku

2 comments:

Anonymous said...

Adakah UMNO/BN cuba memberitahu kaum India yang Najib juga setaraf dengan Dewa Muruga kaum India apabila replika Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas - di pintu masuk gua Batu Caves. Samy Vellu dan orang MIC apa komen ???

Anonymous said...

Ini menunjukkan sikap kurang ajar dan sikap tidak menghormati antara kaum yang ditunjukkan oleh orang UMNO. Mengapa replika Datuk Najib dinaikkan dekat dengan Dewa Muruga. Tak ada tempat yang lebih sesuai lagi ke hendak menaikkan replika itu. Adakah orang UMNO akan duduk berdiam diri apabila MIC menaikkan replika Samy Velu berdekatan dengan masjid UMNO.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost