Thursday, August 13, 2009

Isu Arak: Hasan Ali Sanggup Dilucut Jawatan? :- Nizar vs Najib Altantuya


“Saya sanggup dilucutkan jawatan sebagai Exco Selangor demi menegakkan prinsip perjuangan parti demi kebaikan rakyat agar minuman keras tidak dijual di kawasan majoriti penduduk beragama Islam," demikian tegas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Beliau juga katanya, tidak akan tunduk kepada ugutan pihak tertentu yang meminta pucuk pimpinan pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadapnya berikutan pendiriannya dalam isu penjualan arak di Selangor.

"Saya tidak akan tunduk sama sekali atas segala ugutan seperti ini bahkan beriltizam untuk menegakkan prinsip perjuangan parti demi kebaikan rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

“Saya tidak akan dilemahkan dengan ugutan sedemikian bahkan demi mempertahankan prinsip perjuangan, undang-undang Islam serta peraturan yang selari dengannya,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau turut menasihati kepada semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan dengan isu tersebut untuk kepentingan politik kerana beliau yakin apa yang dilakukannya adalah untuk kepentingan sejagat.

“Permasalahan ini hanya melibatkan umat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan yang diambil oleh Pas Selangor yang selari dengan peruntukkan undang-undang yang ada hendaklah dilihat secara positif.

“Apatah lagi tindakan yang diambil bertepatan hasrat Sultan Selangor untuk melihat Agama Islam tidak tercemar dan sentiasa dimartabatkan,” katanya.

Jumaat lalu, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menggesa supaya Pakatan mengenakan tindakan disiplin terhadap Hasan berikutan tindakannya meminta Exco negeri itu dari DAP, Ronnie Liu dilucutkan jawatannya kerana dikatakan campur tangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan berhubung isu arak.

Ronnie yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri sebelum itu telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata, tidak berlaku sebarang pergeseran dalam PR berhubung isu berkenaan.

“Terdapat sebuah akhbar yang membuat undian khidmat pesanan ringkas (SMS) berkaitan isu ini dan hasilnya, 74 peratus rakyat tidak bersetuju isu arak yang hangat diperkatakan mampu menjejaskan hubungan dengan PR.

“Malahan apa yang berlaku mampu mengukuhkan lagi hubungan ini dan kami kini sedang melalui proses kematangan dengan melibatkan diri terhadap pendedahan seumpama ini,” katanya.

Hasan berkata, tinjauan yang dilakukan kelmarin di premis yang menjual minuman keras mendapati maklum balas penduduk terhadap gesaan beliau sebelum ini disambut baik.
/sinarharian

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost