Monday, August 3, 2009

Isu Banglo Khir Toyo, Suee Lim Minta Khir Serah Kunci - Nizar vs Najib Altantuya


Adun Sekinchan, Ng Suee Lim meminta Datuk Seri Mohd Khir Toyo menyerahkan kunci banglo mewahnya bagi membolehkan para bakal pembelinya melihat hiasan dalamannya sebelum membuat keputusan membelinya.

Permohonan itu dibuat Suee Lim selepas Khir bersetuju melantik beliau sebagai agen hartanahnya dan bersetuju menyerahkan 50 peratus dari harga rumahnya itu jika beliau berjaya menjualnya dengan harga RM24 juta.
Hari ini, beliau membawa 50 penduduk Dun Sungai Panjang yang diwakili Khir dengan menggunakan bas persiaran kerana mereka hendak sangat melihat banglo mewah Khir itu.

Setiap peserta lawatan itu dikenakan bayaran RM50. Selain melawat banglo Khir dan bergambar di depannya, mereka juga dibawa melawat kawasan pusat tarikan pelancong yang lain.

Sehubungan dengan sambutan yang sangat menggalakkan itu, Suee Lim mencadangkan agar kerajaan negeri Selangor menjadikan banglo itu sebagai salah satu kawasan tarikan pelancongan di negeri itu.

Sebelum ini, Suee Lim menimbulkan kekecohan besar apabila beliau membawa para wakil media melawat banglo di Jalan Suasa 7, Shah Alam itu dan memberitahu itu adalah milik Khir.

Dia juga mendakwa, banglo itu bernilai RM24 juta. Ia kemudiannya dinafikan oleh Khir dengan berkata, ia dibeli dengan harga RM3.5 juta melalui pinjaman bank HSBC.-/siasahdaily

MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

Datuk Seri Mohd Khir Toyo tidak akan menyerahkan kunci banglo mewahnya pasal takut pecah temberang beliau bela TOYOL dibanglo itu... hahaha

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost