Menterinya bersilih ganti, tetapi kematangan dan tidak juga mereka mengerti bahawa demontrasi adalah antara hal yang perlu ‘diurus’ dan bukannya eseng-eseng diharamkan.
Pemerintah yang sehingga mengharamkan demontrasi, sesungguhnya adalah pemerintah yang tidak lagi popular. Adalah tidak munasabah dan tak masuk akal apabila sesuatu perkara yang dilabel ‘buruk’ atau ‘bahaya’ oleh pemerintah, maka jalan mudahnya, lalu diharamkan.
Apakah hanya dengan menyebutkan, misalannya “musik boleh membawa akibat ‘buruk’,” maka musikpun diharamkan!?
Mengharamkan dan terus mengharamkan hanya melambangkan sesebuah pemerintahan itu lemah, gagal mengurus dan bersifat kuku besi (autokratik). Sedangkan, tugas utama pemerintahan adalah tugas mengurus.
Pemerintah yang gagal mengurus akhirnya menjadikan dirinya semakin dan semakin tidak popular–walau bagaimanapun mereka mencari jalan lain untuk popular. Sesungguhnya mereka akan hanya tahu memaksakan; bukannya memerintah. Rakyat di mana-mana negara pun mahukan pemerintah. Bukannya pemaksa.
Sejak awal, saya ragu, Najib Razak itu adalah perdana menteri yang demokratik. Dari kenyataannya sehari sebelum demontrasi besar membantah ISA, kata Najib, “tak ada gunanya demontrasi.” Sebabnya? Sebab memang kerajaan sedang mengkaji akta itu.
Oleh karena kerajaan sedang mengkaji, maka demontrasi tiba-tiba jadi “tak ada gunanya”? Jadi tak perlu?
Inilah seperti kata bidalan orang tua-tua, mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Bagi saya, kata-kata Najib itu langsung tidak boleh dipegang sebagai janji atau sumpah-ikrar. Dan, kalaupun kerajaan sedang mengkaji, hasilnya kelak apakah seperti yang dituntut oleh rakyat yang menentang akta itu?
Belum tentu bukan?
Gelombang penolakan terhadap akta draconian sepertimana ISA adalah hasil perjuangan Reformasi yang melewati sedekad sudah. Sebelum 1998, ramai di antara masyarakat yang masih kabur melihat bagaimana ISA adalah senjata politik, dan kenyataan ianya adalah “alat mengawal keselamatan negara” cuma alasan untuk mengekang suara oposisi.
Kalau tidak diperjuangkan, kalau tidak sungguh-sungguh didesak agar ISA dihapuskan, maka tak akan terdetik pun di hati PM Umno-BN itu untuk mengkajinya, apatah lagi menggubalnya. Hanya dengan desakan kuat dan konsisten, maka Najib terpaksa sedikit tunduk.
Tunduknya Najib belum tentu tunduk yang jujur. Lihatlah bagaimana beliau mempersenda tuntutan rakyat dan keluarga mendiang Teoh Beng Hok yang mahu kerajaan menubuhnya Suruhanjaya DiRaja menyiasat sampai ke lubang cacing kes kematian Teoh.
Ya, memang betul Najib menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja, tetapi memesongkan objektifnya. Yang diminta adalah mengkaji punca kematian; yang diberikan adalah untuk menyiasat kaedah penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Umpama, kita menuntut jawapan bagaimana punca kemalangan jalan raya terjadi; tetapi yang disiasat rupanya bagaimana cara kereta itu dibuat! Dua hal ini adalah dua hal yang sama sekali berbeda. Lihatlah, bagaimana licik dan munafiknya politik Najib.
Pengalaman dipersenda hidup-hidup sedemikian rupa menjadikan rakyat tidak perlu lagi mempercayai janji dan kata-kata politik Najib. Termasuk dalam kes seserius tuntutan menghapuskan ISA. Beliau, agaknya sebelum tidur sering berangan mencari jalan agar suara oposisi masih tetap juga boleh dibungkam, walaupun ISA kelak sudah diberi jenama baru.
Silap mata “re-branding” nampaknya kepakaran yang cuba dipersembahkan oleh Perdana Menteri ke-6 ini. Kadang saya tertawa apabila melihat Najib pernah meniru-niru cara Anwar Ibrahim berucap. Penuh semangat dan berapi-api walaupun intonasinya selalu tak kena. Beliau juga cuba meniru-niru istilah yang dipakai Anwar, termasuk, ayat Quran yang sejak September 1998 cukup popular, “al-islah mastata’tum.”
Begini yang disebutkan oleh Najib, dalam satu ucapannya: kita harus meng-”islah”-kan Felda. Ya! Meng-ISLAH-kan Felda! Ya Allah, tolonglah…
Semua ahli falsafah, semua ahli bahasa akan tertawa apabila mendengar bagaimana Najib keliru meletakkan keperluan perkataan “islah” sehingga sebegitu; sama seperti dia menekankan intonasi yang tinggi pada tempat yang tak kena.
Seakan-akan, beliau kini arif benar dengan konsep perubahan dan falsafah pembaharuan yang mengakar di dalam banyak tamadun dan menjadi perbincangan para filasuf dan cendiakawan. Termasuk di dalam tradisi dan tamadun Islam lampau.
Menyemak trek rekod Najib, yang jelas beliau memang tidak punya tradisi pemikiran, cendiakawan dan intelektual sepanjang beliau meniti tangga politik sehingga menjadi perdana menteri. Untuk tiba-tiba menyebutkan jargon seperti perkataan “islah” (bahkan perkataan “perubahan” atau “change” itu) adalah lakonan semata-mata.
Sampai bila kepura-puraan mampu dijadikan pakaian perdana menteri kali ini?
Itu belum lagi merujuk istilah lain seperti “Pencerahan” dan “Renaissance” yang mengandung makna yang tak kurang besar dan hebat. Jawabnya, semakin parahlah lidah Najib bergulung-gulung kalau mahu membentang istilah falsafah politik sehebat itu.
Demi meneruskan kepuraan-puraan (kata orang Indonesia, “gadungan” yang bererti “palsu”), Najib pada hari-hari awal mendapat kuasa sebagai PM telah bergambar dengan latar buku yang bertimbun-timbun.
Dengan imej itu yang kemudiannya disebarkan, maka beliau barangkali sangat berharap agar dirinya segera dapat terkait sebagai seorang pemikir, cediakawan atau intelektual–sebagai seorang pemimpin tertinggi yang kononnya mempertimbang soal keilmuan sebagai idealisme membuat sesuatu keputusan politik.
Nah, apabila buka mulut, berterabur semuanya!
Ia tidak lebih sebagaimana strategi beliau menyebarkan fotonya sewaktu tawaf di Kaabah tempohari. Beliau mahu dilihat sebagai seorang yang ‘Islami’. Yang perlu nampak elok di luar, meski…
Politik tidak boleh selamanya menjadi rencong di dalam kalau ia benar-benar mahu dilihat bersih.
Tak kiralah sama ada seseorang itu seorang intelektual, atau seorang yang Islamis (religius), ia harus dinilai secara trek rekodnya. Bukan sekadar dengan satu dua keping foto. Bukan!
Yang dilakukan Najib kini adalah “pengiklanan”–mengiklankan dirinya. Tidak lebih seperti papan-papan iklan yang sering kita lihat di tepi jalan dan lebuhraya… 99% adalah illusi. Dalam politik disebut “persepsi”.
Kalau persepsi itu tak seiringan dengan realiti dan kehidupannya sehari-hari, maka Islam menyebutkannya sebagai “munafik”. Istilah moden menyebutkannya sebagai “hipokrit”. Anak-anak muda jalanan menyebutkannya sebagai “kaki ‘kenching.”
Kembali kepada kata-kata untuk “mengkaji ISA”, kita tidak boleh percaya apabila kata-kata itu datang daripada seorang kaki kenching. Lebih baik kita percaya dengan anak-anak pinggir jalan di Pudu Raya daripada percaya kepada seorang pemimpin yang hanya sekali melawat dan jalan-jalan di Pudu Raya, tetapi cuba-cuba berlaku sebagai yang ‘maha mengetahui’.
Ya! Politik tidak boleh selamanya rencong di dalam… - /perakexpress

0 comments:
Post a Comment