Tuesday, August 11, 2009

Isu Replika Najib. Ini Komen Dr Mohd Asri Zainul Abidin :- Nizar vs Najib Altantuya


Sebagaimana yg kita sedia tahu Dr. Asri memang terkenal dgn kelantangan dan keberanian beliau dalam mengkritik dan menegur sesiapa saja dalam apa saja perkara yg dilihat bertentangan dgn agama mahupun politik. Tidak kira pemerintah atau pembangkang.

Tidak ketinggalan juga dgn isu terbaru mengenai replika Najib. Kita senantiasa menunggu-nunggu komen dari beliau. Lebih2 lagi beliau pernah membuat komen mengenai isu yg sama kepada penyokong DSAI dahulu.

Alhamdulillah beliau tidak menghampakan kerana dgn segera memberi komen tidak seperti ustaz2 dan ulama2 umno yg lain. Mari kita lihat apa kata beliau...

Pendirian Terhadap Replika DS Najib dan Jawapan Terhadap PKR

Disiarkan pada Aug 10, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |

Saya yang berada di luar negara baru tahu tentang replika itu, walaupun PKR telah menempelak saya seperti yang disebut dalam Malaysiakini kerana tidak patut didirikan, maka begitu juga replika DS Najib. Selain daripada ia berunsur berlebih-lebihan memuja pemimpin atau mengampu, ia juga tidak memberikan apa-apa kekuatan kepada politik seseorang.

Pemimpin dinilai pada pemikiran, sikap dan kerjanya, bukan pada besar kecil patungnya. Apabila saya menegaskan konsistensi saya dalam perkara ini, saya ini melihat sejauh mana konsistensi pihak yang membolehkannya dahulu. Malaysiakini melaporkan bahawa PKR ingin mendengar pendirian saya, maka ini pendirian saya.

Saya pula ingin melihat pendirian mereka yang dahulu membolehkannya. Sepatutnya, mereka yang mempertahankannya untuk DS Anwar Ibrahim, mereka juga kena mempertahankannya kali ini. Mengapa ia berubah-ubah jika untuk orang lain, dan hanya dibolehkan untuk pemimpin sendiri sahaja. Itulah politik. “Haram itu untuk musuh, halal itu untuk diri sendiri, musuh semua salah, diri sendiri semua betul”.

Alhamdulillah, generasi muda mulai sedar, kebanyakan permainan politik ini hanya memperbodohkan masyarakat. Ramai anggota PKR datang dari lubuk yang sama, iaitu BN. Nama berbeza, mentaliti dan sikap belum tentu?!
-dr mohd asri, lampeter, uk.

Jelas sekali beliau konsisten dgn hujah beliau yg terdahulu mengenai isu replika DSAI dulu. Cuma kelihatan sedikit emosional. Tak mengapalah kita manusia biasa.

Namun mungkin ada yg tidak berpuas hati kerana ulasannya pendek aje. Cukuplah bagi yg faham. Mungkin ada antara kita yg mahukan komen yg panjang lebar maklumlah perkara ni perkara yg berulang mungkin kena ada nasihat yg lebih "POWER" lagi.Takut nnti mungkin ada yg kata Dr. takut nak komen banyak2 risau karang rancangan Bahtera Perubahan kat Astro tu kena kensel lak. Tak mungkin... kalu setakat takut kat astro dah tentu jawatan mufti Dr. tak lepaskan, tak gitu?

Sedikit ingin saya betulkan disini Dr. kata...

Saya pula ingin melihat pendirian mereka yang dahulu membolehkannya. Sepatutnya, mereka yang mempertahankannya untuk DS Anwar Ibrahim, mereka juga kena mempertahankannya kali ini. Mengapa ia berubah-ubah jika untuk orang lain, dan hanya dibolehkan untuk pemimpin sendiri sahaja. Itulah politik. “Haram itu untuk musuh, halal itu untuk diri sendiri, musuh semua salah, diri sendiri semua betul”.

Yg ni Dr. silap besar, yg sebenarnya mereka pemimpin PKR tak mengharamkan Replika Najib tu.. yg haramkan adalah umno waktu kes replika DSAI dulu... so dorang nak dengar apa kata Dr. aje. Lebih2 lagi pemimpin2 umno yg menentang dan berfatwa dan mengugut nak adakan demonstrasi masa replika DSAI dulu. Hujah Dr. di atas tu patut ditujukan pada UMNO bukan PKR. Lagi pulak replika najib tu betul2 depan kuil dekat2 ngan dewa murugan ke apa tak silap la. kalu silap pun dewa lain la kot. Lebih dering lagi berbanding replika DSAI yg cuma ditegakkan kat simpang empat jalan je. Sepatutnya pemimpin umno yg melompat2 dulu tu mendemonstrasi la menentang sebab nampak sgt mendewakan bila letak dekat2 ngan dewa kan..kan...

Dr. Asri jgnlah berkecil hati dgn beberapa org pemimpin PKR tu. Mereka cuma mahukan Dr. memulangkan paku buah keras kembali kepada penyokong umno aje, sebagaimana Dr. menkritik penyokong PKR dulu. Ye la kenkadang kita rasa gembira bila penumbuk sekeras batu yg kena atas muka kita dulu kita dapat balas dengan tumbukan ceduk KO ala mike tyson. hehe

Apa pun tugas Dr. Asri menasihati bukan untuk memanjangkan gaduh. Saya secara jujur menyokong anda dan pendirian anda. Cuma beberapa kesilapan tu dpt dikaji balik dan dibetulkan. Semoga Allah merahmatimu dan keluargamu seluruhnya. Amin...

Sila lihat komen Dr. Asri isu replika DSAI di

http://drmaza.co/home/?p=440#more-440


/tranungkite

MyKampungku

2 comments:

Anonymous said...

dr maza cari makan da............

Anonymous said...

Biasa lah tu.... semua benda yang UMNgok buat tu pasti halal serta membela bangsa dan negara. Semua benda yang PR buat pula akan dikatakan haram serta mengkhianati bangsa dan negara. Itulah tanggapan kesemua pembodek dan pembodoh UMNgok sahaja. Bukan tanggapan rakyat yang matang serta berotak. ( aiseyman bro... Dr. Asri pun kena cari makan jugak. Paham2 saja la tu )

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost