Tuesday, August 11, 2009

Replika Raksasa Najib Di Batu Cave Sudah Tiada. :- Nizar vs Najib Altantuya


BATU CAVES, 11 Ogos: Patung besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dibina berhampiran patung besar kuil hindu dekat Batu Caves telah tidak ada lagi hari ini. Ia dipercayai dirobohkan semalam selepas kecoh dalam internet tentang replika itu.

Tidak diketahui bagaimana ia dirobohkan namun menurut saksi patung itu sudah tidak ada lagi pagi ini.
Ia menjadi kecoh kerana Umno dan pelbagai pihak membuat pelbagai jenis serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila penyokongnya membina satu gambar besarnya di Batu Caves Oktober tahun lalu.

Gambar besar itu dibina di persimpangan jalan kira-kira 2 km dari kuil Hindu Batu Caves itu sedangkan patung Najib dibina bersebelahan dengan patung besar kuil tersebut.

Antaranya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar Anwar di Batu Caves merupakan satu simbol yang memperlihatkan parti itu mendewakan pemimpinnya.

Beliau menegaskan adalah lebih baik wang yang digunakan untuk membinan replika tersebut digunakan untuk membantu rakyat yang miskin.

"Saya nak tanya pada PAS, apakah pembinaan replika Anwar ini diluluskan oleh PAS," katanya.


Turut menyerang adalah bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zalnul Abidin.

Ekoran itu, para penyokong Anwar menyerang Umno dan Dr Asri sendiri. Antaranya, Adun Batu Caves, Amirudin Shari kelmarin menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar tetapi berdiam diri terhadap replika Najib.-/siasahdaily

MyKampungku

Reactions:

1 comments:

Anonymous said...

Tahniah dan syabas kepada penghentam2 yang berjaya menjadikan replika Najib Razak yang dibina berhampiran patung besar kuil hindu dekat Batu Caves telah ghaib. Tukut juga nampaknya orang2 UMNgok pada rakyat... he he he.......

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost