Saturday, August 1, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: DEMO ANTI ISA, SASARAN 100,000 BERJAYA !! - Anwar Ibrahim

Perhimpunan Mansuhkan ISA dianggap berjaya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila lebih 100 ribu berhimpun di ibu negara hari ini walaupun mereka tidak berjaya berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum akibat sekatan tegar polis.

Dalam sidang media bersama pemimpin Pakatan Rakyat dan GMI di pejabat agung PAS, Anwar berkata, tindakan tegar polis menghalang perarakan ke Istana Negara menyebabkan peserta perhimpunan berselerakan di seluruh ibu negara.

Turut serta berada di ibu negara adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Sebahagian besar peserta perhimpunan pula berhimpun di tiga tempat iaitu Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni. Namun mereka tidak berjaya berkumpul sekali untuk berarak ke istana kerana sekatan tegar polis.

Mereka hanya berjaya berkumpul sekejap di depan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut untuk mendengar sedikit ucapan pimpinan Pakatan sebelum disembur air dan gas oleh polis.


Anwar kemudiannya mengadakan sidang media dalam bangunan pejabat PAS itu bersama pimpinan Pakatan dan GMI.

Anwar berkata, memorandum 10 tuntutan akan dihantar ke istana Negara apabila suasana mengizinkan.

Lebih 200 peserta pula ditahan polis termasuk para peniaga yang disyaki menjual barangan berkaitan Pakatan Rakyat dan ISA.

Antara tokoh yang ditangkap adalah Mujahid Yusof, Sivarasa Rasiah, Norlela Othman, Aiman Athirah Al Jundi dan beberapa nama besar lagi.-/siasahdaily

MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

DSAI anggap demo ini berjaya kerana dia berjaya meliwat 20,000 buntut penyokong yang bodoh!

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost