Sunday, August 9, 2009

Siapa Kata Pakatan Rakyat Semakin Tergugat? :- Nizar vs Najib Altantuya


"Skrg ni mcm2 terjadi di kalangan pemimpin PR, di Penang dengan hal Kg. Buah Pala, di Selangor kes arak la, mcm sebelum ni di Kedah sampai DAP keluar dari PR negeri la, last2 masuk balik...tapi ada kita tgk Ketua Menteri, Menteri Besar di negeri2 terbabit melatah tak? Tak... mereka semua rileks je menghadapinya mcm mereka ni dah lama memerintah, itu tandanya walaupun takde pengalaman, mereka berusaha mengatasi sebarang masalah.

Yg seronok bila benda ni terjadi kat pemimpin PR, penyokong2 UMNO yg mcm kera dapat bunga tak sudah2 ambil kesempatan sama hentam sebelah pihak, sambil2 tu berusaha keras nak cium tapak kaki satu parti yg memperjuangkan agama Islam. Kononnya, nak kukuhkan kuasa yg semakin terhakis dek gara-gara tumbang pilihanraya umum yg lalu.

Aku cuma nak kita semua renung sejenak, adakah ini semua lahir dari kepandaian pemimpin2 PR berpolitik? Masalah timbul dan masalah selesai. Ramai yg mengata pada Dr. Hassan Ali dan Ronnie pasal kes arak tu. Dey thamby, itu semua manyak kecil punya hal la... Yes, diakui arak adalah raja kepada segala bentuk kemaksiatan. Dan Hassan Ali dan Ronnie bukannya budak kecik yg perlu diajar untuk berpolitik. Perlukah saya mengingati semua siapa itu Dr. Hassan Ali??? Pakar motivasi yg dahulunya TV1, TV2, TV3 semua duk tunjuk hari2 dalam tv... dah lupa ke?

Jadi, kes arak ini akan menjadi medan perbualan hangat umat Islam seluruh negara dan Selangor bakal menjadi titik tolak kepada penyelesaian kepada permasalahan ini. Lihatlah saja Tuan Guru Nik Aziz sudah mula mempelawa Ronnie untuk datang ke Kelantan bagi berkongsi cara sistem penjualan arak di negeri itu dan Ronnie langsung tidak menolak bahkan menghargai kesudian TGNA menjemputnya.

Kes Kg. Buah Pala sudah masuk beberpa minggu dan berganti bulan, masih lagi belum menampakkan penyelesaiannya. Adakah Ketua Menteri, Lim Guang Eng duduk diam menyerah mahkamah saja untuk buat keputusan. Tanah yang dijual kepada pihak lain di zaman pemerintahan Barisan Nasional haruskan dituju kepada kerajaan zaman sekarang? Ya, bagi penduduk Kg. Buah Pala memang Kerajaan Negeri Pulau Pinang yg salah kerana salahnya hanya pada nama KERAJAAN NEGERI. Akan tetapi, jika kita lihat dari sudut ekonomi, pelabur-pelabur yang sudah berminat dengan projek2 yang dicadang oleh Kerajaan Negeri dan tiba2 projek itu dibatalkan walaupun sudah berlaku kelulusan di peringkat awal, ini sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi Pulau Pinang dan keyakinan pelabur sedikit sebanyak akan terhakis.

Tetapi dengan prinsip "Rakyat didahulukan, Pencapaian DIKEMUDIANKAN", Lim Guan Eng menggunakan kuasanya membatalkan kelulusan pembangunan projek di kawasan terbabit. Beliau masih bertimbang rasa kepada penduduk kawasan dan masih ingin membantu. Tetapi adakah beliau berlaku adil kepada pemilik tanah yang secara undang-undangnya berhak melakukan apa saja setelah mendapat kelulusan pada waktu itu? Tetapi percayalah, kes ini akan selesai sedikit masa lagi, sepertimana kes-kes pemimpin PR yang lain. Masalah Datang, Masalah Selesai. Itulah yang akan terjadi, bukan seperti kerajaan Barisan Nasional. "Masalah Datang, Datang dan Datang. Mampos pi Lah"
Itulah yang mereka praktikan selama ini.

Bulan September semakin dekat dan Umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan dan seterusnya Syawal menjelma. Ketika itu, berpusu-pusu rakyat Malaysia pulang berhari raya. Bukannya kita tak tahu bila bulan Syawal nak datang, tetapi Kerajaan Barisan Nasional awal-awal lagi sudah merancang untuk menaikkan harga minyak bulan September ini kononnya untuk mempromosikan minyak RON95 yang baru itu. Belumpun sempat semua itu, kita sudah disajikan dengan taktik lama, barang-barang makanan mula kurang. Asal nak puasa je, mesti ini habis, itu habis...Ini semua taktik kerajaan nak naikkan harganya. Mula-mula gula, entah lepas ni apa pulak. Implikasinya semua orang tahu bila gula naik harga kek,roti,kuih, air minuman semua naik. Tapi yang herannya, bila bekalan sudah mencukupi, ada pernah kita dengar harga turun? Kalau turun pun, alahai ciputnya, tak macam masa dinaikkan dahulu.

Aku malas nak kata apa dah, heran sangat2 dengan perangai pemimpin2 UMNO yg langsung tak kenal erti penat lelah rakyat Malaysia cari rezeki untuk keluarga. Mereka senang-senang kaut untung. Yang peliknya, ada jugak yang menyokong... Patut la di Semenanjung BN kalah teruk dengan PR, rakyat sudah semakin bijak menilai, Sabah dan Sarawak sengaja dibiarkan mundur, sebab nak terus memperbodohkan rakyat2nya. Aku harap, saki baki penyokong UMNO di Semenanjung Malaysia, sedarlah semua!!!


/tranungkite

MyKampungku

10 comments:

Anonymous said...

aku rasa kau orang PR ,terutamanya melayu sombong bodoh ni,BN perintah,melayu yang pegang kuasa,Pr perintah siapa yang yang berkuasa ?.Melayu dlm Pr penakut,bacul .walaupun masalah selesai tapi apa yang melayu dapat,menjahanamkan orang melayu,sebab melayu dalam PR lah yang menyebabkan kaum lain ni naik tocang, apa melayu Pr BUTA ke?.kalau tak ada pr ada semuani terjadi?kau orang tak nak terima hakikat ni sebab gilakan kuasa biar bangsa tergadai asalkan cita-cita yang busuk tu tercapai.apa yang benar diputar belitkan apa yang penting sokongan kaum lain tak terlepas kalau BN kuku besi, Malaysia tidak semaju sekarang ini.,sangup sembah lilin dan lain2 konon nak ambil hati kaum lain tapi tidak sedar akidah dah terpesong.siapa yang perlu sedar?, saya tak heran jika seribu alasan akan diberikan kerana sememang itulah sifat orang PR yang tidak akan menerima hakikat>sombong bodoh

Anonymous said...

Cuba kita tengok senario politik pembangkang di Malaysia yang haprak;

1.PKR dok sibuk rampas dewan serbaguna dan anjur demonstrasi jalanan.
2.DAP dok sibuk pertahan kebebasan kaum cina hingga menghina orang islam(kes arak).
3.Dan PAS, parti yang paling bodoh dalam Pakatan tak tau nak buat apa jadi buat bodoh aje,sebab sememangnya mereka bodoh;lihat di Kelantan dan Perak sudah.

Anonymous said...

slm hai anon di atas kau tu yg bodoh..perak BN rampas....mangkuk buta

matstimketum said...

anon 9.32 dan 9.35 tulis komen guna kepala lutut. tak ilmiah lansung. dasar pencacai umno!

Anonymous said...

umno BODOH!!U buta ke!!U tau tak lebih 98% Orang Melayu menyertai demonstrasi jalanan!Apa pasal macam tu?Sebab orang melayu sendiri tau orang cina dan india kawan baik mereka!!Orang melayu tau orang cina dan india tak mungkin rampas hak istimewa orang melayu dan orang melayu tak mau lihat orang cina dan india dibuli oleh UMNO!!Ini dipanggil perjuangan Rakyat Malaysia!!umno jangan tiap kali guna isu perkauman untuk gaduh!!Alnajis dan Moo Hee Din memang bodoh!!!KJ lebih teruk!!Baik u ikut mertua balik kepala batas tanam padi!!

Anonymous said...

aku rasa pandangan komen pertama betul.aku bukan pro mana2.tp ingatlah wahai bangsa melayu dan seorang Islam,kita jangan taksub terhadap sesuatu.Cuba lihat dimana kedudukan kuasa politik orang melayu sekarang?adakah suara PAS didengar oleh DAP dan PKR berkenaan isu arak?Tiada agama pun didunia ni membenarkan seseorang tu minum arak kerana arak mendatangkan banyak masalah sosial kepada rakyat.So kenapa arak perlu dijual?Cuba fikir2 lah.Sebagai seorang Islam perlulah berpandukan kepada ajaran Al-Quran.Jangan menghalalkan sesuatu kerana kepentingan politik.Wahai orang melayu dan rakyat Selangor,sedarlah anda apa telah berlaku apabila pakatan rakyat memerintah sekarang?

Anonymous said...

bagi penulis blog ni boleh saya katakan anda terlampau taksub.Cuba tengok keadaan politik sebenar yang berlaku dinegara kita.Kalau anda pro pembangkang janganlah jadi bodoh sombong.kalau anda seorang melayu,janganlah memperbodohkan bangsa sendiri.kalau anda seorang Islam perlulah berpandukan kepada ajaran yang sebenarnya berpandukan Al-Quran.Jangan sampai 1 hari nanti keturunan Melayu menjadi hamba kepada bangsa lain.jangan sentisa salahkan UMNO.setiap orang ada lakukan kesalahan.Yang penting kita perlu memperbaiki diri kita sebelum kita mengutuk dan menyalahkan orang lain.Islam dan tiada mana2 agama membenarkan mengutuk orang lain.Sedarlah wahai umat Islam.

Unknown said...

hai si Mamat Anon...hang jangan dok berdolak dalik lagi. Aku tau hang ni memang pencacai UMNO/BN. Pergi jahanam laaa ngan hang macam TGNA ckp tu...peeraaaahhhhh

Anonymous said...

Seorang manusia bila sudah taksub,emosi akan menguasai akal.Janganlah taksub dan stisa menyalahkan sesuatu.fikir sebelum membuat sesuatu.Ingatlah kita ni seorang hamba tuhan yang lemah.

Anonymous said...

Relax lah jangan terlampau.'TERGADAI' apa dan dimana yang dikatakan tergadai? 'BACUL' sapa kata, kan kita ada 'ISA'. Dalam kes ARAK barulah kini selepas
PR perintah isu ini didebatkan.Yang pasti Rakyat tidak mahu lagi kes yang menimpa Almarhum Dato' Mufti (KES RATU) berulang dalam kes sebegini.....
PANDIR





\

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost