Tuesday, August 11, 2009

UMNO Makin Rimas Dengan Kekuatan Pakatan Rakyat :- Nizar vs Najib Altantuya


Umno kini mula kalut dan rimas dengan sokongan padu yang diterima oleh Pakatan Rakyat.

Siri kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya umum ke-12 dan diikuti dengan pilihan rtaya kecil ternyata membuatkan Umno kini tidak senang duduk.

"Gelagat Umno sekarang ibarat ayam jantan berkokok berderai-derai, ekornya dipenuhi tahi,"kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Kerana itu katanya, mereka cuba sedaya upaya untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dengan pelbagai isu seperti arak, Jeff Oii, Anwar pengkhianat dan lain-lain.

Beliau berkata, ini menunjukkan Umno dalam keadaan terdesak kerana rakyat tidak memberi kepercayaan kepadanya lagi.

"Apa yang merisau Umno hari ini kerana Pakatan Rakyat mendapat sokongan yang begitu kuat daripada rakyat.

"Dalam beberapa indikator rakyat dapat lihat contohnya dalam beberapa siri pilihan raya di Malaysia ini rakyat tidak memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini. - /harakahdaily

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost