Friday, October 23, 2009

Bila Nik Aziz Bersuara: Apa Dah Jadi Dengan PAS? :- Nizar vs Najib Altantuya

Apa dah jadi dengan PAS ? Mungkin itu adalah persoalan khalayak yang bakal meletup dan akan dicanangkan semahunya oleh UBN dalam tempoh yang bukan sekejap dan ia akan dijadikan senjata untuk terus memusnahkan PAS dari segenap penjuru.

Tak semena-mena Tuan Guru Mursyidul Am mengeluarkan kenyataan terbuka yang mahukan supaya Muktamar Khas dibuat ekoran dari isu-isu terkini yang melanda kepimpinan PAS sehari dua ini. Saya merasakan bahawa kenyataan dan lontaran TGNA ini tidak wajar dibuat sekarang.,timing tak kena ! kata orang.

Saya membaca beberapa kali kenyataan TGNA yang dipublishkan oleh ramai teman-teman bloggers dalam web site masing-masing dan saya lihat ulasan atau kenyataan yang dibuat oleh TGNA itu bukanlah ulasan penuh TGNA mungkin penulis kepada blog TGNA sendiri yang memandai atau menambah-nambah ayat bagi menyedapkan serangan terhadap pimpinan lain.

Saya akui segala nas-nas yang diutarakan oleh TGNA itu tiada siapa yang sanggup untuk menyanggahnya kerana itu adalah perintah dan terguran terus dari Allah yang dijadikan hujah dan Nas mengapa kenyataan itu dibuat. Lantaran itu untuk mancari sesuatu jalan keluar kepada masalah ini, semua pihak wajar berlapang dada dan berfikiran terbuka.

Marilah kita mengambil semua kritikan dan pandangan-pandangan yang dibuat terhadap isu ini sebagai sebab untuk kita memperkasakan jentera pimpinan serta organisasi PAS itu sendiri.

Muktamar Khas itu perlu atau tidak satu persoalan lain, yang jelas kini kita kena cari jalan untuk menyelesaikan isu ini dari terus dibangkitkan kerana jelas jika isu UG jadi pertikaian maka ia pun sudah senyap diperkatakan atas kehendak TGNA sendiri tetapi kenapa ia bangkit semula dan siapa yang membangkitkannya?

Jika kita kembali kepada sorotan peristiwa kita akan temuai fakta bahawa isu rundingan dengan UMNO ni bermula seawal keputusan PRU 12 yang lalu. Ia berlaku di Perak dan Selangor. PAS di 2 negeri ini bertemu atas undangan bukan kerana mereka herhegeh-hegeh untuk bertemu dengan UBN. Namun atas tanggungjawab tehadap parti maka tiada siapa pimpinan di dua negeri ini sanggup bersekongkol dengan UBN untuk menubuhkan kerajaan walaupun tawaran yang di janjikan itu sangat lumayan. Akhirnya PAS MENOLAK UNTUK BERGABUNG DENGAN UBN,

Setelah setahun kita lihat isu ini dimain dan diputarbelitkan lagi dengan pelbagai versi namun hanya dengan satu misi sahaja iaitu untuk memporakperanda dan menjatuhkan serta merobohkan PAS dari dalam.

Ia ditambah lagi dengan ulasan-ulasan dan kenyataan para blogger yang dicipta untuk menjadi hero dan pahlawan-pahlawan maya untuk menyebarluaskan lagi segala dakyah-dakyah serta mengeruhkan lagi suasana atas nama kebenaran kononnya. Tetapi bila isu dah jadi keroh mereka menyepi dan melepaskan tangan dari bertanggungjawab. Ini mainan Syaitan namanya !

Ada segelintir blogger yang tanpa kita kenal mereka sanggup mengherdik TGNA dan TGHH serta pimpinan lain kerana kononnya mereka berpihak kepada seseorang dalam hiraki tertinggi PAS. Sebagai renungan bersama marilah kita bermuhasabah dan menghayati beberapa perkara berikut untuk menjernihkan kembali suasana dan terus memperkasakan organisasi PAS di semua peringkat. Mari kita renungkan ;

1. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS sedar akan matlamat penubuhan PAS sebagai parti politik yang tersurat dan tersirat dalam gagasan demokrasi berparlimen ini?

2. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS disemua peringkat sedar bahawa PAS merupakan sebagai GERAKAN ISLAMIAH atau GERAKAN DAKWAH?

3. Apakah kita semua memahami apakah yang dimaksudkan sebagai GERAKAN ISLAM?

4. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS sedar kita kini berada dalam GERAKAN ISLAM?

5. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar bahawa sistem kepimpinan dan gerak kerja PAS merupakan sistem dalam GERAKAN ISLAM yang meletakan keutamaan kepimpinan berjemaah dan bukan individu?

6. Apakah kita ahli dan penyokong PAS mahu menyamakan sistem dalam PAS itu sama dengan sistem parti-parti politik lain dalam Malaysia?

7. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar tindakan PAS menjadi PARTI POLITIK demi memastikan Syariat Islam memerintah Malaysia?

8. Apakah kita ahli dan penyokong PAS serta masyarakat amnya sedar bahawa sistem demokrasi amalan malaysia hanya membenarkan Parti Politik berdaftar sahaya yang layak bertanding dalam Pilihanraya dan membentuk sesebuah kerajaan untuk memerintah?

9. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar dan yakin, menjadi Sunnatullah dalam GERAKAN ISLAM, mana-mana individu atau golongan yang berniat selain dari matlamat untuk menegakan Syariat Islam akan disingkirkan oleh Allah dari Gerakan Islam?

10. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar bahawa setiap GERAKAN ISLAM akan terus dijaga dan dipelihara oleh Allah Taala?

11. Apakah kita ahli dan penyokong parti wajib mentaati pemimpin parti?

12. Apakah ahli dalam GERAKAN ISLAM tidak perlu WALA' kepada pimpinan?


Diharapkan semua persoalan diatas kita hayati dan fahami dengan sesungguhnya agar kita tidak terkeluar dari landasan jama'i. Janganlah kita terjerat dengan perangkap musuh yang datang dari celah lipatan dalam, musuh dari kiri dan kanan, apatah lagi musuh yang datang dari luar pintu. Wallahualam.


Oleh Al-Banjari

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost