Friday, October 23, 2009

Bila Nik Aziz Bersuara: Segerakan Muktamar Khas Itu !! :- Nizar vs Najib Altantuya

Gagasan Kerajaan Perpaduan yang diketengahkan oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang kini telah menjadi parasit yang menyerang parti sehingga wujud perpecahan yang begitu menyediihkan di kalangan ahli parti – yang terburuk semenjak zaman PAS dipimpin oleh golongan nasionalis, Datuk Mohd Asri Hj Muda.

Gagasan Kerajaan Perpaduan itu telahpun di tarik balik. Haji Hadi tiba-tiba menjadi pintar, mengesani bahawa jika gagasan tersebut dimasukkan ke dalam Ucapan Dasar di sidang muktamar itu sudah pastinyalah beliau akan menerima nasib seperti bekas Presiden PAS, Dato Mohd Asri dimana ucapan dasar Mohd Asri telah ditolak oleh perwakilan PAS sehingga Mohd Asri diturunkan dari jawatannya dan digantikan oleh Hj. Yusof Rawa.

Satu hal yang nyata, gagasan Kerajaan perpaduan ini adalah satu penjenamaan semula terhadap gagasan Kerajaan Campuran yang pernah dilontarkan untuk menyaingi gagasan 16 September yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun yang nyata juga, sekalipun gagasan Anwar gagal, arus kebangkitan rakyat menunjukkan bahawa sokongan terhadap Anwar dan Pakatan rakyat terus meningkat dengan Pakatan Rakyat memperolehi kemenangan demi kemenangan di dalam setiap pilihanraya kecil yang dijalankan di Semenanjung menjadikan cita-cita untuk menuju ke Putra jaya sebagai sesuatu yang semakin hampir.

Namun gagasan Kerajaan Perpaduan tajaan Hadi, serupa dengan gagasan 1Malaysia tajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak jauh berbeza, sekadar slogan retorik yang amat dimenyampahi oleh rakyat.

Ia tidak berjejak di bumi nyata dan tidak ada perbincangan serius serta komprehensif dilakukan untuk mempastikan gagasan itu dikupas agar ianya menjadi gagasan ideal yang boleh diterjemahkan di alam realiti sepertimana gagasan-gagasan besar negara contohnya Revolusi Mental, Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan seumpamanya.

“Kerajaan Perpaduan” hanyalah idea peribadi yang belum diseminarkan, tetapi telah menampakkan kesan barah yang terlalu mengerikan sehingga wujud perpecahan yang memberantakkan perpaduan jemaah PAS sendiri.

Gagasan Kerajaan Perpaduan gagal untuk disepakati lantaran ia berpaksi dari tujuan yang tidak murni. Idea ini tidak pernah dibincangkan di dalam Majlis Syura (majlis tertinggi di dalam PAS di dalam soal perlaksanaan dasar dan halatuju parti) yang diketuai oleh Mursyidul Am PAS.

Yang nyata gagasan Kerajaan Perpaduan ini disokong dan disambut penuh kegirangan oleh UMNO – yang mengharapkan bantuan dan sokongan ahli-ahli PAS terhadap survival mereka yang semakin tenggalam di dalam senario politik tanahair.

Sementara di dalam PAS pula, yang menyokong gagasan ini adalah mereka yang menjadi penyokong taksub Haji Hadi di kalangan mereka yang tewas di dalam pilihanraya yang lalu untuk mencari jalan singkat menerima jawatan dan habuan sekiranya Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan.

Justeru itu, idea yang menjadi duri dalam daging ini wajar disegerakan dibuang jauh-jauh sebelum duri itu terus membusuk dan merosakkan daging – dan perlukah pelopor yang menyebabkan luka ummah menjadi semakin parah ini turut dibersihkan dari jemaah ? Dengan meminta beliau mengundur diri sebelum nantinya ahli-ahli mengusulkan undi tidak percaya kepada beliau ?

Kini isu ini subur semula, ummah sedang kecoh berantakan, racun UG menyerang semula, Muktamar Khas wajar diadakan kerana di situ mungkin ada penawarnya.

--http://politikbanjar.blogspot.com/

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost