Friday, October 16, 2009

Menjelang PRU13: Musuh Pakatan Rakyat Adalah Dirinya Sendiri :- Nizar vs Najib Altantuya

Menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), musuh Pakatan Rakyat (PR) yang terbesar ialah ’dirinya sendiri’, sekiranya PR enggan berubah, maka mereka yang menang dalam tsunami politik 8 Mac 2008, bakal menjadi 'mangsa tsunami' dalam PRU-13.

"Jangan kita pula dijangkiti ‘Denial Syndrome’ (sindrom penafian), hanya menyalahkan 'taburan gula' oleh BN, seperti peruntukan wang ketika tempoh berkempen, undi pos dan sebagainya... semua ini wujud dalam pilihan raya kecil yang lalu, tetapi kami menang,

"mengapa kami kalah kali ini?"kata Anthony Loke Siew Fook, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, dalam muhasabahnya mengulas kekalahan di Bagan Pinang baru-baru ini.
(Gambar atas - Anthony Loke turun berkempen di Teluk Kemang bersama Penolong SU PAS Terengganu, Hj Hanafiah Mat)

Beliau berkata demikian dalam satu forum yang dianjurkan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, disini, semalam.

Loke yang juga Ketua Pemuda DAPSY merupakan penggerak kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Bagan Pinang, yang bertungkus lumus, bergerak siang dan malam bagi pihak DAP.

DAP Negeri Sembilan dilihat turun habis-habisan pada PRK kali ini dengan menyediakan markaz besar, menjadi tempat pengisytiharan calon dan pusat penyelarasan kempen DAP sepanjang PRK tersebut.

Walau pun mengakui segala kelemahan PR antara faktor yang membawa kekalahan, namun beliau tidak bersetuju, keputusan PRK Bagan Pinang memberikan gambaran senario Malaysia secara keseluruhannya.

Pun begitu, menurutnya, beliau tetap menjadikan kekalahan PR sebagai iktibar dan panduan menghadapi pilihanraya akan datang.

Mengulas latar belakang politik Negeri Sembilan, Anthony Loke berkata, UMNO tidak pernah hilang mana-mana kerusi sejak zaman merdeka dinegeri tersebut, sehinggalah PRU ke-12.

Katanya, tsunami politik Mac 2008 menyebabkan UMNO kehilangan tiga kerusi DUN dan menyifatkan kekalahan UMNO itu berlaku kerana sabotaj dari dalaman parti itu sendiri.

Beliau berkata, PAS walaupun telah lama wujud, tetapi tidak pernah menang di Negeri Sembilan sebelum PRU-12, menjelaskan mengapa PAS kelihatan lemah, malah belum berakar umbi di peringkat tempatan.

(Gambar bawah - Anthony (paling kanan) bersama Nain Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim dan calon PAS, Zulkefly, dalam satu sidang media di pejabat DAP)

”Pakatan Rakyat kelihatan teragak-agak mengatur strategi untuk berdepan dengan tokoh tempatan UMNO-BN, Mohd. Isa Samad,

”peringkat awal, isu tempatan dijadikan sasaran utama, kerana menganggap isu nasional kurang berkesan untuk mempengaruhi pengundi,

”Sehinggalah pada peringkat akhir, barulah PR memutuskan untuk menggunakan isu nasional sebagai serangan,”jelasnya.

Walaupun pemimpin PR peringkat nasional turun ke gelanggang untuk menghangatkan suasana, namun katanya, keadaan sudah terlalu lewat.

Sebenarnya, menurut beliau, PR berdepan dengan seorang tokoh, walaupun tercemar, adalah bekas Menteri Besar, yang sudah 22 tahun berpaut di kawasan tersebut.

”Isa Samad, walaupun bertanding di DUN Linggi, namun beliau tetap kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang,

”pengaruhnya begitu besar, sehingga bahagian Teluk Kemang hanya mencadangkan satu nama untuk calon PRK Bagan Pinang,”terangnya lagi.

Anthony Loke turut mengingatkan rakan seperjuangan dalam PR; zaman "undi untuk parti tanpa mengira calon" telah berlalu.

Beliau meramalkan, walaupun ramai dikalangan PR kini bergelar ’YB’ namun ia tidak memudahkan PR menghadapi PRU ke-13, kerana beban yang ditanggung oleh mereka.

"Dulu kami tak ada beban, kerana kebanyakan kami bukan wakil rakyat, namun, pada PRU ke-13 akan datang, pengundi akan menilai kualiti dan prestasi,

”jangan sesekali menganggap kita akan menang, hanya dengan bergantung kepada karisma pemimpin nasional, "katanya.

Beliau mengingatkan prestasi wakil rakyat dan pimpinan PR menjadi penentu dalam pilihanraya umum akan datang.

”Seandainya prestasi Pakatan Rakyat kurang memuaskan dan enggan memperbaiki kelemahan diri sendiri, maka kami (PR) tidak memerlukan BN sebagai musuh,

”Musuh yang terbesar PR ialah PR sendiri."kata Anthony Loke membuat kesimpulan.

--Buletin Online

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost