Friday, October 16, 2009

Shahrizat Bakal Presiden UMNO - PM Malaysia? :- Nizar vs Najib Altantuya


Kaum wanita sememangnya wajar diberi peluang menerajui parti-parti politik di negara ini kerana sifat semulajadi mereka yang sentiasa amanah dan bersungguh-sungguh ketika bekerja, kata Pengerusi Yayasan Suara Wanita Malaysia, Tan Sri Zaleha Ismail. Beliau berkata, kaum wanita berpotensi menjadi pemimpin baik dalam parti politik kerana memiliki banyak kelebihan berbanding lelaki.

Menurutnya, antara kelebihan wanita mereka sentiasa melakukan kerja sepenuh hati apabila diamanahkan dan jarang sekali terlibat dalam gejala rasuah.

“Saya menyokong penuh gesaan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahu parti-parti politik di negara ini ditunjangi wanita dalam menghayati polisi kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Pengalaman saya selama 40 tahun dalam politik mendapati wanita berpotensi menjadi pemimpin yang baik kerana memiliki sifat kesungguhan, penyabar dan cekal menghadapi cabaran,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Shahrizat bahawa sudah tiba masanya bagi parti-parti politik di negara ini ditunjangi oleh kaum wanita dalam menghayati polisi kerajaan BN.

Shahrizat memberitahu, perspektif golongan wanita mesti dibawa ke dalam parti induk UMNO dan urusan kerajaan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia masih lagi masyarakat yang ‘patriarchal’ iaitu mengutamakan golongan lelaki berbanding wanita.

Ini kerana, katanya, walaupun jumlah keseluruhan keahlian Wanita UMNO sebanyak 1.35 juta orang, namun di peringkat cawangan dan bahagian mungkin tidak ada penyertaan golongan wanita.

Mengulas lanjut Zaleha yang juga bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat berkata, kekurangan wanita memegang jawatan penting dalam parti politik mengakibatkan ketidakseimbangan dalam kepimpinan di negara ini.

“Sekarang ini, kepimpinan dalam parti-parti politik sama ada BN atau pembangkang di negara ini jelas tidak seimbang.

“Ini kerana jumlah pemimpin wanita menerajui parti politik amat sedikit berbanding lelaki sedangkan mereka merupakan ahli yang paling ramai dalam parti,” katanya.

Zaleha mencadangkan agar setiap parti politik menyediakan sekurang-kurangnya 30 peratus kuota bagi jawatan dalam parti kepada wanita.

Beliau berkata, lebih ramai wanita perlu dilantik menjadi ketua cawangan dan bahagian parti serta menteri dalam kerajaan.

Tambahnya, pemimpin wanita mampu menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan kerana 52 peratus daripada pengundi di negara ini merupakan kaum hawa.

--Detikdaily

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost