Friday, October 23, 2009

Muktamar Khas: PAS Perlu Hadapi Realiti :- Nizar vs Najib Altantuya

Sudah agak lama aku tak meng’update’ blog atau menulis posting kerana sibuk. Malah ada posting yang masih tergatung dan tidak disiapkan. Sebenarnya banyak yang nak diluahkan tetapi terpaksa hold dulu.
Sabar yong… sabar, hati ini berkata. Apa yang perlu didahulukan kenalah didahulukan. Oleh itu, kena ikutlah apa yang hati kata kerana ada rasionalnya.

Sekarang, dengan kesempatan masa yang ada, baru aku ada masa untuk menyambung kembali posting yang sudah tertinggal dan tidak selesai. Mungkin banyak lagi posting yang bakal menyusul, isyaAllah.

Sekiranya sesuatu perkara yang dirasakan tidak baik berlaku kepada entiti yang menjadi kesayangan kita, ia pasti akan sentiasa menggusarkan kita. Jiwa tak tenteram dan fikiran kacau jadinya. Jadi untuk men’stabilize’kan keadaan, luahkan dalam tulisan baru lega rasanya.

PAS sebuah parti yang aku sayang dan hormati, kini telah menjadi buah mulut orang terutama daripada para penyokong dan pengikutnya, tak kira daripada kalangan yang beragama Islam maupun yang bukan-Islam. PAS dilihat sebagai rakan kongsi Pakatan Rakyat yang bermasalah. Tindak tanduk segelintir para pemimpinnya, dilihat merugikan PAS dan Pakatan Rakyat.Ini membuat orang rasa meluat dengan PAS.

Kesannya, PAS kalah teruk dalam PRK Bagan Pinang. Kekalahan tersebut telah menimbulkan pelbagai andaian. Pelbagai persepsi timbul tentang sebab dan musabab kekalahan PAS yang dilakukan oleh pelbagai pihak. Kebanyakkannya persepsi yang negatif. Ini tidak baik untuk PAS. Dengan itu, PAS mesti muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan mereka. Jika tidak… PAS akan kaput!!

Persoalannya sekarang, apakah ini petanda yang PAS telah hilang sokongan daripada golongan yang tidak berparti dan bukan-Melayu? Daripada trend undian yang berlaku di Bagan Pinang, undi bukan-Melayu banyak beralih kepada UBN. Oleh itu, masih relevankan slogan PAS For All yang selama ini menjadi tarikan kepada golongan bukan-Melayu?

Sekiranya ia masih relevan, mengapa bukan-Melayu mula menjauhkan diri daripada PAS? Kalau ia sudah tak relevan, mengapa?? Apakah yang mesti dilakukan supaya ia terus relevan untuk menarik kembali sokongan bukan-Melayu kepada PAS agar manfaatnya dapat juga dirasai oleh Pakatan Rakyat terutama pada PRU 13 nanti.
Kini slogan PAS For All sudah dilihat sebagai retorik semata-mata. Ini disebabkan sikap dan tingkah laku sesetengah pemimpin PAS yang tidak mempamerkan semangat PAS For All itu sendiri. Slogan yang dulunya satu strategi yang amat berkesan untuk menarik sokongan bukan-Islam, kini telah hilang umphnya.

Banyak isu-isu yang berkait rapat dengan kaum bukan-Melayu dan non-muslim tidak ditangani dengan baik dan bijak. Ia bukan saja ditimbulkan oleh pemimpin samdol dalam PAS, malah dipandang sepi oleh pucuk pimpinan. Sokongan mereka nak… tapi kebajikan dan masalah mereka diperleceh dan tidak diperjuangkan. Ini kerja dan angkara segelintir para pemimpin atasan PAS. Siapakah pemimpin-pemimpin yang samdol ini?

Mereka ialah golongan yang pro-UG/UMNO. Para pemimpin ini dilihat merugikan PAS. Pendapat ramai mengesyorkan supaya golongan ini dinyahkan daripapa pucuk pimpinan PAS!! Berundurlah anda sebelum anda diundurkan!! Sekiranya mereka masih kekal dengan sikap tak semiak, ini maka masa depan politik PAS di bumi Satu Malaysia ini akan menjadi malap. Takut-takut nanti… bulan mengambang tidak akan bercahaya lagi. Malap jadinya weh…..!!

Para pemimpin PAS ni, beriya-iya nakkan kuasa politik untuk memerintah sehinggakan sanggup tidur dengan UMNO dalam gelap. Sanggup buat kerja tak bermaruah dan khianat demi mendapatkan kuasa untuk berkongsi memerintah Malaysia dengan harapan untuk menegakkan negara Islam. Jangan harap UMNO nak sior. Tak sior golongan munafik ini!!

Meluat aku!! Asyik-asyik gunakan Islam untuk mencapai matlamat yang belum tentu jadi kenyataan. Entah-entah kena kencing lagi dengan UMNO yang oportunis. Padan muka!!

Oleh itu, jangan asyik berkhayal dan berangan-angan Mat Jenin nak menubuhkan negara Islam tetapi tak tahu strategi. Tanpa strategi yang berkesan jangan harap dan jangan mimpilah nak memerintah Malaysia. Kita perlukan legit power untuk memerintah negara dan membuat perubahan pada sistem yang ada. Tanpa kuasa yang legit, jangan mimpilah.

Nak dapatkan kuasa bukan mudah. Di sinilah kita perlu ada satu strategi mantap dan berkesan. Sekiranya strategi kita mantap dan timingnya perfect, insyaAllah kita mungkin akan berjaya. Mengurangkan isu atau zero-isu adalah satu strategy.

Malangnya, samdol seperti Hassan Ali yang kononnya cerdik, tetapi sering menimbulkan isu-isu yang memberi gambaran negatif kepada Pakatan Rakyat. Ini sering berlaku terutama menjelang pilihan raya kecil yang melibatkan pertempuran antara UBN dan Pakatan Rakyat. Dia ni seolah-olah menjadi pencacai UMNO dalam Pakatan Rakyat. Orang macam ni kita kena tendang keluar!! Sudah menjadi LIABILITI kepada parti.

Peliknya, setiap kali Hassan Ali buat perangai… pemimpin atasan PAS khususnya Haji Hadi dan Nasharuddin UG and the rest of the UG gang, memekakkan telinga dan membisu. No respond what so ever from them, seolah-olah merestui tindak tanduknya. Itu sebab dia mua. Apakah semua tindak tanduk jelek Hassan Ali ini ada udang sebalik batu?

Mereka inilah yang menjadi bara yang memanaskan suasana dalam PAS/Pakatan Rakyat. Kepanasan yang mereka bawa inilah yang merimaskan pengikut dan para penyokong Pakatan Rakyat. Jangan biarkan pula bara ini menjadi api yang akan membakar dan memusnahkan harapan yang ada untuk kita menuju ke Putrajaya bagi membina sebuah Malaysia Baru.

Kerjasama PAS dengan anggota Pakatan Rakyat daripada PKR dan DAP juga adalah satu strategi. Pada PRU 12 , kita sapu 5 negeri. Slogan PAS for All juga adalah satu strategi. Berduyun-duyun bukan-Islam bersama PAS dalam PRU 12. Slogan ini telah menyerlahkan keterbukaan PAS terhadap rakyat non-muslim dan PAS telah diterima dengan baik.

Peliknya, mengapa perlu strategi-strategi ini diganggu-gugat?? Semuanya sudah berjalan dengan baik dan lancar. PAS/Pakatan telah menang beberapa siri PRK kerana strategi yang berkesan. Apakah kemenangan demi kemenangan telah membuat PAS besar kepala dengan ego yang begitu tinggi melambung?

Berpijaklah di bumi nyata. PAS secara solo tidak mampu untuk merampas kuasa politik daripada UBN. Jangan perasanlah!! Dalam realiti masyarakat yang pelbagai kaum dan budaya serta agama di Malaysia ini, PAS TIDAK MAMPU untuk melakukannya kecualilah kalau Allah SWT nak tolong.

Namun, sebelum Alllah SWT memberi pertolongan, kita mesti berusaha terlebih dahulu. Menggariskan strategi yang sesuai dan mantap adalah satu usaha. Tanpa strategi yang mantap, usaha sukar diterjemahkan kepada kejayaan. Kita mesti pandai merebut peluang yang ada dan bukan mempersia-siakannya.

Golongan pro-UG dalam PAS, saya kira telah mempersia-siakan peluang dan tak pandai nak mengurus peluang baik yang telah ada dengan bijak. Cerdik mereka tak boleh kita ikut dan kebodohan mereka, amat memalukan dan dikesali. So… baiklah mereka ini berundur sebelum PAS/Pakatan Rakyat kaput. Kalau mereka degil… kita undurkan mereka!!

Alhamdulillah, PAS masih bernasib baik kerana terdapat dalam kalangannya, pemimpin yang rasional dan cerdik, bijak serta faham bertapa pentingnya strategi yang berkesan untuk mendapatkan kuasa. Kesederhanaan serta kebijaksanaan mereka menangani isu-isu kontroversi yang ada kaitan dengan PAS/Pakatan Rakyat amat dikagumi. Saf kepimpinan yang berpijak di bumi nyata serta sedar akan realiti negara seperti inilah yang kita mahukan untuk menjadikan harapan kita menjadi satu kenyataan.

Selain itu, pendapat, teguran, nasihat serta saranan daripada mereka terutama cerdik pandai yang pakar dalam sesuatu bidang harus diberi perhatian kerana mereka ini sayangkan PAS/Pakatan Rakyat dan sedar bertapa perlunya status quo UBN diroboh dan dimusnahkan. Dengan robohnya status quo UBN dalam pemerintahan negara, barulah segala sistem lama yang haprak dapat kita gantikan dengan satu sistem yang lebih murni sifatnya, insyaAllah.

Oleh itu, PAS terutama segelintir pucuk pimpinan yang sudah jauh terpesong, berpijaklah di bumi nyata dan kembalilah kepada realiti sebenarnya negara Satu Malaysia ini. Ketepikanlah ego dan kepentingan diri demi memupuk semula keharmonian dalam PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Bertautlah semula menjadi satu. Hayatilah semangat One for All and All for One demi kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

--PerakExpress

MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

kpd ahli2 dan penyokong diminta x menghukum mana2 pihak dlm kepimpinan.Biar pemimpin yg selesaikan mslh.kita sbg org bwh hanya perlu patuh pd pemimpin selagi pemimpin xbuat salah dr segi hukum

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost