Kurang 8 jam dari sekarang, debar Isa semakin gemuruh. Gemuruhnya Isa berbalam-balam, antara memikir maruah dan rasuah. Senyum terus terukir, hey...senyumnya itu bukan yg paling manis. Senyumnya sarat dan kelat kerana dosa-dosa hitam lalu kian menerjah ke muka sendiri. Isa Oh Isa ! namamu dimercu. Dimercukan dengan bagaian cerita.
MB Pakatan makan nasik bungkus, bakal MB (???) makan rasuah !
Kini hari yg dinanti, berkunjung tiba. Buat semua warga Bagan Pinang. Anda semua insan terpilih ! Insan yang dipilih Allah dari 14,192 pengundi sah untuk memilih wakil mereka untuk membuat pilihan. Pilihan yang akan dibuat bukan main-main. Ini suatu pilihan untuk memilih antara benar dan bathil, dunia dan akhirat, syurga dan neraka.
Bagi mereka yang taatkan Allah serta suruhannya. Tiada masalah bagi mereka untuk memilih siapa calon dan parti mana yang akan dipilih. Memilih PAS bermakna memilih wakil yang akan menyuarakan hak dan aspirasi rakyat mengikut perspektif Islam. Ia juga bermaksud memilih seorang wakil yang akan bersuara dengan suara Iman dan Taqwa.
Wahai rakyat Bagan Pinang, jangan kita pilih mereka yang tidak ada rasa takut dengan Allah. Wakil yang tidak takut Allah akan berani buat benda yang Allah tidak suka. Allah tak suka orang menipu. Allah juga tidak suka orang yang mencuri. Allah juga tidak suka orang memberi dan menerima rasuah.
UMNO adalah parti yang dasarnya, memang tidak takut kepada Allah. Tetapi saya yakin di kalangan ahli-ahli UMNO bukan semua yang berani melawan Allah. Boleh jadi mereka dijahilkan oleh pimpinan UMNO agar mereka tidak lari meninggalkan UMNO seterusnya menyertai PAS.
Jika dibandingkan Mohd Hasan dan Isa Samad. Isa Samad lebih makruf setelah ter'kantoi' mengamalkan rasuah untuk mendapat jawatan dalam UMNO. Kemudian diadili oleh mahkamah UMNO dan digantung juga oleh UMNO. Nyatalah Isa Samad diiktiraf oleh UMNO sendiri sebagai seorang perasuah. Mohd Hasan masih dilihat bersih dari kacamata UMNO. Dia belum terpalit dengan mungkar oleh ahli UMNO sebagai perasuah. Berbeza dengan Isa Samad, wajahnya retak setelah dihukum sebagai perasuah.
Tiba-tiba wakil rakyat Bagan Pinang yang lama mengikut jejak Asri Rabbani, perginya takkan kembali. Maka perlu ada pengganti wakil yang pergi tak kembali. Yang dah pergi dia takkan kembali menjadi calon. Namun yang pergi tak kembali datang mengundi dah biasa jadi. Kembali jadi calon belum ada lagi dalam sejarah dunia. Maka tiba-tiba juga Isa Samad, yang dinobat oleh UMNO sebagai perasuah itu juga yang dipilih oleh UMNO. Sungguh kuciwanya ahli-ahli UMNO yang mahu bakal wakil dari kalangan yang muda dan bersih dari rasuah. Kasihan Isa Samad, kerana kem penyokong yg mahu calon bukan dari Isa, telah awal-awal lagi meninggalkan jentera BN di sini. Terkontang dan terkanting menghitung harap. Isa Oh Isa ! Say NO to ISA !!
Ahli UMNO Bagan Pinang pasti tidak mahu dipalitkan dengan sang saka bangsa yang tidak reti memilih. Ahli UMNO Bagan Pinang juga mesti malu jika dituduh sebagai penyokong rasuah. Ahli UMNO juga manusia, sebagai manusia, maruah mesti dipertahankan. Untuk mempertahankan maruah agar tidak dituduh sebagai manusia rasuah, wajar yg wajib menolak Isa bin Samad. Sesungguhnya pengundi Bagan Pinang lebih bijak untuk menilai dan memilih. Jangan anda malukan diri anda dan jangan jatuhkan maruah anda. Walaupun anda masih UMNO, anda masih ada maruah. Jangan gadaikan maruah anda dengan mengundi Isa yang dihukum bersalah mengamalkan rasuah dan tergolong dikalangan perasuah. Sekurang-kurangnya akan ada manusia lain yang akan beri hormat kepada anda sebagai umat melayu yang menolak rasuah dan si perasuah.
Murnikan hasrat terpuji anda dengan menolak Isa bin Samad. TOLAK PERASUAH, KEKALKAN MARUAH !! Berikan undi anda kepada PAS, sebagai tanda anda tidak pernah bersetuju dengan rasuah dan menolak pemimpin rasuah.
Oleh AB albanjari
Saturday, October 10, 2009
Pengundi Bagan Pinang, Tolak Perasuah!, Kekalkan Maruah! :- Nizar vs Najib Altantuya
10:37 PM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment