Saturday, October 3, 2009

Rasuah Di Bagan Pinang: 1 Tan Sri Dan 2 Datuk Cina? :- Nizar vs Najib Altantuya


Tawar menawar dan sogok menyogok sudah bermula di Bagan Pinang. Sementara itu, Isa Samad berharap dan berdoa, dia akan menang di Bagan Pinang.Tetapi dia tidak akan melakukan apa yang telah dilakukan sebelum ini didalam Umno, dimana dia dakwa diatas politik wang. Pada masa itu, dia sendiri menghulurkan wang kepada perwakilan Umno, dan berfikir bahawa mereka yang menerima wang tersebut akan menganggap beliau sebagai seorang yang pemurah - dan sudah pasti, Isa boleh diharapkan apabila menang kelak.

Dia terpilih tetapi dia tidak sedar bahawa Pak Lah bertegas mahu menyingkir Isa dan apabila perwakilan Umno yang menerima sogokan dari isa mengetahui bahawa Isa akan dijadikan kambing hitam - orang yang menerima sogokan dari Isa jugalah yang mendedahkan bahawa mereka menerima wanag dari Isa. Seperti kata orang, tidak ada maruah dikalangan pencuri. Isa tidak menyesal kerana penglibatannya dalam politik wang, beliau ahanya menyesal kerana ditangkap dan didakwa.

Tiada siapa yang akan dapat mencekup Isa memberikan wang kepada sesiapa. Tetapi wang tersebut sudah disediakan untuk ditabur. Dan mereka mempunyai begitu banyak wang untuk diagih0agihkan sehingga mereka memerlukan tiga orang untuk melakukannya. Isa dan Umno tidak berminat untuk melakukan kerja tersebut…sebaliknya mereka mendapatkan khidmat tiga orang untuk melakukannya. Dan bukan itu saja…mereka mendapatkan khidmat bukan Melayu untuk melakukannya.

Dan jangan ingat Umno tidak cerdik..ataupun…perkataan yang sesuai ialah ‘menipu’. Isa/Umno tidak akan menggunakan orang Melayu. mereka juga tidak akan menggunakan wang mereka (sebenarnya, semua itu adalah wang kita) dan Umno dan Isa tidak mahu terlibat secara langsung dari mereka yang memberi dan menyogok wang kepada pengundi.

Mereka telah berjaya mendpatakan tiga orang ’sukarelawan’ Cina untuk melakukannya. Terdapat tiga orang Tauke Cina…seorang Tan Sri dan dua Datuk yang telah mendapat kekayaan semasa era pemerintahan Isa sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan - untuk membantu mereka di Bagan Pinang. Seperti yang diberitahu oleh Najib dan Isa kepada ketiga-tiga mereka ini, sekarang adalah masa membalas budi. Mereka telah memperolehi kekayaan daripada peluang perniagaan yang diberikan kepada mereka semasa Barisan memerintah dan sekarang adalah masa untuk membantu Isa mencapai kemenangan.

Semasa zaman Pak Lah, dia tidak mahu tahu tentang politik wang. Dengan Najib dan Muhyidin, ianya berbeza. Mereka tahu apa yang Isa lakukan dengan ketiga-tiga tauke ini. Dan mereka juga tahu, ketiga-tiga mereka ini akan diberikan balasan diatas ’sumbangan; mereka. Ini lah yang dikatakan ‘politik wang’. Ketiga-tiga tauke ini akan ‘melabur’ untuk memastikan kemenangan Isa. Isa tahu. Najib dan Muhyidin juga tahu. Umno juga tahu. Dan mereka yang mahukan wang, tahu kepada siapa mereka perlu memohon. Ianya berkisar dalam kelompok tersebut dan jangan ingat kita tidak tahu perkara tersebut.

Saya tahu siapa mereka bertiga dan saya akan namakan mereka:
· Tan Sri Gan
· Dato Chua
· Dato Yap

Sesiapa saja didalam Umno Bagan Pinang tahu dimana untuk mendapatkan wang tersebut. Kawan saya mencadangkan, kalau anda berminat untuk mengetahui sama ada penyogokan wang dilakukan dengan menggunakan nama Isa atau Umno - jangan harap untuk melihat Isa melakukannya. Cuba cari dimana ketiga-tiga tauke Cina ini berada. Perhatikan mereka dan orang-orang mereka. Mereka ada dimana-mana saja di Bagan Pinang, sama ada di coffee house ataupun di hotel hotel di Port Dickson dan mereka bersedia menghulurkan ‘bantuan’ kepada sesiapa yang memerlukan.

Kalau Lembaga Disiplin Umno mahu memerhatikan Isa ataupun orang-orangnya berpolitik wang…tak perlu. Sebaliknya, perhatikan orang-orang ini.

Tan Sri Dr Gan Kong Seng
PK Resources Bhd (PLC)
Development of Nilai township.

Dato’ Chua Tiong Moon
Era Baru Sdn Bhd.
Property Development/ Investment Holding Company doing business in Negri Sembilan.



Dato’ Yap Kat Boon
Different companies for different projects in Negri Sembilan.
Mostly JV with Isa’s proxies.



Tiga tauke Cina mempertaruhkan bahawa Isa akan menang dalam pilihanraya kecil ini. Dengan mengharapkan Umno akan menang dalam pilihanraya umum akan datang, ketiga-tiga mereka ini berharap…semua ‘pelaburan’ mereka ini akan memberikan keuntungan besar. Mereka tidak mempunyai had untuk berbelanja di Bagan Pinang. Sebaliknya memberitahu Isa, mereka akan memberikan apa saja yang diperlukan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, tikus-tikus akan lari bertempiaran ke kapal yang akan karam. Dan pasti akan ada yang barua-barua yang akan melakukan kerja-kerja kotor untuk Isa dan Umno.

Friends I ask that you make sure that at least one of your friends will read this posting of mine. Please do this – forward this posting to someone else. Print it and have it distributed to as many people as you can. I want this information to go to every one that you think are with us. We must do this! Even if we cannot stop these three towkays from giving away their money for UMNO, for Isa – if enough people know about this posting, at the least it will make them uncomfortable. At the most it will shame them into doing it under the table. Let us show that we have the numbers to make a difference. Will you all do this for me, for our cause in Bagan Pinang and for all of us. Please do it NOW!

Pastikan sekurang-kurangnya seorang rakan anda membaca artikel ini. Hantar kepada rakan-rakan anda. Cetak dan edarkan kepada seberapa ramai yang mungkin. Kita mesti melakukannya. Walaupun kita tidak dapat menyekat ketiga-tiga tauke ini daripada memberikan sogokan wang bagi pihak Isa dan Umno, sekurang-kurangnya akan membuatkan mereka tidak selesa. Mari kita tunjukkan bahawa kita mempunyai jumlah yang cukup untuk menewaskan mereka. Dan lakukanlah untuk anak-anak kita dan generasi masa depan. Lakukannya sekarang.

/perakexpress
Artikel asal: Steadyaku47

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost