Pilihan raya kecil kesembilan selepas tsunami politik 8 Mac 2008 ini telah menjadi gelanggang baru pertarungan antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Tenaga dikerah, sokongan akar umbi dimobilasi, dari dalam mahupun luar Negeri Sembilan untuk menunjuk kekuatan.
Gelanggang ditinggalkan kepada penyokong setelah kedua-dua calon BN dan PR memasuki pusat pencalonan. Kedua-dua pihak saling menyindir dan memaki-hamun melalui laungan slogan, nyanyian lagu yang diubahsuai, dan gerak-geri tubuh. Malah, "saling baling botol air" yang berlaku pada hari pencalonan PRK Ijok 2007 nyaris berulang apabila BN mula membalingkan air botol ke zon PR.
"Reformasi" vs "Main buntut"
Kedua-dua pihak BN dan PR mula bersilat dengan laungan slogan. Seperti biasa, "Reformasi", "Hidup Rakyat", "Isa Rasuah", "Hancur BN" antara slogan yang "wajib" wujud dalam mana-mana perhimpunan. Tumpuan difokuskan kepada isu rasuah apabila pemimpin lapisan muda seperti Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin melaungkan "Tangkap Mahathir!", "Tangkap Najib" dan sebagainya.
Serangan keterlaluan terhadap Isa Samad, tokoh tempatan yang berakar umbi di Bagan Pinang sejak puluhan tahun yang lalu, mungkin mencungkil rasa tidak senang daripada penduduk tempatan. Namun, penyokong PR tetap melaungkan "Mansuh ISA @ Isa", "Isa Rasuah"sebagai tanda penolakan terhadap ISA mahupun calon BN sendiri.
Slogan seperti "Altantuya", "Tangkap Najib" diubahsuai kepada lagu untuk menyindir BN. Malah, seorang penyokong PAS menuduh penyokong UMNO sebagai "Melayu Bodoh!"
Di sebaliknya, slogan "Main Buntut", "Anwar Liwat" kedengaran di zon BN. Beberapa orang penyokongnya membelakangi PR sambil menggoyang buntut, sebagai tanda untuk menyindir PR sebagai parti yang menyokong liwat. Bahkan, ada di kalangan mereka yang menunjukkan jari tengah dan ada pula yang mengulangi isyarat tangan Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang ketika di PRK Sanggang pada tahun 2000.
Ini antara gelagat akar umbi kedua-dua gabungan politik. Keadaan zaman reformasi tahun 1998 tidak berubah. BN hanya dapat menyerang keperibadian (yang belum pun dibuktikan kesahihannya) apabila gagal menangkis isu besar yang dibawa pihak lawan.
Pengedaran risalah "Wajah sebenar Tan Sri Khalid Ibrahim" dan "Nasib Orang Melayu Selangor" yang mengandungi gambar peribadi Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong menjadi bukti kukuh BN masih belum terkeluar daripada cara politik yang lama.
"Saling Baling Botol"
Kira-kira pada 9:55 pagi, satu botol air dibaling dari zon BN. Botol itu jatuh dalam ruang 50 meter yang memisahkan kedua-dua kumpulan. Selepas lima minit, dua lagi botol dicampak dari zon BN, dan dibalas dengan penyokong PAS yang gagal mengawal kemarahan.
Beberapa pemimpin PR segera mententeramkan penyokongnya, dan mengadu kepada polis agar tangkapan dibuat. Polis sedar apa yang berlaku, dan berjalan ke arah zon BN. Kemudian datangnya Unit Amal PAS yang membina benteng manusia, untuk mengelakkan pencetusan konflik.
Pengkhianat Reformasi
Penyokong PR heboh dengan kemunculan Lokman Noor Adam, bekas aktivis reformasi yang pernah ditahan di bawah ISA. Penyokong PR melambai-lambai dengan wang kertas di tangan sebagai sindiran Lokman mengkhianati perjuangan kerana dibeli. Lokman yang memerhatikan segala ini dari zon BN hanya tersenyum.
Pada 11.30 pagi, ahli parlimen Puchong, Gobind Singh, anak kepada orang kuat DAP, Karpal Singh tiba. Imej bapanya agak tegas dalam pendirian untuk membantah penubuhan negara Islam tidak mengurangkan kehangatan sambutannya. Gobind Singh yang juga wakil peguam keluarga Teoh Beng Hock berdiri di atas meja untuk melaungkan "reformasi", dan disambut meriah oleh penyokong PAS.
Penyokong UMNO pula membalas dengan "PAS kena kuda", apabila melihat hubungan antara DAP dan PAS.
Banner yang bertemakan "Jangkitan Nipah" dan "Sekolah Damansara", yang berlaku dalam zaman reformasi juga kelihatan. Parti Sosialis Malaysia yang belum menyertai Pakatan Rakyat bagaimanapun membawa banner untuk menyokong calon PAS, atas prinsip bersih dan telus.
Dari 1998 ke hari ini...
Penyokong PR nampak lebih bertenaga, ghairah dengan laungan slogan dan mainan "ombak manusia", berbanding kepada penyokong BN yang dilihat keletihan. Demikianlah pergerakan reformasi, dari tahun 1998 sehinggalah hari ini. Rasuah kekal sebagai sasaran untuk diserang, dan BN hanya mampu menangkis dengan politik "peribadi".
Politik bukan hanya permainan elit. Pemimpin datang dan pergi, sama ada mengkhianati atau dikhianati, namun perjuangan reformasi kekal berterusan.
http://merdekareview.com/bm/
Wednesday, October 7, 2009
REFORMASI vs POLITIK LIWAT Di Bagan Pinang :- Nizar vs Najib Altantuya
6:29 AM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment