Monday, October 5, 2009

Rukunegara Ubat Penyakit Hubungan Kaum - Tengku Abdullah :- Nizar vs Najib Altantuya

Perkara terpenting dalam pembinaan negara Malaysia adalah ideologi nasionalnya. Ironinya inilah yang sering dilupakan oleh kebanyakan dari masyarakat negara ini, dari yang bergelar pemimpin sehinggalah ke rakyat biasa. Ideologi nasional Malaysia adalah apa yang kita kenal sekarang ini sebagai Rukunegara.

Sehubungan dengan itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru seluruh rakyat agar menghayati Rukunegara ini.

Dalam titah baginda sempena Majlis Konvokesyen Komemoratif dan Konvokesyen Ke-4 Universiti Malaysia Pahang (UMP), dekat sini semalam, baginda berpesan yang Rukunegara berupaya menyuntik kesedaran dan keinsafan bahawa isu perpaduan sebenarnya melangkaui perbezaan etnik, status sosial, agama, kepercayaan, apalagi faham politik.

Ini kerana, sebagaimana dalam titah baginda lagi, kelima-lima prinsip yang terkandung dalam Rukunegara adalah landasan yang mampu memelihara kestabilan tanahair jika benar-benar dihayati. Pentingnya keadaan ini bilamana kecemerlangan masa hadapan negara dan untung nasib bangsa banyak ditentu dan dicorakkan oleh hakikat yang berlaku pada hari ini.

Baginda yang juga Canselor UMP dalam titahnya turut menyuarakan pemerhatian baginda dalam isu yang menyentuh perpaduan yang kemudiannya berkembang menjadi isu sensitiviti kaum dan agama yang timbul akibat dari ketidakcaknaan dan kurang kesedaran sebilangan masyarakat tentang peri pentingnya semangat muhibah, integrasi dan kesatuan.

Perbuatan pihak ini sudah tentu bakal mendedahkan Malaysia kepada risiko keselamatan yang akhirnya boleh berkesudahan dengan tragedi yang tidak diingini, tambah baginda dalam titahnya.

Baginda menekankan dalam titahnya bahawa masyarakat Malaysia ini ditenun cermat dari empat kumpulan utas utama, Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah serta Sarawak, sewajarnya ia kukuh dalam membentuk identiti bangsa Malaysia. Kekukuhan identiti bangsa Malaysia ini pula seharusnya dilihat dari sudut positif sebagai faktor penyatu.

Isu perpaduan sepatutnya menjadi isu yang telah selesai. Selepas 52 tahun merdeka, segala sumber kebolehan negara sepatutnya dijuruskan kepada peningkatan daya saing, pengantarabangsaan pendidikan dan penyetaraan negara dalam kedudukan ekonomi dunia, titah baginda tegas.

Buat kesekian kalinya baginda bertitah agar beberadaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Raja-Raja sebagai Ketua Negeri hendaklah tidak dilihat dengan sentimen Melayu, tetapi adalah payung keadilan untuk semua kaum di negara ini.

Baginda cukup jelas dengan titahnya tentang isu perpaduan, yang bagi sebuah bangsa merdeka, tidak sepatutnya terus menghantui dan merencat segala usaha penyatuan dan integrasi nasional.
/malaysiainsider

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost