Monday, October 5, 2009

Surat Fitnah: PAS Cabar UMNO Buktikan Pembangkang Terlibat :- Nizar vs Najib Altantuya


PORT DICKSON: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Setiausaha Agung Umno,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membuktikan kesahihan surat fitnah yang didakwanya diedarkan oleh pihak pembangkang.

Beliau berkata Tengku Adnan perlu tampil bagi menjelaskan mengenai perkara sebenar tanpa membuat sebarang tuduhan melulu.

"Beliau kena tampil kalau betul surat itu berunsur fitnah dan kalau betul surat cuba untuk memusnahkan karier politiknya seperti yang beliau dakwa," katanya dalam sidang media di Markas Induk PAS di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan Tengku Adnan berhubung surat berunsur fitnah yang bertujuan memecah-belahkan hubungan antara ibu pejabat Umno, Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Umno Bahagian Teluk Kemang khususnya.

Surat yang menggunakan kepala surat rasmi Setiausaha Agung Umno itu mula diedarkan di sekitar DUN Bagan Pinang sejak hari penamaan calon Sabtu lalu antaranya ditulis seperti berikut: "Pihak Majlis Tertinggi amat dukacita memaklumkan bahawa calon yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan terpaksa ditolak kerana Presiden parti mahukan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon PRK N31 Bagan Pinang."

Salahuddin berkata, Umno tidak boleh menyalahkan pihak pembangkang berhubung penyebaran surat fitnah berkenaan.

"Mungkin surat itu diedarkan oleh pihak tertentu yang tidak puas hati dengan Tan Sri Isa sebagai calon.-/mStar

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost