Thursday, November 5, 2009

Isu MB Perak: Mengapa Nizar Perlu Menang ? :- MB Zambry vs MB Nizar


Hari ini merupakan hari penentuan bagi Mentri Besar Pakatan Rakyat Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhadapan dengan tuntutannya sebagai Menteri Besah negeri Perak yang sah.

Mahkamah akan bersidang pada 9.30 pagi ini dan seluruh negara akan menumpukan perhatian terhadapnya.

Cara terbaik bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap perbicaraan pada hari ini dilihat adil, tidak berat sebelah, sekiranya kesemua 11 Hakim Mahkamah Persekutuan dibenarkan menghakimi perbicaraan tersebut.

Persoalan penting ialah : Mengapa Nizar perlu berjaya dalam tuntutannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah?

Jawapannya ialah : Kita akan dapat merealisasikan satu sistem demokrasi yang sebenarnya.Kita akan dapat melihat satu kerajaan yang benar-benar dipilih oleh rakyat dan sekali gus membebaskan Perak daripada kemelut politik yang telah sekian lama menyelubungi negeri Perak.

Melalui ceramahnya di seluruh negeri, Nizar telah menyatakan beliau bukan menuntut kedudukan sebagai mMenteri Besar Perak.

Sebaliknya , beliau skadar mahukan jawatan tersebut supaya beliau dapat memohon semula kepada Sultan Perak , Sultan Azlan Shah supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

“Membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya baru, supaya rakyat diberikan hak mereka untuk membuat pilihan memilih kerajaan mereka sendiri.

“Ini adalah sistem demokrasi sebenar iaitu dengan mengembalikannya kepada rakyat ,” kata Nizar.

Sama-samalah kita berdoa, agar Allah dengan sifat Maha Pemurah dan KeadilanNya , akan menganugerahkan kemenangan yang hakiki disisinya kepada seluruh rakyat Perak.

--/alhusseyn51

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost