Saturday, February 27, 2010

Satu Lawan Satu Di Sarawak - Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat telah bersetuju agar semua pertandingan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang adalah pertembungan satu lawan satu antara Pakatan dengan BN.Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.Pilihan raya negeri Sarawak - yang terakhir berlangsung pada 2006 - mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen.Saifuddin berkata, strategi satu lawan satu itu -yang telah menghasilkan kemenangan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 - akan digunakan dalam pilihan raya negeri...

Friday, February 26, 2010

Ekonomi Malaysia Kini Retak Dan Bakal Berkecai ! - Anwar Ibrahim

Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut Anwar, pengumuman oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga dibuat terlalu awal memandangkan kesan daripada pakej ransangan ekonomi itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan."Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius."Saat apabila ekonomi negara yang kini retak...

Wednesday, February 24, 2010

UMNO Membisu Tiada Perarakan Maulidur Rasul Diluar Pulau Pinang

Ketika isu perarakan sempena Maulidur Rasul diriuhkan di Pulau Pinang, Umno pula membisu apabila program sama tidak ada negeri lain termasuk Johor, Perlis dan Pahang.Begitu juga di Kelantan, perarakan tidak diadakan sejak 20 tahun lalu. Program Maulidur Rasul hanya diisi dengan ceramah agama.Moderator program Hujah TV9, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof berkata, Umno tidak sibuk apabila negeri-negeri lain juga tidak mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul.“Ini seolah-olah memperlihatkan ada double standard dalam isu ini. Sedangkan di Kelantan sejak 20 tahun lalu juga tidak ada perarakan Maulidur Rasul,” katanya ketika mempengerusi program berkenaan malam tadi.Turut menjadi panel pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustapha Ishak.Dr Mustapha ketika menjawab isu tersebut...

Tuesday, February 23, 2010

Royalti Minyak: BN Diminta Henti Menipu Rakyat

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dianggap kini terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak.Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) berkata Mustapa seolah-olah tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh cuba mempertahankan dasar kerajaan pusat itu.“Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5 peratus.“Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara Petronas dan Kelantan (dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah,” katanya dalam...

Monday, February 22, 2010

Hukuman Lebih Berat Untuk Hassan Ali - Khalid Samad

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang digantung keahliannya selama enam bulan dalam PAS, menggesa supaya hukuman ke atas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali ditambah, bagi memperlihatkan kejujuran parti itu dalam membuat keputusan.Khalid yang turut digantung daripada jawatan yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti itu, membuat gesaan itu ketika mengumumkan tidak akan merayu terhadap keputusan jawatankuasa disiplin terhadapnya."Kejujuran akan terbukti jika hukuman kepada Datuk Dr Hasan Ali diperkukuh dan ditambah, barulah nampak kita jujur," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini."Orang yang keluarkan kenyataan yang menjejaskan Pakatan Rakyat ini, perlu dikenakan tindakan," katanya lagi.Sebelum...

Kes Nasir Safar Penuh Madah Berhelah

Kes menghasut yang melibatkan bekas pegawai khas Perdana Menteri belum menampakkkan apa-apa perkembangan yang menyakinkan. Walaupun Ketua Polis Melaka dalam satu kenyataan baru-baru ini mendakwa bahawa polis telah siap membuat siasatan dan telah menyerahkan hasil siasatan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.Ini bermakna ada kemungkinan Nasir Safar tidak akan didakwa di mahkamah jika Peguam Negara memutuskan tidak meneruskan pendakwaan kes berkenaan. Berbeza dengan dakwaan menghasut kepada blogger Aduka Taruna, pihak polis dan Peguam Negara bertindak sepantas kilat begitu efisen menyiapkan siasatan dan mendakwa Aduka Taruna ke mahkamah.Sebaliknya dalam kes Nasir Safar semua pihak yang terlibat dalam siasatan dan pendakwaan...

Sunday, February 21, 2010

Ketua Pemuda PBB: YB Karim Penakut!!!

Pertandingan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda PBB tidak akan berlaku berikutan penarikan diri oleh Yb Karim.Walau apa alasanpun diberikan oleh beliau, rakyat khasnya ahli-ahli Pemuda pasti merasa kecewa kerana selama ini, (30 tahun) jawatan itu tidak pernah dipertandingkan.Harapan untuk melihat pertembungan Karim dan Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi danInovasi semakin jelas semalam selepas Karim menegaskan akan tetap menentang Fadillah untuk jawatan Ketua Pemuda PBB.Tetapi, tiba-tiba hari ini beliau memgumumkan bahawa beliau telah menarik diri dan membiarkan Fadillah menang tanpa bertanding dan mempertahankan jawatan itu.Sebelum ini Karim yang juga ADUN Asajaya menyatakan bahawa pertandingan yang akan berlaku tidak akan...

UMNO/BN Jangan Guna Sentimen Perkauman !

Pemimpin Umno dan Barisan Nasional(BN) dinasihatkan supaya tidak menggunakan sentimen perkauman sempit untuk meraih sokongan orang Melayu.Menurut Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Amizudin Ahmat, usaha Umno dan BN bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap mereka adalah kerana keadaan yang memaksa bertindak demikian."Mereka sendiri sedar bahawa masyarakat khususnya orang Melayu sudah hilang keyakinan kepada mereka. Oleh kerana itu, mereka terpaksa bertindak dengan cara menggunakan sentimen perkauman sempit bagi meraih sokongan yang mereka sendiri sedar sudah hilang terhadap mereka."Ekoran daripada kesedaran inilah, maka mereka bertindak dengan mengadakan demonstrasi dan bantahan semata-mata bagi mendapatkan kembali kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu,” ujarnya.Amizudin yang juga...

Ketua Pemuda PBB: Fadillah sambut cabaran Karim

KUCHING:Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) buat julung kalinya dalam tempoh 30 tahun dijangka menyaksikan pertandingan bagi jawatan ketua pemuda.Tiada pertandingan bagi jawatan ketua pemuda sejak Dato Sri Celestine Ujang buat pertama kalinya menyandang jawatan berkenaan pada 1981.Pertandingan nampaknya semakin jelas akan berlaku apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Abdul Karim Rahman Hamzah tetap dengan pendiriannya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).Beliau yang akan mencabar penyandang jawatan itu, Fadillah Yusof yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata keputusan itu dibuat atas sokongan dan desakan akar umbi.“Saya mengambil keputusan untuk bertanding...

Saturday, February 20, 2010

Proses Kehakiman Negara Banyak Tidak Kena !! - Hadi Awang

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menekankan bahawa tentu proses kehakiman dan perundangan dalam negara ini sekarang banyak yang tidak kena sehingga orang luar memprotes.Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang semasa bercakap kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di sini, semalam berkata, situasi itu mesti diperbetulkan supaya proses keadilan wujud.Begitupun, beliau bukan ‘menyelar’ tetapi tidak bersetuju terhadap campur tangan asing dalam sebuah negara berdaulat di atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa.Berikut ialah jawaban beliau kepada soalan pihak media.Wartawan: Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab,...

Friday, February 19, 2010

Isu Perarakan Maulidur Rasul Dan Khairy Jamaluddin

Situasi 1 Isu Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang Dari blog Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin. (13 Feb 2010)Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) begitu terkejut dan memandang serius laporan Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng telah membatalkan perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.Ini kerana, sekiranya laporan itu adalah benar, pembatalan perarakan menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, yang merupakan satu amalan tradisi bagi seluruh Umat Islam di negara ini, adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan juga Umat Islam di Pulau Pinang.Unjuran daripada reaksi pelbagai pihak, YAB Lim Guan Eng telah membuat kenyataan pada lewat malam semalam dengan menjelaskan...

Thursday, February 18, 2010

Bik Mama Dalang Kes Liwat II ???

Peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendalangi kes liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang kali ini.“Sebagaimana saya katakan, adanya tangan ajaib dalam perbicaraan ini, dan ia adalah tangan Perdana Menteri sekarang... ada dua tangan dan satu lagi tangan isteri beliau,” kata beliau di mahkamah hari ini.Anwar menyambut dakwaan Karpal itu dari kandang tertuduh dengan berkata “konspirasi, pembohongan besar.”--http://pemudabesut.blogspot....

Wednesday, February 17, 2010

YB Zul, sudahlah, apa tunggu lagi... FIRAUN BESAR!!!

Semalam Zulkifli Noordin yang penuh kontroversi dan pandai mencuri perhatian orang ramai membuat satu lagi kenyataan di sidang media.Beliau menuduh PKR berniat jahat apabila menetapkan tarikh perbicaraan kes disiplinnya pada 18 Februari ini iaitu tarikh dia akan berada di Korea untuk menghadiri satu forum antarabangsa.Hoi YB Zul!! Apa susah2, engkau ada pilihan, batal saja untuk menghadiri forum tu dan pegi menghadap Lembaga Disiplin parti, atau pilihan terakhir, pergi ke forum tu dan biarkan Lembaga Disiplin Parti pecat engkau! Memang itu pun yang engkau kehendaki kan?Oleh itu apa susah2?Tolonglah Yb, kami dalam PR dah penat tengok kerenah engkau.Lepasni kami nak tunggu satu sidang media perdana dari YB.Kali ni biarlah mengenai pemgumuman...

Monday, February 15, 2010

Kerajaan Najib Tak Cukup Duit !!!

Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan kritikal dimana Kementerian dan agensi kerajaan kini telah diarah untuk melaksanakan perbelanjaan berhemah.Sebelum ini Kerajaan mengarahkan agar semua Pejabat kerajaan mematikan lampu dan semua peralatan elektrik diwaktu rehat sebagai langkah penjimatan bil elektrik. Kemudian Kerajaan membuat dasar mengurangkan aktiviti latihan, peperiksaan dan mengarahkan Kementerian serta Jabatan agar tidak membuat begitu banyak program di Hotel-hotel. Walaubagaimana pun arahan ini tidak semua dipatuhi. Langkah terbaru Kerajaan cuba membekukan aktiviti latihan dibeberapa jabatanTahun lepas sahaja, 1 juta kakitangan awam kecewa kerana Kerajaan sudah tidak mampu membayar bonus dan Najib mengantikannya dengan...

Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Fa Cai dari MyKampungKu

Salam Tahun Baru Cina untuk semua kaum Cina di kpg Muara Tebas.Setiap tahun baru cina perkampungan nelayan ini akan menjadi tumpuan kaum Cina untuk berkunjung ke Tokong Cina (Ching San Yen Temple) untuk upacara keagamaan mereka.Tapi yang tak bestnya, malam tadi iaitu menjelang malam tahun baru, tembakan mercun/bungaapi dilakukan serentak dengan azan Isyak dari masjid yang berdekatan dengan rumah penduduk Cina.Mereka langsung tak menghormati azan dan orang Melayu yang hendak menunaikan sembahyang Isyak!!.Malah tembakan Mercun mereka berlangsung sehingga selesai wakyu Isyak.Lepas itu tak ada pulak kedengaran tembakan mercun sehingga menjelang tengah malam tahun baru cina!!Apakah ini dilakukan dengan sengaja untuk mengganggu orang yang hendak...

Saturday, February 13, 2010

Rupanya Zahrain Tak Dapat Projek ... Ooo...

Lim: Tindakan Zahrain atas kepentingan peribadiPerletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim disebabkan "kepentingan peribadinya" dalam sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri ditolak, kata ketua menteri Pulau Pinang."Pengunduran Zahrain jelas ekoran kepentingan peribadinya, yang diakui sendiri tidak gembira dengan penolakan saya terhadap permintaannya dalam Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP)," kata Lim Guan Eng.Zahrain menamatkan teka-teki kedudukannya dalam PKR dengan meletakkan semua jawatan dalam parti ekoran tidak puas hati dengan pendadbiran kerajaan negeri oleh Lim dan hilang kepercayaan terhadap parti.Beliau dilaporkan berkata, dakwaan cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis yang diberikannya kepada Lim baru-baru ini dibuktikan...

Friday, February 12, 2010

Perbicaraan Anwar 'TIDAK ADIL'

Bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Param Cumaraswam berkata, mengikut standard antarabangsa, perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah yang paling tidak adil.Param (kanan) yang juga salah seorang peguam Anwar berkata, keengganan pihak pendakwaraya untuk memberi senarai saksi dan bukti kepada mereka, amat sangat dikesali."Ianya bercanggah dengan prinsip yang terima dalam keadilan sejagat," katanya.Param berkata, taktik yang digunakan oleh pihak pendakwaraya itu, dalam perbicaraan kes ini, harus dihentikan.Karpal Singh, seorang lagi peguam Anwar, bersetuju bahawa perjalanan perbicaraan kes liwat Anwar adalah tidak adil kerana walaupun sudah seminggu berlalu, pihak peguambela masih belum memperolehi senarai...

Nizar Masih Menteri Besar Perak !!! - Tengku Razaleigh Hamzah

Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar” Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.Dua prinsip perlu dijelaskan:Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang...

Thursday, February 11, 2010

Boleh Singkir PM Tanpa Undi Tidak Percaya Di Parlimen - Aziz Bari

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan Nasional, membangkitkan persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan.Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan Negeri.“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,"katanya.Aziz berkata demikian ketika ditemubual TVSelangor.comBeliau...

Wednesday, February 10, 2010

Altantuya Terus Menghantui Najib-Rosmah !!!

Nampaknya Najib-Rosmah tidak boleh senang duduk juga bila RPK terus 'melanyak' pasangan iblis ini dengan kes Altantuya yang terbukti melibatkan mereka.Pada waktu sedang 'berseronok' melihat Anwar sedang dibicarakan oleh 'mahkamah' mereka, tiba-tiba RPK mendedahkan pulak 'lelaki misteri' dalam Proton Saga biru sebagai Nasir Safar pada malam Altantuya ditangkap Polis di hadapan rumah Razak Baginda. Nasir Safar ialah Pegawai khas Najib.Bala, dalam Akuan Sumpahnya ada menyebut tentang sebuah Proton Saga biru dipandu seorang lelaki Melayu telah lalu di hadapan rumah Razak Baginda sambil memerhatikan mereka di situ.Dari mana RPK dapat semua maklumat tentang individu yang terlibat dalam kes Altantuya ini ?Yang terbaru, didedahkan pula pasal ASP Suresh...

Tuesday, February 9, 2010

Manfaatkan Kekalahan DS Nizar

Oleh CyberboronWalau apa pun yang kita rasa nak kata, DS Nizar telah sah kalah. Panel lima hakim yang celaru kearifan telah sebulat suara memutuskan mereka tak berdaya untuk menyanggah tuan besar politik 1 Malaysia. Mereka mungkin merasakan Tuhan sedang bercuti hari ini.Seksyen 16 atau seksyen 36 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang dikononkan ’sepatutnya begini’ dan ’sepatutnya bukan begitu’, hanyalah madah lacuran untuk justify kehendak tuan pangkat dan tuan gaji yang disembah. Mulai hari ini, istilah ‘vote of no confidence’ bolehlah dibuang terus daripada kandungan perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri-negeri. Khir Toyo dan Mahdzir Khalid bolehlah merangka usaha memujuk dan menculik ADUN Pakatan Rakyat dan bawa berjumpa...

Sunday, February 7, 2010

Isu MB Perak: 9 Februari 2010 !!!

Rakyat negara ini amnya dan negeri Perak khususnya menanti keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan mengumumkan keputusannya pada 9 Februari ini sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal dalam jawatan itu atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat kembali jawatannya. Keputusan itu amat ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negeri itu atau kembali kepada pemerintahan Pakatan Rakyat. Panel lima hakim yang bersidang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.Setahun sudah isu rampasan kuasa di Perak berlalu maka selasa ini akan diketahui siapa yang akan menerajui Perak. Rata rata seluruh rakyat Malaysia sudah menjangkakan Zambry akan memenangi pertelingkahan...

Friday, February 5, 2010

Prosiding Kes Liwat 2: Anwar vs Saifool...

Saiful perlu memahami setiap perkataan yang diucapkan di mahkamah. Jika beliau tersilap bicara maka buruk padahnya. Saiful sebelum ini telah beberapa kali memutar belitkan fakta kes liwatnya. Sekejap mengatakan diliwat beberapan kali oleh Anwar sekejap sekali. Kemudian sekejap suka sama suka kemudian dipaksa. Ini jelas membuktikan yang beliau tidak konsisten dengan apa yang diucapkannya itu. Oleh itu kita harus melihat semua ini sebagai petanda awal yang perancangan mereka bakal menemui jalan buntu sebenarnya. Saiful boleh bercerita apa sahaja di mahkamah tentang kejadian liwat tersebut, namun beliau harussedar bahawa yang menyokongnya hanyalah seorang peguam "kelas tiga" bernama Zamri Idrus, ayah dan pakciknya sejak dulu kini dan pasti buat selamanya. Anwar dibela oleh barisan peguam yang...

Thursday, February 4, 2010

Prosiding Kes Liwat: Anwar Yakin Kemampuan Peguambelanya...

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin pasukan peguam belanya akan mampu menguruskan kes pertuduhan liwat yang dilemparkan oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan baik.Anwar berkata, beliau tidak terkejut dengan apa yang didedahkan di mahkamah semalam."Saya tidak terkejut, tapi tentunya tiada siapa mahu perkara seperti ini berlaku tetapi saya perlu berdepan dengannya."Saya percaya para peguam bela saya mampu menguruskannya," kata Anwar kepada pemberita selepas prosiding mahkamah pada hari pertama perbicaraan kes liwatnya berakhir.Anwar diwakili tujuh peguam yang diketuai Karpal Singh.Beliau yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium...

Tuesday, February 2, 2010

Kaum Cina & India Adalah Pendatang - Pegawai Khas Najib

Kenyataan berbau perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.Menurut sumber, pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar (kanan, bertali leher) menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila...

Perbicaraan Kes Liwat Anwar: Najib, Rosmah Akan Di Sapina Jadi Saksi !!!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta peguamnya, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya.Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis."Kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini."Mereka tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu," katanya.Kemudiannya, ketika berucap kepada penyokongnya, Anwar berkata: "Biar mereka datang buat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku."Mereka mesti hadir jelaskan keadaan," katanya.Anwar mengakhiri...

Monday, February 1, 2010

Rakyat Masih & Sedang Menilai Pakatan Rakyat !!!

Pilihan raya Umum mungkin akan berlaku dalam masa setahun atau lebih. Pilihan raya kecil di Perak juga tidak mustahil akan berlaku dalam masa terdekat. Adakah gelombang perubahan rakyat akan berlaku lagi jika pilihan raya diadakan? Adakah rakyat di sesetengah tempat masih setia menyokong PAS dan PR?Kepimpinan dan penyokong PAS serta PR perlu tahu dan faham bahawa rakyat sedang menilai kemampuan parti dokongan mereka. Parti yang mahu menggantikan Umno mestilah lebih mantap dan kuat. Begitu jugalah jika Pakatan Rakyat (PR) mahu menggantikan Barisan Nasional.Kekalutan beberapa pemimpin PR yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti menunjukkan PR sendiri tidak mantap dan mudah goyah. Pemimpin pusat dilihat tidak mampu mentarbiah pemimpin dan ahli bawahannya. Dengan kata lain, beberapa ahli parti...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost