Saturday, March 27, 2010

APCO: Siapa Sebenarnya Agen Dan Talibarut YAHUDI/ZIONIS !


Anwar agen Yahudi, agen Israel, agen Barat dan berbagai lagi tuduhan dan fitnah yang telah dan sedang dibuat oleh UMNO terhadap DSAI. Anwar di ganbarkan sebagai sejahat-jahat manusia dan petualang serta pengkhianat bangsa dan Negara.

Namun semuanya terjawab di Dewan Rakyat beberapa hari lalu setelah DSAI mendedahkan APCO sebuah syarikat milik Yahudi/Zionis yang dimabil dan dilantik oleh Najib dan UMNO untuk tujuan semata-mata untuk memulihkan kembali nama UMNO dan Najib dengan bayaran wang Negara dan wang rakyat sebanyak RM60juta setahun kepada syarikat Yahudi/Zionis itu.

Najib dan UMNO benar-benar panik dan mengelabah. Mereka tidak sangka dan tidak menduga sama sekali bahawa tembelang mereka selama ini terbongkar dan pecah. Selama ini mereka mendabik dada kononya mengutuk Yahudia/Zionis, kononya pejuang Melayu dan Islam. Denagn terbongkarnya aktiviti dan peranan APCO, maka jelaslah bahawa Najib dan UMNO kini bakal menggadaikan maruah Negara dan rakyat kepada Yahudi/Zionis semata-mata kerana ingin mengekalkan kuasa dan jawatan.

Tidak peliklah selama ini kita melihat bagaimana UMNO merampas tanah rakyat, meroboh rumah rakyat miskin dan masjid serta surau. Merampas wang royalti milik Terengganu dan Kelantan. Menggunakan polis dan mahkamah untuk menekan dan bertindak zalim terhadap rakyat terutamanya pembangkang. Rupa-rupanya inilah yang UMNO belajar dan tiru dari kezaliman dan penipuan serta penindasan yang dilakukan oleh Yahudi/Zionis diserata dunia Islam sekarang ini.

Apakah rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sedar dan peka semua yang dilakukan oleh UMNO dan Najib ini? Apakah rakyat mahu menunggu sehingga Negara tergadai ditangan Yahudi/Zionis akibat dari angkara Najib dan UMNO ini? Ketika itu sudah terlambat, nasi sudah menjadi bubur. Yahudi/Zionis mempunyai seribu satu muslihat dan penipuan untuk menguasai satu-satu Negara dan bangsa, apatah lagi Negara yang punya rakyat majoritinya Islam. Kini Najib dan UMNO sedang masuk dalam perangkap Yahudi/Zionis dengan menjadikan Negara kita sebagai tebusan dan bahan gadaian. Sebenarnya bayak lagi penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh UM NO yang tidak diketahui oleh rakyat.

Orang Melayu juga tidak perlukan Perkasa yang kononya memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam. Bagaimana boleh dipercayai sebuah NGO seperti Perkasa yang diketuai oleh seorang manusia yang punya banyak cabang lidahnya, pengkhianat dan tidak boleh dipercayai akan keikhlasanya? Apatah lagi setelah beliau begitu berapi-api menghina DSAI dan PAS.

Sebaik saja dipecat dari UMNO, beliau tanpa malu bergegas ke Munich melawat DSAI yang sedang dirawat di sana sedangkan sebelum itu beliau begitu lantang dan beria-ia menyokong Mahathir bahawa DSAI adalah seorang peliwat. Apabila merasakan PKR tidak melayan beliau, maka beliau mula mula berjinak dengan PAS sehinggakan PAS sanggup memilih beliau sebagai calun dengan menggunakan lambang PAS. Kini setelah mendapat apa yang dia nak, maka dia mula menghina DSAI dan PAS. Manusia beginikah yang kononya hendak memertahankan Melayu dan Islam? Layak ah beliau bersama Wakil Kulim dalam Bebas tu.

Sekarang baru rakyat sedar bahawa wakil Kulim itu sebenarnya pendusta dan banyak bercakap bohong dan mereka-reka cerita selama ini. Dua-duanya bapak munafik dan ketua Firaun? Kini Kulim berlutut dan tersungkur di kaki Najib dan Rosmah tanpa maruah dan akhlak. Orang Melayu dan orang Islam tak perlukan kamu wahai Ibrahim Ali, Orang Melayu dan penganut Islam mampu menjaga bangsa dan agama mereka sendiri. Pergi jahanam dengan Perkasa kamu itu.

Penipuan wang royalty yang diputarbelit oleh UMNO juga adalah merupakan tunjukajar dari Yahudi/Zionis juga. Mana mungkin pemimpin Sabah. Sarawak, Terengganu dan Kelantan akan menandatangani perjanjian dulu sekiranya tiga batu nautika dijadikan syarat dan hujah untuk negeri-negeir mendapat 5% royalty? Mana ada minyak dalam lingkungan kawasan tiga batu nautika? Yang tertulis dalam perjanjian ialah "offshore" dan "onshore".

Cuba bayangkan sekiranya Kelantan itu tidak termasuk dalam Malaysia (negeri sendiri), apakah Malaysia atau kerajaan Pusat punya hak untuk mengorek minyak yang dikatakan pertindihan sempadan dengan Malaysia/Thailand dan Vietnam itu? Sudah tentu Malaysia dan Petronas tidak punya hak kerana perairan itu termasuk dalam kawasan antara Kelantan/Thailand dan Vietnam saja. Malaysia sekarang punya hak hanyalah kerana dengan adanya negeri Kelantan yangmana perairan itu termasuk dalam kawasan Kelantan maka atas nama Kelantan itulah membolehkan Malaysia turut mendapat habuan dari minyak itu, jika tidak jangan mimpi.

Jika Kelantan bukan termasuk dalam Malaysia, maka semua hasil minyak itu menjadi hakmilik Kelantan bersama Thailand atau Vietnam. Ini bermakna bahawa Petronas dan Kerajaan Malaysia layak mendapat hasil minyak itu kerana disebabkan adanya Kelantan yang termasuk dalam Persekutuan Malaysia. Jadi inilah nasihat Yahudi/Zionis kepada UMNO sebenarnya.

Begitulah licik dan halusnya serangan dan tipu muslihat Yahudi/Zionis dalam Negara kita sekarang yangmana mereka menggunakan UMNO sebagai dalang dan kuda tunggangan mereka untuk menghancurkan Islam. Rakyat perlu sedar bahawa Yahudi/Zionis sudah lama bertapak dalam Negara kita. Penglibatan APCO yang ditunjangi dan didalangi oleh UMNO sebagai bukti bahawa Negara dan rakyat Malaysia kini berada dalam sangat bahaya. Oleh itu, marilah kita bertekad untuk melumpuhkan seterusnya menumbangkan UMNO dalam PRU13 kelak, jika tidak bersedialah kita untuk menjadi Palestin kedua kelak. Wallahualam. - TKO

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost