Friday, March 26, 2010

PRK Hulu Selangor Ditetapkan Jumaat Depan - SPR


PUTRAJAYA, 26 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

Pilihan raya kecil itu berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi akibat barah otak.

Abdul Aziz berkata mesyuarat itu diadakan di Ibu pejabat SPR di sini pada pukul 10 pagi.

“Notis mengenai kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diterima Isnin ini,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G.Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi. — Bernama

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost