Saturday, July 25, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: 'Bangsa ISA' Bunuh Kerusi Melayu Islam


Jika orang-orang Melayu Islam mengugut mahu mencetuskan huru-hara, sudah lama mereka ditangkap polis. Orang Melayu Islam pernah ditangkap polis kerana menyebarkan SMS menyeru orang ramai menyertai solat hajat di Ipoh agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan.

Tetapi, bangsa ISA boleh mengulang ugutan akan menimbulkan huru-hara (lihat berita Malaysiakini semalam "Demo besar isu ISA mungkin huru-hara"). Saya tak kata apa-apa semalam kerana nak tengok sama ada bangsa ISA kan diambil tindakan atau tidak. Jangan harap akan ada tindakan.

Bercakap mengenai Perak, bangsa ISA marah sangat kerana ramai Cina menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu.

Siapa yang buat persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003? DAP buat?

Siapa kurangkan kerusi Melayu dalam Dewan Rakyat? DAP?

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2003, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyatakan: "Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus. Kita tidak lihat kerusi baru di tiga negeri ini".

Bila keris puaka makan tuan, bangsa ISA menggelejat meniupkan api perkauman.

DAP memang menang banyak di Perak hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 yang dibuat oleh bangsa ISA. Tetapi, adakah DAP bertanding di kerusi majoriti Melayu?

DAP bertanding di Gerik (73.49 peratus Melayu)? Kerusi Gerik dimenangi oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe.

Siapa korbankan kuasa politik Melayu Islam? DAP atau bangsa ISA? Siapa musuh sebenar Melayu Islam? DAP atau bangsa ISA? Ada akai, pakai.
Petikan Daripada: /penarikbeca.blogspot.com

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost