
Hari ini adalah ulangtahun Kemerdekaan Malaysia dari penjajahan British, yang kononnya dipelopori oleh Umno dan setelah 52 tahun perginya penjajah, kebanyakan rakyat Malaysia difahamkan bahawa Umno sahaja yang berjuang menentang penjajah. (Video Klip di Dalam)Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah.Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah.Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan...