Tuesday, March 30, 2010

Ucapan Anwar Ibrahim Di Parlimen Berkenaan Skandal APCO - 30 Mac 2010

MUKADIMAHTerima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya. Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan...

Monday, March 29, 2010

Chua Soi Lek Akan Jadi Menteri ?

Datuk Chua soi Lek telah membuat kejutan dengan menewaskan dua calon pilihan presiden MCA. Pastinya Datuk Ong Ka Ting dan Datuk Ong Tee Kiat termenung dan tidak lena tidur memikirkan kekalahan mereka semalam.Secara tradisi, presiden MCA akan dilantik sebagai menteri bagi mewakili kuota komponen BN dalam kabinet 1Malaysia. Mungkinkah Ong Tee Keat akan digugurkan dan digantikan dengan Chua Soi Lek?Kemungkinan itu hampir pasti sekarang. Adalah sesuatu yang janggal jika Ong Tee Keat kekal menjadi menteri kerana perlantikan beliau atas kapisiti sebelum ini sebagai presiden MCA. Adalah lebih bermoral dan akan mengangkat imejnya jika beliau meletak jawatan sebagai menteri secara terhormat sebelum beliau terpaksa digugurkan dari kabinet.Jika Chua soi...

Sunday, March 28, 2010

Chua Soi Lek Menang Jawatan Presiden MCA, Tiong Lai Timbalan

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,520 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.Liow merupakan...

Soi Lek Bakal Terajui MCA?

CC: 60 peratus penyokong Chua menang? - MalaysiakiniKira-kira 60 peratus daripada 25 kerusi jawatankuasa pusat MCA dimenangi oleh penyokong Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, demikian menurut sumber-sumber yang layak dipercayai.Difahamkan, kebanyakan calon yang memegang jawatan kerajaan - exco negeri dan timbalan menteri - berjaya dipilih, selepas 80 peratus undi selesai dikira.Bagaimanapun, beberapa senator dikatakan gagal terpilih menganggotai jawatankuasa pusat.Manakala penyokong Chua pula kelihatan bertepuk kegembiraan di luar dewan.Pengiraan undi bagi jawatankuasa pusat selesai dijalankan pada kira-kira jam 4.30 petang.Manakala pengiraan undi bagi 10 calon yang bertanding bermula kira-kira jam 4.37 petang ta...

Saturday, March 27, 2010

APCO: Siapa Sebenarnya Agen Dan Talibarut YAHUDI/ZIONIS !

Anwar agen Yahudi, agen Israel, agen Barat dan berbagai lagi tuduhan dan fitnah yang telah dan sedang dibuat oleh UMNO terhadap DSAI. Anwar di ganbarkan sebagai sejahat-jahat manusia dan petualang serta pengkhianat bangsa dan Negara.Namun semuanya terjawab di Dewan Rakyat beberapa hari lalu setelah DSAI mendedahkan APCO sebuah syarikat milik Yahudi/Zionis yang dimabil dan dilantik oleh Najib dan UMNO untuk tujuan semata-mata untuk memulihkan kembali nama UMNO dan Najib dengan bayaran wang Negara dan wang rakyat sebanyak RM60juta setahun kepada syarikat Yahudi/Zionis itu.Najib dan UMNO benar-benar panik dan mengelabah. Mereka tidak sangka dan tidak menduga sama sekali bahawa tembelang mereka selama ini terbongkar dan pecah. Selama ini mereka...

Friday, March 26, 2010

PRK Hulu Selangor Ditetapkan Jumaat Depan - SPR

PUTRAJAYA, 26 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.Pilihan raya kecil itu berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi akibat barah otak.Abdul Aziz berkata mesyuarat itu diadakan di Ibu pejabat SPR di sini pada pukul 10 pagi.“Notis mengenai kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diterima Isnin ini,” katanya.Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G.Palanivel dengan majoriti...

Wednesday, March 24, 2010

Sarjana Muda Undang-Undang Atau Sekadar Diploma ???

Sivarasa: KPN tipu kelayakannya - Malaysiakini Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.Menurut laporan polis yang dibuat oleh peguam Anwar, R Sivarasa, Musa, pegawai penyiasat dalam kes itu memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang.Bagaimanapun, dalam satu lagi perbicaraan yang membabitkan kes rasuah bekas Pengarah Sisatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff pada tahun 2009, Musa memberitahu mahkamah dia memiliki “diploma dalam undang-undang dan pengajian pengurusan”.“KPN telah memberikan kenyataan palsu dengan...

Tuesday, March 23, 2010

UMNO Dicabar Batal Kontrak APCO

Parti Keadilan Rakyat mendesak kerajaan BN membatalkan kontrak APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan elemen Zionis dan Neo-Konservatif Amerika Syarikat.Desakan ini dibuat ekoran pendedahan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat tempoh hari, yang mengkritik keputusan Perdana Menteri Najib Abdul Razak melantik syarikat perunding itu membantu BN menguruskan negara."Jika Umno-BN tidak membatalkan kontrak APCO, ia memberi implikasi bahawa dasar-dasar Israel menjadi asas kepada komunikasi negara. Saya cabar Perdana Menteri jika tidak ada tindakan tegas diambil, rakyat akan berkata kamu bersekongkol dengan pemimpin Israel," kata Ahli Parlimen Yusmadi Yusoff bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.Sebelum ini, Anwar...

Monday, March 22, 2010

Anwar Pertahan Dakwaan 'ONE ISRAEL'

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mempertahankan dakwaannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan slogan 'One Israel'.Bagaimanapun, Anwar berkata beliau juga akan mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai peranan Apco Worldwide - yang didakwanya menghasilkan 1Malaysia dan One Israel - dengan kerajaan pusat.Katanya, dalam satu jawapan yang diberikan kepada Dewan Rakyat, ia menyatakan bahawa perkhidmatan Apco tidak digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua isu-isu umum komunikasi.Anwar merujuk kepada jawapan kerajaan terhadap soalan ahli parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani minggu lalu, yang turut mendakwa perkhidmatan firma itu turut digunakan oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan.Menurutnya, beliau...

Klinik 1 Malaysia: Pesakit Diberi Nasihat Dan Ubat Yang Silap ???

Klinik 1Malaysia dikatakan memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti rendah, sehingga ada pesakit yang diberi salah nasihat dan juga bekalan perubatan yang silap.Dr T Jayabalan, yang mewakili pekerja dan Majlis Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) mendakwa, kajian klinik-klinik 1Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapati ada pegawai pembantu perubatan memberikan ubat yang silap kepada pesakit.Kajian berkenaan didakwa dilakukan di Kampar, Perak.“Mereka memberi preskripsi untuk ubat yang salah dan ada juga yang membekalkan ubat yang mereka tidak ditauliahkan untuk berbuat demikian."Ada juga yang didapati gagal mengenalpasti sakit yang dihadapi oleh pengunjung klinik itu,” kata Jayabalan yang juga adalah penasihat...

Sunday, March 21, 2010

Presiden MCA: 3 Penjuru - Ong Tee Keat, Chua Soi Lek, Ong Ka Ting

Pertandingan merebut jawatan presiden MCA hujung bulan ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.Dengan sokongan lebih 1,000 penyokong yang hadir di sebuah hotel di ibunegara hari ini, tokoh berusia 61 tahun itu, akan berdepan dengan penyandangnya Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden, Tan Sri Ong Ka Ting.Ketika mengumumkan keputusannya itu, Dr Chua berkata, beliau mempunyai strateginya sendiri untuk menyatukan parti dan MCA kembali dihormati masyarakat.Sambil membidas Ka Ting, Dr Chua berkata prestasi lemah parti dalam pilihan raya umum lalu adalah akibat kesilapan Ka Ting memilih calon."Inilah yang diharap dapat dipulihkan semula apabila saya menang dan menjadikan MCA sebuah parti yang kuat...

Saturday, March 20, 2010

Zaid Cabar Kerajaan Pamer Perjanjian Royalti Minyak

Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mempamerkan perjanjian royalti minyak antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri kepada umum supaya rakyat dapat menilainya sendiri.“Tuan-tuan pernah lihat perjanjian tersebut? Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu,” katanya.Isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan hangat kembali baru-baru ini apabila dua gabungan NGO daripada Kelantan dan Terengganu mahu menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agung hari ini.Bagaimanapun, perhimpunan yang dijangka menghimpun ribuan rakyat daripada kedua-dua negeri di lapangan terbang Kuala Terengganu pagi ini terpaksa dibatalkan atas arahan polis.Bercakap dalam seminar kepimpinan anak muda anjuran...

Thursday, March 18, 2010

1 Malaysia = 1 Israel ???

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keras sikap hipokrit Umno dan Barisan Nasional yang menuduh beliau menjadi ejen Yahudi dan Cina tetapi pada masa yang sama secara senyap-senyap mengunapakai khidmat syarikat perunding imej pro-Zionis, APCO International.Ketika mengambil bahagian dalam perbahasan titah Yang Dipertuan Agong, Anwar mendedahkan semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan Umno-BN juga telah membayar sejumlah wang kepada pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff.Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Dr Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.Apabila...

Orang Asli Bukan Bumiputera - Zaid

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim kesal kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz gagal memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan Orang Asli sebagai kaum bumiputera.Katanya, menurut Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan, Orang Asli tidak diberi hak keistimewaan sebagai Bumiputera.Zaid (kanan) berkata Orang Asli tidak dikategorikan sebagai bumiputera, kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sahaja yang dianggap sebagai bumiputera.“Hanya 'Malays and the Natives of Sabah and Sarawak' dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,” katanya.“Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja...

Wednesday, March 17, 2010

Najib, Muhyiddin Campurtangan Krisis MCA ?

Nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dikaitkan dengan pertandingan jawatan presiden MCA pada 28 Mac ini.Pendedahan itu dibuat oleh bekas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kiri) pada satu majlis di Alor Star.Laporan Bernama memetik beliau sebagai berkata khidmat pesanan ringkas (SMS) kini tersebar luas di seluruh negara yang mengaitkan keputusan Tan Sri Ong Ka Ting untuk bertanding jawatan presiden MCA mendapat restu perdana menteri dan timbalannya.Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Chua mendakwa SMS itu tidak benar dan hanya mencemarkan nama baik Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin."Sejak semalam ramai perwakilan mendakwa menerima SMS, Ka Ting bertanding kerana direstui Datuk Seri...

Tuesday, March 16, 2010

Pelik Tapi Benar: Ekonomi Pulih, BLR Naik

Ini cerita negera Pasir Bedengung dan Pasir Dua Butir. Memanda menteri perdananya mengumumkan bahawa ekonomi negara tersebut semakin pulih dan baik. Tetapi bank-bank di dalam negara tersebut mengumumkan bahawa BLR dinaikkan.Pada kebiasaanya jika ekonomi sesebuah negara dalam keadaan baik, bank-bank tidak akan menaikkan kadar BLRnya. Tetapi di negeri Pasir Bedengung lain pula ceritanya.BANK tempatan negara tersebut menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing sejajar langkah Bank Negara Pasir Bedengung dan Pasir Dua Butir meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus, Khamis minggu lalu.Mendahului senarai, Malayan Bedengung Bank (MBB) menyemak semula BLRnya daripada 5.55 peratus setahun ketika ini kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini.Bank terbesar negara...

Monday, March 15, 2010

Zulkifli Elak Sahut Cabaran Khalid

Ahli parlimen Kulim Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin hari ini mengelak daripada menyahut cabaran debat yang dibuat oleh wakil rakyat PAS Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.Menjawab soalan pemberita, Zulkifli enggan mengulas secara langsung, sebaliknya meminta Khalid terlebih dahulu berdebat dengan pemimpin PAS yang turut berpandangan bahawa kalimah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.“Selesaikan masalah dia dahulu (sebelum berdebat dengan saya),” kata Zulkifli selepas perasmian parlimen untuk penggal ketiga hari ini.Walaupun pendirian rasmi PAS berpandangan penggunaan kalimah Allah boleh digunakan masyarakat bukan Islam, tetapi masih terdapat pemimpin kanannya seperti Timbalan Mursyidul Am Datuk Datuk Haron Din yang...

Sunday, March 14, 2010

GST Tidak Dibentang Kerana Tentangan Rakyat

Pemerintah memutuskan untuk tidak membentangkan usul Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) di sesi Parlimen depan.Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah ini diambil bagi memberi lebih banyak masa untuk mendapatkan pandangan dari rakyat.“Kami mahu pandangan umum (rakyat). Bila ia dibentangkan ia bergantung kepada langkah kami mendekati rakyat dan penerimaan daripada rakyat,” kata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMM Kuala Lumpur),Parti Sosialis Malaysia berpendapat keengganan pemerintah membentangkan usul Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) pada sesi Parlimen Mac-April depan ada kaitan dengan bantahan keras masyarakat.Setiausaha...

Saturday, March 13, 2010

Subsidi Ditarik Balik Kerana Mengundi Pakatan Rakyat - ADUN

Kira-kira 300 penduduk dalam Daerah Serian, di Sarawak dinafikan hak mereka untuk mendapatkan subsidi baja hanya kerana menyokong dan mengundi calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya lalu di negeri itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang, Voon Lee Shan berkata, kawasan itu merupakan kubu kuat Barisan Nasional dan penafian subsidi baja itu sesuatu yang amat mendukacitakan kerana sesiapa pun calon yang diundi oleh rakyat merupakan hak mereka dalam konteks negara demokrasi.“Saya mendapat laporan penafian subsidi baja itu melalui pembantu saya, Tay Wee Wee sebelum Krismas sebelum saya sendiri turun padang melihat dan mendengar sendiri hal tersebut.Sebaik tiba, penduduk di kawasan terbabit memaklumkan pengagihan subsidi ditentukan oleh...

Thursday, March 11, 2010

Fahami Apa Itu GST !!!

Apa itu GST yang semakin hebat diperkatakan sekarang ini di seantero malaysia.Good & Services Tax atau nama singkatannya GST akan dibacakan buat kali kedua dalam penggal pertama parlimen Malaysia pada 15 hb ini oleh Najib tun Razak yang mana ia akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertuan Agong.Dan dijadualkan juga pada pagi tersebut sekitar jam 9.00 pagi akan diadakan satu himpunan aman besar-besaran bagi membantah perlaksanaan GST yang sekiranya diluluskan akan dilaksanakan pada 2011 nanti.Ini merujuk kepada soal peri kemanusiaan dan kepentingan rakyat sememangnya kita hanya melihat PR seolah-olah tidak habis-habis mahu berdemo dan melakukan sesuatu yang kononnya menggugat ketenteraman awam.namun suka aku tekankan bahawa...

Wednesday, March 10, 2010

Janji & Dongeng Politik Sarawak

Pilihanraya umum Dun Sarawak perlu diadakan selewat-lewatnya tahun 2011. Secara tradisinya tidak ada perlu dibimbangi oleh BN kerana Sarawak adalah seperti Selangor, Perak dan kebanyakan negeri di Semenanjung di mana andai kata batang pisang sekalipun dijadikan calon parti berkenaan kebarangkalian untuk menang tetap besar.Tapi itu cerita dahulu kala. Kata orang, ‘lain hulu lain parang’. Dulu kebanyakan rakyat Malaysia sanggup bersabar dan menelan cerita-cerita dongeng politik hasil nukilan mereka yang berkuasa dengan harapan bakal menikmati setiap janji yang dilafazkan.Hari ini mereka mungkin masih lagi boleh bersabar. Tetapi dalam waktu sama mereka sudah menjadi semakin celik. Selepas 12 pilihanraya umum, rakyat akhirnya akur betapa ciri paling...

Tuesday, March 9, 2010

Kalau PPSMI Tak Mansuh, Kita Demo Lagi !! - A Samad Said

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menegaskan iltizamnya bahawa hal pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) menjelang 2012 itu hanya penangguhan dan bukan pemansuhan.“Jadi, kalau tidak dimansuhkan juga, kita tak akan teragak-agak untuk melakukan demonstrasi sekali lagi,” katanya sempena pelancaran buku esei Budayawan Bertindak untuk menyokong perjuangannya selama ini.Bercakap di Muzium Shah Alambaru ini , A Samad Said berkata, pihaknya merakamkan rasa terima kasih terhadap Pas dan Harakah yang banyak membantu dalam usaha menggerakkan seluruh masyarakat untuk berhimpun dalam kejadian setahun yang lalu.“Tanpa Pas dan bantuan Harakah untuk menyebarkan maklumat berhubung PPSMI, nescaya perjuangan...

Saturday, March 6, 2010

Khabar Angin Pilihanraya Negeri Perak Berkumandang Lagi

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan khabar angin kononnya pilihan raya negeri Perak akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.Katanya, perkara tersebut tidak seharusnya berbangkit lagi kerana isu di Perak telah pun selesai."Masih ada lagi tiga tahun sebelum sampai tempoh hayat Dewan Undangan Negeri (Perak) dan Parlimen, jadi yang penting sekarang bila mandat telah disahkan, kesahihan sudah tidak dipersoalkan, kita bekerjalah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Juara Rakyat peringkat negeri Perak dan kempen Jom Sokong BN di Taman Tasek YDP di Slim River.Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata keutamaan kerajaan negeri sekarang adalah untuk membangunkan ekonomi...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost