Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

                SELAMAT TAHUN BARU 2009Selamat tahun baru saya ucapkan kepada pembaca blog ini.Semoga tahun ini menjanjikan yang terbaik untuk semua....                                             SMiLE-it makes U look nice!                                          PRAY-it makes U stronger!                                GIVE-it makes U richer!        ...

Sunday, December 28, 2008

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah.

        Hanya beberapa jam sahaja lagi detik kelahiran anak bulan baru bulan Muharram akan menjelma. Bulan Muharram adalah permulaan kepada tahun baru dalam kalendar Islam. Bermula waktu maghrib hari ini, maka tahun baru 1430 Hijrah bakal menyusur tiba dan tahun 1429 Hijrah bakal menyinsing pergi dan takkan kembali lagi.Permulaan tahun baru 1430 bakal memberikan kita harapan baru, kehidupan baru, azam baru dengan semangat yang baru. Namun semua itu adalah sambungan siri kehidupan kita daripada masa lepas. Satu hari yang telah lepas bererti satu bahagian dari hidup kita juga telah berlalu. Kesilapan-kesilapan yang lalu tidak harus diulangi, oleh itu sama-samalah kita memuhasabah diri kita sendiri.       Masa terus berlalu. Ada tika mimpi...

Wednesday, December 24, 2008

Wakil rakyat PKR dihalang masuk S'wak

    Pelik tapi benar.Seorang rakyat Malaysia dihalang masuk ke Sarawak iaitu salah sebuah negeri dalam Malaysia.Kenapa MP Padang Serai iaitu saudara N Gobalakrishnan tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.Menurut beliau,tindakan itu mungkin berkaitan politik.Sebelum ini beliau pernah mempertahankan seorang wakil rakyat dari Sarawak iaitu Chong Chieng Jen di Dewan Rakyat yang mempersoalkan peranan sebuah syarikat milik kerajaan negeri berkaitan rasuah.     Ketika tiba di lapangan terbang,seorang pegawai imigeresen memberi notis yang bertulis 'Tuan bukan rakyat Sarawak,tidak dibenarkan masuk ke negeri ini tanpa permit atau pas Akta Imigeresen 1959-1963'.Kini beliau berada di bilik imigresen menunggu untuk dihantar pulang ke KL.Beliau datang ke Sarawak untuk menghadiri...

PPSMI: Gapena mahu saman kerajaan!!!

           Gapena mahu saman krajaan jika meneruskan dasar PPSMI.mereka memberi kata dua kepada kerajaan sehingga 31 Dec ini.Ini merupakan satu perkembangan menarik mengenai isu ini.Kita tunggu saja perkembangan seterusnya selepas ini.Apapun diharap kerajaan memansuhkan dasar ini.Syabas GAPENA......Alahai Hishamuddin.... Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada kerajaan untuk membatalkan pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Jika gagal, ia bercadang untuk mengambil tindakan serius terhadap kerajaan termasuk mempertikaikan dasar itu di mahkamah, lapor Bernama.Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil...

Saturday, December 20, 2008

Mansuh PPSMI - Amaran GAPENA kepada Hishammuddin

         Ini satu lagi berita yang amat menarik perhatian saya hari ini.Kepada mereka yang menentang dasar PPSMI ini,berita seperti ini diharap membuka hati Hishamuddin dan kerajaan(UMNO) untuk menghapuskan dasar yang amat menyusahkan ini.Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) memberi tempoh kepada Menteri Pelajaran Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein sehingga 15 Mac depan untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).“Saya ugut menteri Hishammuddin agar dia meletakkan jawatan. Apa-apa yang kementerian lakukan sekarang ini berhubung PPSMI ini memang salah.“Kita akan hantar notis dan beri tempoh sehingga 15 Mac sahaja menjelang Perhimpunan Agung Umno. Kalau...

Friday, December 19, 2008

Minyak subsidi nelayan turun 10 sen lagi selepas mogok

    Kabinet bersetuju menurunkan lagi harga diesel bersubsidi sebanyak 10 sen kepada RM1.20 seliter bermula 1 Januari bagi meredakan tuntutan 20,000 nelayan yang mogok baru-baru ini, lapor China Press.Kerajaan mulai Selasa menurunkan harga minyak bersubsidi kepada RM1.30 daripada RM1.43 seliter tetapi ia tidak dapat memuaskan hati para nelayan.    Kumpulan 24 persatuan nelayan mulai semalam hanya memberhentikan tindakan mogok ke laut, yang dilancarkan 12 Disember, selepas dua pemimpin MCA bersedia memperjuangkan tuntutan itu di mesyuarat jemaah menteri, pagi ini.   Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Menteri Kesihatan, Datuk Tiow Tiong Lai berjanji membangkitkan isu...

Wednesday, December 17, 2008

TAMAT SEGERA SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

          Artikel ini adalah tulisan dari saudara Ustaz Haji Idris Haji Ahmad salah seorang AJK Pas Pusat.Pada saya artikel ini amat menarik, terutama tentang senarai mereka yang menentang dan menyokong dasar ini.Jika dilihat senarai mereka yang menentang dasar ini,mereka adalah terdiri daripada golongan akedemik dan bukan pun lahir dari dasar ini.Jadi apakah motif kerajaan untuk meneruskan dasar yang amat menyusahkan terutama kepada orang kampung seperti kami.Teruskan membaca...........Sekarang Kementerian Pelajaran  pening kepala menanggani pengajaran Metematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Akhbar Utusan Malaysia 17/12/2008  melaporkan ada tujuh opsyen hasil daripada persidangan meja bulat....

Saturday, December 13, 2008

Kemaskini; Mogok, Akhirnya Harga Petrol - Diesel Bersubsidi Nelayan Turun 13 Sen Mulai Selasa !!

     Susulan daripada tindakan mogok oleh para Nelayan seluruh negara, akhirnya kerajaan sedar akan nasib malang yang menimpa mereka itu. Begitu cepat dan pantas kerajaan bertindak.Hari ini kerajaan telah mengumunkan harga diesel dan petrol bersubsidi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen daripada RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter mulai 16 Disember. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed hari ini. Dengan pelaksanaan harga baru itu, kerajaan akan menanggung tambahan perbelanjaan kira-kira RM197 juta setahun, katanya dalam satu kenyataan di sini hari i...

Thursday, December 11, 2008

Patung Buddha Versi Melayu

     Kampung Muara Tebas yang terkenal dikalangan pengunjung berbangsa Cina kerana terdapat sebuah Tokong yang dikatakan terawal dibina di Sarawak.Tulisan kali ini tidak akan meyentuh mengenai Tokong tersebut kerana telah ditulis disini.Tapi kali ini saya akan tulis mengenai sebuah patung Buddha (gambar) yang terdapat disebuah kedai berhampiran tokong itu.        Sebenarnya tiada apa yang istimewa tentang patung ini.Saya cuma ingin berkongsi maklumat ini untuk mendapatkan pandangan pembaca mengenainya.Kalau diperhatikan betul-betul, patung ini seolah-olah, seorang tua melayu memakai baju melayu,berkain pelikat dan bersongkok putih.Yang menjadi persoalan disini kenapa patung ini dibina sedemikian...

Monday, December 8, 2008

Aidil-Adha di Kampung Muara Tebas

                Macam inilah keadaan setiap kali menjelang hari raya dikampung ini.    Setiap kali menjelang hari raya aidil-adha mahupun aidil-fitri masjid di kampung Muara Tebas dipenuhi oleh jemaah yang ingin menunaikan solat sunat hari raya hinggakan jemaah yang datang bersembahyang diluar masjid.Masalah ini berlaku setiap tahun menjelang hari raya.Ini kerana masjid ini tidak cukup untuk menampung jemaah dikampung ini.   Penduduk makin bertambah tapi masjid ini masih seperti dulu juga.Bukan tak ada permohonan untuk mendapatkan masjid baru, mahupun membesarkan masjid ini, tetapi menurut AJK masjid ini,permohonan telah banyak kali dihantar melalui ADUN mahupun...

Selamat Hari Raya Aidil-Adha

       Hari ini kita akan menyambut Hari Raya korban/Aidil-adha.       Dalam kehidupan ini, kita mesti berkorban, kita sanggup berkoraban demi dunia, demi kekasih, demi pelajaran, demi kerja, demi perut, demi hawa nafsu dan demi segala-gala ni’mat di dunia.  Tapi selalukah kita berkorban demi Allah.         Sepatutnya kita berkorban segala nikmat di dunia demi Allah, tapi ini tidak berlaku, malah kita ‘korbankan’ keredhaan Allah demi nikmat di dunia.  Maka, jadikanlah hari ini satu titik tolak bagi kita untuk mengubah paradigma korban kita dari arah yang bertentangan, tapi ke arah yang sepatutnya, arahkan kiblat korban kita kepada kiblat yang sepatutnya demi...

Sunday, December 7, 2008

Shabery dan harga minyak

          Menteri Penerangan Shabery Chek berkata kerajaan akan terus menurunkan harga minyak mengikut pasaran dunia seperti yang dijanjikan. Soalnya, siapa pula kerajaan yang menjanjikan semua itu ketika pilihanraya? Malahan ketika debat "Isu Minyak: Hari Ini Perintah Esok Minyak Turun" antara beliau dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim beliau berkali-kali mempertahankan bahawa minyak tidak boleh diturunkan biarpun harga minyak dunia turun. Macam-macam alasan diberikan. Begitu juga dengan kenyataan Najib Razak, bahawa jika harga minyak turun maka "negara akan muflis".Maka dalam hal ini siapa sebenarnya yang mempertahankan supaya harga minyak turun ikut pasaran dunia. Bukankah ia lahir daripada pemimpin...

Friday, December 5, 2008

Orang Melayu Penakut Sebenarnya

    MSO mencabar orang Melayu lagi dan sekarang ditujukan khas kepada Menteri Pelajaran (Hishamudin 2 jantina kak..kah..kah... ini MSO kata) dan yang sejersi dengannya (merah putih).      Menteri Pelajaran yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia, Hishamuddin Hussein tidak payah cakap banyak dan tidak payah fikir banyak, kalau benar berani laksanakan saja sistem persekolahan satu aliran. Kalau sistem itu tidak menjadi masalah, menimbulkan perkauman seperti didakwa orang Cina, sila lakukan. Apa nak ditunggu-tunggukan lagi. Bercakap banyak pun tidak ada guna setengah dinar Kelantan pun, menghabiskan boreh sahaja. Kini perahu sudah lama di air pendayung juga sudah silih bertukar tangan menggengamnya, lakukan saja. Apa takutkan lintah ke?Jangan pula nanti...

Wednesday, December 3, 2008

Bila Harga Barang Nak TURUN?

"Hari ini harga petrol dan disel telah turun 10 sen (RM1.90/liter ). Sama ada sedar atau tidak, ianya meletakkan semula dibawah harga lama RM1.92 seliter (petrol) sebelum naik mendadak menjadi RM2.70.Telah timbul krisis BESAR apabila minyak naik dengan mendadak tempoh hari. Sehingga berlaku satu DEBAT TERBUKA tentang isu tersebut antara DSAI dengan YB Shabery Cheek (Menteri Penerangan) yang memberi kesimpulan DSAI seorang tokoh hebat manakala Shabery Cheek bukan lawannya.Penurunan harga minyak dibuat berdasarkan nilai pasaran bagi minyak dunia telah turun. Tentunya kerajaan terpaksa akur untuk mengelakkan jatuh tersungkur. Lebih-lebih lagi untuk menghadapi PRK KT yang akan berlaku tidak berapa lama lagi.Soalnya, minyak sudah lama turun sedikit...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost