Friday, January 30, 2009

Kampung Muara Tebas & Tahun Baru Cina

.Belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina (TBC) kepada mereka yang berbangsa cina diseluruh Malaysia.Selamat Tahun Baru Cina.Menjelang malam TBC,kampung Muara Tebas diterangi oleh bunga api dan mercun yang amat merimaskan terutama aku yang tinggal berhampiran dengan Tokong(ching san yen temple).Mercun dan bunga api dimainkan dari pukul 9pm hingga menjelang tengah malam dan berlarutan hingga 3 malam dan sekali lagi pada malam chap goh mei nanti.Pada siang pula kampung ini dipenuhi deretan kereta yang entah dari mana datangnya aku pun tak tahu tapi yang pasti kehadiran mereka telah menyesakkan kampung hingga menyukarkan urusan keluar masuk ke kampung ini.Tidak dinafikan kehadiran warga cina ini untuk melawat Tokong(ching...

Monday, January 26, 2009

Mati mengejut!!!...Memang terkejut!!!

.A Kugan yang dilaporkan “mati mengejut” semasa dalam tahanan polis telah diklasifikasikan semula oleh Gani Patail sebagai bunuh.Yang lebih menariknya bila media pada hari kejadian tertumpu kepada saranan “menyediakan CCTV” dalam bilik siasatan untuk “mengelakkan kejadian” yang serupa dari berulang. Seolah2 kejadian tahanan mati ketika disoal merupakan satu keadaan yang agak “magic”. Seolah2 seperti tiada log book dan laporan setiap kali soal siasat dijalankan. Seolah2, soal siasat dijalankan secara rawak sampai polis pun tak tau apa yang berlaku dan siapa yang terlibat dalam proses tersebut. Oleh itu kena pasang CCTV supaya kita tau sapa yang menyiasat.Percayalah, kalau “kematian mengejut” semasa disoal siasat ini tidak ditangani dengan telus, Tanah Melayu ni berkemungkinan menjadi antara...

Saturday, January 24, 2009

Gerhana Matahari 26 January 2009

Gerhana annular matahari dijangka akan dapat disaksikan di Kalimantan Timur, Kalimantan Barat, Sumatera Selatan dan Timur dan Lautan Hindi pada 26 Januari 2009.Pada amnya Kawasan Malaysia hanya dapat menyaksikan gerhana separa sahaja dengan hanya 82% permukaan dilindungi oleh bulan, kecuali di kawasan persempadanan Sarawak dengan kawasan utara Kalimantan Barat, iaitu kira-kira 400km ke timur Kuching. Kawasan ini berpeluang menyaksikan gerhana cincin.Bagi mereka yang berada dikawasan berdekatan bandaraya Kuching,mereka boleh menyaksikan gerhana separa yang bermula pada jam 16:35:07.(Jadual penuh)Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan... terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil,...

Tuesday, January 20, 2009

PERANAN MEDIA JATUHKAN UMNO/BN

."Keputusan PRK P36 Kuala Terengganu telah pun diketahui. UMNO dikalahkan oleh PR untuk kali ke-2. Akhbar-akhbar pro-UMNO seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak banyak mengulas. Begitu juga dengan TV3 dan RTM. Kesemuanya mengambil pendirian untuk berdiam diri.Mungkin mereka sedang tergamam. Pujian yang melangit tingginya terhadap UMNO/BN dilalakkan oleh media pengampu ini setiap hari, waima sebelum masa berkempen lagi.PAS/PR dikeji, diselar, dan difitnah oleh kesemua media itu semau-maunya tanpa membuka ruang sedikit pun kepada pihak yang dibelasah itu untuk membela diri.Mereka tergamam kerana usaha yang mereka buat tidak mendapat sambutan pengundi-pengundi PRK Kuala Terengganu. Titik peluh yang mereka keluarkan tidak berbaloi. Semuanya sia-sia. Kini, mereka menanggung malu yang bukan...

Sunday, January 18, 2009

UMNO/BN ditolak oleh rakyat Kuala Terengganu

Kemenangan pakatan Rakyat di Kuala Teregganu bukan sahaja mencabar kerajaan Barisan nasional dalam mentadbirkan negara, malahan ianya menjadi cabaran betapa Najib juga tidak di alu-alukan sebagai Perdana Menteri.Pilihanraya kecil ini menjadi satu igauan buat Umno kerana ianya bukan sahaja membelanjakan jutaan ringgit malah taktik menggula-gulakan rakyat kini sudah tidak menjadi satu "umpan' yang baik bagi membuatkan rakyat menyokong BN.Media,terutama TV3 juga menyumbang kepada kekalahan BN.Liputan yang dibuat sepanjang tempoh kempen amat tidak bertanggungjawab.Kritikan yang dilemparkan terhadap DSAI telah menjadi senjata makan tuan.Rakyat Kuala Terengganu sememangnya telah masak dengan pembohongan yang dilakukan oleh pihak media arus perdana...

Saturday, January 17, 2009

PAS menang di Kuala Terengganu

.MUKTAMADBaru sekejap tadi Penolong Pengurus Pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu telah mengumumkan secara rasmi Mohd Abdul Wahid Endut, 52 telah dipilih sebagai ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru. Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi menewaskan Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang memperolehi 30,252 undi dan calon bebas Azaharuddin Mamat mendapat 193 undi.Abdul Wahid menang dengan majoriti besar dengan 2,631 undi. Peratus keluar mengundi ialah 79.09% manakalan undi ditolak 665 undi.Tahniah diucapkan kepada Abdul Wahid!Tahniah juga kepada semua pengundi dan jentera Pilihanraya pakatan Raky...

Friday, January 16, 2009

Buy-Election: Satu Undi Berharga RM1000

.Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu.Jika seseorang pengundi membuktikan beliau mengundi Barisan Nasional (BN) dengan mengambil gambar kertas undinya menggunakan telefon tangannya yang mempunyai kamera, rasuah RM1,000 akan diberikan kepadanya.Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam blognya, www.jeffooi.comBerikut ialah alih bahasa bebas bloggger Penarik Beca (penarikbeca.blogspot.com) kepada sebahagian dari posting Jeff bertajuk “Kuala Terengganu… Buy-election”.“Perkataan “buy-election” bukan salah taip. Ia memang pilihan raya yang boleh dibeli dengan wang.“Saya kini berusaha menyumbangkan apa yang terdaya berkempen untuk Mohd Abdul Wahid Endut, calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terenggganu. Penduduk di sini menceritakan pelbagai taktik kotor, tetapi terserahlah...

Monday, January 12, 2009

TV3 layak menjadi anggota komponan BN

Saban hari sejak hari penamaan calon sehingga malam ini saya perhatikan TV3 khasnya melalui siarana Buletin Utama jam 8.00 malamnya, telah benar-benar bertindak bagaikan ejen kempen pilihan raya Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Rupanya semakin lanjut usia TV swasta ini (25 tahun 2009 ini) semakin condong ia ke arah BN menjilat dan menjadi alat propaganda BN, bagaikan parti komponan BN pula lagaknya.Saya menyatakan ini kerana sejak tanggal 8 Mac lalu kita saksikan TV swasta yang lain termasuklah Bernama nampaknya lebih seimbang, kalau tidak pun adil sepenuhnya, memberi juga ruang kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah, Pualau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan disamping terhadap aktiviti ahli-ahli parlimen...

Saturday, January 10, 2009

Isu PPSMI - Kerajaan BN pekak

       Betul hujah bahawa B.I patut diajar lebih masa dan banyak lagi. Tetapi nanti pelajar kita hanya pandai berbahasa English je. Cakap bagus dan mahir macam Mahathir Lokman, faizal tahir (M.Idol) itu pun mahir berbahasa B.I dan ramai lagilah. Matlamat kita masa akan datang nak cari pakar teknologi.Belajar Bahasa Inggeris dan belajar teori Math dan Science dalam bahasa B.I suatu nilai yang cukup-cukup berbeza. Kepada yang masih lagi tak percaya cubalah buka kitab-kitab/buku-buku science teknologi dalam B.I dan bandingkan ungkapannya dengan Bahasa B.I yang biasa diguna masa belajar. Aku percaya ramai yang terkejut beruk termasuk lah orang yang mahir dalam B.I tadi seperti Faizal tahir,Mahathir Lokman dan lain-lain yang bagus itu.       B.I yang aku...

Friday, January 2, 2009

Masalah PKR & Pakatan Rakyat Selepas Kemenangan Besar PRU-12

Semenjak kemenangan mengejut Pakatan Rakyat pada PRU ke-12, suasana kini telah berubah daripada yang mantap dan mempunyai talian silaturahim antara ahli-ahli intra maupun inter parti, ke suasana menjaga perut sendiri. Apa yang memalukan ialah perebutan jawatan dari yang kecil hinggalah ke yang besar.Dahulunya, orang-orang ini juga yang mencemuh mereka yang memegang jawatan JKKK, ketua kampung atau ahli majlis sebagai “low standard”, tetapi kini orang-orang ini pula yang merebut untuk diberi jawatan “low standard”. Tidakkah ini menunjukkan tahap ketamakkan mereka?Dari Pulau Pinang ke Selangor, ma chai-ma chai kecil cuba mengugut untuk keluar parti jikalau tidak diberi jawatan yang mereka idamkan. Di Pulau Pinang, seorang pemandu truk angkut mengugut untuk keluar parti kalau tidak diberi jawatan...

PPSMI:Pejuang Bahasa Melayu mahu berdemonstrasi ala Bersih.

Pejuang-pejuang bahasa Melayu, yang membantah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bercadang menganjurkan perhimpunan besar seperti Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007.Demonstrasi besar itu, yang digelar "Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu", bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.Keputusan mengadakannya dicapai dalam mesyuarat sekumpulan NGO Melayu dan parti pembangkang di Kuala Lumpur akhir bulan lalu, kata ketua pengarah jawatankuasa pelaksana kempen tersebut Hasni Abas.NGO dan parti politik yang terlibat termasuklah Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dewan Pemuda PAS, Persatuan Linguistik Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost