Saturday, February 28, 2009

Dun Sarawak bubar April ini?

Daripada:masdarwahidPilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak (PRDUNS) hanya akan berakhir Julai 2011. Namun, signal2 terkini menunjukkan PRDUNS Bumi Kenyalang itu berpotensi untuk dibubarkan selepas 7 April iaitu selepas selewat-lewatnya pertengahan bulan April tahun ini.Ini berikutan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan (Dun) Batang Ai tidak akan diadakan serentak dengan Pilihanraya Kecil (PRK) di 3 Bukit menguatkan lagi hujah ini.Dun Batang Ai kosong selepas penyandangnya Dublin Unting Anak Ingkot meninggal dunia 25 Februari lalu dan pilihanraya mesti diadakan dalam masa 60 hari memandangkan tempoh Dun Sarawak berbaki 27 Bulan atau lebih 2 tahun setengah.Mengikut perkiraan, PRK Dun Batang Ai mesti diadakan selewat-lewatnya 25 April...

Wednesday, February 25, 2009

Keluar dari mulut BUAYA masuk ke mulut NAGA...

Adakah tindakan Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia sekarang untuk meninggalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada Mac akan datang dikira sebagai hak peribadinya dan masalah dalaman UMNO ?Bagi rakyat biasa, mereka beranggapan tidak akan mendapat apa-apa hasil dengan naik dan turunnya pemimpin kerajaan dalam Barisan Nasional. Malah ada yang mengatakan, impak bergantinya pemimpin kerajaan ibarat rakyat keluar dari mulut buaya lalu masuk ke mulut naga.Boleh dikatakan kebanyakkan pemimpin UMNO dan BN terpalit dengan tahi. Samada tahi rasuah, perempuan, kronisma, pecah amanah dan sebagainya.Rakyat Malaysia mengharapkan apa yang telah dinaikkan hasil lonjakan harga petrol dapat diturunkan segera dengan penurunan harga komoditi itu di pasaran antarabangsa. Sewaktu kenaikkan harganya berada...

Sunday, February 22, 2009

Pembelian Volvo Kerajaan Sabah: Media Arus Perdana Hilang Ingatan?

Saya bukanlah minat sangat dengan drama Melayu dan Indonesia yang disiarkan oleh RTM dan TV3. Tapi kadang-kadang apabila anak-anak dan isteri membuka TV, tidak dapat tidak, saya terpaksa juga menonton apa yang tersiar di hadapan mata. Kadang-kadang saya tidak melihat apa yang tersiar kerana sibuk dengan 'benda-benda' lain, tetapi telinga yang terbuka tetap mendengar bait-bait dialog di dalam siaran TV.Salah satu dari segmen yang paling popular dalam drama Melayu dan Indonesia ialah kisah seorang watak tiba-tiba hilang ingatan. Selalunya ia terjadi kerana kemalangan. Hentakan yang kuat menyebabkan fungsi otak terganggu, justru watak berkenaan tidak dapat mengingati sesuatu peristiwa dalam hidupnya dalam jangka waktu tertentu, tetapi mengingati peristiwa-peristiwa lain dalam jangka waktu yang...

Friday, February 20, 2009

Politik "Tom And Jerry" Di Malaysia.

Ramai kanak-kanak yang suka tengok siri kartun "Tom and Jerry". Tom ialah kucing. Jerry ialah tikus. Kedua-duanya bergaduh tak henti-henti. Plot siri kartun ini berkisar di sekitar Tom yang cuba menangkap Jerry. Itulah plotnya. Tak ada yang lain.Dalam proses Tom nak menangkap dan Jerry nak menyelamatkan diri, mereka berlari dan melompat di sana-sini. Habis rosak harta-benda dalam benda dalam rumah disebabkan oleh kerenah dua ekor binatang ini.Bagaimanapun, sejak siri kartun itu diperkenalkan hinggalah sekarang, Tom tak pernah berjaya menangkap Jerry; menunjukkan kepandaian Jerry yang sering bernasib baik. Siri kartun ini menunjukkan "love-hate relationship" yang wujud antara kedua-duanya; bukannya pergaduhan kekal dan melampau. Tom selalu senyum...

Monday, February 16, 2009

Media Arus Perdana: Belajarlah dari kesilapan

Suasana iklim politik Malaysia semakin hangat terutama akhir-akhir ini berkaitan dengan krisis di Perak dan isu penderhakaan kepada raja. Ianya menjadi isu utama dalam topik-topik pebincangan oleh kelompok-kelompok rakyat Malaysia. Ianya bagai candu yang rasa kekurangan bila tidak dibincangkan dan menjadi kepuasan bila diperkatakan.Banyaklah isu-isu dan polimik dibangkitkan dan menjurus kepada pembelaan kepada fahaman politik masing-masing. Pendukung-pendukung parti politik tertentu, sudah tentu berminat membela parti masing-masing. Andai kata kedua kolompok ini duduk diatas meja yang sama, sudah tentu pembincangan semakin hanggat.Adakah BN tahu bahawa pembincangan-perbincangan tidak rasmi ini, peyumbang besar kepada penambahan sokongan rakyat kepada PR?Mungkin pemimpin-pemimpin BN tidak menyedari...

Sunday, February 15, 2009

PPSMI: Gapena buat laporan polis

malaysiakiniBadan penaung kepada persatuan penulis seluruh Malaysia, Gabungan Penulis Nasional (Gapena) hari ini membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).Diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin membuat laporan tersebut tengahari ini di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.Mereka pada mulanya merancang membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang (IPD) Wangi tetapi rancangan itu ditukar di saat akhir.Dalam laporan polis itu, Ismail mendakwa pelaksanaan PPSMI "tidak sah disudut undang-undang dan bertentangan dengan Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan".Menurut laporan...

Saturday, February 14, 2009

Seorang lagi pemimpin PKR dilarang masuk Sarawak

malaysiakiniNaib Presiden PKR, R Sivarasa menjadi pemimpin PKR kedua yang disenaraihitam dan dilarang memasuki Sarawak dalam tempoh dua bulan lalu.Sivarasa, yang ke Kuching untuk menemui pemimpin PKR di negeri itu, dimaklumkan mengenai larangan tersebut selepas mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuching tengahari tadi."Selepas menunjukkan kad pengenalan saya, pegawai imigresen memberitahu saya, "Sorry, ada masalah'. Lima belas minit kemudiannya, seorang pegawai kanan imigresen memberitahu yang nama saya telah disenaraihitamkan," katanya ketika dihubungi.Menurut Sivarasa, beliau diserahkan notis rasmi yang menyatakan yang beliau tidak layak memasuk negeri itu tanpa permit, mengikut Seksyen 66 (1) Akta Imigresen.Sivarasa berkata beliau bingung dengan larangan tersebut memandangkan beliau...

Tuesday, February 10, 2009

Karpal Singh dan Samannya

Sejak Karpal Singh menyuarakan hasratnya untuk menyaman Sultan Perak,sudah terlalu banyak laporan polis di buat terhadap beliau.Kenapa terlalu banyak laporan Polis sedangkan kalau mengikut undang-undang saman kepada Sultan adalah dibenarkan terhadap seorang rakyat Malaysia. Contohnya paling jelas dalam kes yang terbaru seorang Sultan telah disaman oleh sebuah bank dan bank tersebut telah berjaya dalam kesnya.Rakyat berhak untuk menyaman Sultan, soal benar tak benar saman tersebut serahkan kepada pihak berkuasa dan mahkamah. Contoh kalau seseorang kena lempang dengan Sultan adakah orang itu tidak mempunyai hak untuk menyaman?Sejak mutakhir ini terdapat sesetengah pihak cuba berselindung di sabalik Sultan untuk memenuhi kehendaknya. Adalah tidak munasabah semuanya nak melalui Sultan. Sultan...

Krisis Istana Perak: Hang Tuah,Jebat dan Bendahara

Kisah hikayat Hang Tuah amat terkenal di kalangan orang-orang Melayu meskipun sejarah tidak pernah membuktikan secara jelas kewujudan Pahlawan Melayu itu. Nama Hang Tuah dikaitkan dengan sifat-sifat ketaatan beliau secara mutlak terhadap Sultannya walaupun kadangkala tindak tanduknya jelas menyalahi hukum agama namun demi Sultan, Hang Tuah rela berbuat apa sahaja. Hang Tuah sanggup menipu Tun Teja yang mencintai dan mempercayainya, asalkan Tun Teja dapat dipersembahkan kepada Sultan.  Hang Tuah juga sanggup meninggalkan sahabat-sahabatnya bahkan membunuh Hang Jebat teman karibnya demi perintah Sultan walaupun Hang Tuah sedar Hang Jebat menderhaka kepada Sultan demi membelanya yang dihukum oleh Sultan secara tidak adil.Hang Tuah tidak harus dijadikan ikutan, begitu juga Hang Jebat tidak...

Sunday, February 8, 2009

Menyembah Mohon Derhaka

Oleh Khalid JaafarNizar Jamaludin telah mencipta ungkapan yang akan menjadi klasik dan akan menjadi renungan. Ia bertali-tali dalam SMS, diulang sebut dalam Facebook dan lain-lain wahana. Apa yang berlaku adalah proses perundingan dan pentakrifan kolektif budaya politik Melayu.Nizar dititah undur sebagai menteri besar dan menteri besar itu “menyembah mohon derhaka,” satu ungkapan yang oxymoron kerana pantang Melayu menderhaka kepada raja. Derhaka dalam erti kata yang mudah adalah tidak patuh kepada raja. Dalam konteks sistem politik dimana sultan memiliki kuasa mutlak derhaka adalah satu perlanggaran yang berat.Tetapi kita tidak hidup di zaman rex non potest peccare - raja tidak melakukan kesalahan, titah raja adalah hukum dan sentiasa benar. Tetapi kini raja diikat oleh perlembagaan....

Friday, February 6, 2009

Saman Sultan: Stephen Kalong Ninkan Bekas Ketua Menteri Sarawak sokong Karpal Singh

Bekas Ketua Menteri Sarawak yang pernah dipecat tanpa melalui Dewan Undangan Negeri oleh Gabenor Sarawak pada tahun 1966 lalu, Stephen Kalong Ninkan, menyokong penuh cadangan Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak dan kerajaan BN.Bagi beliau, langkah itu wajar dibuat kerana cara BN mengambil kuasa di Perak tidak mengikut undang-undang yang sewajarnya.Dalam sidang medianya, Karpal Singh berkata tindakan beliau bukan mahu menderhaka kepada Sultan Perak tetapi mahu memberitahu Sultan perlu bertindak mengikut undang-undang.Ekoran itu, Stephen menulis komennya dalam laman web Malaysian Insider bagi menyokong langkah Karpal itu.Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah penulis ini benar-benar Stephen Kalong Ninkan, bekas Ketua Menteri Sarawak yang dipecat itu.Berikut adalah komen penuh beliau...

Thursday, February 5, 2009

Perak

TAKZIAH KEPADA RAKYAT PERAKyang mengimpikan kerajaan bersih dan berintegriti.Namun, akhirnya perasuah serta yang tidak bermaruahjuga yang dipandang orang.KEMBALIKAN SEMULA KUASA KEPADA RAKYAT PERAK! Lebih baik membelanjakan beberapa juta Ringgit untukrakyat kembali menentukan kerajaan daripada berterusanmembiarkan berbillion Ringgit harta milik rakyat dirompakoleh para pemimpin korup.Keluar dan fahamilah hasrat dan kehendak RAKYAT PERAK.Bijakkah memilih * kerajaan korup sekali gus menjadikankeadaan semakin tidak menentu di negeri Perak?Sayang, sebuah institusi yang telah semakin disanjung rakyat di sana-sana,kini dicemuh kerana sanggup memayungi pengamal rasuah. Inilahbukti betapa hebat sesebuah institusi, sebaik-baik berpihakbersekongkol dengan regim korup - maka bersedialah menerimapalitan...

Tuesday, February 3, 2009

Perak:Babak pertama Anwar Vs Najib

Sebaik menerima keputusan pilihanraya umum pada malam 8 mac yang lalu, aku terus membisikkan pada seorang teman bahawa PRU ini tidak akan berakhir. Aku begitu yakin kerana menyaksikan kemaraan mendadak Parti Pembangkang ketika itu, dan yang paling menarik BN hilang duapertiga majoritinya.Maka aku menduga bahawa peristiwa ini akan berlanjutan sehingga PRU seterusnya, atau mungkin lebih panjang lagi. Aku dapat rasakan yang UMNO tidak akan begitu mudah menyerah...tambahan pula, mereka sudah berkuasa terlalu lama. Mungkin Pak Lah yang terkenal dengan perwatakkan lembutnya akan mengaku kalah...tetapi tidak bagi Najib. Najib mempunyai nilai sentimental terhadap parti ini, keluarganya bergantung harap kepada survival UMNO untuk terus hidup.Maka Najib...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost