Monday, March 30, 2009

Ulasan Penamaan Calon 2 Bukit 1 Batang - N25 N29 & P59

Terpahat dlm lipatan sejarah apabila 3 PRK akan dilakukan serentak bulan depan. 7 April tarikh keramat dan tarikh sejarah apabila pengundi di ketiga2 kawasan akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi pemimpin kawasan mereka.N25 Bukit Selambau - Kedah                                   P59 Bukit Gantang - Perak                                   N29 Batang Ai - SarawakKejutan yg paling ketara adalah di N25 Bukit Selambau apabila terdapat lebih kurang 15 Calon dilaporkan akan bertanding. Di P59 pulak menyaksikan perlawanan 3 penjuru BN-UMNO Vs PAS Vs Bebas...

Sunday, March 29, 2009

Batang Ai:Satu lawan satu (PKR vs PRS)

LUBUK ANTU, : Seperti diramalkan sebelum ini, Barisan Nasional bakal berdepan satu lawan satu dengan KeADILan di Batang Ai apabila kelibat calon bebas masih belum muncul walaupun jam sudah menunjukkan 11 pagi.Calon KeADILan Jawah Gerang menyerahkan borang tepat jam 9.00 pagi. Beliau dicadang oleh Unggeh Babang dan disokong oleh Lepang Gerang.Calon BN Malcolm Mussen menyerahkan borang jam 9.11 pagi. Mussen dicadang oleh Gerang Jubin dan disokong oleh Jampi Tutong.Seramai 3,000 penyokong KeADILan bergerak ke pusat penamaan calon diiringi oleh pemimpin utama termasuk Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.Manakala calon Bn diketuai oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.Proses pencalonan berjalan lancar dan diawasi oleh kira-kira 800 anggota...

Thursday, March 26, 2009

Kenapa Mukhriz anak Mahathir kalah Ketua Pemuda

"Khairy menang 304 undi berbanding anak Mahathir 232 sahaja. Sangatlah memalukan bagi Mahathir Khir toyo mendapat undi lebih banyak dari anaknya. Padahal di muka tv sehari dua sebelum pemilihan seolah olah Mahathir PM malaysia sekarang. Asyik muka dia je yang keluar kat tv. Jadi dapatlah dirumuskan beberapa perkara dari peristiwa peristiwa tersebut.1. Dikalangan orang benci Paklah atau benci Mahathir, Mahathir lebih memenangi 'dibenci' oleh perwakilan. Dah 25 tahun dia kontrol negara bebbbb.2. Rasuah Khairy bukannya apa sangat berbanding dengan semua rasuah rasuah orang yang bertanding. "Semua rasuahhhhhhh, napa aku je yang kena,kaupun buat" Masing masing sudah tau sama tau sudah menjadi adat bagi UMNO rasuah makan minum, melancong dan...

Monday, March 23, 2009

PRK Batang Ai:KEMANAKAH KITA MELANGKAH???

“ HU…..HA, TU MEH MAIA KITAI NGUBAH PENGIDUP KITAI !!!!”THE WAR CRY OF DAYAK BARUSekaranglah masa kita mengorak langkah ke arah DESTINASI YANG LEBIH BERFOKUS Kenyataan ini menjelma di dalam fikiran ekoran dari perkembangan politik yang telah membuka minda dan menjadi nafas sebagai penggerak ke arah PEMBAHARUAN.Telah terlalu lama kita berjalan seiring dengan gerombolan Barisan Nasional. Perjalanan yang dijanjikan menuju ke arah kesejahteraan dan kemakmuran. Ya, kesejahteraan tanpa discriminasi yang dapat dinikmati bersama-sama hingga ke cucu cicit. Telah banyak pengalaman pahit yang telah kita tempuhi semasa di dalam perjalanan yang penuh harapan itu.Selama ini, kita sanggup berkorban demi mempertahankan maruah dan ideologi yang didukung oleh Barisan Nasional. PERSOALANNYA KINI IALAH ADAKAH...

Bekas MP Calon PKR di Batang Ai

PKR hari ini menamakan bekas Ahli Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang sebagai calon parti tersebut untuk PRK Batang Ai yang akan diadakan pada 7 April nanti.Ketua umum parti, DS Anwar Ibrahim membuat pengumuman itu sejurus sebelum berlepas meninggalkan Kuching ke Kuala Lumpur di Lapangan Teerbang Kuching pagi ini.Sementara itu, beliau juga turut mengumumkan Nicholas Bawin sebagai pengarah PRK tersebut.Jawah Gerang adalah seorang bekas pegawai bank dan mempunyai ijazah ekonomi dari Universiti Mala...

Friday, March 20, 2009

Ali Ketam di TV3 1/4

Sebentar tadi berita TV31/4 aku tengok ada protes daripada pemuda PKR menhantar memorandun minta Ali Rustam letak jawatan, kecoh juga bila kereta wakil PKR dibaling dengan objek dan botol air oleh penyokong UMNO spesis Zambri dok memekik-mekik tak ketahuan, macam kena polong, mana tak marah.. dah tak boleh bertanding, puak pembangkang pulak suruh letak jawatan Ketua Menteri, marahlah anak buah, kalau letak jawatan tarrakk massyuklah..Bila TV tanya kat si Ali mengenai kes ni apa si Ali jawab.. “Saya nak pi menyuarat, tiba-tiba mereka berkumpul disini selepas sembahyang jumaat, apasal Lim Guan Eng dulu kena 2 tahun penjara sekarang dia boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang, apasal Anuar Ibrahim kena 6 tahun penjara sekarang boleh jadi ahli parlimen,...

Wednesday, March 18, 2009

APA BEZANYA RASUAH DENGAN POLITIK WANG?

Apa bezanya rasuah dan politik wang ?? Kenapa istilah rasuah tidak digunakan oleh penulis akhbar @ pembaca berita kepada ahli politik yang terbabit dengan kes tersebut ?? Rasa hairan semakin ketara apabila isu politik wang hanya digunakan kepada pemimpin atau YB...Jika dalam akhbar pengampu kerajaan tiada langsung istilah rasuah digunakan kepada pesalah dari BN mahupun UMNO..sebagai contoh yang terbaru lihat sahajalah kes si Ali Rustam yang dituduh atas masalah politik wang. Kan senang jika disebut rasuah, ini mesti kes nak perbodohkan orang kampung dan hendak menutup aib Ali Rustam atau mana-mana pihak yang terbabit.Baca disiniMacam kes Tan Sri Khalid, boleh pula disebut sebagai rasuah lembu. Alahai, sudahla tu pengampu-pengampu UMNO dan BN. Janganlah kamu memutar belitkan cerita. Cakap...

Sunday, March 15, 2009

Anwar, Pak Lah Dan Kerajaan Perpaduan

Semasa diwawancara oleh NTV7 baru-baru ini, Ku Li berkata bahawa PM Malaysia tidak semestinya dari Presiden sesuatu parti, tetapi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, YDP Agong boleh melantik sesiapa sahaja ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti ahli Dewan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.Perhimpunan Agong UMNO akan berlansung pada hujung bulan ini dan Najib hampir pasti akan menerajui UMNO menggantikan Pak Lah. Mengikut tradisi sesiapa sahaja Presiden UMNO akan dilantik menjadi PM. Maka mimpi Najib untuk menjadi PM semakin menjadi nyata.Mengikut adat Malaysia memang begitu tetapi adat boleh berubah. Kenyataan Ku Li itu sangat bermakna bila ia seakan-akan menyokong kenyataan Presiden PAS baru-baru ini yang menyarankan...

Saturday, March 14, 2009

Nik Nur Madihah:Pelajar Terbaik SPM 2009

foto dari Hafiz Johari - Photographer UtusanSiapa Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal ???????Bangsawan..anak Tan Sri..cucu Datuk..saudara golongan Elit..waris Ahli Parlimen..sepupu Ahli Dewan Undangan Negeri..Dia hanya menumpang kasih sementara berkesempatan pada ibunya, seorang Tukang Sapu..bapanya seorang Nelayan..Dengan rumah yang boleh dianggap pondok, Nik Nur Madihah mampu memanipulasikan nikmat ciptaan Tuhan..kepandaian yang ada..mengembeleng keringat..memperoleh keputusan SPM 20 A…19 A1, 1 A2..Hidup serba kekurangan, tanpa suapan kemewahan, tanpa dilimpahi kekayaan wang ringgit..mampu mencernakan kejayaan gemilang dalam sejarah pendidikan di Malaysia..Pelajar Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu Kelantan ini menjadikan...

Friday, March 13, 2009

PPSMI: Semuanya disebabkan RM

"Sebenarnya, ianya semua berkaitan dengan duit RM sahaja. Bukan ada selain dari RM yang menyebabkan KPM sungguh liat hendak mengubah polisi cap ayamnya. PPSMI masih dikekalkan adalah kerana hanya semata-mata kerana RM.Pertukaran bahasa mengajar dari bahasa Melayu kepada inggeris akan menyebabkan seluruh buku teks didalam pembelajaran gugusan mata pelajaran Sains dan Matematik akan dicetak semula dan di karang semula.Jangan melihat hanya 2 mata pelajaran sahaja buku teksnya perlu ditukar, tetapi gugusan mata pelajaran sains dan matematik semuanya telah ditukar. Sains, sains tulen, sains gunaan, kimia, biologi, fizik, matematik, matematik tambahan dari darjah 1 ke 2, 3, 4, 5, 6 kepada tingkatan 1 ke 2, 3, 4, 5, 6 rendah dan 6 atas, semuanya buku teks itu akan dibuat baru, dikarang semula, dan...

Thursday, March 12, 2009

Peralihan Kuasa & PRK Parlimen Kepala Batas

Ada dua pendapat mengenai peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib. Pertama, peralihan kuasa akan ditunda ke suatu masa yang lama selepas pemilihan pimpinan UMNO. Kedua, peralihan kuasa tetap seperti yang dijadualkan.Banyak penyokong PR menyokong pandapat pertama, malah kalau boleh biarlah dibatalkan sahaja rancangan peralihan kuasa tersebut. Alasannya mudah sahaja iaitu Najib tak sesuai menjadi PM. Bagi golongan lama UMNO pula mereka meyakini bahawa peralihan kuasa yang dijanjikan tetap berlaku pada bila-bila masa sahaja. Setelah Najib menjadi PM, Pak Lah akan bercuti beberapa minggu; kemudian, beliau akan mengumumkan perletakan jawatan sebagai AP Kepala Batas.Jika berlaku seperti pendapat pertama maka UMNO akan bergaduh sesama sendiri kerana berebut kuasa. Mereka juga akan menyerang...

Saturday, March 7, 2009

Demo anti-PPSMI dihujani gas polis.Tahniah Buat Rakyat

Gerakan aktivis bahasa menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya, mengulang peristiwa perarakan Keranda 152 beberapa dekad lalu.Peristiwa bersejarah pada 3 Mac 1967 itu bagi membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), waktu itu antara lokasi penting kegiatan sasterawan dan intelektual Melayu.Mereka merancang mengadakan bantahan ke Parlimen. Nombor '152' merujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh aspek Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.Hari ini, selepas 42 tahun peristiwa penting dalam perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu, kira-kira 8,000 orang berarak dari Masjid Negara selepas...

Wednesday, March 4, 2009

Pilihanraya Kecil: 1 Batang 2 Bukit

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak akan diadakan serentak dengan dua lagi pilihanraya kecil di Palimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau Kedah pada 7 April ini.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh tersebut untuk kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.Dalam pengumuman Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching hari ini, tarikh penamaan calon juga ditetap bersama dengan dua pilihanraya kecil di Semenanjung itu, 29 Mac.Pilihanraya kecil itu dipanggil berikutan kematian penyandangnya, naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Dublin Unting pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahm...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost