Sunday, May 31, 2009

Nizar vs Zambry: Kisah Zambri & The Gang Kena Halau di Batu 8 Lekir.

Hari ini jam 2.30 ptg lebih kurang mungkin tercatat dalam sejarah Zambri selaku MB Mahkamah Rayuan telah dihalau oleh Tuan Tanah/Rumah di Batu 8 Lekir. Gambar sebelah kiri...Tuan tanahnya,.Mengikut dari cerita salah sorang mengiringi DS IR Nizar kepada aku sebentar tadi, Zambri bersama Kong Chong Ha selaku AP Lumut yg juga Menteri Kerajaan Perumahan & Tempatan dan beberpa orang anggota polis yang mengiringinya ingin melawat ke sebuah rumah penduduk di situ yang rumahnya mengalami musibah akibat angin ribut malam tadi.Disebabkan jalan untuk laluan kereta untuk ke rumah tersebut tak ada..maka kereta Rasmi Zambri, Kong Cha dan Polis telah diletak di kawasan halaman rumah si tuan ni, tanpa minta izin kebenarannya. Apalagi tuan rumah ni terus...

PRK Penanti: Keputusan Rasmi, PKR Menang!!! UMNO Semakin Cemas...

Keputusan Rasmi: Mansor Othman (PKR)- 6052                                 Aminah Abdullah (BEBAS)-392                                 Khan Ari (BEBAS)- 494                                 Kamarul Ramizu Idris (BEBAS) - 56Semua calon BEBAS hilang wang pertaruhan RM5000..hu.hu.hu..Berita baru dilaporkan dari Penanti, calon PKR Dr Mansor Othman dijangka telah memperolehi sekurang-kurang 75 % undi. Peratusan mengundi sememangnya agak rendah dan situasi ini memang mudah dijangka. Apa yang penting calon PKR boleh mencapai undian majoriti bagi membuktikan...

Nizar vs Zambry & PRK Penanti: Situasi 'Win-Win'

Dari: wfauzdinKawasan Dun Penanti sekarang ini masih lagi dalam pertarungan bagi menentukan Wakil Rakyat pilihan pengundi Dun Penanti. Hanya beberapa jam lagi kita akan dapat mengetahui siapakah yang ditabalkan oleh pengundi Dun Penanti untuk mewakili mereka. Umno tidak menghantar calon. namun pilihanraya tetap berjalan kerana itu adalah kehendak demokrasi, biar rakyat yang membuat pilihan bukan pemimpin Umno. Dun Penanti bukan Perak, dan pengundi-pengundi di kawasan ini tidak mahu menjadi seperti di Perak. Demokrasi mesti diserahkan kepada rakyat biarpun betapa gerunnya Umno menghadapi kuasa rakyat.PR yang diwakili oleh PKR sudah tentunya fokus untuk mempertahankan kerusi tersebut. Bagi PKR, sasaran untuk mendapat majoriti yang bertambah adalah matlamat penting. PKR boleh dikatakan berjaya...

PRK Penanti: LIVE,UPDATE & Keputusan Hari Mengundi.

Klik sini untuk mengetahui keputuan dan suasana terkini pada hari pengundian diPRK Penan...

PRK Penanti: Polis, wartawan lebih ramai dari pengundi

Jumlah anggota polis, wartawan, jurugambar serta pekerja pilihanraya kecil DUN Penanti, lebih ramai daripada jumlah pemilih yang datang mengundi di Berapit, Kubang Ulu, Tanah Liat, Guar Perahu dan Mengkuang.Ini berdasarkan pemerhatian Malaysiakini sehingga jam 10.45 pagi tadi.Pengarah pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya berharap sekurang-kurangnya 65 hingga 70 peratus keluar mengundi hari ini.Beliau percaya calon PKR, Mansor Othman akan memperolehi 7,000 undi dari penyokong tegar parti itu, untuk menang dengan majoriti lebih 5,000 undi.Saifuddin juga mengakui bahawa proses pengundian hari ini agak lembap.Sementara itu, pekerja pilihanraya PKR menjangka lebih ramai pemilih akan keluar mengundi mulai tengahari ini.-Malaysiak...

PRK Penanti: Pengundian pagi lembab.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi tetapi tidak ramai yang keluar mengundi awal ini.Kebanyakan yang keluar mengundi awal terdiri daripada golongan warga emas.Sebanyak 32 saluran mengundi di sembilan pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.Suasana di sekitar pusat pengundian dilaporkan tenang. Juga tidak banyak kelihatan bendera-bendera parti. Manakala anggota polis pula berkawal di setiap pusat pengundian.PKR - satu-satunya parti politik yang bertanding - menyediakan pondok panas di pusat-pusat pengundian walaupun ia tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).Dan hanya kegelintir pekerja PKR yang kelihatan menyemak senarai pengundi. Juga tidak kelihatan aktiviti merayu undi...

Saturday, May 30, 2009

Nizar vs Zambry & PRK Penanti: 5000 Ahli UMNO Penanti mesti ajar pemimpin mereka.

"Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. "Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. "Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi. Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi."~~Sumber KLPOST/Malaysiakini.Saya ingin mengambil sedikit petikan di atas untuk renungan kita bersama. Terbukti Umno tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Sifat suka menjadikan ahli-ahlinya seperti `kerbau dicucuk hidung' dan sikap menunjukkan kuasa...

PRK Penanti: PKR lawan SPR !

Tiga hari lalu…YB Zuraidah diperintahkan hadir ke Balai polis untuk diambil kenyataan berikutan ceramah yang didakwa mengandungi hasutan. Semalam…Chegu Bard pula dihadiahkan waran tangkap. Hari ini..Lim Kit Siang pula menerima surat jemputan ke Balai Polis.Sepanjang tempoh kempen..PKR berhadapan dengan polis. Bermacam-macam peraturan baru dikeluarkan untuk menghalang penceramah dari berceramah.Peneceramah tak boleh cakap pasal Altantuya…tak boleh sentuh pasal Sidang DUN Perak..tak boleh pasang video…pembesar suara mesti tak boleh didengari diluar kawasan ceramah…semua kawasan ceramah mesti cerah…SB mesti dibenarkan mengambil gambar dan video….macam-macam peraturan baru yang tak masuk akal.Tetapi Umno bolrh berceramah walaupun depa tak bertanding. Umno boleh pasang bendera walaupun depa tak...

Nizar vs Zambry & PRK Penanti: Umno tidak rela Pakatan Rakyat tenang dan aman!

Seperti yang berlaku di Perak sebelum ini dimana permainan Umno dengan memperkudakan SPRM dan SPR itu memerangkap dua Adun dari Pakatan Rakyat dari Behrang dan Changkat Jering, maka hasil dari kejayaan itu Umno kini akan menggunakan taktik yang seakan-akan sama di Penanti.Jika di Behrang dan Changkat Jering, kedua-dua Adun itu diperangkap dengan menggunakan SPRM atas tuduhan rasuah wang dan rasuah sex sehinggakan puak-puak Umno berapi tanpa henti mendesak kedua-dua Adun tersebut meletakan jawatan sebagai Exco dan sebagai Adun serta disokong oleh Pengarah BPR Perak ketika itu yang mendakwa mempunyai saksi dan bukti yang terlalu kukuh untuk mendakwa kedua-dua mereka itu, tetapi setelah mereka melompat menyokong Umno, kes itu sudah hilang dan seolah-olah tidak wujud lagi.Begitulah hebatnya Umno,...

Friday, May 29, 2009

Nizar vs Zambry: Antara Chin Peng,Komunisme dan Perkauman.

Amatlah sukar bagi UMNO untuk berbuat demikian. Mahu minta maaf kepada hakim-hakim yang dipecat pun mereka enggan. Masakan mereka sanggup melupakan Chin Peng? Saya harap sekalipun kerajaan tidak mahu Chin Peng kembali, janganlah sampai menuduh mereka yang bersimpati dengan hasrat Chin Peng mahu mati di Malaya sebagai musuh kerajaan.-Zaid IbrahimOleh:Zaid IbrahimDi antara Chin Peng, Komunisme dan PerkaumanMeninjau tindakan pihak polis terhadap orang ramai beberapa bulan kebelakangan ini, saya tidak terkejut kalau ada kedengaran rintihan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah Negara Polis (’Polis State’). Antara ciri-ciri sebuah ‘Police State’ ialah apabila polis menjadi satu kuasa pengawalan yang ditakuti. Polis mula menyekat kegiatan serta kebebasan orang ramai bersuara, yang merupakan...

PRK Penanti: Lagi cerita 'keamanan' tanpa UMNO/BN.

Dengan apa yang berlaku di Penanti ini menjelaskan dakwaan pembangkang selama ini bahawa UBN lah yang melakukan provokasi dalam pilihan raya. Yang memulakan perbalahan dan melakukan kerja-kerja yang boleh membawa ketegangan dan mengotorkan demokrasi.Makanya lain kali elok kalau UBN tidak menyertai dan mengambil bahagian dalam mana-mana pilihan raya kecil di masa depan bagi memastikan pilihan raya berjalan dengan tertib.Misalnya dalam pilihan raya kecil di Manik Urai pada 6 Julai depan moleklah kalau UBN tidak mengambil bahagian bagi menjamin pilihan raya berkenaan berlangsung dalam suasana baik.Kalau UBN ambil bahagian tentu pilihan raya itu akan panas dan ......Oleh: MSOKemenangan di Penanti Penting UntukKukuhkan Kerajaan PR - SaifuddinPILIHAN RAYA kecil N 12 DUN Penanti, Pulau Pinang...

PRK Penanti: Amina Dola ada harapan untuk menang mudah?

Saya dapat merasakan bahawa Amina Dola berharap agar siasatan kes tersebut dapat diselesaikan  lebih awal agar pencalonan Dr Othman calon PKR dibatalkan dan beliau ada harapan untuk menang mudah. Wah, hebat strategi Amina Dola ini.Daripada:http://wfauzdin.blogspot.com`MINAH RONGGENG' TAK SABAR HENDAK MENANG PERCUMA?Saya menggunakan gelaran `Minah Ronggeng' ini kerana mendapat maklum bahawa calon bebas Dun Penanti tersebut tidak kisah digelar begitu, bahkan berterima kasih kepada YB Azmin yang memberikan nama `glamour' tersebut. Tadi saya terbaca kenyataan beliau bahawa beliau menyatakan YB Azmin banyak mengajarnya terutama tentang politik dan kaedah berkempen. Tapi saya tidak pasti pula samada YB Azmin ada mengajar Minah Ronggeng...

Thursday, May 28, 2009

Nizar vs Zambry: 'Bubar DUN Perak Kalau Anak Jantan' - Nizar.

Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin mencabar "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir supaya mengadap Sultan dan memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya beliau benar-benar anak jantan dan tidak bersembunyi di belakang pasukan keselamatan.Beliau berkata demikian pada majlis ceramah dan taklimat yang diadakan di Wisma DAP malam semalam.Nizar berkata beliau tidak menyalahkan pihak keselamatan kerana sedar mereka digunakan oleh Barisan Nasional untuk melakukan penindasan terhadap rakyat.Tambah beliau lagi setiap kali pilihan raya kecil diadakan UMNO dan BNakan mengarahkan pihak keselamatan berkampung di kawasan tersebut sama ada di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang atau Bukit Selambau.Tetapi peliknya apabila BN tidak bertanding di Penanti ternyata...

PRK Penanti: SPR PERLU BERTINDAK TERHADAP KENYATAAN KJ

Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno yang tidak diberi sebarang jawatan di dalam kabinet baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan menyeru pengundi-pengundi di Dun Penanti agar tidak keluar mengundi pada PRK ini nanti. Alasannya adalah kerana PRK tersebut sengaja diadakan akibat perletakan jawatan oleh Fairus. Saya tidak tahu samada kenyataan KJ tersebut merupakan satu kesalahan kerana menghasut rakyat agar tidak keluar mengundi dan adakah SPR akan berdiam diri atas perbuatan seperti ini.SPR baru-baru ini bingkas bangun untuk menyiasat aduan oleh salah seorang calon Bebas, Kak Min yang mendakwa dirinya telah disogok oleh PKR. Bahkan SPR menyatakan akan bekerjasama rapat dengan SPRM untuk menyiasat aduan Kak Min tersebut. Tahniah, atas...

Nizar vs Zambry: Mahkamah Rayuan Perlu Kemuka Penghakiman Bertulis - NH Chan.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan mempersoalkan rasional keputusan Mahkamah Rayuan 22 Mei lalu berhubung pengesahan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan kontroversi itu mengundang pelbagai reaksi, antaranya "shotgun judgement" kerana mahkamah hanya mengambil masa lima minit untuk mengumumkan keputusannya tanpa sebarang alasan bertulis yang kukuh diberi untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah. Ini berbanding berbanding dengan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim mengambil masa 1 jam 27 minit untuk membaca ulasan penghakiman beliau yang sarat dengan hujah-hujah kukuh berhubung keabsahan Nizar sebagai Menteri Besar.Dalam artikel beliau bertarikh...

PRK Penanti: Siapa disebalik semua ini.UMNO/BN???

Oleh:Suhaimi Said@lubokkawah.Dua Pemidang ini dijumpai oleh Kontijen AMK Pahang yang meronda di sekitar JDM Mengkuang. Pemidang pertama ditemui di Simpang Institut Tengku Bainun dan yang kedua ditemui di Simpang Tiga Mengkuang.Ketua Kontijen AMK Pahang yang diketuai Sdr Kamarul Hatta, Timbalan Ketua AMK Pahang, Sdr Arman Rashid, Ketua Penerangan AMK Pahang dan Sdr Saiful Adli Sahidan, AMK Bentong meronda seluruh kawasan JDM Mengkuang menemui Pemidang-Pemidang tersebut dan mereka telah berhubung dengan saya untuk tindakan setersnya. Saya pinta mereka tanggalkan poster itu dan laporkan kepada Markas Pusat di Yayasan Aman.Sdr. Nor Azman Hashim, Pengarah Strategik PKR Johor yang bertugas di Markas JDM 4, Mengkuang Semarak menyatakan bahawa...

Wednesday, May 27, 2009

Kominis: 1 Malaysia tidak bangang!

Oleh:Mat Keri@jahilgoblog.netYa, terbukti 1 Malaysia menolak komunis dan menerima demokrasi. 1Malaysia hanya mahukan kerajaan ameno mengiktiraf bahawa mereka yang dihalau ini juga telah berjuang melawan penjajah, buku dengan ruas, peluru dengan darah. 1Malaysia tidak menuntut ameno mengiktiraf parti komunis. 1Malaysia juga tidak mahukan fahaman itu dibenarkan dalam sebuah negara yang Bertuhan ini. 1Malaysia hanya mahukan ameno akui sejarah, akui kebenaran, dan akui fakta bahawa sedang ameno sibuk megampu penjajah dan berkowtim dalam menuntut kemerdekaan, ada golongan yang berkeras mempetahankan hak negaranya sehingga ke titisan darah yang terakhir!1 Malaysia tidak bangang! Zahid Hamidi sekarang dah mula nunjuk belang. Dah mula nak jadi panglima perang. Isunya? Komunis. Malam tadi dalam tivi...

Nizar vs Zambry: 'Komunis' - Konspirasi Umno Barisan Nasional???

Daripada:MSK@perakexpressAnda percaya jika saya katakan Umno sedang merancang Sandiwara dan Konpirasi baru? apakah ia mustahil. Anda mungkin menyangkakan dia sedang cuba memulihkan imej parti , tetapi itu bukan cara mereka, tetapi kini sedang merancang satu Konpirasi baru. Tetapi bukan melibatkkan PAS tetapi DAP ataupun Hindraf. Jika Tahun 1999 Umno hilang sokongan Melayu tetapi berjaya dipulihkan dengan Konpirasi Almaunnah dan KMM, kini anda percaya Konspirasi terbaru mereka melibatkkan kes Komunis?-MSKMereka hanya akan membubarkan DUN Perak setelah imej DAP dan PKR berjaya dirosakkan. Tunggu dan lihat..Konspirasi Umno Barisan Nasional-Oleh MSKMasih Ingat Peristiwa Al-maunnah dan KMM? Siapa dalangnya siapa perancang segala konspirasi. mengapa Konspirasi ini dilakukan? Mungkin sebahagian dari...

Tuesday, May 26, 2009

PRK Penanti: Konspirasi Amina Dola..(Aminah Abdullah)

Oleh:MSK@perakexpressLangkah pertama yang perlu dilakukan oleh Amina ialah cuba memerangkap pemimpin PKR yang baik dengannya. Dan dia berjaya menjemput Cheah Kah Peng dan Peter Lim kerumahnya untuk jamuan makan. Mereka memang berkawan baik sejak Amina masih dalam PKR.Dalam jamuan makan tersebut…mereka bersembang dan bergurau…dan Amina bercerita tentang kekecewaanya terhadap PKR kepada Cheah. Dan Cheah cuba memujuknya untuk kembali kedalam PKR.Di Bukit Gantang…bendera PKR diperintahkan turun kerana yang bertanding ialah Pas. tapi diPenanti…bendera Umno bukan sahaja bebas berkibar..malah mereka juga boleh berceramah!! Bagi orang Penanti…Umno telah melakukan kesalahan…tapi bagi orang Perak…ia sudah menjadi kebiasaan. Kalau Umno melanggar undang-undang..bukan luar biasa.Pasal apa Umno nak sebok...

MOGOK LAPAR: ULAMA PRO UMNO JANGAN CEPAT MELATAH

Oleh: MOHAMED HANIPA MAIDINApabila timbulnya isu mogok lapar di Perak , Umno dilihat menggunakan ulama’ tertentu untuk menghentam PAS dan Pakatan Rakyat ( PR ). Tokoh agama Johor dan juga mantan Mufti Johor, Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia boleh memudaratkan.Selain Datuk Noh Gadut , Mufti Perak , Datuk Harussani juga membidas rancangan PR untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidakberpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah...

Nizar vs Zambry: Siapa Sebenarnya 'Gila Kuasa' Di Perak.

Dari:wfauzdin nsTerbaca laporan di dalam akhbar baru-baru ini tentang kenyataan Zambry MB Perak yang dinamakan oleh mahkamah, saya menjadi hairan mengapa Zambry masih tidak mengaku bahawa segala krisis yang berlaku di Perak kini adalah berpunca dari pihaknya. Sukar sangatkah bagi Zambry untuk mengerti erti `semangat' dan roh demokrasi sebenarnya. Apakah Zambry masih perasan bahawa majoriti rakyat Perak masih menyokongnya?Mungkinkah Zambry berpendapat bahawa dengan melompatnya 3 Adun PR ke pihak beliau, maka keseluruhan rakyat yang diwakili oleh ke tiga-tiga Adun `katak' tersebut turut menyokong beliau? Jika ini lah yang dibanggakan oleh Zambry yang tetap mempertahankan kerusi MB nya sekarang, kalau bukan jenis `gila kuasa' , saya tidak tahu...

PRK Penanti: SPR Arah PKR Turun Bendera Depan Pejabat UMNO.

Terbaru di Penanti hari ni ialah parti komponen Barisan Nasiyonal iaitu SPR telah mengeluarkan arahan kepada PKR supaya menurunkan semua bendera-bendera dan bahan-bahan kempen pilihanraya mereka yang ditempatkan di hadapan pejabat UMNO Semambu.Yang baguihnya ialah HANYA PKR SAHAJA menerima arahan sedemikian manakala calon bebas DIKECUALIKAN dari arahan sedemikian.Buat masa ni sedang berlaku sedikit kekecohan di hadapan Pejabat UMNO Semambu kerana sukarelawan-sekarelawan Pakatan Rakyat enggan menurunkan bahan-bahan kempen tersebut manakala parti komponen Barisan Nasiyonal iaitu SPR sedaya upaya berkerjasama dengan para Paria-Paria UMNO cuba mengalihkan kesemua bahan-bahan kempen tersebut.Akku cadangkan supaya SPR ikut bertanding dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai nanti lepas tu SPR bolehlah...

Monday, May 25, 2009

Nizar vs Zambry: Khairy Jamaluddin, Arnold Schwarzenegger & Hikayat Katak

Menurut Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia (dalam blognya) - oleh kerana hakikatnya lompat parti adalah halal di sisi undang-undang bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di banyak negara demokrasi berperwakilan di seluruh dunia dan bahawa banyak kerajaan telah tumbang di negara lain tanpa pilihan raya di adakan semula – maka tindakan yang dilakukan oleh tiga orang bekas Adun Pakatan Rakyat yang meninggalkan parti mereka masing-masing untuk menjadi Wakil Rakyat bebas adalah juga boleh dipertahankanBagi memperkukuhkan hujahnya dalam mempertahankan tindakan Presiden UMNO-merangkap Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah mengambil kesempatan dari tindakan tiga Adun berkenaan untuk merampas kuasa kerajaan negeri Perak (kini dilihat oleh dunia sebagai terkeluar...

PRK Penanti: 'Bubar PKR?' Siapa Aminah untuk berkat begitu???

SIAPA Aminah Abdullah ? Beliau adalah salah seorang calon bebas yang akan bertanding di PRK Dun Penanti nanti. Beliau adalah bekas pimpinan PKR P.Pinang yang ditolak oleh PKR P.Pinang termasuk suaminya lantas keluar dari PKR. Beliau sememangnya seorang ahli yang senior dan lama bergiat di dalam PKR iaitu semasa era reformasi lagi. Beliau menyatakan bahawa Presiden PKR sendiri boleh mengesahkan bahawa beliau adalah `pejuang' lama di dalam PKR berbanding dengan Pengerusi Perhubungan PKR P.Pinang sekarang. Tetapi beliau lupa, di dalam perjuangan, `lama' bukan bererti bagus dan hebat. Kadangkala yang `lama' itu lah pembawa `karat' kepada perjuangan. Pada saya, Aminah Abdullah adalah pembawa `karat' kepada PKR.Oleh sebab itu, Aminah langsung...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost