Kes liwat Anwar ditangguh jika rayuan tidak selesaiOleh: ARIFFUDDIN ISHAK - mstarPUTRAJAYA: Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual pada 8 Julai depan akan ditangguhkan jika proses rayuan berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi masih belum selesai.Mahkamah Rayuan yang bersidang hari ini menetapkan untuk menyambung prosiding rayuan tersebut pada pagi esok.Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdul Hamid Embong, bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffery Tan Kok Wha menetapkan untuk menyambung prosiding pada pukul 10.15 pagi esok.Hakim juga meminta pihak pendakwaan dan pembelaan menyediakan hujahan yang memfokuskan mengenai pertikaian kesahihan sijil pemindahan yang ditandatangani...