Sunday, January 31, 2010

Royalti Minyak Kelantan: Beranikah Najib Pecat Ku LI ???

Laporan malaysiakini menyebut Umno masih meneliti kandungan ucapan seorang pemimpin veterannya Tengku Razaleigh Hamzah yang menyertai perhimpunan menuntut royalti minyak Kelantan di Kota Bharu semalam.Katanya, beliau masih belum menerima kandungan ucapan tersebut bagi menentukan tindakan sepatutnya ke atas ahli parlimen Gua Musang itu.“Kita sedang meneliti, belum dapat apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh jadi bagi tempoh masa kepada kita untuk dapatkan laporan apa yang diucapkannya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Kuala Lumpur hari ini.Jelasnya lagi, kandungan ucapan Tengku Razaleigh itu juga akan dibincangkan lanjut oleh parti.“Pendirian kita, mesti patuh kepada disiplin parti. Tetapi macam...

Saturday, January 30, 2010

Hanya Anwar Mampu Seret Najib Ke Mahkamah!!!

PERBICARAAN kes liwat DS Anwar akan bermula tidak beberapa lama lagi. Peluang untuk rakyat menyaksikan semula ulangan drama tahun 1998 meskipun mempunyai beberapa pelakon baru dan ada juga beberapa pelakon lama yang dikekalkan. Plot ceritanya tidak berubah di mana DS Anwar dituduh sebagai peliwat.Jika dahulu DS Anwar dituduh meliwat seorang tua iaitu Munawar Anis dan seorang yang pertengahan umur iaitu Azizan Abu Bakar dan pemuda bernama Sukma. Maka, drama ketika itu bermula dengan episod mengusung tilam tanpa cadar yang mempunyai tompokan air mani merata-rata. Pengusungan tilam di waktu itu membawa kepada terkenalnya Musa Hassan iaitu KPN ketika ini. Episod yang lepas amat menarik sekali dengan kita menyaksikan tarikh kejadian liwat dipinda...

Friday, January 29, 2010

Harap Najib Tak Sembahyang Di Batu Caves Masa Thaipusam

Jurucakap dari Pejabat Perdana Menteri, mengesahkan bahawa Najib akan turun ke Batu Caves pada hari Sabtu ini untuk membuat lawatan rasmi sempena sambutan Thaipusam yang diraikan oleh masyarakat Hindu dinegara ini.Lawatan ini jelas merupakan satu strategi Najib bagi meraih kembali sokongan kaum India yang sebelum ini pernah berhimpun ditempat yang sama dibawah kelolaan Hindraf bagi menuntut hak mereka.Strategi politik atas nama ‘Satu Malaysia’ merupakan projek terbaru Najib untuk memulihkan imej BN. Saya yakin bahawa beliau juga pasti akan membuat janji-janji manis untuk masyarakat India ketika lawatan itu nanti.Itu adalah hak beliau, tetapi jika mahu berkempen atas nama BN maka beliau kena turun dengan jentera BN bukan jentera Kerajaan. Kebelakangan...

Wednesday, January 27, 2010

Krisis MB Perak: Nizar Usah Bermimpi Jadi MB!!!

Setelah beberapa bulan ditangguh, akhirnya Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada 9 Febuari ini untuk memuktamadkan siapa Menteri Besar Perak sama ada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin atau Dato Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.Bagi saya Nizar tidak perlu bermimpi untuk jadi Menteri Besar kerana beliau memang sudah jadi Menteri Besar Perak yang sah.Biasanya orang bermimpi kerana terlalu memikirkan atau teringinkan sesuatu. Mimpi juga dikatakan mainan dalam tidur.Apa perlu Nizar bermimpi kerana ui proses pilihanraya berdasarkan prinsip demokrasi. Mana ada sejarah mana-mana tamadun dan negara era moden ketua sesebuah negara atau negeri dipilih oleh mahkamah. Kalau macam tu lebih baik tak payah buat pilihanraya. Bukan sahaja buang duit...

Tuesday, January 26, 2010

Pilihan Raya Umum Sarawak Semakin Hampir!!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menemui Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud baru-baru ini untuk memaklumkan supaya badan itu diberi tempoh notis secukupnya untuk membuat membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri itu.Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, meskipun mandat memerintah kerajaan negeri hanya berakhir Jun 2011 namun berdasarkan pengalaman SPR, pilihan raya negeri biasanya diadakan lebih awal.“Pilihan raya negeri Sarawak biasanya tidak diadakan dalam tempoh cukup-cukup mandat memerintah lima tahun itu.“Sebenarnya selain Ketua Menteri Sarawak, SPR juga menemui Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain membincangkan pelbagai aspek dan isu berkaitan pilihan raya.“Dan ketika bertemu dengan Tan Sri...

Monday, January 25, 2010

Zaid Sokong Tindakan Disiplin Terhadap Zulkifli Nordin

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menyokong tindakan disiplin dikenakan kepada Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar baru, Zulkifli Nordin kerana mendakwa Zulkifli sering membuat tindakan yang melampau.Zaid merujuk kepada tindakan Zulkifli membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah."Saya harap parti lebih serius kali ini untuk ambil tindakan terhadap Zulkifli. Kita tak boleh terima wakil rakyat yang macam ini, sering membuat tindakan yang merugikan parti dan mengelirukan orang Islam dan bukan Islam," katanya dalam satu sidang media di kediamannya pagi tadi.Semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zulkifli akan...

Friday, January 22, 2010

Si Tanggang Moden Dari Sarawak?

SUBANG JAYA 21 Jan. - Sudah tiga tahun, Tumi Wongsoruju tidak bertemu anak perempuan tunggalnya yang membawa diri tanpa sebarang berita ke Semenanjung.Jarak yang jauh ditambah pula dengan kesempitan hidup, membuatkan wanita berusia 52 tahun yang tinggal di Kuching, Sarawak itu tidak berupaya mencari anak kesayangannya.Namun kerinduan yang tidak tertanggung lagi, akhirnya mendorong Tumi berhutang dengan saudara-mara bagi membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk menjejaki anaknya.Berbekalkan duit poket RM150 dan alamat sebuah kawasan perumahan di Serdang dekat sini, dia menyusuli anak perempuannya itu.Membuang rasa malu dan takut, Tumi yang berasal dari Taman Duranda Emas di Jalan Kuching-Serian memberanikan diri menagih simpati orang...

Thursday, January 21, 2010

Bersedia Untuk 'Naik Minyak' !!!

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan 1Malaysia akan memperkenalkan mekanisme harga baru petrol sebelum bulan Mei ini.Menurut beliau Majlis Ekonomi Negara akan menentukan sama ada harga petrol akan naik atau sebaliknya. Berdasarkan perkembangan harga semasa di pasaran dunia, harga petrol terus menunjukkan peningkatan.Jadi pengumuman kerajaan sebelum Mei nanti sudah boleh dijangka, harga minyak akan naik! Kecualilah, kalau betul-betul rakyat didahulukan dan gimik menjadi juara rakyat diutamakan maka harga minyak akan turun.Bila harga minyak naik maka faham-fahamlah, harga barang akan melambung dan seterusnya inflasi akan meningkat. Tetapi yang peliknya, menteri yang sama...

Tuesday, January 19, 2010

Kenapa Pelajar Sekolah Berasrama Diarah Balik Setiap Hujung Minggu?

Bila Kementerian Pelajaran telah mengurangkan peruntukan dari RM27 bilion kepada RM25 bilion ia telah memberikan kesan yang tidak sedikit kepada sesi baru persekolahan. Antara yang menerima tempiasnya ialah sekolah-sekolah yang mempunyai asrama terutama Sekolah Berasrama Penuh (SBP).Jumlah hari penyediaan makanan telah dikurangkan dari 250 hari kepada 200 hari. Akibatnya ada sekolah yang terpaksa mengarahkan murid pulang ke rumah pada cuti hujung minggu dan cuti umum kerana asrama tidak menyediakan makanan.Semua ini telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pelajar yang terlibat, ibu bapa dan pentadbir asrama. Keunikan kehi dupan di asrama tidak dapat dikecapi lagi jika pekara ini berterusan.Sesungguhnya kehidupan di asrama akan memberikan...

Monday, January 18, 2010

'Allah' juga boleh diguna di WP, P Pinang???

Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata, di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah, lapor The Sun.Jumaat lalu, beliau dipetik berkata penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam bahasa cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.Pengumuman itu dibuat olehnya dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak...

Saturday, January 16, 2010

Penganut Kristian Di Sarawak & Sabah Boleh Guna Nama 'ALLAH' ???

Selepas beberapa bulan tercetus isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah suci tersebut digunakan di Sabah dan Sarawak.Penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.Rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung mesti menghormati larangan tersebut.Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (kiri) dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan...

Friday, January 15, 2010

Rombakan Kabinet Tak Lama Lagi?

Desas-desus mengenai kemungkinan berlakunya rombakan kabinet semakin kuat diperkatakan di kalangan ahli politik MCA ketika pakatan Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Chua Soi Lek, mensasarkan Mac ini untuk mengadakan pemilihan baru bagi menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda parti itu.Ketika Ong dan Chua mahu pemilihan itu diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina, kumpulan yang menyokong naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkeras ia diadakan dalam bulan ini.Mereka mendakwa Ong dan Chua sengaja melambat-lambatkannya supaya mempunyai lebih banyak masa untuk mengumpulkan sokongan.Sebelum ini, kumpulan Liow gagal mendapatkan sokongan 21 ahli jawankuasa pusat (CC) MCA untuk meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan...

Thursday, January 14, 2010

Negara tak stabil, tapi PM, TPM sama-sama keluar negara???

Ekoran politik Malaysia yang dilihat tidak stabil, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar petang tadi mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar negara.Bagi beliau, salah seorang pemimpin tersebut sewajarnya berada dalam negara kerana isu kalimah ‘Allah’ dan beberapa insiden pengeboman gereja masih gagal ditangani kerajaan.“Wajarkah Perdana Menteri dan timbalannya meninggalkan negara, ketika negara diambang bahaya...(iaitu) isu kalimah (Allah) tak selesai-selesai dan beberapa gereja terus dibom sehingga masyarakat berasa seperti tak selamat,” jelasnya.“Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tak ada dalam negara. Najib baru bertolak semalam (ke Arab Saudi) dan Muhyiddin sekarang berada di Landon...siapa yang perlu...

Wednesday, January 13, 2010

Misteri Pembunuhan Kejam Ibu Saudara Rosmah

Minggu lalu negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak diberdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh. Rupa-rupanya salah seorang mangsa pembunuhan kejam tersebut adalah Allahyarhamah Sofiah Katas yang merupakan ibu saudara kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Sofiah Katas, 80 tahun, salah seorang yang dibunuh kejam itu ialah adik kepada Mansor Katas iaitu bapa kandung Rosmah sendiri.Mangsa lain dalam pembunuhan kejam itu ialah Atan Daud, 90, (suami Sofiah) yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan dan Ismail Awang, 76, serta anaknya Siti Khadijah Ismail, 22.Malangnya diberitakan Rosmah langsung tidak menjengukkan...

Tuesday, January 12, 2010

Harga Gula Mungkin Akan Naik Lagi?

Tiada jaminan harga gula akan kekal pada RM1.65 sehingga hujung tahun ini selepas penarikan subsidi sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sebarang kenaikan selepas ini akan dibuat selepas memproleh persetujuan Kabinet.Katanya, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga bahan makanan itu.“Buat masa ini harga gula kekal seperti yang diumumkan sebelum ini, namun begitu saya tidak dapat memberi jamiman harga tersebut tidak akan dinaikkan untuk dua ke tiga tahun akan datang.“Sebarang kenaikan kita perlu berbincang di peringkat Kabinet sebelum membuat sebarang kenaikan harga,” katanya ketika ditemui...

Monday, January 11, 2010

Erti Dan Kesan Isu 'Allah' Dalam Politik Sarawak

Oleh Catalina RembuyanBaru-baru ini timbul lagi isu penggunaan perkataan Allah oleh sesetengah masyarakat Kristian yang menutur Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sesama sendiri.Sebenarnya kontroversi perkataan Allah ini sejak dulu lagi, tetapi oleh kerana penggunaan Internet yang lebih canggih dan masyarakat yang kian berilmu, maka perdebatan ini dianggap sesuatu yang baharu.Yang penting kita fahami, apabila sesuatu bahasa digunakan untuk satu jangka masa yang lama, susah untuk golongan yang menggunakannya bertukar yang mendadak.Jadi setuju atau tidak dengan penggunaan 'Allah', pertukaran mendadak memang tidak mungkin berlaku, kerana inilah hakikat pembentukan bahasa.Tetapi isu ini tidak saya akan bincangkan, kerana lebih ramai lagi yang arif dan bijaksana tentang isu ini. Isu yang...

Saturday, January 9, 2010

Yahoo!!! Harga Barang Tak Naik Lagi Lepas Ni...

Satu lagi berita lucu dan lawak dilaporkan di media hari ini. Rakyat bukannya tidak biasa dengan jaminan kerajaan, pengilang, pemborong dan peruncit bahawa harga barang tidak akan dinaikkan. Sudah beratus kali jaminan tidak berlaku kenaikan harga diberikan sebelum ini apabila berlaku kenaikan tariff elektrik dan kenaikan barangan asas seperti gula, tepung, beras dan lain-lain. Tetapi jaminan itu semuanya hanya untuk menyedapkan hati rakyat sedangkan hakikat sebenar barangan keperluan semakin hari semakin naik.Kini dengan kenaikan gula kerajaan dan pihak terbabit sekali lagi berjanji dan memberi jaminan harga barangan lain tidak dinaikkan. Bolehkah kita percaya sedangkan kita telah ditipu ratusan kali.Hanya rakyat yang pekak, buta dan tuli mata...

Friday, January 8, 2010

Isu 'ALLAH': UMNO Terdesak!!! - Zaid Ibrahim

Semakin sukar untuk Malaysia menjadi sabuah Negara aman damai selagi UMNO terus memerintah. UMNO bila tersepit mempergunakan isu kaum dan agama di negara ini. UMNO yang ada hari ini tak sama dengan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman dahulu yang lebih terbuka dan dihormati banyak pihak. Hari ini cara politik UMNO telah meluaskan jurang perbezaan kaum dan agama. Jika UMNO dibiarkan terus memerintah, ia akan menyebabkan negara dan rakyat sentiasa dilagakan kerana kesempatan ini akan diambil oleh pemimpin mereka untuk mempolitikkan perbezaan kaum dan agama. Kita tahu bukan semua ahli UMNO setuju dengan permainan politik seperti ini. Tapi kita juga tahu ada golongan dalam UMNO mahu orang Melayu mengangkat mereka menjadi wira pembela agama. Golongan ini melalui kuasa kerajaan telah melarang akhbar The...

Thursday, January 7, 2010

Krisis Politik Perak: Pilihanraya Atau Tidak?

Keputusan mahkamah tentang siapa Menteri Besar yang sah di Perak kian mendebarkan. Khabar angin yang masuk mengeluarkan asap panas di serata pelusuk negeri Perak. Perkembangan politik Perak yang seakan muram kembali hangat menjelang keputusan mahkamah yang ditangguhkan.Keputusan yang menentukan halatuju negeri Perak. Apakah isu nama Allah yang lahir dari keputusan mahkamah juga sesuatu yang dirancang untuk politik Perak? Segalanya tidak mustahil dalam politik Malaysia. malah banyak yang pelik dari tak peliknya.Tinjauan di sekitar Ipoh sehari dua ini khususnya di bangunan umNO yang terletak bersebelahan dengan hotel Casuarina dan sebaris dengan istana Kinta sedikit menjemput persoalan.Kebanjiran kereta setiap malam mengundang pertanyaan. Mesyuarat...

Wednesday, January 6, 2010

Siri Penyelewengan Najib Tun Razak

Oleh MSKSejak tahun 1988, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melatih pegawai-pegawainya di Korat, Thailand, dengan kos sebanyak RM2 juta setahun.Pada tahun 2007, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu telah meluluskan penyewaan Aircraft Combat Manoeuveriing Instrument (ACMI) dari sebuah syarikat Malaysia dengan kos sebanyak RM21 juta setahun…10 kali lebih tinggi dari apa yang dibayar oleh TUDM untuk melatih pegawainya di Thailand. Perjanjian tersebut adalah untuk selama 15 tahun.Kontrak tersebut telah diberikan dibawah “perjanjian tanpa tender’ dan syarikat tersebut tidak mempunyai apa-apa pengalaman didalam bidang tersebut. Kontrak yang diberikan tidak dibuat mengikut prosedur biasa dan tidak pernah diluluskan oleh pihak yang berkenaan....

Tuesday, January 5, 2010

Arahan bertenang dan tangguh perhimpunan bukti Umno/BN punyai agenda tertentu?

"ISU NAMA ALLAH: Arahan bertenang dan tangguh perhimpunan bukti Umno/BN punyai agenda tertentu? Jika sebelum ini, mereka lantang mengadakan beberapa siri demontrasi dan perhimpunan dalam beberapa isu yang berbangkit..perhimpunan di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan lain2 negeri dianjurkan mereka secara konsisten walau ianya diarah ataupun tidak...kita boleh lihat contoh bagaimana mereka sanggup mengadakan demontrasi mengutuk DAP atas nama perjuangan bangsa, mereka sanggup mengadakan perhimpunan atas nama mempertahankan insitusi raja2, mereka sanggup mengadakan perhimpunan demi kuasa di Perak, dan lain2..Tetapi dalam isu kalimah Allah ini, yang menurut mereka sendiri bahawa ia adalah isu akidah, isu agama Islam, isu besar yang tiada kompromi...

Monday, January 4, 2010

Isu Enjin Jet:: Cerita Lawak Gani Patail Lawan Ikan Bilis

Isu jet: Hanya staf bawahan terlibat, bakal didakwa - MalaysianInsiderPeguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan hanya kakitangan peringkat bawahan terlibat dalam kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dua tahun lalu.Mereka akan dihadapkan di mahkamah dalam waktu terdekat, kata beliau pada sidang media di sini hari ini.Gani mendedahkan Uruguay merupakan destinasi terakhir kedua-dua enjin G J85-21A itu ditemui selepas ia hilang dari pangkalan udara Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 2007.Kata beliau kerajaan akan mendapatkan bantuan pihak berkuasa luar negara untuk mendapatkan balik kedua-dua enjin berkenaan yang bernilai RM50 juta setiap satu.Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada kedua-dua enjin...

Sunday, January 3, 2010

Nelayan Asing Veitnam Mati Selepas Mengamuk Di Kampung Muara Tebas

Pada petang Sabtu 2/01/2010(semalam) jam 6.30pm satu kejadian amuk telah berlaku di kpg Muara Tebas apabila empat nelayan asing yang mabuk telah mengamuk dan cuba untuk mencederakan penduduk kpg dengan menggunakan parang.Dalam kejadian itu seorang penduduk kpg tercedera setelah ditetak dibahagian pergelangan tangan dan sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.Seorang rakyat Veitnam terbunuh, seorang cedera parah dan yang lain berjaya ditangkap polis.Difahamkan kejadian bermula setelah 4 nelayan itu mabuk selepas minum minuman keras di kedai berhampiran.Mereka mengamuk apabila beberapa penduduk kpg cuba menyuruh mereka balik kekapal nelayan mereka kerana mereka mula membuat bising dan cuba memukul penduduk kpg Muara Tebas.Setelah berlaku sedikit...

Saturday, January 2, 2010

Turunkan BN Untuk Turunkan Harga Barang

Hadiah paling istemewa kepada seluruh rakyat Malaysia pada hari ini tidak lain ialah dengan kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam tadi.Alasan yang diberikan seperti yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ialah berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari kelmarin namun isu ini telah hangat diperkatakan dan keputsannya telah diketahui oleh banyak pihak sebelum ini.Memang benarlah kata banyak pihak bahawa slogan "rakyat didahulukan, prestasi diutamakan" adalah suatu realiti yang memang berlaku dan...

Friday, January 1, 2010

AZAM Baru & Tahun Baru (2010)

Hari ni..Budak budak dah mula merepek nak start azam baru...Cinabeng, setiap taun baru teringat nak azam baru...Ahhh..Esok lusa jahanam la tu.Azam kepala hangguk!ye dak?++++++++apapon... SELAMAT TAHUN BARU & Berazam baru.. ha..ha..ha...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost