Tuesday, November 22, 2011

Cukai 6% Prepaid : Telco Belum Muktamad

Kerajaan belum memutuskan sama ada membatalkan atau tidak cukai enam peratus terhadap pengguna talian pra-bayar seperti yang diumumkan Syarikat telekomunikasi (telco) sebelum ini.Menyatakan demikian di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Joseph Salang berkata cukai tersebut merupakan salah satu daripada cukai pendapatan utama negara. "Keputusan yang akan dibuat juga mungkin bergantung kepada syarikat Telco sendiri," katanya ketika menjawab soalan tambahan dari Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) mengenai status penangguhan caj tersebut seperti yang diumumkan KPKK baru-baru ini. - Malaysiakiniaku cakap -menteri cakap saja kt media..nk suruh rakyat kata..oooo menteri ni perihatin...ooo menteri tk bg astro naik...tk bg TELCO caj 6%...pahtu...

Wednesday, September 14, 2011

Bila Lagi Rais Yatim Nak Ambil Tindakan Terhadap ASTRO ???

Semasa telco umumkan nak kenakan cukai 6% terhadap pelanggan prepaid... banyak bantahan telah disuarakan rakyat.. dan.. kerajaan pun ambil kesempatan dan jadi hero dalam isu ini dengan mengumumkan bahawa telco telah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan cukai tersebut.Tapi.. ingat tak semasa ASTRO nak menaikkan yuran langganan bulanan dulu..?Menaikkan harga, bercanggah undang-undang, Astro akan dikenakan denda jika terus juga naikkan, kabinet tak benarkan, bla bla bla...Bila menteri nak kenakan kompoun dan denda kepada Astro? Jika menteri dan semua pihak yang terlibat terus buat bodoh!!!Perkara pokok yang dibangkitkan di sini ialah, mengenai harga pakej yuran bulanan Astro yang sudah dinaikkan serta cukai yang dikenakan.Apa yang jelas penipuan...

Wednesday, September 7, 2011

Komunis, Mat Indera & Mat Sabu

kalau nak tau & memahami isu panas yang sedang hangat dimainkan oleh UMNO skrg iaitu isu komunis, mat indera & mat sabu, tolong baca artikel oleh Tukar Tiub.FAKTA SEJARAH HINGGA HARI KIAMAT - Hishamudin RaisUNTUK MEREKA YANG MASIH KURANG SEDARBritish telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation...

Tuesday, August 23, 2011

...

Monday, June 27, 2011

TAHNIAH SUHAKAM!!! U Memang Best BRO

Suhakam: Hak ada perhimpunan aman mesti dilindungi - Malaysiakini Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A)...

Sunday, June 26, 2011

Bersih 2.0 - 090711

"Saya dapati ramai rakan-rakan dan jiran serta orang kebanyakan tidak tahu apa tujuan DEMO BERSIH dan mengapa DEMO BERSIH perlu dilakukan, Publisiti dan penerangan mengenainya belum sampai ke akar umbi, mungkin hanya berlegar dalam Internet. Di dalam media elektronik, DEMO BERSIH disebut berulang-ulang sebagai menggugat keselamatan awam dan dirancang oleh kumpulan pengacau.Semua media UMNO cuba memaku kepala rakyat dengan gambaran negatif terhadap DEMO BERSIH. Dan rakyat tidak tahu apa dan mengapa BERSIH mahu dilakukan.Tektik propaganda iaitu memaku kepada rakyat berulang-ulang ini adalah tektik al-Hitler. Bila dibuat berulang-ulang, akhirnya rakyat akan akur dan percaya atau termakan dengan propaganda itu walaupun hal atau berita yang disebut...

Sunday, June 12, 2011

Hanya Kerajaan PAKATAN RAKYAT Boleh Pastikan Taib Mahmud Didakwa

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian tidak percaya bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan didakwa selagi BN menguasai kerajaan pusat."Dia akan didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa hanya apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang," katanya di majlis makan malam sempena sambutan Hari Gawai di Batu Kawah, dekat Kuching, malam tadi"Itulah sebabnya mengapa saya mengatakan bahawa ia penting bagi Pakatan memenangi pilihan raya umum jika kita mahu lihat Taib didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya, merujuk kepada pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ia sedang menyiasat laporan yang dibuat terhadap Taib.Baru (kanan), yang juga ADUN Ba'Kelalan...

Saturday, June 11, 2011

RASUAH BALAK: Taib Mahmud Perlu Ambil Cuti Hingga Siasatan SPRM Selasai

Penasihat DAP Lim Kit Siang menasihatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud “mengambil cuti” sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menyiasat tuduhan rasuah balak yang dikaitkan dengan pemimpin veteran itu.Lim berkata tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Taib disifatkan beliau sebagai “rasuah luar biasa” berhubung perkara itu.Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengesahkan pihaknya sedang menyiasat Taib (gambar) berhubung dakwaan rasuah balak.Beliau berkata, SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara itu.Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan...

Tuesday, May 31, 2011

Mengapa Harga Gula, Letrik Dan Minyak Naik???

Soalan menarik untuk diketahui mengapa akhir-akhir ini harga-harga yang dikaitkan dengan subsidi seperti minyak, gula dan elektrik asyik naik, naik, naik? Di sini Tok Non ingin menyenaraikan akan sebab musababnya agar rakyat dapat buka mata.1) Cara mudah kerajaan BN cari duit. Depa mana reti pikiag nak menjana pendapatan negara melalui hasil lain selain dari 'seluk poket rakyat' ambik duit sebagai sumber pendapatan. Rakyat bawahan merah bijik mata pulun cari duit, depa senang-senang tadah kantung.2) Untuk menggunakan duit tersebut membiayai BN hadapi pilihanraya umum ke 13. Umumnya jentera BN tak boleh bergerak tanpa duit. Biaya bilik gerakan, makan minum, kempen, merasuah pengundi semua perlu duit. Nak bawak masuk pengundi Sabah mai tukar...

Wednesday, May 25, 2011

Kerajaan Tidak Bagi Subsidi Kepada IPP - Peter Chin

DAP melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan itu satu lagi bentuk 'pendayaan dan penipuan besar-besaran' oleh BN.“Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?” soal Lim dalam satu kenyataan.“Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan...

Saturday, May 21, 2011

BUKU JINGGA: UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!

Setelah 53 tahun Merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal.Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan...

Saturday, May 7, 2011

Inilah Yang Dikatakan 'RAKYAT DIDAHULUKAN'... WTF

(Gambar)DAIF: Keadaan rumah Bahan yang terletak di pinggir Sungai Samarahan.Adui..... dah 48 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia, tengoklah apa yang rakyat dapat.Dalam PRN Sarawak lepas aku pasti pemilik rumah dalam gambar kat atas tu mengundi BN!!.DUN Muara Tuang diwakili oleh Ali Mahmud adik kepada Pehin Seri Taib!!!Kenapa masa berkempen dulu tak nampak kesusahan hidup saudara Bahan ni?Lepas tersiar kat akhbar ni pasti wakil-wakil dari kerajaan akan berpusu-pusu datang untuk menghulurkan bantuan dan pasti bantuan dari mereka ini akan dijadikan modal politik untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan amat perihatin terhadap kesusahan rakyat.Apa ni.. mengapa sebelum ni sorang pun...

Wednesday, May 4, 2011

Pembelian Pesawat RM86 Juta Untuk Kegunaan Taib Mahmud Penuh Rasuah?

Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.Mohamed Asharat Ramzan Ali (kiri), 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah pada 2005 selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri", sebelum menyertai syarikat itu pada 15...

Sunday, May 1, 2011

Dari Sarawak Report:: Sulaiman Rahman Taib Mengalami Jangkitan AIDS?

Sulaiman Rahman Taib dimana sekarang? : sarawak reportIanya telah menjadi buah mulut kebanyakan orang di Sarawak sejak selama lebih setahun. Kini, kaum keluarga yang rapat dengannya telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa anak lelaki Ketua Menteri, Rahman Sulaiman, sedang mengalami jangkitan AIDS.Seperti kebanyakan orang yang berfikiran waras kami juga berasa bersimpati terhadapnya dan kaum keluarganya. Seseorang yang waras pemikirannya juga, pada masa kini, tidak akan memandang ringan terhadap jangkitan ini sebagai suatu stigma, dan ramai orang dari pelbagai gaya dan cara hidup berusaha memerangi situasi iniNamun, kewujudan ilmu sains perubatan moden dapat digunakan untuk menangani jangkitan dan serangan virus maut ini, dengan adanya...

Tuesday, April 26, 2011

Halal @ Haram: Harussani Terkejut Pendirian Majlis Fatwa???

Berita seperti ini lah yg kita nak dengar sgt.Kita mesti hidupkan cerita ini sampai kita dapat tahu sape yg bercakap benar dan sape yg bohong.Ini bukan isu halal haram,tp isu sape yg bohong dr kalangan org yg boleh bagi fatwa diMalaysia ni.Semua org tahu bercakap bohong tu berdosa,aper lagi mufti.Sorng kata dah bincang,sorng kata belom bincang.Yg bengong ialah rakyat mcm kite ni...tak tau ujung pangkal samada boleh buat atau tidak.Harussani: Poco-poco tak dibincang, saya terkejut pendirian Majlis FatwaKUALA LUMPUR, 26 April — Tan Sri Harussani Zakaria mempertikaikan laporan media minggu lalu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan untuk membenarkan umat Islam menyertai tarian poco-poco di negeri-negeri lain kecuali Perak yang sudah...

Saturday, April 23, 2011

Hormati Hak Mereka Sebagai Pengundi - Saifuddin

Pertama kali dengar komen dari pimpinan tertinggi UMNO/BN yang menyebelahi mereka yang mengundi Pakatan Rakyat.Ahli majlis teringgi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyeru rakan-rakannya dalam BN supaya henti melabelkan penyokong pembangkang sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih.Saifuddin yang juga timbalan menteri pengajian tinggi berkata BN sebaliknya mesti menghormati hak pengundi.“Dengan segala hormatnya, saya minta rakan-rakan di BN jangan menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak undi kita sebagai tidak tahu bersyukur.“Dalam demokrasi, kita mesti hormat hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang disukai mereka. Nanti kita nak jumpa merka lagi dalam pilihan raya akan datang.“Kalau mereka tempelak kita, apa...

Friday, April 22, 2011

Pasca PRN Sarawak: SPR Didesak Gantung Keputusan DUN Tamin

Seorang penduduk di sebuah Rumah Panjang dikawasan DUM Tamin telah membuat pengakuan menerima rasuah dari calon BN sebanyak RM10000.Namun satu cek RM5000 adalah cek tendang.Hahaha.. SPR apa tunggu lagi... Baca laporan penuh diSINI...

Friday, April 15, 2011

PRN Sarawak: 'Gegaran' Turut Dirasai Di Demak Laut

Kalau sebelum ini kita menyaksikan ceramah-ceramah anjuran DAP telah banyak menggegarkan bandar-bandar seperti Miri, Sibu dan Kuching tetapi kini 'gegaran' yang berlaku hampir diseluruh kawasan pilihanraya di Sarawak tak kira kawasan Cina, Dayak mahupun Melayu.Memang tidak dinafikan ceramah DAP paling mendapat sambutan dari rakyat, malah melihat pada skala kehadiran orang ramai diceramah-ceramah DAP tidak keterlaluan jika dikatakan DAP mampu menyapu bersih kesemua kerusi yang mereka tandingi.Ceramah PKR terutama dikawasan Dayak juga mendapat sambutan hangat oleh orang ramai.Isu tanah NCR terus mendapat perhatian dikawasan Dayak walaupun BN cuba dan berjanji untuk menyelesaikan isu tersebut, namun tekad kaum Dayak untuk berubah dari BN kepada...

Wednesday, April 13, 2011

PRN Sarawak: Amaran Tsunami Di Keluarkan

Media diarah tidak lagi siarkan perhimpunan PakatanBN yang kini dilihat semakin goyah menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini, terus memperkuatkan cengkamannya ke atas media arus perdana .Dengan portal berita, termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report, yang telah menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, rangkaian televisyen telah diarahkan jangan menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu - Media Prima - memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang.“Visual...

Sunday, April 10, 2011

Najib Datang Lagi? Sah BN Dalam Bahaya!!!

Perdana Menteri dijadualkan akan tiba sekali lagi di Sarawak malam ini.TPM pun masih berada disini dan sedang berkempen disebelah utara Sarawak.Tumpuan kempen Najib kini adalah dibandar-bandar besar khususnya di Miri,Bintulu,Sibu dan semestinya bandar Kuching yang sedang ditawan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.Manakala di Miri, kawasan-kawasan kubu kuat BN khususnya kawasan majoriti pengundi Cina sedang hebat diserang oleh Lim Kit Siang serta Anuar Ibrahim.Berdasarkan kehadiran ceramah yang dianjurkan PR, semestinya PM risau dan boleh dikatakan Najib tidak boleh mengharapkan Taib dan George Chan sahaja untuk mempertahankan serangan PR.Mungkin juga Najib melihat kehadiran TPM juga belum mampu untuk memperkuatkan BN untuk berdepan PR.Oleh...

Thursday, April 7, 2011

Datin Seri Presiden Di Kampung Muara Tebas DUN N5 Demak Laut

Kampung Muara Tebas iaitu salah sebuah kampung yang terletak dalam kawasan pilihanraya DUN N5 Demak Laut telah menerima kunjungan Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah Ismail bersama rombongan sempena kempen PKR untuk kawasan Demak Laut.Ketibaan rmbongan Presiden ke bilik gerakan pilihanraya ranting Muara Tebas disambut Pengerusi Ranting Tuan Haji Yussuf bersama AJK Ranting serta penduduk kampung.Turut serta mengiringi beliau adalah calon PKR iaitu saudara Ali Hossen.Dalam ucapan ringkas, Presiden sempat menerangkan isu-isu yang berkaitan dengan tuduhan liwat dan isu video yang melibatkan Ketua Umum PKR DSAI.Penduduk yang nampak berpuas hati dengan penjelasan tersebut memberi tepukan berserta laungan REFORMASI.Sementara itu ucapan ringkas calon...

Tuesday, April 5, 2011

PKR Tolong Jangan Lawan Taib Di Balingian

Jika benar Datuk Salleh Jafaruddin hendak bertanding di Balingian seperti yang disiar di Malaysiakini,PKR rasanya patut memberi peluang kepada beliau untuk pertandingan satu lawan satu di situ.Lagipun calun dari PKR dilihat hanya pelengkap kepada proses pilihanraya atau sekadar diletakkan disitu supaya Taib tidak menang tanpa bertanding.Seperti pilihanraya lepas, calun PKR Ibrahim Bayau hanya mendapat 667 undi sahaja.Apakah Suriati Abdullah mampu untuk menambah undi tersebut?Dengan latar pendidikan cuma setakat sekolah menengah, apakah beliau mampu untuk meraih undi untuk PKR?Bukan hendak menidakkan kemampuan Suriati, tapi jika ada calon yang lebih berkeliber dan popular serta berpengaruh seperti Dt Salleh, kenapa tidak dibiarkan beliau bertanding...

Video Seks: Kenyataan Media Wan Azizah, Nurul Izzah & Keluarga Anwar Ibrahim

KENYATAAN MEDIAUNTUK SEBARAN SEGERA5hb APRIL 2011Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.Video tersebut adalah bukti paling kukuh...

Monday, April 4, 2011

N5 Demak Laut:: Dr Rauf Lebih Baik Dari Dr Hazaland?

"Daripada Dr Azlan(panggilan org kpg utk DR Hazaland) jadi calon lebih baik kekalkan Dr Rauf.."Sudah kedengaran cakap-cakap seperti diatas oleh sebahagian penduduk di kawasan DUN Demak Laut terhadap calon baru PBB untuk menggantikan Dr Rauf yang diketahui lebih mesra terhadap penduduk kawasan itu.Seorang kenalan dari Kampung Senari memberitahu Dr Azlan ni sombong (eksyen kata org Sarawak).Penduduk sekitar mungkin kenal dengan DrAzlan melalui perkhidmatan 'on call doktornya'.Penduduk boleh panggil beliau untuk datang kerumah pesakit untuk memberi perkhidmatan beliau, tapi apa yang dikesalkan penduduk ialah bayaran yang melampau untuk perkhidmatan itu.Pernah seorang penduduk sebuah kampung meminta untuk memeriksa seorang pesakit yang hampir pasti tak dapat diselamatkan, diminta bayaran hampir...

Sunday, April 3, 2011

'BUAYA-BUAYA' Di Sarawak Harus Ditangkap! - LGE

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengibaratkan pembabitan Pakatan Rakayt pada pilihan raya ke-10 Sarawak 'pertarung terbesar abad ini'.Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, Sarawak yang kaya dengan hasil balak, minyak dan gas tapi negeri Sarawak terus kekal antara negeri termiskin di Malaysia.Negeri yang kaya dengan hasil alam semulajadi tetapi kekayaan itu tidak dapat dinikmati oleh kebabyakan rakyat, sebaliknya dibaham oleh 'buaya-buaya' yang merupakan krono-kroni Taib dan George Chan.“Sarawak ada balak, minyak, gas dan tanah. Malangnya, ia juga ada banyak 'buaya',” “Sebab inilah kita perlu pilih calon yang berani untuk tangkap buaya-buaya itu,” kata Lim sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirin.Lim turut mempersoalkan keikhlasan...

Friday, April 1, 2011

Baca Berita Tu Pakai Otak Bukan Pakai Kaki!!!

Inilah mentaliti otak blogger PBB/BN dalam mengulas isu video sex yg melibatkan pemimpin pembangkang.IGP sendiri pun belum mengesahkan pelakon dlm video tu siapa, tapi si kucing ni telahpun berani mengesahkankan bahawa pelakon tu Anuar.Tu lah.. orang suruh baca news tu pakai otak, bukan pakai kaki...Memanglah video tu tulen, tapi yang kita nak tahu, siapa si pelaku dalam video tersebut.IGP pun satu, sengaja nak buat gempak.. buat sidang media cakap video ni tulen tapi tak bagitau siapa si perut boroi tu..Bebudak macam Kucingitam ni apa lagi.. terus nak terkam berita ni macamlah IGP tu cakap Anuar dalam video tu.. dasar otak kontot!!!Bawah ni aku pastekan tulisan dari si Kucingitam.Rasa-rasa kucing ni dapat geran 5000 sebulan dari YB Karem kot...Sah anwar dalam video kata pakarKetua polis...

Thursday, March 31, 2011

Blogger UMNO/BN Bercakap Pasal Moral?

Perhatikan gambar ini.. layakkah orang seperti ini bercakap tentang isu moral???Baca sendiri ulasan House PK(dlm gambar atas) tentang Majlis Sembahyang Hajat di stadium Melawati Shah Alam. MEMANG PADAN BETUL LAH SLOGAN 'TAKEBEER' dgn si BEAR nii...GAMBAR dari Topeng Pe...

Friday, March 18, 2011

Rauf Undur Diri??? Ha..Ha..Ha.. Lawak...lawak...

DR Rauf ADUN N5 Demak Laut menyatakan beliau akan menarik diri dari menjadi calon PBB pada PRU Sarawak akan datang.Mengulas penarikan itu, beliau menyatakan “Hanya calon yang boleh menang sahaja akan mendapat restu daripada Ketua Menteri untuk bertanding.“Ini adalah sangat penting untuk parti, saya melihat ba-nyak kes yang terjadi sebelum hari penamaan calon di mana poster calon sudah dicetak namun kemudian kita melihat calon yang dipertandingkan adalah calon yang bukan boleh menang.Adakah ini bermaksud beliau akan kalah jika bertanding mempertahankan kerusi itu dan Taib pula sudah nampak kekalahan jika Rauf menjadi calon.Kepada YB Rauf, statement menarik diri hanyalah statement untuk menyedapkan hati(pakey nyenang ati dirikpun).Kalau Tok Uban...

Sunday, March 13, 2011

Laporan Polis Terhadap Taib Mahmud

Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS), pimpinan Francis Siah telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.MoCS leader Francis SiahBagaimanapun, pelawaannya pada 4 Mac kepada Taib supaya hadir di balai polis pusat (CPS), tempat Francis membuat laporan polis, tidak disambut - di mana Taib ataupun wakilnya tidak datang.Siah (kiri - tengah) mahu Taib datang ke CPS jam 1 tengahari supaya mereka sama-sama membuat laporan polis.Siah secara rasmi membuat laporan itu pada jam 1.15 tengahnya kepada Koperal Norsiti Raffidah. Beliau juga mengemukakan kompilasi siri laporan yang dipetik dari Sarawak Report, Bruno Manser Fund dan portal berita.Siah berkata,...

Sunday, February 27, 2011

Taib Mahmud Lebih Kaya Dari Sultan Brunei ???

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Mohd Taib Mahmud adalah antara orang terkaya di dunia, melebihi Sultan Brunei, kata Clare Rewcastle Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown.Clare, pengendali laman web Sarawak Report dan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak, berkata demikian dalam artikel yang diterbitkan London Evening Standard pada 22 Februari lalu.“Siasatan saya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London melibatkan perusahaan hotel di tengah-tengah bandar ini,” katanya dalam artikel akhbar tabloid itu.Mengikut artikel itu, beliau turut membongkar harta kekayaan Taib melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang diperoleh hasil penjualan kawasan hutan di Sarawak melalui British Virgin Islands.Dipetik artikel sama, Clare dilapor...

Monday, February 21, 2011

BMF Senarai 49 Firma Berkaitan Taib Mahmud Diseluruh Dunia

NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh negara yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom."Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.Senarai itu disiarkan di laman sesawang anti rasuah barunya dan dikemas-kini dari semasa ke...

Tuesday, February 15, 2011

DUN Sarawak Mungkin DiBubar Minggu Ini?

KUALA LUMPUR 14 FEB : Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Jumaat ini untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri, kata sumber-sumber.Sumber Astana Sarawak memberitah bahawa pejabat ketua menteri telah pun menghubungi minggu lalu untuk mendapatkan tarikh pertemuan dengan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bagi pembubaran, yang akan membuka laluan kepada pilihan raya negeri lapor The Malaysian Insider.Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006.Satu lagi sumber kerajaan negeri berkata pegawai-pegawai daerah juga telah diminta agar membekukan cuti kakitangan mereka mulai 19 Februari ini iaitu kemungkinan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.Jika...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost