Wednesday, April 29, 2009

Isteri Ketua menteri Sarawak meninggal dunia.

malaysiakiniIsteri Ketua Menteri Sarawak, Puan Sri Laila Taib meninggal dunia pada kira-kira jam 3.45 petang ini akibat penyakit barah jantung.Allahyarhamah yang berasal dari Australia berusia 68 tahun.Difahamkan, Allahyarhaman meninggal dunia di kediaman rasmi Ketua Menteri di Demak Laut, Kuching.Tan Sri Abdul Mahmud Taib berada di Petrajaya bersama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sewaktu Allahyarhmah menghembus nafas terakhir.Seorang pegawai pejabat Ketua Menteri mengesahkan perkara itu ketika dihubun...

Monday, April 27, 2009

PRK Penanti:23 Mei Penamaan Calon,31 Mei Hari Mengundi.

MalaysiakiniHari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.Ditanya sebab suruhanjaya itu melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut walaupun bermesyuarat Rabu lalu, beliau berkata ia tidak kena-mengena dengan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Jumaat lep...

Friday, April 24, 2009

Fairus: Muktamad kosongkan kerusi DUN Penanti

SAH KERUSI DUN PENANTI KOSONG!!! TUNGGU SPR UMUMKAN BILA TARIKH PENAMAAN CALON DAN HARI PENGUNDIAN.Bukan itu sahaja...khabarnye Fairus telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia berdiri di belakang DSAI 100%.Selain dari ingin mengucapkan tahniah kepada Fairus, aku rasakan amatlah wajar pihak2 yang melemparkan berbagai tohmahan dan fitnah kepada Fairus untuk bermuhasabah diri. Jika Fairus incapable...itu cerita lain. Benda2 yang beliau tak buat tidak perlulah diada2kan... Budaya UMNO kena buang jauh2 bro!!MalaysiakiniBekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata beliau tetap dengan keputusannya meletak jawatan sebagai ADUN Penanti."Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN N12 Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada...

Thursday, April 23, 2009

Pilihan Raya Kecil DUN Penanti mungkin tak ada???

Dari  msoPILIHAN raya kecil Dun Penanti, Pulau Pinang yang diharap dan dinanti-nanti ramai peminat politik untuk melihat persilatan seterusnya antara Pakatan Rakyat (PKR) dengan UBN mungkin tidak akan diadakan.Ada tanda-tanda besar menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencari seribu helah untuk tidak mengada pilihan raya itu walaupun Adun berkenaan Mohamad Fairus Khairuddin telah menyerahkan surat mengosongkan kerusi berkenaan kepada Speaker DUN Pulau Pinang.Speaker DUN Pulau Pinang pula telah pun memaklumkan mengenai hasrat Fairus itu untuk tindakan SPR selanjutnya.Tanda pertama ialah, semalam SPR sepatutnya mengumumkan mengenai status kekosongan kerusi berkenaan dan dijangka turut mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi tetapi ditunda kepada minggu depan.Penundaan...

Wednesday, April 22, 2009

Dr Mahathir minta Najib bersihkan diri.

Demonisation from chedet.co.ccMantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membersihkan namanya di mata rakyat Malaysia berhubung gerakan bersepadu media barat memburukkan imejnya sebagai Perdana Menteri Malaysia.Dalam blognya, Dr Mahathir menulis bahawa Najib perlu menerima hakikat yang serangan media asing terhadap peribadinya akan berterusan dan mengingatkan beliau perkara yang penting ialah ”apakah pandangan rakyat” Malaysia terhadap kempen itu.Beliau berkata, agak sukar baginya menerima hakikat bahawa kegiatan media barat untuk memburukkan-burukkan Najib itu satu kebetulan kerana ia dilakukan secara beramai-ramai dan serentak.”Dari Perancis ke Britain hingga ke Australia, laporan-laporan...

Monday, April 20, 2009

adoi...ATM ke apa ni.....

cuba bayangkan anda berada di tempat brader ni.Hari ni dah 20 haribulan poket dah kering tapi bila jumpa ATM nak korek jumpa pulak ATM yang tak mesra pengguna langsung camni...kesian kat brader ni kan..kan..kan.....kah.. ka... kah... Gambar dari  ...

Sunday, April 19, 2009

PRK Penanti:Dr M kata Lawan Tetap Lawan.

MalaysiakiniBekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang."Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding."Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pemuda Umno Raub hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti atau sebaliknya, lapor Bernama.Kerusi...

Saturday, April 18, 2009

PRK Penanti: BN mengaku kalah.

MalaysiakiniPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang. Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya."Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis `Sambutan Meraikan Perdana Menteri' peringkat Parlimen Pekan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas, lapor Bernama.Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan...

Friday, April 17, 2009

SPR: Di Perak LAIN Pulau Pinang LAIN !!!

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat menentukan tarikh pilihan raya sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Ya, apabila berlaku perletakan jawatan , siapa yang menerima surat perletakan jawatan tersebut? Tentulah Speaker Dewan dan sudah tentulah Speaker yang mengesahkan adanya kekosongan kerusi Derwan Undangan dan tugas Speaker memaklumkan hal tersebut kepada SPR.Jelasnya di sini, bahawa bukan tugas SPR untuk menentukan adanya kekosongan kerusi dewan undangan negeri ; tetapi Speakerlah yang menentukannya dan Speakerlah yang menghantar notis pemberitahuan tentang kekosongan tersebut kepada SPR dan SPR hanya...

Wednesday, April 15, 2009

DSAI sekali lagi tersenarai sebagai calon oleh majalah TIME

Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi tersenarai sebagai calon 100 tokoh paling berpengaruh dunia tahun 2009 oleh majalah antarabangsa Time.Ini merupakan kali kedua Datuk Seri Anwar dicalonkan oleh majalah tersebut.Tahun lalu, beliau diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam kategori Pemimpin & Revolusioner sebaris dengan Barack Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama dan Vladimir Put...

Tuesday, April 14, 2009

Pakatan Rakyat: Kerajaan Persekutuan 2011?

Pada kurang daripada 5 tahun lepas UMNO dan BN memegang kuasa yang paling besar dalam sejarah negara dengan menguasai lebih daripada 90% kerusi Dewan Rakyat.Tetapi sifat takabbur dan riak mula menjadi bibit-bibit perpecahan dan kehancuran UMNO dan BN.Keadaan sudah terbalik. Dahulunya UMNO dan BN mengekalkan sokongan golongan Melayu pada nisbah lebih kurang 50%, dan bergantung kepada sokongan padu golongan bukan Melayu; kini keadaan sudah berubah. Sekiranya warga Cina, India, Kadazan, Dayak dan warga Malaysia selain Melayu menyokong Pakatan Rakyat dan UMNO berterusan memperjuangkan Ketuanan Melayu, maka kekuasaan yang BN rasai dahulu akan berpindah kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.Golongan muda yang lebih-kurang 100%...

Thursday, April 9, 2009

Barisan Kabinet Najib:Pembaharuan Yang Memecahkan Parti

Daripada Blog MERAH TINTASenarai Penuh Kabinet DibawahBARISAN Kabinet Najib Razak yang ditunggu-tunggu sejak tujuh hari lalu akhirnya dizahirkan hari ini. Tepat jam 3:00 petang tadi Najib mengumumkan barisan Kabinetnya di sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya.Dengan didampingi timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin yang sudah mulai pandai tersenyum, Najib menghuraikan mengenai fungsi, semangat, pendekatan dan falsafah pembaharuan yang dibuatnya dalam Kabinet itu secara ringkas.Bagi Najib Kabinet yang mengandungi 28 menteri dan 40 timbalan menteri itu Kabinet perubahan yang dibentuk selepas beliau berbincang dengan berbagai pihak. Kabinet itu juga adalah saf kepimpinan yang diidamkan dan dibentuk atas responsif rakyat dan peka dengan tuntutan semasa.Motto atau tagline Kabinet...

Wednesday, April 8, 2009

KERANA MAHATHIR, RAJA SESUMPAH ATAU TARIAN LUCAH ?

Di dalam mana-mana perlawanan bola sepak, jaringan 4-1 merupakan satu jaringan gol yang besar dan tentunya pasukan yang kalah akan merasa aib dan terpaksa merombak pasukannya samada perlu menukar pemain atau pun Pengurus mahu pun Jurulatih. Apatah lagi pasukan tersebut baru sahaja membuat rombakan besar-besaran, namun masih juga kalah dengan kekalahan yang memalukan. Mungkin di dalam politik suasana berbeza, kekalahan Bn/Umno selepas Pilihanraya Umum Ke 12 di Permatang Pauh, di Kuala Terengganu, di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau sudah tentu tidak akan mengaibkan Bn/Umno kerana parti yang dikatakan `keramat' ini masih terasa ia sebuah parti yang hebat dan kuat. Kemenangan Bn di Batang Ai, Sarawak walaupun mendapat tentangan luar biasa...

Tuesday, April 7, 2009

PRK P059 Bukit Gantang - Keputusan Rasmi

Calon Pakatan Rakyat dari Parti PAS Mohd Jamaluddin Nizar yang mendapat 21,860 undi telah mengalahkan Ismail Saffian dari BN-Umno yang mendapat 19,071 undi. Manakala calon Bebas Kamarul Ramizu Idris hanya mendapat 62 undi sahaja.Dengan ini calon Pakatan Rakyat dari Parti PAS telah memenangi kerusi P059 Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi berbanding 1566 undi yang dimenangi oleh Roslan Shaharum pada PRU 12 tahun lepas.Latarbelakang Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang.Parlimen Bukit Gantang ini terdiri daripada 3 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kuala Sepetang (N31), DUN Changkat Jering dan DUN Trong. Yang menarik di kawasan ini adalah terdapat ADUN Changkat Jering menjadi ADUN Bebas apabila YB Mohd Osman Mohd Jailu mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat....

PRK N25 Bukit Selambau - Keputusan Rasmi

Habis kesemua 22 peti undi dikira maka dengan ini Calon PKR S. Manikumar telah memenangi DUN Bukit Selambau dengan majoriti undi sebanyak 2396 undi. S. Manikumar telah mengalahkan S. Ganesan dari MIC serta 13 calon Bebas.Peningkatan undi majoriti hanya sebanyak 34 undi sahaja.Latarbelakang Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau.Pada 9 Februari 2009, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mengisytiharkan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) kawasan Bukit Selambau, V. Arumugam melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India dan ADUN kawasan tersebut. Arumugam, menerusi seorang wakilnya, telah menghantar dua pucuk surat iaitu sepucuk mengenai peletakan...

PRK N29 Batang Ai - Keputusan Rasmi

Calon BN Malcolm Mussem Lamoh mendapat sebanyak 3,907 undi telah mengalahkan calon PKR Jawah Gerang yang mendapat undi sebanyak 1,854. Majoriti BN menang dengan 2,053 undi. Peningkatan undi majoriti adalah sebanyak 1247 undiLatarbelakang Pilihanraya Kecil N29 Batang AiPada 24 Februari 2009, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Batang Ai kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ak. Ingkot daripada Barisan Nasional (BN). Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah, pada pukul 1.25 pagi akibat serangan angin ahmar yang dialaminya sejak 22 Mei 2008. Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 806 undi.TAHNIAH BUAT...

Kepada pengundi di Batang Ai,Bukit Gantang & Bukit Selambau

                             Undilah Pakatan Rakyat (PAS,PKR & DAP)                  KEPADA SEMUA PETUGAS,PENYOKONG DAN PENGUNDI PR,                                                  SELAMAT BERJUANG.                                          TEGAKKAN KEADILAN UNTUK RAKYAT.                              ...

Monday, April 6, 2009

Bagaimana Jika Nizar Kalah ?

dari; http://edyesdotcom.blogspot.com PKR Gerik,Betapa pentingnya pilihanraya kecil kali ini, dan betapa signifikasinya.Pertama, ini adalah ujian pertama buat Najib yang kini digandingkan bersama tok sifunya. Samada Najib berjaya mengembalikan penguasaan UMNO dan seterusnya menjadi 'turning point' kepada barisan penyokong kerajaan sekiranya kemenangan berpihak kepada BN. Dr. Mahathir juga turut berkempen mempertaruhkan penghujung kariernya sebagai mastermind UMNO. Kemenangan BN juga bakal menjulang nama Mahathir sebagai penyelamat dan tak lupa juga nama Najib sebagai pemimpin perubahan.Kedua, signifikasinya pilihanraya kali ini kerana pertembungan di antara rakyat dan sultan sepertimana yang digembar-gembur oleh barisan kerajaan. Rakyat dan sultan tidak bersalah dalam isu negeri perak,...

Esok, hari akhir Najib bersihkan diri!

Esok merupakan hari terakhir bagi Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membersihkan namanya dari kaitan kes Altantuya Shariibu sebelum berdepan 'hukuman' oleh para pengundi bagi Pilihan Raya Kecil di tiga tempat iaitu Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7 April ini."Di mana esok adalah hari terakhir dia (Najib) boleh bertindak sekurang-kurangnya menyatakan saman kepada akhbar Liberation di Perancis untuk memohon maaf di atas laporan oleh akhbar tersebut," demikian ditegaskan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shahrin pada sidang media parti itu di Yayasan Aman, di sini hari ini.Sikap berdiam diri Najib katanya, menunjukkan seolah-olah beliau akur dengan laporan akhbar tersebut.Jelas...

Sunday, April 5, 2009

PRK 2 Bukit 1 Batang:Siapa Bakal Terhukum

Dalam masa beberapa jam sahaja dari sekarang rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai akan menjalankan kewajipan mereka memilih pemimpin yang akan memegang amanah di tempat mereka. Mereka turut membawa suara rakyat untuk memberi isyarat kepada pemerintah sekarang iaitu Umno dan Barisan Nasional supaya tidak lupa diri. Rakyat masih ingat bagaimana apabila kuasa dan rasuah disalahgunakan sehingga suara rakyat dikerdilkan.Kini Umno dan Barisan Nasional mempunyai seorang pemimpin yang baru. Yang lebih berwibawa kononnya daripada Pak Lah. Maka seronoklah kita apabila akhbar Harakah dan Suara Keadilan dibebaskan dari tahanan. Begitu juga dengan 13 orang tahanan ISA telah dibebaskan. Dan dalam masa yang sama kerajaan akan turut mengkaji...

Friday, April 3, 2009

Batang Ai:BN tertekan dengan kehadiran Anwar

Kehadiran Anwar di rumah rumah panjang Batang Ai menyebabkan BN tertekan sehinggakan BN terpaksa membuat risalah fitnah " Anwar Pembulak no 1 " dengan membawa maksud Anwar Penipu No 1 . Risalah tersebut telah diedarkan sekitar Batang Ai tetapi masih gagal meraih sokongan sebenar. BN di Batang Ai bertambah tertekan apabila kebanyakkan program mereka tidak mendapat sambutan masyarakat tempatan.Dalam ceramah, Anwar telah mencabar Taib Mahmud kerana sepanjang beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri adakah beliau ada mengambil tanah di Sarawak untuk milik peribadi. Anwar juga membongkarkan kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Taib Mahmud sehingga Sarawak gagal ditakbir dengan baik dan kebajikan rakyat juga tidak terbela berbanding...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost