1 Ogos adalah hari yang sangat penting bagi perjuangan demokrasi di Negara ini. Sejak Negara ini Merdeka ujud dua kelompok didalam Negara ini. Satu kelompok adalah tenaga konserbatif yang berkuasa. Dan satu lagi tenaga yang berjuang untuk demokrasi.Tenaga yang berkuasa mempunyai segala-galanya. Mereka ada kuasa politik, mereka boleh memperalatkan polis dan badan-badan Kerajaan serta menguasai Mahkamah. Lebih penting, mereka berkuasa keatas Parlimen dan bbleh meluluskan sebarang undang-undang untuk memperkukuh dan mempertahankan kuasa mereka.Mangsa kepada mereka adalah golongan pro-demokrasi. Golongan pro-demokrasi ini menuntut hak bersuara, hak berkumpul, hak bergerak dan mereka juga menuntut pemerintahan yang telus dan berintegriti, mereka...