Showing posts with label HOME. Show all posts
Showing posts with label HOME. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

Guna Wang Zakat Untuk Bayar Peguam - Sapa Tipu? Masitah @ Jamil Khir

DARI BLOG MERAH TINTA
SEMALAM media penjilat buntut menyiarkan penjelasan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mohd Jamil Khir Bahrum berhubung isu pengambilan wang zakat untuk membayar fee guaman isu qazaf. Khir menjelaskan tuduhan Pakatan Rakyat tidak benar, di mana wang sejumlah dimaksudkan itu bukan saja untuk fee guaman qazaf tetapi kes-kes lain juga.

Wang itu katanya adalah dari dana khas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIP) untuk bayaran guaman.

Penjelasan Khir itu tidak menyakinkan dan cuba tidak bercakap benar walaupun Islam mengajar umatnya berkata benar walaupun pahit. Dia cuba ‘klu klik’ untuk melepaskan dirinya dalam isu tersebut yang kian membelit dirinya kini. Dengan isu itu orang mula melihat Khir juga pengamal budaya Umno kelas alpa.

Di kesempatan itu dia juga menjelaskan tentang rumahnya yang ditimbulkan media massa. Katanya isu rumah beliau juga tidak dilihat dari awal bagaimana rumah itu dibina. Katanya dia bina rumah itu dengan pinjaman bank dan masih membayar sampai kini.

Penjelasan itu juga tidak konkrit dan tuntas. Kalau hadith ia bukan hadih sahih yang lengkap dengan perawinya. Kalau Khir setakat memperkatakan sesuatu isu atau perkara itu dengan hujah akal (akli) dan bukan nakli (dalil-dalilnya) dalam konteks ini bukti sukar dipercayai, malahan perlu ditolak. Apa lagi dalam partinya banyak mengamalkan hadith palsu (dhaif).

Cuba Khir keluarkan pernyataan bank pembayaran rumahnya dan jumlah loan yang dibuat. Akal manusia waras termasuk kanak-kanak di Tadika Kemas merasa tidak munasabah kalau pendapatannya sebagai menteri yang gaji hanya setakat RM30 ribu sebulan beliau dapat menyambung rumah dua kali dalam masa tidak sampai tiga tahun. Khir jadi menteri baru tiga tahun. Apa lagi budak Taski lagi tidak percaya.

Lainlah kalau Khir menggadai mana-mana asset atau jual lembu gemuk, baru ada logiknya. Apakah Khir juga ada terlibat dengan projek lembu gemuk atau sewaktu dengannya? Tidaklah pula diketahui.
Saya tidak mahu mengulas penjang mengenai penjelasan Khir tentang fee guaman itu. Dibawah ini nanti disertakan kenyataan akhbar oleh Pengarah Komunikasi Keadilan Nik Azmi Nik Ahmad. Baca dan nilailah sendiri.

Apabila saya membaca kenyataan akhbar itu apa yang boleh saya simpulkan berlaku percanggahan penjelasan oleh Jamil Khir dengan timbalannya sitapai mala, Mashitah Ibrahim.

Di sini siapa yang benar dan siapa yang salah. Atau mungkin juga kedua-duanya bersalah kerana mereka dari plenet yang sama, iaitu plenet Umno. Atau Mashitah benar dalam jawabannya itu. Umum sudah tahu Mashitah ada masalah dengan Jamil Khir. Apakah Mashitah mendedahkan yang benar dan sengaja tidak selari dengan penjelasan Khir kerana hendak balas dendam? Hendak mengajar Khir tinggi dan rendah dunia politik. Kedua-dua mereka ini katanya bergaduh fasal hendak monopoli Tv Hijrah. Mula kroni Mashitah mendapat projek di tv itu tetapi bila Khir naik jadi menteri segala projek itu dipotong?

Atau kedua-duanya berbohong? Elok sangatlah PKR buat laporan polis dan SPRM supaya Khir disiasat. Kalau boleh buat sama laporan ke atas Awang Adek Hussein dan tiga pegawainya yang mengaku ada terima wang ‘sedekah’ RM100,000 untuk program parti menerus akaun peribadi. Kedudukan atau status wang yang diterima dan dibelanja Awang Adek untuk parti itu masih menjadi tanda tanya.[wm.kl.10:10 01/01/12]

Berikut kenyatasan akhbar yang diemailkan kepas asaya:

SKANDAL ZAKAT: JAWAPAN JAMIL MASIH BERCANGGAH DENGAN MASHITAH DAN KETUA AUDIT NEGARA

Akhirnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum tampil memberikan jawapan bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain bagi menghadapi kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan peruntukan kerajaan, bukannya wang zakat.

Namun Jamil Khir tidak menjawab percanggahan jawapannya dan MAIWP pada hari ini dengan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Peguam Zainul Rijal Talha dan Amir dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Pada 21 Jun 2011, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab YB Saifuddin Nasution di dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.

YB Saifuddin sendiri telah menunjukkan baucer bayaran yang secara terang menulis bahawa pembayaran dibuat menggunakan wang zakat.

Pada 23 Jun 2011 peguam Zainul Rijal Talha dan Amir meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan tentang penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.

Pada 21 November 2011, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Ini memandangkan geran kerajaan tidak dapat menampung pembayaran yuran guaman tersebut. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun 2010, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

Jamil seharusnya tahu bahawa pemulangan semula wang tersebut tidak menjadikan tindakan awal menggunakan wang zakat itu tindakan yang betul sama ada daripada segi hukum syarak mahupun prosedur perbendaharaan kerajaan.

Lainlah sekiranya Jamil menganggap dirinya salah satu daripada lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Sekiranya Jamil beranggapan demikian, tidak perlu lah dipulang semula wang tersebut menggunakan geran kerajaan!

Justeru jawapan Jamil setakat ini masih tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan. KEADILAN tetap akan membuat laporan polis pada minggu hadapan.

NIK NAZMI NIK AHMAD

PENGARAH KOMUNIKASI

KEADILAN

Wednesday, September 14, 2011

Bila Lagi Rais Yatim Nak Ambil Tindakan Terhadap ASTRO ???

Semasa telco umumkan nak kenakan cukai 6% terhadap pelanggan prepaid... banyak bantahan telah disuarakan rakyat.. dan.. kerajaan pun ambil kesempatan dan jadi hero dalam isu ini dengan mengumumkan bahawa telco telah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan cukai tersebut.

Tapi.. ingat tak semasa ASTRO nak menaikkan yuran langganan bulanan dulu..?

Menaikkan harga, bercanggah undang-undang, Astro akan dikenakan denda jika terus juga naikkan, kabinet tak benarkan, bla bla bla...

Bila menteri nak kenakan kompoun dan denda kepada Astro? Jika menteri dan semua pihak yang terlibat terus buat bodoh!!!

Perkara pokok yang dibangkitkan di sini ialah, mengenai harga pakej yuran bulanan Astro yang sudah dinaikkan serta cukai yang dikenakan.

Apa yang jelas penipuan dan sandiwara RAIS YATIM.

Lihat laporan berita di bawah ini baik-baik, apa yang telah dikatakan oleh menteri, dan apa pula yang telah berlaku?(Kabinet Larang ASTRO naik yuran - UTUSAN)

Wednesday, January 26, 2011

Kekayaan Sarawak Tidak Dinikmati Rakyat - Baru Bian


Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sarawak, Baru Bian mempersoalkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa gagasan Pakatan Rakyat iri hati dengan kekayaan negeri itu, lapor TV Selangor.

NONESebelum ini ketua menteri Sarawak itu menyifatkan kekayaan dan kemajuan yang dicapai negeri berkenaan mengakibatkan banyak pihak dengki sehingga ada yang bertindak cuba merampas kuasa daripada kerajaan sekarang.

"Kalau kita memperkatakan kekayaan, ketua menteri dan kroni-kroninya yang terkaya di Malaysia, mereka yang kaya di Sarawak tetapi rakyat biasa tidak," kata Baru Bian.

Pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion. Namun sekitar 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah.

Lebih daripada 300,000 orang muda Sarawak bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada pekerjaan untuk mereka di bumi kenyalang itu.

NONEBaru Bian menjelaskan kekayaan Sarawak yang melimpah tidak dapat dinikmati oleh rakyat disebabkan kekayaan negeri itu hanya berlegar sekitar Abdul Taib dan kroninya sahaja.

Katanya, Laporan Ketua Audit menunjukkan bahawa sebanyak 60 peratus pembangunan negeri itu berlaku ketirisan disebabkan rasuah dan penyelewengan.

"Walaupun Sarawak adalah sebenarnya terkaya di Malaysia dari segi sumber asli, mengapa kita dalam golongan ke empat negeri yang termiskin, ini adalah soalan yang kita hendak tanya kepada rakyat Sarawak, dan jawapannya jelas bahawa BN yang diketuai oleh Taib Mahmud dalam 30 tahun sebagai ketua menteri tidak jujur dan tidak ikhlas dan tidak tepat tentang pentadbiran, kerana banyak rasuah dan terbukti dalam laporan ketua audit bahawa 60 peratus projek pembangunan Sarawak bocor," katanya.

Justeru, Pakatan Rakyat Sarawak berharap rakyat negeri itu dapat memberikan mereka peluang membuat perubahan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka diadakan bila-bila masa sahaja.

"Tawaran kita kepada rakyat Sarawak ialah berikan kita peluang memerintah lima tahun di Sarawak akan membukti kepada rakyat bahawa cara kita memimpin berlainan berbeza dengan BN ," katanya.- Malaysiakini

Monday, December 13, 2010

Azmin Janji 'Autonomi Penuh' Untuk Sarawak


Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menjanjikan pemberian "autonomi penuh" kepda rakyat Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang.

NONEBercakap dalam satu majlis makan malam di Bintulu semalam, ahli parlimen Gombak itu berkata Pakatan akan menghormati perjanjian 1963 di mana Sabah dan Sarawak menyertai Semenanjung untuk membentuk Malaysia berdasarkan perjanjian 18 perkara.

"Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia bersama-sama dengan negeri-negeri persekutuan Malaya," kata Azmin, menurut kenyataan media oleh pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian.

Menurut kenyataan itu, Azmin juga mengecam BN Sarawak dan kepimpinannya yang didakwanya rasuah dan mengamalkan kronisme, dan mencabar Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membubarkan segera Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya BN yakin menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Bian berkata, kenyataan Azmin itu menghantar "mesej yang sangat jelas" dan menunjukkan "komitmen" PKR dan pemimpin Pakatan terhadap rakyat Sarawak. - malaysiakini

Thursday, November 11, 2010

'JAKIM Tidak Boleh Campur Isu Sosej Babi Di Sarawak'


Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak boleh masuk campur menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah di Sarawak.

Katanya, ini kerana, di bawah kerangka federalisme yang diterima oleh perlembagaan, Islam adalah bidang kuasa negeri.

"Jadi dalam soal ini negeri mempunyai bidang kuasa; Jakim tidak boleh masuk campur. Lagi pun di sisi perlembagaan, JAKIM sepatutnya berada di bawah Majlis Raja-Raja, bukan kerajaan persekutuan.

"Tapi malangnya ini tidak berlaku. Semua agensi Islam persekutuan dikuasai oleh Umno/kerajaan," katanya ketika diminta mengulas arahan supaya Jakim menyiasat status agama budak itu yang bapanya dikatakan Islam manakala ibunya pula Kristian.

Semalam, kerajaan mengarahkan bahagian penyelidikan JAKIM menyiasat status agama bapa budak itu - Baginda Minda atau Noor Azman Abdullah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata, arahan itu ekoran keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada arahan itu bertentangan dengan perjanjian 18 Perkara Sarawak ketika negeri di pulau Borneo itu menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Perkara pertama dalam perjanjian itu menyebut tiada bantahan Islam sebagai agama negara, bagaimanapun tiada agama negeri bagi Borneo (Sabah dan Sarawak) dan tiada pengamalan berkaitan dengan Perlembagaan Malaya patut digunapakai di Borneo.

Menjawab soalan Malaysiakini melalui e-mel, Abdul Aziz menjelaskan, apa pun perkara dalam perjanjian itu, meskipun ada hujah moral, tetapi peruntukan dalam perlembagaan persekutuan - perkara 3(3) yang mewajibkan perlembagaan negeri tidak beraja memasukkan Agong sebagai ketua agama - berkata sebaliknya.

"Cuma soalnya apakah JAKIM bertindak atas arahan Agong? Pada pendapat saya Agong perlu bertindak atas inisiatif baginda sendiri sebagaimana dalam konteks baginda sebagai ketua agama di negeri baginda sendiri," jelasnya.

Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang status agama anak, Abdul Aziz yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarangsa (UIA) berkata, keputusan itu itu tidak mempunyai kuasa undang-undang.

"Ia sekadar pandangan yang boleh diterima atau ditolak oleh negeri-negeri," katanya.

Sementara itu, pihak ibu pejabat Jakim di Putrajaya dan cawangannya di Kuching ketika dihubungi enggan mengulas perkara tersebut buat masa ini.-Malaysiakini

Friday, August 13, 2010

Empangan Bakun Tegangkan Putrajaya - Petrajaya


Ramai yang menarik nafas lega apabila diumumkan bahawa projek terbesar dan paling kontroversi di Malaysia - empangan Bakun - selepas pembinaan selama 16 tahun - akhirnya akan siap sepenuhnya Disember ini.

Bagaimanapun, masalah yang membelenggui empangan konkrit kedua terbesar di dunia itu masih jauh daripada selesai.

Sebaliknya, kemelut itu dilihat mencetuskan ketegangan antara kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan persekutuan dalam rundingan tarif elektrik yang bakal dikenakan.

Sesetengah pihak pihak bimbang kerajaan negeri akan menggunakan kuasanya ke atas empangan itu bagi menuntut tarif yang lebih rendah.

Tetapi Sarawak Hidro Bhd milik kementerian kewangan - pemilik penuh empangan itu - mengetepikan spekulasi itu.

Jalan buntu

Menurut laporan media, rundingan pembelian tenaga elektrik antara Sarawak Hidro dan syarikat tenaga yang dimiliki kerajaan Sarawak Energy Berhad telah menemui jalan buntu.

Sarawak Energy dikatakan cuba mendapatkan tarif yang lebih murah dalam lingkungan antara enam tujuh sen bagi setiap kWh - jumlah yang lebih rendah berbanding kadar 10 hingga 15 sen per kWh yang dituntut oleh Sarawak Hidro bagi menampung perbelanjaan kos projek empangan itu yang telah berlebihan.

Turut mengintai tarif yang rendah itu adalah dua syarikat melebur logam kerana industri mereka menggunakan tenaga eletrik yang tinggi.

Syarikat berkenaan adalah Sarawak Aluminium Company - syarikat erjasama antara Cahaya Mata Sarawak Berhad (CMS) dengan syarikat Australia Rio Tinto Aluminium - dan Smelter Asia Sdn Bhd iaitu syarikat jerjasama antara GIIG Holdings Sdn Bhd dan Aluminium Corp of China Ltd.

Kedua-dua syarikat itu akan menjadi pembeli utama kuasa elektrik yang dihasilkan oleh empangan itu yang boleh menghasilkan sehingga 2,400MW.

Tarif lebih murah akan memastikan kos lebih rendah untuk syarikat tersebut dan menjamin keuntungan yang lebih.

Yang menariknya, CMS adalah konglomerat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

'Duri dalam daging'

Manakala GIIG Holdings Sdn Bhd adalah syarikat yang dikuasai oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang muncul sebagai usahawan terulung semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Satu lagi isu yang menjadi isu 'duri dalam daging' antara kerajaan negeri dan persekutuan membabitkan pemilikan Empangan Bakun.

Kerajaan negeri Sarawak ingin membeli empangan itu pada harga RM6 billion, tetapi Putrajaya pula menuntut RM8 billion sebelum mahu melepaskan hak itu.

Justeru, apabila Sarawak Hidro secara terbuka meminta kerajaan negeri mengisi air di empangan itu secepat mungkin bagi mengurangkan kos yang terus meningkat, spekulasi timbul yang Petrajaya menggunakan permit itu sebagai cip tawar-menawarnya berhubung harga tarif.

Menurut Sarawak Hidro, empangan itu telah memenuhi beberapa keperluan untuk ia dipenuhi dengan air sejak April tahun ini dan telah mengemukakan cadangannya kepada Kementerian Utiliti Awam Sarawak yang selaras dengan keputusan kerajaan negeri.

Petrajaya belum memberikan sebarang reaksi tetapi masa pula dilaporkan semakin suntuk untuk Putrajaya. - Malaysiakini

Wednesday, March 10, 2010

Janji & Dongeng Politik Sarawak


Pilihanraya umum Dun Sarawak perlu diadakan selewat-lewatnya tahun 2011. Secara tradisinya tidak ada perlu dibimbangi oleh BN kerana Sarawak adalah seperti Selangor, Perak dan kebanyakan negeri di Semenanjung di mana andai kata batang pisang sekalipun dijadikan calon parti berkenaan kebarangkalian untuk menang tetap besar.

Tapi itu cerita dahulu kala. Kata orang, ‘lain hulu lain parang’. Dulu kebanyakan rakyat Malaysia sanggup bersabar dan menelan cerita-cerita dongeng politik hasil nukilan mereka yang berkuasa dengan harapan bakal menikmati setiap janji yang dilafazkan.

Hari ini mereka mungkin masih lagi boleh bersabar. Tetapi dalam waktu sama mereka sudah menjadi semakin celik. Selepas 12 pilihanraya umum, rakyat akhirnya akur betapa ciri paling menonjol BN ialah menabur pelbagai janji pada waktu kempen pilihanraya dan selepas itu hanya segelintir sahaja janji itu ditunaikan. Itupun ibarat melepaskan batuk ditangga.

Janji menjelang kempen pilihanraya ini sebenarnya adalah janji tak ikhlas. Kerja parti yang menguasai kerajaan bukannya untuk buat janji. Patutnya buat sahaja kerja, kurangkan ucapan-ucapan politik, kurangkan berlagak macam Mr. Know All dan buat sahaja apa yang perlu dilakukan untuk rakyat.

Sekiranya BN melakukan segala-galanya menurut kehendak rakyat dan bukan semata-mata menurut kehendak dan whims and fancies pemimpin dan para pak menteri, tentulah tak ada peluang langsung bagi mana-mana pembangkang, jangan kata untuk jadi Ahli Parlimen atau Adun, nak cari isu pun susah.

Tapi sebagaimana diketahui, realitinya tak semacam itu. Dana kerajaan sejak dari dulu lagi lebih banyak digunakan bagi perbelanjaan pembangunan walaupun, lebih lazim dari tidak, projek pembangunan sesuatu infrastruktur itu lebih memberi manfaat kepada sesetengah golongan kecil dan langsung tidak dapat dinikmati oleh majoriti golongan besar.

Misalnya projek mercu tanda tertentu boleh ditangguhkan sahaja pada masa lain yang lebih sesuai sekiranya mereka tahu maksud skala keutamaan dalam ekonomi dan sekiranya mereka insaf bahawa dana awam adalah untuk digunakan bagi memberikan sebanyak mana manfaat kepada sebanyak mana rakyat dan bukan untuk para kroni, para sang malaon dan kontraktor tertentu yang mendapat projek menerusi runding-terus.

Jika “rakyat didahulukan”, maka mana lebih penting menggunakan berbilion dana awam untuk membangunkan Putrajaya, membeli kapal selam serta hardware ketenteraan yang belum tentu lagi akan digunakan, membina PKFZ dan macam-mana lagi berbanding menyediakan pelbagai infrastruktur asas, mewujudkan peluang ekonomi, menyediakan program pemodenan dan sebagainya bagi, misalnya rakyat Sarawak yang masih jauh tertinggal walaupun sudah berada dalam Malaysia selama hampir 4 dasawarga.

Nak dikatakan Sarawak ini sebuah negeri miskin, tentulah tak masuk akal sama sekali kerana Bumi Kenyalang ini memiliki minyak dan kerajaan negeri pula tidak putus-putus menerima royalti minyak sejak perjanjian bersama Petronas termeterai pada tahun 1970-an. Tak tahulah besok sekiranya BN tidaklah berkuasa tetapi masih menguasai kerajaan Persekutuan. Mungkin royalti minyak Sarawak akan digantikan dengan wang ihsan dengan disertai pelbagai tahi minyak (alasan dan penjelasan) dari mereka yang bertanggungjawab. Dan dalam episod seterusnya, tidak mustahil mereka akan berjanji akan mengembalikan royalti ini sekiranya BN kembali berkuasa.

Apapun, cara main-main janji ini adalah cara UMNO-BN. Sebab itu tatkala berada di Sarawak minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyindir PAKATAN dengan berkata, “janji orang belum dapat kuasa”.

Dalam menyindir-nyindir ini Najib nampaknya terlupa bagaimana pula ‘janji orang yang akan kehilangan kuasa’.

Janji orang yang belum dapat kuasa dengan janji orang yang kehilangan kuasa tak sama. Janji orang yang belum berkuasa lebih ikhlas, lebih boleh dipercayai dan lebih menjanjikan pengotaan kepada apa yang dijanjikan. Sebaliknya janji mereka yang sedang menyaksikan pelbagai petanda dan prospek akan hilangnya kuasa adalah janji orang terdesak – apa sahaja boleh dijanjikan dan apa sahaja boleh diberikan.

Maka itulah sebabnya apabila Najib mengumumkan peruntukan besar-besaran kepada Sarawak dalam kiraan berbilion-bilion ketika melawat negeri itu minggu lalu, ada anak Sarawak yang memberikan reaksi dalam portal berita dalam talian yang antara lain berbunyi: “Para pelawak dalam SUPP, PBB, PRS dan SPDP lagi. Apa jadi dengan PBDS (Parti Bangsa Dayak Sarawak dan SNAP (Sarawak National Party). Sudah hilang? Adalah sesuatu yang ironic betapa kekurangan pembangunan dipamerkan oleh pelancaran projek membekalkan tenaga elektrik bernilai RM5.8 juta (harga kira-kira 20 buah kereta Mercedes) yang tidak sepertinya oleh Najib setelah 50 tahun terlambat (QED)… Tanyalah mana-mana pengundi kawasan bandar di Sarawak dan mereka akan mengatakan kali ini mereka akan mengundi pembangkang, bukan semestinya mereka percaya calonnya tetapi ini akan memberikan mereka peluang mengubah politik di sini. Lagi pun, sekiranya pembangkang gagal, kita boleh mengundi orang lain dalam masa 5 tahun lagi. Apalah 5 tahun apabila kita telah terpedaya selama 50 tahun. (dipetik dan diterjemahkan dari Malaysian Insider) Namun begitu, Najib berjaya menyembunyikan rasa cemasnya terhadap prospek kehilangan kuasa di Sarawak dengan mengatakan betapa BN Sarawak adalah entiti yang tak mungkin dapat dicabar oleh sesiapa.

Tentu sekali cakap-cakap takbur seperti ini pernah didengari umum di zaman Tun Abdullah menjelang Pilihanraya Umum ke-12.

Najib mungkin terlupa hal tersebut sebagaimana beliau terlupa betapa politik adalah seni serba mungkin. Jika tidak masakan beliau hampir tewas kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak tahun 1977 dalam Pilihanraya Umum tahun 1999.

Dalam iklim dan realiti politik hari ini, apakah sikap terlalu-yakin seperti itu merupakan sesuatu yang berasas atau sebenarnya fantasi? - DetikDaily

Sunday, February 21, 2010

Ketua Pemuda PBB: YB Karim Penakut!!!

Pertandingan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda PBB tidak akan berlaku berikutan penarikan diri oleh Yb Karim.Walau apa alasanpun diberikan oleh beliau, rakyat khasnya ahli-ahli Pemuda pasti merasa kecewa kerana selama ini, (30 tahun) jawatan itu tidak pernah dipertandingkan.Harapan untuk melihat pertembungan Karim dan Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi danInovasi semakin jelas semalam selepas Karim menegaskan akan tetap menentang Fadillah untuk jawatan Ketua Pemuda PBB.

Tetapi, tiba-tiba hari ini beliau memgumumkan bahawa beliau telah menarik diri dan membiarkan Fadillah menang tanpa bertanding dan mempertahankan jawatan itu.Sebelum ini Karim yang juga ADUN Asajaya menyatakan bahawa pertandingan yang akan berlaku tidak akan memecahbelahkan Parti, dan akan berlaku dalam semangat kekeluargaan.

Apa dah jadi YB?

Hari ini pulak Karim menarik diri dengan alasan untuk kepentingan parti dan untuk bersedia menghadapi PRU Negeri tak lama lagi.Tiada desakan kata beliau.Boleh percayakah atau YB sememangnya penakut!!!

Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Fa Cai dari MyKampungKu


Salam Tahun Baru Cina untuk semua kaum Cina di kpg Muara Tebas.

Setiap tahun baru cina perkampungan nelayan ini akan menjadi tumpuan kaum Cina untuk berkunjung ke Tokong Cina (Ching San Yen Temple) untuk upacara keagamaan mereka.

Tapi yang tak bestnya, malam tadi iaitu menjelang malam tahun baru, tembakan mercun/bungaapi dilakukan serentak dengan azan Isyak dari masjid yang berdekatan dengan rumah penduduk Cina.Mereka langsung tak menghormati azan dan orang Melayu yang hendak menunaikan sembahyang Isyak!!.Malah tembakan Mercun mereka berlangsung sehingga selesai wakyu Isyak.Lepas itu tak ada pulak kedengaran tembakan mercun sehingga menjelang tengah malam tahun baru cina!!Apakah ini dilakukan dengan sengaja untuk mengganggu orang yang hendak sembahyang atau mereka ni memang tak memahami atau tak mahu menghormati penduduk islam yang lebih ramai(majoriti - rumah penduduk Cina hanya 4 buah).

Memang ramai yang marah... tapi apa nak buat, pemimpin kpg pun tak sensitif dengan apa yang berlaku.Marah pun hanya sekejap pastu mereka pulak yang seronok tengok tembakan bunga api.

Sekali lagi... Kenapa mercun@bungaapi ditembak serentak dengan azan Isyak sehingga selesai waktu Isyak dan lepas tu senyap!!?.Apakah ini disengajakan...???????

LU PIKIRLAH SENDIRI.....



Friday, January 22, 2010

Si Tanggang Moden Dari Sarawak?


SUBANG JAYA 21 Jan. - Sudah tiga tahun, Tumi Wongsoruju tidak bertemu anak perempuan tunggalnya yang membawa diri tanpa sebarang berita ke Semenanjung.

Jarak yang jauh ditambah pula dengan kesempitan hidup, membuatkan wanita berusia 52 tahun yang tinggal di Kuching, Sarawak itu tidak berupaya mencari anak kesayangannya.

Namun kerinduan yang tidak tertanggung lagi, akhirnya mendorong Tumi berhutang dengan saudara-mara bagi membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk menjejaki anaknya.

Berbekalkan duit poket RM150 dan alamat sebuah kawasan perumahan di Serdang dekat sini, dia menyusuli anak perempuannya itu.

Membuang rasa malu dan takut, Tumi yang berasal dari Taman Duranda Emas di Jalan Kuching-Serian memberanikan diri menagih simpati orang ramai untuk membantu mencari rumah anaknya yang berusia 33 tahun.

Setelah puas bertanya, dia yang tiba di Semenanjung kelmarin berjaya menemui anak kesayangannya itu hasil bantuan orang ramai dan anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, malam tadi.

Namun, perasaan teruja dan gembira bertemu anak yang cukup dirindui bertukar menjadi kenangan pahit yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayatnya.

Tumi bukan sahaja dihalau bahkan tidak diakui sebagai ibu oleh anak perempuan dan menantunya.

Biarpun bersungguh-sungguh meyakinkan mereka dengan menunjukkan sijil kelahiran anaknya, wanita itu dan suaminya tetap berkeras enggan mengaku Tumi sebagai ibu.

Terkilan dengan sikap anaknya itu, Tumi yang tidak mempunyai saudara-mara di sini akhirnya berputus asa dan bersetuju mengikut anggota polis ke Balai Polis Seri Kembangan.

Simpati dengan nasib Tumi, wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! bersama jurugambar sepakat berkongsi mengeluarkan wang untuk membeli tiket penerbangan dan duit belanja bagi membolehkan dia pulang ke kampung halamannya hari ini.

Dengan kerjasama anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, Tumi berjaya mendapat tiket penerbangan pulang ke Kuching menaiki pesawat AirAsia pukul 7.40 malam ini.

Sementara itu, Tumi ketika ditemui dengan berlinangan air mata memberitahu, selain mengubati kerinduan, tujuan dia datang ke Semenanjung adalah untuk memujuk anaknya itu supaya pulang bersamanya ke Kuching.

Katanya, ini bagi menyelesaikan urusan tuntutan hak penjagaan cucu lelakinya hasil perkahwinan anak perempuannya itu dengan suami pertama.

"Sebelum berkahwin dengan suami sekarang, anak saya pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki berketurunan Bidayuh.

"Mereka mempunyai seorang anak yang kini berusia 13 tahun. Kanak-kanak itu dijaga oleh saya selama 11 tahun sebelum diambil oleh bekas menantu yang mendakwa sudah memeluk Islam selepas mereka bercerai," katanya.

Tumi berkata, dia nekad menuntut hak penjagaan cucu kesayangannya itu kerana bimbang akidah kanak-kanak itu terpesong memandangkan cucunya kini tinggal bersama keluarga bekas menantunya yang beragama Kristian di Kampung Tijirak, Kuching.

Katanya, anak perempuannya itu merupakan anak tunggalnya hasil perkahwinan dengan suami pertama. Perkahwinannya dengan arwah suami kedua yang merupakan bekas tentera berasal dari Lenggong, Perak, tidak dikurniakan cahaya mata.

Tumi yang tinggal seorang diri dan menghidap sakit buah pinggang memberitahu, mereka tidak pernah berselisih faham namun dia terkejut apabila anaknya menghilangkan diri bersama suami barunya ke Semenanjung tiga tahun lalu dan langsung tidak menghubunginya sehingga kini.

"Biarpun sedih mengenangkan anak kesayangan yang dikandung selama sembilan bulan enggan mengaku saya sebagai ibu tetapi saya tetap memaafkannya dan berharap dia kembali ke pangkuan saya satu hari nanti.

"Malah, saya ada membawa sepasang baju kurung baru dan sehelai selendang untuk dihadiahkan kepadanya," katanya yang tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan dengan kejadian itu.-UtusanOnline

Tak tahulah nak cakap apa lagi kat negara 1 malaysia ni... macam ni punya perangai pun ada..... memang anak ni nak kena sumpah jadi batu ni...

Sunday, January 3, 2010

Nelayan Asing Veitnam Mati Selepas Mengamuk Di Kampung Muara Tebas

Pada petang Sabtu 2/01/2010(semalam) jam 6.30pm satu kejadian amuk telah berlaku di kpg Muara Tebas apabila empat nelayan asing yang mabuk telah mengamuk dan cuba untuk mencederakan penduduk kpg dengan menggunakan parang.Dalam kejadian itu seorang penduduk kpg tercedera setelah ditetak dibahagian pergelangan tangan dan sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.Seorang rakyat Veitnam terbunuh, seorang cedera parah dan yang lain berjaya ditangkap polis.
Difahamkan kejadian bermula setelah 4 nelayan itu mabuk selepas minum minuman keras di kedai berhampiran.Mereka mengamuk apabila beberapa penduduk kpg cuba menyuruh mereka balik kekapal nelayan mereka kerana mereka mula membuat bising dan cuba memukul penduduk kpg Muara Tebas.Setelah berlaku sedikit pergelutan mereka berempat balik kekapal.Tetapi sejurus selepas itu mereka kembali dengan membawa parang dan mengamuk penduduk kpg.Melihat mereka bersenjatakan perang, penduduk kpg yang melihat kejadian itu bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Semasa mengamuk, seorang daripada mereka berjaya mendekati seorang penduduk yang ketika itu hendak ke Masjid untuk sembahyang Maghrib.Dalam cubaan untuk mempertahankan diri, penduduk kpg tersebut telah tercedera dilengan ditetak menggunakan parang.

Penduduk kpg yang melihat rakan mereka ditetak mula marah dan berani menghampiri nelayan asing itu manakala nelayan itu mula takut dan cuba lari menyelamatkan diri kerana melihat penduduk kpg yang semakin ramai.Dua daripada mereka berjaya bitangkap penduduk dan dibelasah sehingga seorang daripada mereka terbunuh dan seorang lagi cedera parah.Ketibaan polis di tempat kajadian telah menyelamatkan seorang lagi daripada mereka yang bersembunyi telah ditemui penduduk.Manakala seorang lagi berjaya diberkas setelah pihak Meritim berjaya menahan kapal nelayan itu.

Beberapa penduduk kpg juga telah ditahan untuk soal siasat.

Dalam kejadian seperti ini, apa yang boleh dipersoalkan adalah kehadiran nelayan asing itu.Apakah mereka mempunyai permit dan kalaupun mereka memiliki permit kenapa mereka bebas untuk berkeliaran di kampung?Sebelum ini pun mereka(nelayan Thai atau Veitnam) pernah membuat kacau dan pernah juga masuk ke kebun penduduk kpg dan mencuri tanaman penduduk.Bergaduh selepas mabuk, membuat bising dan mengganggu anak dara tempatan merupakan rutin mereka setiap kali mereka naik dari kapal mereka.Laporan juga pernag dibuat tetapi tiada tindakan cuma sekali sekala ada kehadiran peronda polis untuk membuat pantauan.

Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) selepas ini perlu lebih tegas dan proaktif untuk memastikan keselamatan kpg.Jangan hanya memikirkan kemajuan tanpa melihat aspek keselamatan penduduk.Penghulu sebagai ketua haruslah aktif dan selalu membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mengetahui ada kehadiran orang asing yang berkeliaran di kampung ini.Begitu juga pihak RELA jangan hanya membuat kawalan di jalan masuk ke kampung melalui darat tetapi mesti membuat rondaan pada waktu malam dan memantau kemasukan orang asing melalui jalan laut seperti nelayan asing ini.

Akhir sekali, saya nak tabik kepada penduduk yang berani melawan lantas menghalang Nelayan asing yang mengamuk itu mencederakan lebih ramai orang.Dan kepada penduduk yang cedera itu bersabarlah dan penduduk kpg lain sentiasa mendoakan keselamatan anda.Kecederaan anda itu telah mencetuskan semangat dan keberanian penduduk lain untuk melawan dan kepada mereka yang ditahan untuk siasatan, kamu semua adalah wira bagi Kampung Muara Tebas!!!

(Banyak lagi gambar akan diupload kemudian)

Friday, January 1, 2010

AZAM Baru & Tahun Baru (2010)

Hari ni..

Budak budak dah mula merepek nak start azam baru...

Cinabeng, setiap taun baru teringat nak azam baru...

Ahhh..

Esok lusa jahanam la tu.

Azam kepala hangguk!

ye dak?

++++++++

apapon... SELAMAT TAHUN BARU & Berazam baru.. ha..ha..ha...


Monday, November 2, 2009

Murid SK Kampung Bako Maut Disengat Tebuan Tanah :- Nizar News

Seorang pelajar tahun enam SK Kampung Bako meninggal dunia apabila disengat tebuan tanah ketika bermain di sebuah kawasan takungan air berhampiran Kampung Bako dekat Kuching semalam.

Sazali Sapiee, 12, meninggal dunia kira-kira 9.10 malam setelah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Kejadian berlaku pada 2 petang ketika Sazali dan beberapa rakannya berusia antara sembilan dan 12 tahun sedang bermain di kawasan takungan air itu.

Walaupun disengat di bahagian muka dan badan, Sazali terus bermain dengan rakan-rakannya di satu anak sungai berhampiran.

Namun ketika bermain Sazali, anak sulung daripada dua adik-beradik itu, pengsan dan dibawa seorang penduduk kampung ke rumah kanak-kanak itu dengan sebuah kereta sorong.

Bapanya Sapiee Morshidi, 42, yang baru pulang daripada menangkap ikan, meminta bantuan saudaranya di Kuching untuk membawa Sazali ke hospital.

Ketika kejadian, ibu Sazali, Siti Fatimah Salleh, 30, yang baru melahirkan bayi lelaki berusia tiga bulan, sedang mendapatkan rawatan selepas bersalin di Asajaya, Kota Samarahan.

Siti Fatimah berkata Sazali adalah seorang yang baik dan ringan tangan apabila ibu atau bapa meminta bantuan.

Pada 4 Okt lepas, seorang wanita dan tiga anaknya berusia tiga hingga lapan tahun serta adik lelakinya disengat tebuan tanah dekat rumah pangsa mereka di Taman Sri Cahaya di Sungai Moyan di Kuching.

Ketiga-tiga anak itu meninggal dunia manakala ibunya kini masih dirawat di Hospital Umum Sarawak. - /malaysiakini

Monday, October 26, 2009

TM vs P1: Abang Zambry MB HARAM Dah Potong? :- Nizar vs Najib Altantuya

Abang dah potong? Semua orang dah potong. ..beginilah iklan ISP P1 Wimax. Kelakar juga tagline iklan ni sekali pandang orang ingat potong tu macam berkhatan. huhu

Memang jelas P1 cuba “menganjing” pesaing utamanya dalam internet jalur lebar iaitu Streamyx produk dari TM kerana gambarnya yang memotong kabel RJ11 iaitu wayar telefon tetap.

Baguslah kerana dengan ada saingan ISP-ISP tempatan dapat menurunkan caj perkhidmatan mereka. Pada saya pula apa yang penting ialah kualiti perkhidmatan dan kebolehan melayari internet dengan laju tanpa putus-putus.

Saya kini melanggan 3G broadband Celcom dan streamyx. Broadband Celcom memang tak berapa puas hati servisnya manakala streamyx pula intimitent. Kadang-kadang laju kadang-kadang slow.

Ini adalah satu cabaran bagi TM kerana dalam Bajet 2010 pun PM sudah mengumumkan TM akan memulakan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang bernilai RM11 billion . Kerajaan akan melabur RM2.4 bilion dan TM membiayai bakinya RM8.91 bilion.

HSBB akan memberi speed sehingga 10Mbps kepada pelanggan kediaman dan sehingga 100Mbps kepada pelanggan perniagaan dengan teknologi fiber dan teknologi IP sepenuhnya. Ini adalah tempatnya kerana isu hangat pelabur dari Australia risau dengan keadaan sambungan internet di Malaysia.

Secara overallnya walau pun banyak komplen boleh dikatakan streamyx adalah best of the worst broadband di Malaysia.

Ok berbalik kepada kempen potong P1 Wimax tadi. Ramai juga yang sudah komplen perkhidmatan P1 ni. Seperti Broadband Celcom, ramai yang mengatakan laju pada mulanya tetapi apabila pertambahan pelanggan mulalah menjadi selowww gila. Sehingga istilah berukband, snailmyx, p1 Why Mek, Max Cis dicipta oleh pelanggan yang tidak berpuas hati.

Ni pula iklan TM yang melawan balik iklan kempen potong P1 Wimax:
--SabahDaily

Friday, October 23, 2009

Bajet 2010: Gelombang Kedua Penswastaan Melalui Rosmah? :- Nizar vs Najib Altantuya

"Gelombang kedua pensawastaan yang bertujuan membolehkan syarikat dan agensi beroperasi secara lebih cekap selain meluaskan aktiviti mereka.
"Ia akan mengurangkan pergantungan kewangan ke atas kerajaan,"
[
link]

Aku yakin ramai orang-orang koperat tengah terliur la ni. Mungkin tengah perati syarikat mana yang depa patut ambil alih. Mungkin tengah dok teniang agensi mana yang paling banyak boleh buat untung.

Yang paling 'panas'sekali mestilah syarikat-syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc). Tambah-tambah pulak kalau depa ada kabel dengan Rosmah dan bini depa pun boleh ngam baik punya dengan Rosmah. Memang boleh senyum sampai telinga laa.

Pasainya depa kata 'laki Najib la ni dah jadi macam Khairy masa Paklah jadi PM. Kalau dulu depa kata Khairy jadi boss besar kat tingkat 4, lani kerusi empok tu dah jadi hak mutlak Rosmah.

Kalau agak-agak kabel tak berapa baik dengan Rosmah, boleh la mula kira budget, agak-agak berapa boleh melabur. Dngar cerita lagi, la ni payah dah nak dapat kabel dengan 'wanta pertama' ni.

Kalau dulu mungkin mudah-mudah boleh bawak pi shopping kat oversea. Tapi kalau la ni nak bawak pi shopping boleh jatuh bangkrap. Pasainya dengar cerita, masa Najib jadi Timbalan PM dulu pun dah hebat cara dia bershopping. Sekali beli belah di Los Angeles 74 beg dia borong.

Agak-agak kalau nak bawak Rosmah masa dia dah jadi 'Imelda Marcos in the making' ni, berapa agak-agak modai nak kena ada? Tapi bebalui lagi kot kalau boleh dapat syarikat-syarikat yang Najib nak swastakan tu.

--http://cenangau.blogspot.com/

Sunday, October 4, 2009

H1N1: Harakah dan Malaysiakini dicadang kumpul maklumat :- Nizar vs Najib Altantuya


Saya tertarik dengan laporan Harakah tentang kes H1N1. Apakah benar mangsa H1N1 kekal 77 sahaja ?Tiga hari sebelum Eidul Fitri, saya mengambil kesempatan menziarah saudara di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani

Ketika sedang menunggu untuk masuk ke wad, saya terdengar perbualan seorang pegawai perubatan yang sedang memberitahu kawannya bahawa , kes H1N1 masih menyebabkan kematian pada setiap hari atau selang sehari di Malaysia.

Olehkerana kerajaan tidak mahu wujudkan keadaan panik dikalangan orang ramai, maka angka atau statistik kematian dirahsiakan.

Betulkah ?

Saya mencadangkan media alternatif seperti Harakah atau Malaysiakini memainkan peranan meminta orang ramai yang ahli keluarga atau kenalan mereka yang meninggal akibat H1N1 melaporkan terus ke media ini.

Tidak kira dari daerah atau negeri mana mangsa itu, asalkan kita sebagai masyarakat dan pengguna tahu apa yang sedang berlaku di Malaysia.

Sudahlah Kementerian Kesihatan gagal mengawal penyebaran penyakit ini sejak awal lagi, kini menimbulkan tandatanya dan keresahan di kalangan orang awam tentang kesahihan maklumat mereka.

Bagi media tersebut yang saya kira sangat berpengaruh, ini juga bakal merupakan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat kita.

Macamana ?

/detikdaily

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin. Salam Untuk Semua...

Salam Aidilfitri buat semua pembaca setia baik pro BN mahupun pro PR...

Blog tidak akan dikemaskini buat sementara waktu. aku nak berehat seketika, ini masa untuk aku bersama dengan keluarga aku. jadi mohon maaf pada semua atas perkara ini.

Buat korang-korang semua... mohon maaf zahir dan batin...

Aku akan kembali selepas Aidilfitri - Jumpa di PRK N-31 Bagan Pinang...

Selamat Hari Raya Aidilfitri... selamat menyambut Syawal... Maaf Zahir dan Batin...

SALAM AIDILFITRI DARIPADA MyKampungKu.... untuk semua....




PERUTUSAN AIDIL FITRI 1430H - Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin

ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
WALILLAHIL HAMD.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah SAW.

Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya aidil fitri ini kita kembali kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini Allah SWT mewajibkan kita bersiyam(puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll) . Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulanya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabbdian sepenuhnya kepada kehendak Allah SWT.

Terdahulu dari bulan Ramadzan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Mohammad SAW. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia, yang mana rukun puasa ini disambut, pelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri. Segala amalan ramadzan seperti solat sunat tarawih dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus! Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya! Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.

Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah: 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.

Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam. Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.

Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai teket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

Sempena 1 syawwaal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besaran dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zolim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan SPR, SPRM, PDRM, Kehakiman dll. Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.

Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohir batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.
Bertemu di Bagan Pinang!

Hidup, hidup , hidup Rakyat.!
Allahu Akbar, Allahu Akbar walillah hil hamd.

http://kamparinn.blogspot.com/

Perutusan Aidil Fitri 1430H - Dato' Seri Anwar Ibrahim

Saya dan Azizah, mewakili keluarga, kepimpinan dan akar umbi KEADILAN seluruhnya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri 1430 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz Minal Eidin walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara/i seluruhnya di atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.

Syawal tahun ini juga disambut dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi.Penguncupan ekonomi bagi suku tahun ini amatlah membimbangkan, KDNK kekal mencatat peratusan rendah.Sudah tentu situasi ini membingungkan kita tatkala berbilion ringgit telahpun dibelanjakan. Sering saya ulangi pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak. Amalan memacu ekonomi negara harus difahami dengan pengertian yang lebih mendalam, tidak terhad sekadar dasar yang indah di permukaan tetapi bergelodak pelaksanaannya.

Syawal juga mengajar erti persepaduan dan muafakat disamping bulan untuk memacu amal ibadat. Sabda Rasulullah SAW:

“Hendaklah kamu bersungguh di Eidulfitri ini untuk melakukan sedekah dan segala bentuk kebaikan dan kebajikan seperti solat, zakat, bertasbih serta bertahlil kerana sesungguhnya hari ini adalah hari yang Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah SWT melihat kamu dengan rahmat.”

Justeru marilah kita menyambut penjelmaan Syawal dengan keinsafan, kesabaran dan kesederhanaan. Penyempurnaan ibadah Ramadhan seharusnya mampu mengangkat darjat ketaqwaan dan menggilap roh serta semangat perjuangan menegak yang hak dan keadilan serta menolak kezaliman dan kebathilan.

ANWAR IBRAHIM



Saturday, August 29, 2009

Nizar/Zambry&Najib Altantuya: Senda Ramadhan - Tomyam jadi Putu Mayam ...

Rilek kejap.Kita baca cite lawak ni yg boleh buat kite pecah perut dan boleh menambahkan lapar puasa di bulan Ramadhan ni....Cite ni aku petik dari blogger Fdausamad(link).Korang baca la sendiri sampai habis tau... lawak antarabangsa ni....

Ramadhan 2002 - Universiti Tronoh

Lepas habis kelas Chemical Thermodynamic (gua ingat tajuk saja..jenis belajar semua meniru) kira kira dalam pukul lima setengah, Malek kawan kelas gua ajak pegi layan Pasar Ramadhan Batu Gajah.Gua memang style payah menolak pelawaan kawan kawan.Kalau janji berdating sekalipun,bila kawan dah ajak,hah..mintak maap la wahai sang makwe,lain kali lah kita dating.

Persoalan gua pada Malek,"kejadah lu nak pegi sampai Batu Gajah?,Taman Maju pun ada pasar Ramadhan?,pergi Batu Gajah saja dah amek masa dua puluh minit untung bersih,baru untung bersih..belum campur kos lampu isyarat,kos lembu melintas dekat simpang Tronoh,kos minyak mentah,kos folo lori balak pada kelajuan 50km/j..kalau lump sum semua mau sampai empat puluh minit perjalanan sehala.Idea yang tak bebaloi langsung.

"Gua nak cari putu mayam untuk Shabir..dia telepon gua tadi pesan carikan putu mayam kalau jumpa kat pasar ramadhan,dia teringin..dekat Taman Maju konfem tak ada.Dia demam dah dua hari." - Malek jawab panjang panjang menceritakan hal Shabir kawan serumah beliau.

Gua panjat duduk seat sebelah tanpa melanjutkan soal jawab.Malek memang baik.Apa yang dia boleh tolong dia mesti tolong.Hari tu gua ajak dia ponteng kelas teman pegi Ipoh cari bundle dockers pun dia ikut.Tak banyak ragam.Kalau gua ada sepuluh orang kawan macam Malek rasanya bebaloi la hidup kat dunia ni.

Perjalanan pegi Batu Gajah bersama Kancil eksotik Malek berlangsung sebagaimana yang gua pundit kan.Traffic Light yang tak pernah hijau bila nampak kereta Malek,lembu lembu yang melenggang bontot ditengah jalan, Lori lori balak yang selalu bikin hati membara bila nak potong tak lepas,ditambah dengan pemanduan berhemah encik Malek maka genaplah empat puluh minit sebelum tiba di tapak Pasar Ramadhan Batu Gajah.

Kami turun ke Pasar Ramadhan dengan niat murni mencari putu mayam untuk brader Shabir yang sedang demam.Pasar Ramadhan Batu Gajah boleh tahan juga dia punya panjang.Setelah dua tiga kali ber-sa'ie, barulah kami terjumpa mamak jual putu mayam atas moto di celah celah makcik Bihun Sup."Bagi tiga ringgit...kasi lebih gula sama kelapa" - Malek menunaikan tanggungjawab beliau dengan penuh kepuasan.Gua awal awal masuk event pasar ramadhan dah cekup nasik dagang sama air tebu. Malas pikir makanan bukan bukan.Malek pun sama menu dengan gua.Memang niat nak belikan putu mayam untuk Shabir,bukannya nak merewang saja saja.

Hampir setengah jam di pasar ramadhan Batu Gajah,gua dan Malek pun bergegas untuk pulang.Lembu lembu pun dah tak sabar menunggu kereta Malek lalu.Nak buat show tunjuk juboq.Kalau lambat nanti marah pula.Radio hitz FM dalam kereta gua kilas pegi ke Radio Perak.Pukul enam setengah, dengarla mengaji pulak.Orang putih orang putih juga Malek.

Sepanjang perjalanan pulang ke universiti Tronoh,halangan yang serupa gua dan malek tempuhi sebagaimana kami datang.Lembu lembu,lori balak dan traffic light yang ada skill boleh cam nombor plat kereta Malek.Asal nampak kereta Malek terus traffic light jadi merah.Perangai dengki yang bikin gua sakit hati rasa nak penerajang.Cuma masa balik kami dapat bonus track sebab jalan nak keluar parking sesak macam gampang.Ahh,ujian dibulan puasa.

Masa sampai di kolej, Azan maghrib sedang berkumandang.Alang alang, gua ikut bebuka dirumah malek saja lah senang cerita.Kalau gua jalan kaki balik ke rumah gua pun boleh, cuma makruh la sebab melambat lambatkan bebuka puasa.Takkan gua nak berbuka puasa minum air tebu sambil berjalan kaki naik turun tangga?,sebelah tangan minum air tebu, sebelah tangan lagi jinjing plastik nasi dagang.Hah gelagat gelojoh lagi tak matang.Bukan begitu sikap yang ibu gua terapkan.

Sampai dirumah Malek, budak budak rumah beliau seperti Noorman, Hanip, Kobeng dah ready bersila atas surat khabar.Shabir pun ada duduk berselimut depan polistrin berisi nasi putih.

"Mana lauk gua?" - Shabir bertanya dengan semangat demam nak berbuka puasa.

******
Sesi berbuka puasa hari tu gua saspek telah menjadi legend bilamana Shabir berbuka puasa dengan nasi putih berlaukkan PUTU MAYAM.

"TOMYAM lu tu, esok sumpah gua pegi cari,biar sampai ke Ipoh pun tak apa!!" - janji Malek pada Shabir.

Gua tak sampai hati nak kupas situasi konfuse antara Malek dan Shabir pada hari tersebut.Putu Mayam dah jadi Putu Tomyam.Kahkahkah!!!
*****
p/s: Kalau Shabir telepon pesan nasi dagang itu hari,mau si Malek ajak gua pegi carik nasi kangkang.Pundek sungguh!

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost