Monday, June 27, 2011

TAHNIAH SUHAKAM!!! U Memang Best BRO

Suhakam: Hak ada perhimpunan aman mesti dilindungi - Malaysiakini

Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.

Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

Suhakam juga, tambahnya, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

Sehubungan itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan.

"Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

"Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya," tambahnya

Sunday, June 26, 2011

Bersih 2.0 - 090711


"Saya dapati ramai rakan-rakan dan jiran serta orang kebanyakan tidak tahu apa tujuan DEMO BERSIH dan mengapa DEMO BERSIH perlu dilakukan, Publisiti dan penerangan mengenainya belum sampai ke akar umbi, mungkin hanya berlegar dalam Internet. Di dalam media elektronik, DEMO BERSIH disebut berulang-ulang sebagai menggugat keselamatan awam dan dirancang oleh kumpulan pengacau.

Semua media UMNO cuba memaku kepala rakyat dengan gambaran negatif terhadap DEMO BERSIH. Dan rakyat tidak tahu apa dan mengapa BERSIH mahu dilakukan.

Tektik propaganda iaitu memaku kepada rakyat berulang-ulang ini adalah tektik al-Hitler. Bila dibuat berulang-ulang, akhirnya rakyat akan akur dan percaya atau termakan dengan propaganda itu walaupun hal atau berita yang disebut itu tidak betul. Itulah yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim, Al-Maunah, Ibrahim Libya, dan JI.

Media BN-UMNO mengatakan bahawa kerajaan bersedia mendengar apa saja cadangan atau kritikan terhadap kelemahan SPR dan semua itu boleh dibuat melalui saluran perbincangan dan tidak perlu kepada DEMO. Katanya Malaysia negara aman (aman? tapi tidak sejahtera kerana penyelewengan, kepincangan, kes buang anak, kes dadah, kes AIDS/HIV dan kes rasuah yang tinggi)

Orang ramai perlu diberi maklumat bahawa DEMO ini dibuat sebagai kemuncak bantahan kepada kerajaan khususnya SPR yang masih mengekalkan penipuan dan penyelewengan dalam pilihanraya semata-mata untuk memastikan BN-UMNO terus menang.

Perbicangan demi perbincangan dengan SPR telah dijalankan, berhelai-helai memo bantahan telah dihantar, puluhan cadangan dan kritikan telah diberikan kepada SPR, tetapi SPR terus melakukan penipuan dalam senarai daftar pemilih dan penipuan dalam pelbagai prosidur melalui proses pelaksanaan pilihanraya. INILAH YANG RAKYAT dan ORANG KEBANYAKAN PERLU DIFAHAMKAN.

Berikan info kepada rakyat apa sebenarnya kritikan dan cadangan BERSIH.

Berikan sebab mengapa DEMO ini TERPAKSA dibuat dan bukannya BERSIH tidak pernah berdialog atau duduk semeja dengan SPR dan kerajaan. Semuanya pernah dibuat.

Berikan sebab mengapa rakyat harus sokong ketelusan proses pilihanraya.

Berikan inspirasi kepada rakyat mengapa kita sebagai rakyat harus bersama membetulkan urusan negara yang milik kita bersama dan bukan milik BN-UMNO!

Edarkan risalah di seluruh negara, masjid, surau, pasaraya, pasar basah, sekolah, stesen bus, stesen keretapi, stesen teksi, stesen bas, pantai-pantai peranginan, padang-padang permainan, kawasan rekreasi, dan di sepanjang jalan di seluruh negara. Banjirkan maklumat mengenai BESRIH dalam negara supaya rakyat faham mengapa BERSIH perlu di lakukan dan di sokong!

Tidak cukup dengan bercakap dalam Internet sahaja! Mulakan dengan mencetak dan mengedar info apa dan mengapa DEMO BERSIH itu. Kepada rakyat yang sayang pada negara, ayuh didik rakyat, inform rakyat apa dan mengapa BERSIH.

JK BERSIH perlu segera lakukan pecutan akhir dalam seminggu ini. Kalau pun tidak jadi DEMO BERSIH kerana arahan DYMM atau sekatan Polis, mesej BERSIH tetap sampai kepada rakyat seluruhnya.-TKO

Sunday, June 12, 2011

Hanya Kerajaan PAKATAN RAKYAT Boleh Pastikan Taib Mahmud Didakwa


Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian tidak percaya bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan didakwa selagi BN menguasai kerajaan pusat.

"Dia akan didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa hanya apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang," katanya di majlis makan malam sempena sambutan Hari Gawai di Batu Kawah, dekat Kuching, malam tadi

"Itulah sebabnya mengapa saya mengatakan bahawa ia penting bagi Pakatan memenangi pilihan raya umum jika kita mahu lihat Taib didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya, merujuk kepada pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ia sedang menyiasat laporan yang dibuat terhadap Taib.

Baru (kanan), yang juga ADUN Ba'Kelalan kerajaan, adalah salah
seorang daripada individu yang membuat laporan terhadap ketua menteri yang paling lama berkhidmat itu.

Katanya, adalah sukar untuk mendakwa Taib selagi BN terus memegang kuasa di peringkat pusat disebabkan mereka terhutang budi kepadanya.

Baru berkata, ketua menteri tersebut akan kekal bebas sekalipun Pembangkang memenangi pilihan raya negeri Sarawak baru-baru.

Oleh itu, beliau menyeru rakyat Sarawak supaya memberi sokongan kepada PKR dan rakan-rakannya dalam Pakatannya - DAP dan PAS - dalam pilihan raya umum akan datang, jika mereka mahu lihat Taib didakwa di mahkamah.

Katanya, jika Pakatan boleh memenangi kerusi parlimen yang mencukupi di Sarawak, maka kemungkinan Pakatan membentuk kerajaan pusat, tidak boleh diketepikan.

"Lantaran itu, PKR perlu memperkuat dan menggilap jentera pilihan rayanya di semua peringkat parti di negeri itu supaya kita boleh memenangi.

"Post-mortem kita mengenai prestasi PKR dalam pilihan raya negeri baru-baru ini menunjukkan jentera kita lemah kerana kita tidak membuka cabang baru dan gagal mendaftar pengundi baru," katanya.-Malaysiakini

Saturday, June 11, 2011

RASUAH BALAK: Taib Mahmud Perlu Ambil Cuti Hingga Siasatan SPRM Selasai


Penasihat DAP Lim Kit Siang menasihatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud “mengambil cuti” sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menyiasat tuduhan rasuah balak yang dikaitkan dengan pemimpin veteran itu.

Lim berkata tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Taib disifatkan beliau sebagai “rasuah luar biasa” berhubung perkara itu.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengesahkan pihaknya sedang menyiasat Taib (gambar) berhubung dakwaan rasuah balak.

Beliau berkata, SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara itu.

Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan aset Taib atas dakwaan rasuah balak.

Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland Micheline Calmy-Rey dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia Finma iaitu Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland untuk siasatan lanjut.

Jelas Lim, ekoran pendedahan SPRM itu, Taib perlu mengambil cuti selaku ketua menteri Sarawak sehingga siasatan itu selesai.

“SPRM mengesahkan mereka kini menyiasat Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan terlibat dalam rasuah balak, Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata mereka dalam proses untuk mengumpul lebih banyak maklumat.

“Adakah mengumpul lebih banyak maklumat bagi siasatan atau menyiasat dakwaan itu? Walaupun Abu Kassim berkata akan menyiasat, namun rakyat Sarawak dan Malaysia berhak mengetahui dakwaan yang dikaitkan dengan ketua menteri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan itu.

Tambah Ahli Parlimen Ipoh Timur itu, tuduhan yang dikenakan terhadap Taib itu memalukan imej negeri dan negara.

“Sejak bila SPRM memulakan siasatan ini terhadap Taib dan mengapa mesti SPRM bertindak selepas mendapat tekanan antarabangsa?

“Jadi Taib seharusnya perlu terus mengambil cuti sehingga SPRM selesai menyiasat tuduhan-tuduhan itu dan membersihkan nama beliau,” katanya. - MI

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost