Showing posts with label Najib-Altantuya. Show all posts
Showing posts with label Najib-Altantuya. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Sebab Kapal Selam Scorpene Tak Boleh Menyelam


Dulu ketita Malik Fahd membina istananya bersebelahan Masjidil Haram dan beliau boleh bersembahyang dari istananya serta melihat secara langsung ka’abah dan beliau mengarahkan satu paip air dari telaga zam-zam untuk disalurkan langsung terus ke tingkat atas istana beliau bagi kegunaan beliau dan tetamunya.

Kedudukannya lebih tinggi dari Ka’abah dan telaga air zam-zam itu sendiri tetapi air itu tidak mengalir meskipun menggunakan pam. Ditukar pam yang lebih power tetapi tetap tidak naik air ke istananya kemudiannya dinasihatkan supaya membatalkan sahaja niatnya. Tidak semua kehendak kita diperkenankan oleh Yang Maha Kuasa kerana semua ini milikNya.

Kini menjadi perbualan dan ucapan sinis apabila menyebut kapal selam scorpene tidak boleh menyelam sedangkan pembeliannya telan menelan duit rakyat sebanyak EURO1.084 bilion bahkan kos untuk menyelenggarakannya sahaja berjumlah RM270 juta setahun. Kegagalan kapal selam itu berfungsi dengan baik menyebabkan kos pengurusnya akan meningkat dan Kapal selam tersebut juga gagal menjalankan tugas untuk mengawal perairan Negara dan menjejaskan keselamatan Negara.

Isu ini timbul kembali apabila kegagalan SPRM menyiasat Bala yang dikatakan mempunyai maklumat tentang skandal scopene yang kini bersembunyi di London. Apatah lagi Kerajaan Perancis sendiri memanggil beliau untuk siasatan yang berkaitan dakwaan rasuah mengenai jual-beli kapal selam tersebut. Bala sendiri membuat pengakuan sumpah berkait isu kematian misteri Altantunya yang berkaitan dengan skandal komisyen pembelian kapal selam yang mengakibatkan beliau dibunuh dengan letupan bom C4 sehingga kini masih meninggalkan banyak tanda-tanya kepada orang ramai. Meskipun Razak Baginda sekutu Najib telah meninggalkan Malaysia dan beberapa kambing hitam yang bertopeng telah disabitkan kesalahan tetapi ia masih lagi menerawang dengan pelbagai misteri. Kini Bala juga mendakwa bahawa beliau dibayar oleh taukey karpet supaya meninggalkan Malaysia dan menarik balik akuan sumpah beliau dan juga menyebut penglibatan Rosmah Mansor, isteri PM serta penglibatan adik Najib sendiri? Apa sebenarnya berlaku? Kita juga ingin tahu perkara sebenar.

Semua ini sudah jadi bala! Nampak belum selesai dan ia menjadi isu yang memeningkan kepala Najib. Apatah lagi kapal pulak tak boleh menyelam dan bermasalah. Lagilah menambahkan bala. Isu Altantunya juga belum hilang bahkan sentiasa segar dan kini menghantui Najib. Sampai bila beliau ingin melarikan diri untuk member penjelasan. Desakan pula kini timbul supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat secara lebih telus isu ini.

Ketika datang ujian keatas kapal yang dinaiki oleh Nabi Yunus a.s dengan rebut dan laut yang bergelora dan mengganas menyebabkan nakhoda kapal mengambil tindakan membuang semua barangan ke laut. Ia tidak member kesan dan penyesaian. Lalu beliau mencabut undi untuk dibuang penghuni kapal. Dicabut undi berkali-kali tetapi Nabi Yunus juga yang kenal menyebabkan beliau sendiri mengambil keputusan untuk menerima dan terjun kelaut. Beliau ditelan ikan besar dan laut pun kembali tenang semula dan menyelamatkan ahli kapal.

Kini apabila isu scopene dan Altantunya serta Bala belum ada penyelesaian. Kemungkinan kapal itu tidak mahu menyelam kerana mahukan seseorang. Apalah kiranya najib masuk ke dalam kapal itu dan mungkin akan terus menyelam. Atau buatkan kapal sepertinya khas buat beliau untuk diselamkan di selat Melaka. Mungkin roh Altahantunya tidak lagi menghantui politik Malaysia. Ayah beliau dan kerajaan Monggolia pun akan kembali tenteram. Apalah salahnya Najib mengikuti sebagaimana Nabi Yunus. Terjunlah ke kapal selam itu, nanti menyelamlah dia kot. Kalau takpun, sabarlah Altantunya! Pru dah dekat. Kita sama-sama karamkan Najib dengan kapal-kapal UMNO-BN nya sekali insyaAllah. - TKO

Monday, April 12, 2010

'Saya Kata Sudah Soal, Sudah Soal, Cukuplah Tu..' - Nazri


Kes Altantuya: SPRM siasat Deepak, Nazim - Malaysiakini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan hari ini bahawa Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak.

Siasatan itu adalah berhubung pengakuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan model warga Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.

Bagaimanapun apabila disoal lanjut, Nazri jelas kurang senang dan tidak mahu melayan soalan wartawan.

“Saya kata kita sudah soal, sudah soal, cukuplah tu.”

Nazri (kiri) sebelum itu bercakap kepada pemberita di lobi parlimen selepas sessi soal jawab.

Pada sessi di parlimen sebelum itu, Nazri menjawab soalan daripada Tian Chua (PKR-Batu) mengenai status siasatan berhubung dakwaan Balasubramaniam.

Menurutnya, SPRM masih tidak boleh meneruskan siasatan kerana belum mendapat pengakuan daripada penyiasat persendirian itu.

"Kita tidak tahu di mana dia berada. Kita tidak boleh meneruskan siasatan tanpa pengakuannya,” kata Nazri.

Menurut beliau lagi, kerajaan tidak dapat mengekstradisi Balasubramaniam bagi menyelesaikan kes pengakuan bersumpahnya kerana lokasi sebenar penyiasat persendirian itu tidak diketahui.

Pada sidang media 3 Julai 2008, Balasubramaniam (kanan) mengedar satu akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya, tetapi keesokannya menarik balik akuan bersumpah itu dan mengemukakan satu akuan bersumpah lain.

Dia kemudian menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarga.

Balasubramaniam pernah mendakwa keluarga perdana menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.

Monday, February 22, 2010

Kes Nasir Safar Penuh Madah Berhelah


Kes menghasut yang melibatkan bekas pegawai khas Perdana Menteri belum menampakkkan apa-apa perkembangan yang menyakinkan. Walaupun Ketua Polis Melaka dalam satu kenyataan baru-baru ini mendakwa bahawa polis telah siap membuat siasatan dan telah menyerahkan hasil siasatan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Ini bermakna ada kemungkinan Nasir Safar tidak akan didakwa di mahkamah jika Peguam Negara memutuskan tidak meneruskan pendakwaan kes berkenaan. Berbeza dengan dakwaan menghasut kepada blogger Aduka Taruna, pihak polis dan Peguam Negara bertindak sepantas kilat begitu efisen menyiapkan siasatan dan mendakwa Aduka Taruna ke mahkamah.

Sebaliknya dalam kes Nasir Safar semua pihak yang terlibat dalam siasatan dan pendakwaan bergerak umpama kura-kura yang kepenatan. Kenapa dan mengapa mereka yang terlibat lebih mengetahuinya. Aduka Taruna tidak ada apa-apa kaitan dengan Perdana Menteri atau dengan mana-mana tokoh politik kerajaan. Kalau ada pun mungkin bau-bau bacang je. Berbeza dengan Nasir Safar yang bukan sahaja kawan rapat Dato Seri Najib sekian puluhan tahun malah diberi kepercayaan menjadi pegawai khas Najib.

Saya yakin jika tidak ada desakan dari kaum lain termasuk dari MCA dan MIC kemungkinan besar kes ini akan dilengah-lengahkan atau ditutup terus. Mendakwa Nasir Safar di mahkamah bermakna menjejaskan imej dan reputasi Najib. Jika tidak didakwa pula akan meningkatkan bantahan dan protes dari kaum lain yang terhina dari kenyataan Nasir Safar. Situasi sekarang umpama buang mati emak diluah mati bapak.

Oleh itu tidak hairanlah, semua pihak yang terlibat terus bermadah dan berhelah untuk menjaga kepentingan dan periuk nasi masing-masing. Jika kenyataan yang dibuat oleh Nasir Safar dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat saya yakin semua media siang dan malam akan memukul gendang tentang isu perkauman dan serta merta akan diseret ke mahkamah.


--http://angkasanuri.blogspot.com/

Wednesday, February 10, 2010

Altantuya Terus Menghantui Najib-Rosmah !!!


Nampaknya Najib-Rosmah tidak boleh senang duduk juga bila RPK terus 'melanyak' pasangan iblis ini dengan kes Altantuya yang terbukti melibatkan mereka.

Pada waktu sedang 'berseronok' melihat Anwar sedang dibicarakan oleh 'mahkamah' mereka, tiba-tiba RPK mendedahkan pulak 'lelaki misteri' dalam Proton Saga biru sebagai Nasir Safar pada malam Altantuya ditangkap Polis di hadapan rumah Razak Baginda. Nasir Safar ialah Pegawai khas Najib.Bala, dalam Akuan Sumpahnya ada menyebut tentang sebuah Proton Saga biru dipandu seorang lelaki Melayu telah lalu di hadapan rumah Razak Baginda sambil memerhatikan mereka di situ.

Dari mana RPK dapat semua maklumat tentang individu yang terlibat dalam kes Altantuya ini ?

Yang terbaru, didedahkan pula pasal ASP Suresh telah terbang ke India untuk menemui Bala di tempat persembunyiannya. Dipercayai tindakan menghantar Suresh ke sana adalah untuk memujuknya supaya tidak menemui SPRM dan menyerahkan bukti penglibatan Najib dalam kes Altantuya. Juga memujuk Bala agar menarik terus Akuan Sumpahnya itu. Jika Bala setuju, RM 5 juta akan diberikan secara ansuran sebanyak RM50,000 sebulan. Pembayaran akan diuruskan oleh Deepak, tauke besar karpet yang ada hubungan rapat dengan Rosmah.

RPK mendapat semua maklumat ini daripada 'orang dalam' PDRM dan ATM sendiri. Begitu juga dengan maklumat tentang Rosmah dan 2 orang pegawai tentera (suami-isteri) berpangkat Lt. Kolonel berada di tempat kejadian (lokasi Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan) malam itu.

Sebaik saja mendapat maklumat ini, RPK terus membuat Akuan Sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan meminta peguamnya menghantar satu salinan ke Pendakwaraya agar siasatan lanjut boleh dijalankan. Dan RPK tidak pernah membocorkan maklumat surat sumpahnya itu kerana akur dengan nasihat Pegawai Tinggi Risik tentera yang memberikan maklumat tersebut.

Najib-Rosmah lupa hanya segelintir saja anggota polis dan tentera yang boleh diperalatkan. Majoritinya sudah lama meluat dan benci dengan segala jenayah dan penyelewengan yang dilakukan. Justeru ada di kalangan mereka menyalurkan maklumat ini pada RPK.

Bala sendiri membuat pengakuan di hadapan 3 orang peguam kanan bahawa seorang pegawai kanan polis, dua ahli perniagaan adik beradik dan seorang adik Najib telah mengugut dan cuba menyogoknya supaya menarik balik perakuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib Razak dengan Altantuya.

Persoalannya :

1- Mengapa Najib dan Rosmah takut sangat dengan Akuan Sumpah si Bala ni sehingga menghantar orang mengugut dan menawarkan wang RM5 juta jika Bala setuju menarik balik Akuan Sumpah tersebut ?

2- Kenapa RPK yang ditahan atas tuduhan menyiarkan Akuan Sumpahnya sedangan RPK tidak pernah membocorkannya ? Sebuah website UMNO yang telah menyiarkan salinan Surat Sumpah tersebut. Tapi Polis tak tahan dan siasat pengendali web UMNO itu. Sebaliknya RPK yang tak bersalah pula ditahan untuk siasatan. Inilah sistem keadilan rimba yang diamalkan.

3- Kenapa ASP Suresh dihantar ke India mendahului SPRM untuk mencari Bala ? (sila baca di Malaysia Today).

4- Yang hairan tu, kenapa PDRM tidak meminta kerjasama Interpol untuk mencari Bala dan menangkap RPK ?

5- Sebelum Altantuya datang ke Malaysia, dia telah menyerahkan seluruh dokumen penting kepada ayahnya agar boleh dijadikan bukti sekiranya terjadi sesuatu pada dirinya. Setelah dia dibunuh, ayahnya Shaaribu telah datang ke Malaysia dan bertemu dengan pegawai konsulat Mongolia, Datuk Abd.Rahman Al-Habsyi di sini. Shaaribu telah menyerahkan seluruh dokumen tersebut kepadanya agar boleh dijadikan bukti dalam mahkamah. Namun bila perbicaraan kes Altantuya berjalan, dokumen tersebut tiada. Kenapa si Abd.Rahman 'menghilangkan' dokumen tersebut ?

Seluruh rakyat Malaysia yang celik mata hatinya boleh menjawab persoalan ini. Tak perlu nak dijelaskan lagi.

Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah SWT, adalah menjadi kewajipan kita untuk menentang sebarang perbuatan jenayah terancang sebagaimana yang berlaku dalam kes pembunuhan kejam Altantuya ini.

Kita jangan melihat kes Altantuya hanya pada cara dia dibunuh saja tetapi perlu dilihat dalam skop menyeluruh. Kes Altantuya ini jelas membuktikan kepada kita semua, malah seluruh dunia betapa dahsyatnya sitem keadilan negara ini telah 'dilacurkan' oleh sang penguasa zalim bagi menyembunyikan jenayah yang mereka lakukan. Beberapa kerat 'manusia durjana' dalam Jabatan Peguam Negara, PDRM, ATM, Kehakiman sanggup menjadi hamba kepada sang penguasa jahat bagi menyembunyikan jenayah terkutuk ini. Malah 2 pegawai Polis terpaksa dijadikan 'korban' dalam kes ini. Tak tahulah samada Azilah Hadri dan Sirul sudah digantung atau belum ? Atau dipenjara seumur hidup ?

Bukan setakat itu saja malah kematian Altantuya dengan sendirinya mendedahkan penyelewengan wang rakyat sebanyak RM500 juta hasil pembelian dua biji kapal selam Scorpene.

Cuba kita tanya diri sendiri. Apakah kita akan berdiam diri sekiranya anak atau adik beradik kita yang berada di tempat Altantuya ? Dan apakah perasaan kita sebagai seorang ayah sekiranya anak sendiri diperlakukan sebegitu kejam tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya ?

Sudah sampai masanya kita sebagai rakyat menghentikan segera segala bentuk jenayah dan penyelewengan pihak atasan yang jelas melampaui batas kemanusiaan.

Jangan sampai ada lagi mangsa seperti Assyahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 rakannya, Altantuya dan Teoh Beng Hock. Mereka mati angkara kerakusan dan kezaliman pemimpin UMNO yang bertuhankan iblis.

Kita jangan lupa yang Anwar Ibrahim sendiri pun mahu dibunuh ketika Rahim Noor membelasahnya dalam lokap Bukit Aman. Namun umur Anwar masih panjang. Cubaan kedua untuk membunuh Anwar dilakukan dalam penjara apabila Anwar disahkan terkena racun Arsenik. Hari ini, sekali lagi cubaan untuk menghancurkan Anwar dilaksanakan dengan cara keji dan terkutuk.

Apakah kita mahu tunggu sehingga kena pada batang hidung sendiri, lepas tu barulah nak sedar dan insaf betapa zalimnya pemerintahan UBN ini?

Enough is enough... Kita wajib membuat perubahan dalam PRU13 sebelum perkara yang lebih buruk lagi melanda rakyat dan negara ini.

"Mereka merancang dan Allah juga ada perancangan-Nya...."

Jazakallah.


http://monazmuslim.blogspot.com/

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost