Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Saturday, March 13, 2010

Subsidi Ditarik Balik Kerana Mengundi Pakatan Rakyat - ADUN


Kira-kira 300 penduduk dalam Daerah Serian, di Sarawak dinafikan hak mereka untuk mendapatkan subsidi baja hanya kerana menyokong dan mengundi calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya lalu di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang, Voon Lee Shan berkata, kawasan itu merupakan kubu kuat Barisan Nasional dan penafian subsidi baja itu sesuatu yang amat mendukacitakan kerana sesiapa pun calon yang diundi oleh rakyat merupakan hak mereka dalam konteks negara demokrasi.

“Saya mendapat laporan penafian subsidi baja itu melalui pembantu saya, Tay Wee Wee sebelum Krismas sebelum saya sendiri turun padang melihat dan mendengar sendiri hal tersebut.

Sebaik tiba, penduduk di kawasan terbabit memaklumkan pengagihan subsidi ditentukan oleh Ketua Kampung yang juga penyokong BN dan hak mereka dinafikan hanya kerana mengundi Pembangkang sebelum ini,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com.

Sebaik mendengar keluhan rakyat itu, beliau bersama penyokongnya dan beberapa wakil penduduk menemui pegawai daerah tersebut yang akhirnya berjanji menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Lee Shan yang juga bekas Ketua Polis Daerah menyatakan kekesalannya berhubung kejadian itu yang disifatkannya sebagai satu lagi siri kezaliman kerajaan BN yang kian takut dengan sokongan rakyat terhadap gagasan Pakatan Rakyat.

Pada pilihanraya negeri tahun 2006, beliau menumbangkan calon SUPP dari BN yang juga bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Chan Seng Khai dengan majoriti 3,407 undi.

Sementara itu, semasa melawat kawasan itu, beliau turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas (gambar) yang hidup susah di kawasan tersebut.-EraPakatan

Tuesday, March 2, 2010

Wakil Rakyat Bebas & Majoriti 2/3 Dewan Rakyat


Jika 10 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dari parti masing-masing sekarang, Barisan Nasional secara automatik akan kembali menguasai dua pertiga majoriti Dewan Rakyat.

Sebenarnya majoriti mudah dengan lebihan satu kerusi pun sudah cukup untuk mana-mana parti menguasai kerajaan.Namun, penguasaan dua pertiga membolehkan parti pemerintah meminda Perlembagaan Persekutuan seperti melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan mengubah kuasa-kuasa kerajaan negeri.

Sekiranya lompatan itu berlaku, Barisan yang hilang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008 akan kembali berkuasa untuk meminda Perlembagaan dengan sewenang-wenangnya.

Oleh kerana Malaysia tidak mempunyai undang-undang anti-lompat, mana-mana wakil rakyat boleh meninggalkan partinya atau menyertai parti lain tanpa menjejaskan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen.

Walau pun lompatan mereka sah di segi undang-undang, ia menjadi cemuhan di segi moral kerana dianggap mengkhianati mandat dan amanah pengundi.

Biasanya yang melompat itu dari pembangkang kepada parti pemerintah. Yang menjadi satu fenomena baru adalah melompat parti tanpa menyertai parti lain; sebaliknya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas.

Ini mungkin dilakukan untuk mengurangkan kemarahan pengundi yang telah memilih parti dan bukannya calon sewaktu pilihan raya. Ia juga bertujuan memberi persepsi bahawa wakil rakyat bebas tidak perlu mengikut telunjuk mana-mana parti.

Ini bermula dengan Datuk Ibrahim Ali yang menang di bawah lambang Pas di Kelantan mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen bebas sebaik sahaja selesai pilihan raya umum 2008. Beliau amat mesra sekali dengan Umno.

Pada September 2008, apabila Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan keluar dari Barisan, dua Ahli Parlimennya mengumumkan diri mereka sebagai wakil rakyat bebas. SAPP marah dengan Barisan dalam soal hak Sabah tetapi tidak pula mesra dengan Pakatan.

Pada Februari 2009, tiga Adun Pakatan Rakyat di Perak — dua dari PKR dan satu dari DAP — mengumumkan keluar parti untuk menjadi calon bebas. Keputusan mereka menyebabkan tumbangnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat di negeri itu. Mereka juga adalah pencipta istilah “wakil rakyat bebas mesra Barisan Nasional”.

Baru-baru ini, dua Ahli Parlimen PKR Datuk Seri Zahrain Hashim dan Tan Tee Beng keluar parti dan turut mengisytiharkan diri wakil rakyat bebas. Mereka tidak menyatakan secara terbuka kemesraan terhadap Barisan tetapi kebencian meluap dilafazkan secara terbuka terhadap pucuk pimpinan PKR dan DAP.

Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim yang turut meninggalkan parti telah menyatakan ada sekurang-kurangnya 10 lagi wakil rakyat PKR yang dijangka keluar parti. Beliau turut memperlekehkan kepimpinan parti yang ditinggalkannya itu.

Mengapa wakil-wakil rakyat ini memilih untuk menjadi “bebas” dan tidak terus menyertai parti lain terutamanya parti-parti komponen Barisan Nasional khususnya Umno?

Jawapan yang sinis akan menyatakan mereka hanya menunggu masa yang sesuai apabila marah para pengundi sudah reda. Tetapi yang tersirat kadang-kala berbeza dari yang tersurat.

Jika benar ada lebih 10 Ahli Parlimen Pakatan keluar parti, ia merupakan tamparan hebat dan serangan saraf yang paling teruk terpaksa dihadapi oleh Pakatan Rakyat.

Gabungan pembangkang itu bukan sahaja akan kehilangan kuasa untuk menghalang majoriti dua pertiga Barisan di Parlimen tetapi juga terpaksa menelan hakikat pahit kekalahan di luar medan pilihan raya.

Bagi Barisan pula, ia akan menjadi kemenangan paling besar setelah kebanyakan parti komponennya, selain Umno, ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Jadi, kesannya kepada kedua-dua pihak amat serius sekali.

Dengan itu, harga individu wakil rakyat bebas ini akan melambung secara mendadak jika mereka mengisytiharkan diri sebagai “mesra Barisan” atau setidak-tidaknya memberi gambaran buruk terhadap Pakatan yang mereka tinggalkan itu.

Habuan yang bakal mereka terima mungkin jauh lebih besar daripada jika sekadar terus menyertai masuk mana-mana parti dalam Barisan dalam masa yang terdekat ini.

Itulah nilai sebenar menjadi seorang wakil rakyat bebas yang mesra dengan Barisan.

Kedudukannya berbeza pula dengan dua Ahli Parlimen SAPP kerana mereka telah mengambil jalan yang bertentangan dengan meninggalkan Barisan. Tetapi sebagaimana yang diketahui umum, kebanyakan orang politik yang pernah duduk bersama parti pemerintah, mereka jarang berpaut di dahan yang rapuh.

Di segi kesan jangka panjang, jika fenomena mesra dengan parti pemerintah ini berterusan, istilah “wakil rakyat bebas” mungkin dicatatkan sebagai sesuatu yang buruk dan keji dalam arena politik Malaysia.

Berbeza dengan amalan demokrasi moden, “bebas” dalam konteks politik tempatan amat berbeza dengan “independent” yang biasanya dimaksudkan dengan individu atau kumpulan ahli politik yang bosan dengan parti-parti yang ada dan mahu mewujudkan pilihan ketiga kepada rakyat.

Di kebanyakan negara Barat, lebih 40 peratus pengundi tidak membuang undi kerana tidak puas hati dengan pilihan yang ada. Jadi banyak individu atau kumpulan politik mempamerkan diri mereka sebagai “bebas” dengan harapan untuk meraih undi dari kumpulan yang kecewa dengan amalan politik semasa. Ini dilakukan dengan cara mengemukakan idea dan manifesto yang berbeza dari parti-parti tradisional.

Sebaliknya, di Malaysia, calon atau wakil rakyat bebas jarang mendapat perhatian. Biasanya mereka digelar sebagai “kacau daun” sewaktu pilihan raya sahaja kecuali beberapa individu yang dihormati sebagai orang yang benar-benar mewakili kepentingan rakyat.

Dalam catatan sejarah politik tanah air, antara mereka yang terkenal dengan kegigihan sebagai seorang wakil yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat adalah Abdul Jabar Mohamad Yusof atau lebih terkenal dengan panggilan Cikgu Jabar. Beliau menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Batu Laut (sekarang DUN Tanjung Sepat) Selangor selama tiga penggal berturut-turut setelah menang dalam pilihan raya umum 1974, 1978 dan 1982.

Tetapi dalam keadaan sekarang, istilah “wakil rakyat bebas” seolah-olah sedang menuju ke arah “doublespeak” atau pemesongan makna; sama nilainya seperti luahan kata-kata indah yang biasa didengar dari mulut ahli-ahli politik.

Ia juga akan menjejaskan proses kematangan demokrasi Malaysia. Setakat ini, belum ada tanda-tanda “bebas” itu bererti kuasa atau pilihan ketiga. Malah usaha untuk mewujudkan sistem dua parti juga akan malap jika ada lagi lompatan dari mereka yang mahu bergelar “wakil rakyat bebas” — kerana akhir-akhir ini arah lompatan itu sehala sahaja.M/I

Saturday, February 27, 2010

Satu Lawan Satu Di Sarawak - Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat telah bersetuju agar semua pertandingan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang adalah pertembungan satu lawan satu antara Pakatan dengan BN.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.

Pilihan raya negeri Sarawak - yang terakhir berlangsung pada 2006 - mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen.

Saifuddin berkata, strategi satu lawan satu itu -

yang telah menghasilkan kemenangan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 - akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

"PKR, DAP dan PAS pada prinsipnya telah bersetuju dengan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Kita pastinya berharap ia akan memberi impak yang besar kali ini," katanya kepada Malaysiakini.

Tsunami politik pada 2008 menyaksikan lima negeri di Semenanjung jatuh ke tangan pembangkang serta menafikan BN penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri, dengan 62 daripadanya dikuasai oleh BN. Manakala DAp, Parti Cinta Malaysia yang baru ditubuhkan dan Bebas, menang sembilan kerusi.

Pilihan raya umum 2008 telah menyaksikan berlakunya beberapa pertandingan tiga penjuru yang membabitkan parti-parti Pakatan di Sabah dan Sarawak.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang berkata, perkara itu telah dibincangkan oleh majlis presiden Pakatan pada hari Isnin.

Majlis itu, kata beliau, seterusnya akan menumpukan kepada perbincangan mengenai pilihan raya negeri Sarawak, khususnya mengenai strategi pertandingan satu lawan satu, serta memanfaatkan jentera pilihan raya bersama.-Malaysiakini

Sunday, February 21, 2010

Ketua Pemuda PBB: YB Karim Penakut!!!

Pertandingan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda PBB tidak akan berlaku berikutan penarikan diri oleh Yb Karim.Walau apa alasanpun diberikan oleh beliau, rakyat khasnya ahli-ahli Pemuda pasti merasa kecewa kerana selama ini, (30 tahun) jawatan itu tidak pernah dipertandingkan.Harapan untuk melihat pertembungan Karim dan Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi danInovasi semakin jelas semalam selepas Karim menegaskan akan tetap menentang Fadillah untuk jawatan Ketua Pemuda PBB.

Tetapi, tiba-tiba hari ini beliau memgumumkan bahawa beliau telah menarik diri dan membiarkan Fadillah menang tanpa bertanding dan mempertahankan jawatan itu.Sebelum ini Karim yang juga ADUN Asajaya menyatakan bahawa pertandingan yang akan berlaku tidak akan memecahbelahkan Parti, dan akan berlaku dalam semangat kekeluargaan.

Apa dah jadi YB?

Hari ini pulak Karim menarik diri dengan alasan untuk kepentingan parti dan untuk bersedia menghadapi PRU Negeri tak lama lagi.Tiada desakan kata beliau.Boleh percayakah atau YB sememangnya penakut!!!

Ketua Pemuda PBB: Fadillah sambut cabaran Karim

KUCHING:Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) buat julung kalinya dalam tempoh 30 tahun dijangka menyaksikan pertandingan bagi jawatan ketua pemuda.

Tiada pertandingan bagi jawatan ketua pemuda sejak Dato Sri Celestine Ujang buat pertama kalinya menyandang jawatan berkenaan pada 1981.

Pertandingan nampaknya semakin jelas akan berlaku apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Abdul Karim Rahman Hamzah tetap dengan pendiriannya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Beliau yang akan mencabar penyandang jawatan itu, Fadillah Yusof yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata keputusan itu dibuat atas sokongan dan desakan akar umbi.

“Saya mengambil keputusan untuk bertanding kerana ada desakan daripada akar umbi dan ini memberi peluang kepada para perwakilan untuk menentukan sama ada mereka inginkan muka baru atau mengekalkan muka lama,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun keputusan rasmi pertandingan merebut beberapa jawatan dalam Pergerakan Pemuda akan diumumkan pada 21 Februari ini setelah Jawatankuasa Pemilihan PBB menapis kelayakan mereka yang bertanding.

Abdul Karim yang juga bekas Timbalan Ketua Pemuda pada penggal sebelum ini, berkata pertandingan merebut jawatan tersebut akan diadakan dalam semangat kekeluargaan antara ahli-ahli parti.

“Saya dan Fadillah adalah kawan baik dan saya yakin pertandingan ini tidak akan membawa kepada perpecahan dalam pergerakan pemuda,” ujarnya.

Kelmarin, pada hari terakhir penerimaan pencalonan, beliau memperoleh tiga pencalonan.

Abdul Karim merupakan Ahli Majlis Tertinggi PBB bagi penggal 2007 hingga 2010 dan juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri.

Selain itu, Pergerakan Pemuda kali ini menyaksikan penyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda, Daniel Jubang Kenneth, tidak ditentang dan dikira sebagai menang tanpa bertanding selepas menerima 35 pencalonan.

Pemilihan untuk Pergerakan Pemuda akan diadakan pada 28 Februari ini, iaitu sebelum Perhimpunan Agung PBB.

Sementara itu, jawatan naib ketua Pemuda (Bumiputera) yang tidak dipertahankan oleh penyandangnya, Dato Sri Sulaiman Taib, menerima tiga pencalonan.

Abdul Aziz Adenan yang juga anak kepada Ketua Penerangan parti, Datuk Amar Adenan Satem menerima pencalonan kedua tertinggi, di belakang Pandi Suhaili yang menerima 24 pencalonan.

Pandi yang ketika ini merupakan ahli Exco Pemuda dan juga ketua pemuda cawangan Jepak, turut menerima dua pencalonan untuk mempertahankan jawatannya dalam Exco Pemuda.

Bagaimanapun naib ketua Pemuda (bagi Pesaka) untuk Iban dan Orang Ulu/Bidayuh, Ensaring Suel dan Dr Simon Sindang menang tanpa bertanding.

Selain itu, ahli jawatankuasa eksekutif (exco) untuk sayap Bumiputera yang menawarkan lapan kerusi akan direbut 21 pencalonan, manakala sayap Pesaka menawarkan tujuh kerusi dan telah menerima 14 pencalonan.-BorneoPost

Saturday, February 13, 2010

Rupanya Zahrain Tak Dapat Projek ... Ooo...

Lim: Tindakan Zahrain atas kepentingan peribadi

Perletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim disebabkan "kepentingan peribadinya" dalam sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri ditolak, kata ketua menteri Pulau Pinang.

"Pengunduran Zahrain jelas ekoran kepentingan peribadinya, yang diakui sendiri tidak gembira dengan penolakan saya terhadap permintaannya dalam Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP)," kata Lim Guan Eng.

Zahrain menamatkan teka-teki kedudukannya dalam PKR dengan meletakkan semua jawatan dalam parti ekoran tidak puas hati dengan pendadbiran kerajaan negeri oleh Lim dan hilang kepercayaan terhadap parti.

Beliau dilaporkan berkata, dakwaan cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis yang diberikannya kepada Lim baru-baru ini dibuktikan dengan "usaha pengyingkirannya sebagai pengerusi IGP".

Dalam satu kenyatannnya hari ini, Lim berkata, beliau pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.

"Malah, lembaga pengarah PDC bersetuju degan cadangan saya supaya tender terbuka dijalankan," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Lim juga berkata, tidak benar sama sekali Zahrain disingkirkan daripada IGP seperti yang diulang dakwanya semalam.

"PDC memaklumkan saya tiada surat dihantar sama ada daripada PDC atau IGP atau mana-mana pengarah IGP, termasuk Zahrain berhubung sebarang perubahan," katanya.

Justeru, Lim mempersoalkan kredibilit Zahrain yang terus menerajui GLC tersebut memandangkan pelantikan pada 9 Julai 2008 sebelum ini dibuat berdasarkan kapasitinya sebagai ahli parlimen PKR.

"Jika beliau boleh berhenti daripada PKR, kenapa beliau tidak melakukan perkara yang terhormat dengan turut berhenti daripada IGP?" soal Lim lagi.-Malaysiakini

Friday, February 12, 2010

Nizar Masih Menteri Besar Perak !!! - Tengku Razaleigh Hamzah


Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar” Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.

Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.

Dua prinsip perlu dijelaskan:

Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinny a mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.

Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.

Tengku Razaleigh Hamzah

Sunday, February 7, 2010

Isu MB Perak: 9 Februari 2010 !!!


Rakyat negara ini amnya dan negeri Perak khususnya menanti keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan mengumumkan keputusannya pada 9 Februari ini sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal dalam jawatan itu atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat kembali jawatannya. Keputusan itu amat ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negeri itu atau kembali kepada pemerintahan Pakatan Rakyat. Panel lima hakim yang bersidang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Setahun sudah isu rampasan kuasa di Perak berlalu maka selasa ini akan diketahui siapa yang akan menerajui Perak. Rata rata seluruh rakyat Malaysia sudah menjangkakan Zambry akan memenangi pertelingkahan jawatan Menteri Besar Perak, walaupun hakikatnya semua sedia maklum rakyat telah memilih Pakatan Rakyat memerintah Perak namun dengan sepantas kilat Umno menafikan kehendak rakyat Perak.

Walaupun Ir Nizar dinafikan oleh Umno tapi rakyat harus ingat sokongan padu pada Ir Nizar berterusan pabila beliau memenangi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. Lagi hebat ditekan lagi hebat sokongan rakyat diberikan pada perjuangan Pakatan Rakyat.

Seandainya selasa ini mahkamah mengadili dan menentukan Zambry sebagai Menteri Besar Perak adakah rakyat juga akan mengadili Umno akan terus memerintah Perak bila tibanya pilihanraya umum ke 13 nanti.

Aku percaya begitu banyak isu semasa politik yang menimbulkan kebencian rakyat pada umno seperti isu royalti minyak Kelantan, kes liwat Dato Seri anwar Ibrahim, isu MB Perak dan lain lain lagi isu semasa yang membuak hati perasaan rakyat membenci Umno walaupun menteri menteri umno mengatakan rakyat masih sokong BN di saluran berita nasional.

Dimedia massa Umno boleh berbohong tapi dilaman-laman di internet umno hanya mampu menangkis tapi tidak mampu menyekat.
Bercakap benar dicantas, berbohong dijulang.Dalam Umno menipu dapat lebih, bercakap benar makan ala kadar.

Monday, February 1, 2010

Rakyat Masih & Sedang Menilai Pakatan Rakyat !!!

Pilihan raya Umum mungkin akan berlaku dalam masa setahun atau lebih. Pilihan raya kecil di Perak juga tidak mustahil akan berlaku dalam masa terdekat. Adakah gelombang perubahan rakyat akan berlaku lagi jika pilihan raya diadakan? Adakah rakyat di sesetengah tempat masih setia menyokong PAS dan PR?

Kepimpinan dan penyokong PAS serta PR perlu tahu dan faham bahawa rakyat sedang menilai kemampuan parti dokongan mereka. Parti yang mahu menggantikan Umno mestilah lebih mantap dan kuat. Begitu jugalah jika Pakatan Rakyat (PR) mahu menggantikan Barisan Nasional.

Kekalutan beberapa pemimpin PR yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti menunjukkan PR sendiri tidak mantap dan mudah goyah. Pemimpin pusat dilihat tidak mampu mentarbiah pemimpin dan ahli bawahannya. Dengan kata lain, beberapa ahli parti gagal memahami konsep serta gagasan parti dan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Tuduh-menuduh, menyaman serta mengeluarkan kenyataan media di kalangan ahli parti dan Pakatan sepatutnya tidak berlaku. Media arus perdana memang telah berjaya memainkan isu bagi kepentingan Umno.

Begitu juga kenyataan umum seperti penggunaan kalimah Allah, keagamaan serta isu-isu nasional perlu dikeluarkan melalui saluran pusat. Komen yang didedahkan kepada media tanpa melalui saluran pusat boleh menjejaskan imej parti.

Untuk semua ahli dan penyokong PAS serta PR, kembalilah kepada konsep berparti. Apa hebatnya jika niat yang disangka baik boleh merosakkan parti itu sendiri? Parti yang mantap sudah tentu mempunyai saluran tertentu bagi meluahkan ketidakpuasan hati ahlinya. Persoalannya, mengapa saluran berkenaan tidak digunakan?

Adakah kita mahu tujuan murni Pakatan Rakyat menggantikan Kerajaan Barisan Nasional berkubur begitu sahaja disebabkan kerenah beberapa pemimpinnya. Justeru itu tindakan Lembaga Disiplin dilihat sangat wajar.

Ketahuilah, kelemahan Umno tiada memberikan apa-apa makna jika PAS dan Pakatan semakin lemah. Jangan kerana kepentingan peribadi, kepercayaan dan harapan rakyat dilupakan begitu sahaja. Semoga apa yang terjadi akan lebih mematangkan PAS dan PR.

--HarakahDaily

Wednesday, January 27, 2010

Krisis MB Perak: Nizar Usah Bermimpi Jadi MB!!!


Setelah beberapa bulan ditangguh, akhirnya Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada 9 Febuari ini untuk memuktamadkan siapa Menteri Besar Perak sama ada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin atau Dato Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Bagi saya Nizar tidak perlu bermimpi untuk jadi Menteri Besar kerana beliau memang sudah jadi Menteri Besar Perak yang sah.Biasanya orang bermimpi kerana terlalu memikirkan atau teringinkan sesuatu. Mimpi juga dikatakan mainan dalam tidur.

Apa perlu Nizar bermimpi kerana ui proses pilihanraya berdasarkan prinsip demokrasi. Mana ada sejarah mana-mana tamadun dan negara era moden ketua sesebuah negara atau negeri dipilih oleh mahkamah. Kalau macam tu lebih baik tak payah buat pilihanraya. Bukan sahaja buang duit rakyat tetapi juga membazir masa.

Lagipun yang bakal membuat keputusan nanti ialah mahkamah Malaysia yang diselubungi dan dikaitkan dengan pelbagai isu serta skandal yang tak selesai-selesai. Apapun keputusan mahkamah nanti pada 9 Febuari ini tidak mampu menyelesaikan konflik politik di Perak. Ini kerana pemilihan Menteri Besar kali ini telah mengikut lunas di luar tabie.

Jika Nizar menang, adakah orang Umno@BN akan berdiam diri? Begitulah sebaliknya jika Zambry menang. Inilah padahnya bila sistem demokrasi dalam negara dikhianati dan dicabuli.

Tetapi sekurang-kurangnya apabila Nizar menang akan mengembalikan semula hak rakyat untuk memilih siapa Menteri Besar mereka yang sah kerana Nizar dan Pakatan Rakyat Perak cukup konsisten dengan pendirian untuk memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN.-DetikDaily

Oleh Angkasanuri

Friday, January 15, 2010

Rombakan Kabinet Tak Lama Lagi?

Desas-desus mengenai kemungkinan berlakunya rombakan kabinet semakin kuat diperkatakan di kalangan ahli politik MCA ketika pakatan Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Chua Soi Lek, mensasarkan Mac ini untuk mengadakan pemilihan baru bagi menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda parti itu.

Ketika Ong dan Chua mahu pemilihan itu diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina, kumpulan yang menyokong naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkeras ia diadakan dalam bulan ini.

Mereka mendakwa Ong dan Chua sengaja melambat-lambatkannya supaya mempunyai lebih banyak masa untuk mengumpulkan sokongan.

Sebelum ini, kumpulan Liow gagal mendapatkan sokongan 21 ahli jawankuasa pusat (CC) MCA untuk meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru itu diadakan bulan ini.

Hanya 13 ahli CC yang berbuat demikian dan mereka terdiri daripada Liow sendiri dan para penyokongnya.

Berikutan itu, nampaknya, satu-satunya pilihan yang ada ialah untuk mengadakan pemilihan baru parti itu Mac depan.

Pertembungan Chua-Liow?

Selepas pemilihan itu selesai, mengikut amalannya, calon-calon yang menang akan mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri yang diperuntukkan kepada MCA.

Chua dijangka berentap dengan Liow bagi jawatan presiden kerana Ong dikatakan tidak berminat untuk mempertahankan jawatan tersebut.

Pemilihan tersebut bakal menyaksikan persaingan sengit antara pakatan Ong-Chua dengan kumpulan yang menyokong Liow, yang dikatakan mendapat sokongan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting.

Berdasarkan mesyuarat agung luarbiasa (EGM) Oktober lalu, maka pemilihan kali ini bakal menyaksikan persaingan paling sengit dalam sejarah MCA bagi merebut enam jawatan tertinggi - presiden, timbalan dan empat jawatan naib presiden.

Berikutan itu, penyandang jawatan empat menteri dan enam timbalan menteri yang diisi oleh MCA itu, mungkin berubah jika ada yang tumbang dalam pemilihan nanti.

Desas-desus mengenai rombakan kabinet tersebut juga telah mendorong sesetengah menteri mengambil sikap 'tunggu dan lihat' dan tidak mengisi jawatan lantikan politik, sehinggalah keadaan lebih jelas Mac ini.

Beberapa sumber MCA juga berkata, kesabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin tipis dan beliau mahukan parti itu menyelesaikan krisis kepimpinannya menjelang Mac ini.

Peluang terakhir Khairy?
Sementara itu, rombakan kabinet kali ini dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan tahun depan.

Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ismail juga dilantik sebagai timbalan menteri sukan. - Malaysiakini

Thursday, January 7, 2010

Krisis Politik Perak: Pilihanraya Atau Tidak?


Keputusan mahkamah tentang siapa Menteri Besar yang sah di Perak kian mendebarkan. Khabar angin yang masuk mengeluarkan asap panas di serata pelusuk negeri Perak. Perkembangan politik Perak yang seakan muram kembali hangat menjelang keputusan mahkamah yang ditangguhkan.

Keputusan yang menentukan halatuju negeri Perak. Apakah isu nama Allah yang lahir dari keputusan mahkamah juga sesuatu yang dirancang untuk politik Perak? Segalanya tidak mustahil dalam politik Malaysia. malah banyak yang pelik dari tak peliknya.

Tinjauan di sekitar Ipoh sehari dua ini khususnya di bangunan umNO yang terletak bersebelahan dengan hotel Casuarina dan sebaris dengan istana Kinta sedikit menjemput persoalan.

Kebanjiran kereta setiap malam mengundang pertanyaan. Mesyuarat umNO di beberapa cawangan umNO khususnya sekitar Ipoh yang dijalankan seakan serentak satu arahan itu juga boleh menimbulkan tandatanya.

Keputusan mahkamah boleh diramal berdasarkan undang undang, kecenderungan politik dan sokongan kaum bukan melayu yang sedikit mempercayai Najib hasil satu Malaysia memberi sedikit kelegaan kepada umNO.

Usaha Najib melalui satu Malaysia yang sebenarnya menjelmakan konsep Malaysia malaysia yang diperjuangkan DAP dulu memberi harapan kepada bukan melayu. Konsep Satu Malysia ini tidak di fahami oleh kaum melayu. Mereka masih dibutakan dengan perjuangan kebangsaan umNO melalui slogannya.

Bajet Zamry yang mencetuskan sejarah bajet tercepat dan terengkas diluluskan di dunia membuktikan perhatian umNO beralih kepada kaum bukan melayu. Peruntukan khas kepada sekolah bukan melayu seperti SUWA melegakan Cina.

Walaupun peruntukan seperti itu ditentang sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat, namun apa yang dibuat oleh Bn itu digambarkan sebaliknya.

Peruntukan sama di zaman DS Nizar menjadi MB dianggap khianat kepada melayu walaupun meluluskan peruntukan sama kepada sekolah agama, namun peruntukan sama kerajaan Kudeta Zamry dianggap keadilan kaum.

Inilah hipokritnya umNO. Ia juga melambangkan kebodohan penyokong yang menyokong dan mengiakan secara "mengkhinzir buta".

Ternyata detik 7 Januari akan menentukan halatuju politik Perak. Zamry seakan akur bahawa kuasa yang ada padanya sekarang adalah umpama kuasa kerajaan pasir berdengung. Ada tahta tanpa rakyat dan kuasa.

Walaupun beliau mengaum mengatakan ramai pelabur datang ke Perak...akal yang sihat akan melihat betapa bodohnya pelabur yang ingin melabur di dalam sebuah kerajaan yang terumbvang ambing melalui Menteri Besar yang masih dipertikaikan kuasanya di mahkamah.

Pelabur bukan bodoh sebagaimana bodohnya penyokong kudeta ini. Mereka tidak akan mjencagarkan pelaburan mereka dalam negeri yang tidak menentu politiknya.

Keyakinan beberapa perkara di atas menjadikan keyakinan semakin kuat bahawa pilihan raya adalah jalan terbaik buat penyelesaian kemelut politik Perak.

Itupun jika mereka meyakini mereka ada peluang untuk menang.

--DetikDaily

Saturday, January 2, 2010

Turunkan BN Untuk Turunkan Harga Barang


Hadiah paling istemewa kepada seluruh rakyat Malaysia pada hari ini tidak lain ialah dengan kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam tadi.Alasan yang diberikan seperti yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ialah berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari kelmarin namun isu ini telah hangat diperkatakan dan keputsannya telah diketahui oleh banyak pihak sebelum ini.

Memang benarlah kata banyak pihak bahawa slogan "rakyat didahulukan, prestasi diutamakan" adalah suatu realiti yang memang berlaku dan sekali ini rakyat sekali lagi didahulukan untuk tahun 2010 dengan terpaksa menaggung kenaikan harga barangan perlu tersebut.

Selain itu benarkan slogan BN adalah menefistasi dari Barang Naik yang akan ditanggung oleh rakyat selagi mana BN memerintah Malaysia.

Hampir tidak ada rakyat Malaysia yang tidak terlibat dengan gula, walaupun dia mengidap diabetis namun pengambilan gula cuma dikurangkan pengunaannya namun dia masih memerlukan gula.

Kerana itu kenaikan harga gula saya andaikan hadiah yang tidak semanis barangan itu untuk tahun 2010 kepada semua rakyat Malaysia. Tambahan pula kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain yang beraskan kepada gula pada masa akan datang.

Oleh itu bagi sesiapapun rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kemakmuran ekonomi rakyat yang patut terbela, mestilah memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menduduki Putra Jaya bagi menggantikan peranan BN yang sekian lama telah mengkhianati amanah dan mandat rakyat.

Sesunggunya untuk mengelakkan harga barang naik, BN mestilah diturunkan secepat mungkin.

http://idhamlim.blogspot.com

Saturday, November 21, 2009

PRK Kota Siputeh: Rayuan SPR & Bekas ADUN Cemarkan Demokrasi ??


TINDAKAN Bekas ADUN Kota Siputeh dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat rayuan ke mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar amat membimbangkan akan menambah parah penghormatan rakyat dan dunia terhadap institusi kehakiman Malaysia.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar telah mengesahkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong berikutan ADUNnya, Abu Hasan Sharif hilang kelayakan sebagai ADUN setelah gagal hadir ke ersidangan DUN dua kali bertutur-turut tanpa memaklumkan dan kebenaran speaker.

Memperdebatkan perkara berkaitan keputusan speaker DUN dan Parlimen di mahkamah adalah tindakan yang mencabul demokrasi berparlimen ala western Master dan boleh menggugat kepercayaan awam terhadap mahkamah.

Ini kerana mahkamah sebagai badan kehakiman tidak boleh mencampuri urusan badan eksekutif, begitulah sebaliknya. Kedua badan ini dalam kuasa berbeza. Demikian ditegaskan oleh Ahli MPT KeADILan juga bekas Ketua Perhubungan KeADILan Sabah, Hj Ansari Abdullah yang telah 30 tahun lebih terlibat sebagai pengamal undang-undang.

Menurut Hj Ansari, apabila badan eksekutif seperti DUN atau Parlimen membuat keputusan, maka SPR kena akur dan hormati keputusan yang telah dibuat oleh Speaker Dewan yang melaksana kuasa di bawah arahan tetap standing order.

Beliau kecewa apabila melihat Speaker DUN Perak dan Kedah terpaksa turun naik mahkamah untuk mempertahankan keputusan mereka. Sepatutnya perkara ini tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terutama SPR menghormati bidang kuasa masing-masing.

Namun demikian, beliau menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar tepat kerana mengembalikan kuasa pemutus kepada speaker DUN dan mengikut undang-undang sedia ada. Hj Ansari juga menyokong penuh kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung tindakan-tindakan yang mencemar institusi kehakiman.

Institusi kehakiman kita terus merudum semenjak pemecatan Tun Salleh Abas pada tahun 1988 dan telah mendapat teguran pedas Bapa kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra yang menyatakan tahun 1988 merupakan tahun terburuk dalam institusi kehakiman semenjak merdeka. Keputusan-keputusan mutakhir ini juga menunjukan bagaikan ada campurtangan dalam membuat keputusan.

Kes Video Linggam, Menteri Besar Perak, ADUN katak Perak dan Persiangan memperlihatkan keputusan akan menyebelahi BN sekiranya kes dibawa ke mahkamah Rayuan. Tidak mustahil kes Kota Siputeh akan menjadi seperti kes Persiangan dan akan menambah hitamkan lagi institusi kehakiman.

--DetikDaily

Wednesday, November 18, 2009

Nizar:- Tindakan Dan Perbuatan Membentuk Persepsi !! Terbukti Najib Betul...

Oleh: M3M

Satu Forum Sembang-Sembang bertajuk… Will BN or PR win, if General Election Was Held Today? telah diadakan di Caring Society Complex, Pulau Pinang pada 16 November. Penceramahnya ialah Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Centre for Opinion Research.

Apa yang menarik ialah pendapat Ibrahim Suffian. Dia kata… sekiranya pilihanraya umum diadakan sekarang, Pakatan Rakyat akan bungkus. Pada pendapat dia, BN akan menang bergaya. Mengapa?

Sejak naik jadi PM, popularity Najib melonjak naik dari 45% ke hampir 60%. Begitu juga dengan sokongan kaum India kepada BN yang meningkat dari 33-45 % kepada 55 %. Sokongan kaum Melayu pula naik, daripada 53 pad PRU12 kepada 57%, manakala sokongan kaum Cina tidak banyak berubah iaitu sekitar 35-45%

Apa yang ketara ialah kaum India sudah mula beralih sokongan kepada Nijib/BN. Ini merupakan satu kejayaan perang saraf Najib ke atas kaum India. He managed to win the mind and the hearts of the Indians.

Orang India sebenarnya sudah fed up dengan parti-party politik yang kononnya memperjuangkan nasib mereka…. terutamanya MIC. MIC dilihat gagal memperjuangkan dan memperbaiki taraf hidup masyarakat India. Talk saja big tapi not much yang dilakukan untuk mereka…. yeilek. Nasib kaum India, pi mai…. pi mai… tang tu juga, masih di takuk lama. Taraf hidup mereka, makin susut…. yang bertambah ialah rambut Samy Bello!!

Dalam keadaan hidup mereka terhimpit dari semua aspek, Najib muncul membawa sinar harapan kepada mereka. Dia pergi melawat Batu Caves…. dia bebaskan para pemimpin Hindraf daripada tahanan ISA…. merestui penubuhan parti Makkal Sakti…. penubuhan Yayasan… apa ke bendanya, aku pun tak ingat untuk counter permasalahan kaum India dan menjaga kebajikan mereka. Semua ini berjaya menambat hati kaum India. Najib dilihat serius mahu membantu mereka.

Tindakan dan perbuatan membentuk persepsi. Terbukti…. persepsi kaum India terhadap Najib/BN telah berubah. Ini… mereka zahirkan dalam PRK di Bagan Pinang dan melalui hasil dapatan survey yang dilakukan oleh Merdeka Centre, mengukuhkan lagi fakta ini.

Kredit patut diberi kepada Najib. Sebagai seorang oportunis, dia bijak mengambil kesempatan dan peluang yang ada bagi menguntungkannya. Bijak pulak mengurus dan memanipulasi persepsi. Dan… kaum India yang tersepit dan terhimpit dijadikan mangsa. Najib memang seorang oportunis yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Hasil survey yang dilakukan oleh Merdeka Centre ini, tidak boleh dipandang remeh. Ini patut menjadi ‘a wake up call’ kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat. Sesuatu mesti dilakukan untuk mengembalikan momentum sokongan rakyat kepada mereka. Jika tidak… nasib dan masa depan Pakatan Rakyat akan berada dalam bahaya.

Bolehkan kita persalahkan kaum India kerana sudah beralih arah? Dalam keadaan ekonomi yang sedang tenat, survival lebih penting. Politik tolak ke tepi dulu. Yang utama, diutamakan. Kehidupan perlu diteruskan dan diberi keutamaan. Perut tak boleh dibiarkan kosong.

Dan.. keadaan masyarakat India yang rata-ratanya hidup daif inilah….. dimanipulasi oleh Najib/BN. Tunjukkan sedikit rasa caring dan simpati…. hulur sana, hulur sini serba sedikit… buat itu dan ini… tubuhlah apa-apa yang patut ditubuhkan…. dan tengok, begitu cepat sekali kaum India beralih sokongan. Macam semut kerumun gula!!

Tetapi, apa para pemimpin Pakatan Rakyat buat untuk menangani masalah dan derita kaum India ini…. terutama di kawasan-kawasan estet?? Sebenarnya tak banyak. Tak cukup hanya pacify mereka dengan air liur. Demi survival… mereka maukan lebih daripada itu. Mereka mahukan sesuatu yang konkrit. Sesuatu yang dapat meringankan beban kehidupan mereka. Najib/BN dengan kuasa yang mereka ada, berjaya melakukan semua itu.

Apa yang rakyat lihat sekarang pada Pakatan Rakyat?? Kecelaruan demi kecelaruan. Kemelut demi kemelut berlaku antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. PAS dan DAP kelihatan tidak sehaluan. PAS dan PKR dilihat tak sebulu. PAS dengan kemelut dalamannya dan PKR dengan masalah katak-kataknya.

Sikap sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor, yang dilihat sengaja menimbulkan isu yang menjadi punca berlakunya pergeseran. Yang suka menggunakan media arus perdana untuk menyatakan ketidakpuasan hati, sikap tak bertolenransi, sikap tidak prihatin terhadap imej Pakatan Rakyat dan sikap menentang arus walaupun duduk dalam satu pasukan.

Sikap dan tindak tanduk para pemimpin atasan inilah yang mem’projectkan persepsi negatif Pakatan Rakyat di mata umum. So, siapa yang nak dipersalahkan jika rakyat mula rasa meluat…. fed up dan mula beralih sokongan? PRU 13 akan menjelma tak lama lagi. Jangan pulak, dah terantuk…. baru nak tergadah. Kalau nasi sudah menjadi bubur…. tak berguna lagi. Amaran sudah diberi. Signal pun sudah jelas. Jadi… tepuk dada, tanya selera. Do something… jangan goyang kaki saja!!

Sesuatu masih boleh dilakukan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sekarang Pakatan Rakyat sudah didaftarkan. Ini merupakan satu langkah positif bagi mewujudkan sistem dua parti di Malaysia. Walau pun… PAS, DAP dan PKR mempunyai perbezaan dari segi ideologi dan dasar tetapi pada masa yang sama, mereka mempunyai cukup banyak persamaan. Rakyat berada di hati mereka. Fokuskan kepada persamaan-persamaan ini untuk membina kekuatan. Tolak ketepi segala perbezaan buat sementara waktu dan tanganinya nanti dengan cara diplomasi, musyawarah serta berhemah.

Setiap parti dalam Pakatan Rakyat mesti mula melakukan ’scanning’ terhapap para pemimpin mereka. Get rid of atau peti sejukkan mana-mana pemimpin yang bermasalah. Kita tak perlu pemimpin macam itu. We need leaders who are more capable, credible dan reliable. Begitu juga dengan calon-calon yang bakal bertanding. Please…. no more calon bidan terjun ke… atau payung terjun… ke. Kenal pasti mereka daripada sekarang dan groom them untuk menjadi pemimpin rakyat yang sejati bukan pemimpin rakyat apabila tiba musim mengundi.

Para pemimpin ini perlu rajin turun ke padang bukan hanya nampak muka apabila pemimpin atasan turun atau semasa musim pilihan raya saja. Pemimpin yang suka menempek dan tumpang bernaung pada populariti pemimpin lain, tidak akan bertahan lama. Rakyat tak suka pemimpin seumpama ini.

Ingat… win the hearts , the soul and the mind of the rakyat. Bodek rakyat dan bukannya pemimpin atasan. Pemimpin yang pandai membodek rakyat, akan pasti sentiasa melekat di hati rakyat. Apabila tiba musim pilihan raya, tak payah susah-susah mem’promote’ diri, sebab sekiranya dicalonkan pasti akan mendapat undi mereka.

Persoalannya sekarang, Pakatan Rakyat nak menang atau nak kalah dalam PRU 13??

Kalau nak menang… pulihkan confidence rakyat. Caranya mudah, selesaikan semua masalah dengan segera, bentuk persepsi positif bagi membina semula kredibiliti supaya dapat mengukuhkan lagi reputasi. InsyaAllah… tsunami akan berlaku lagi.

--PerakExpress

Tuesday, November 17, 2009

PRK DUN Kota Seputeh: BN Rayu Keputusan Mahkamah :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

BN akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh susulan kegagalan wakil rakyatnya Datuk Abu Hassan Sarif hadir dua persidangan DUN berturut-turut.

"(Keputusan) ini proses mahkamah. Kita terima keputusan mahkamah dan kami akan bertindak mengikut keperluan.

"Jika boleh merayu, kita akan merayu. Kita mulakan dari situ," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau, yang juga pengerusi BN, diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengumumkan kekosongan tersebut dan seterusnya mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan satu pilihan raya kecil di kerusi itu.

Keputusan julung kali itu juga menyebabkan penyandangnya, seorang ADUN Umno, dihalang daripada menghadiri persidangan DUN yang bermula hari ini.

Dalam sidang media selepas merasmikan seminar Bio-Malaysia 2009 di Kuala Lumpur pagi ini, Najib bagaimanapun enggan menyentuh persediaan BN menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di situ.

"Apa sahaja yang mahkamah putuskan, kita kena ikut," katanya.

Mahkamah mengambil keputusan itu selepas membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Semakan itu difailkan pada 1 Oktober lalu selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan di Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya yang sah.

Speaker memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa wakil rakya BN itu bukan lagi seorang ADUN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan – pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini – seperti peruntukan perlembagaan negeri.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah agar satu pilihan raya kecil diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika seseorang ADUN tidak menghadiri mesyuarat dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Dalam pilihan raya umum lalu, Abu Hassan mengalahkan calon PAS Ismail Wan Teh dengan majoriti kecil 495 undi.

Kerusi tersebut mempunyai 19,771 pengundi dengan 91.1 peratus daripadanya golongan Melayu.

Permohonan untuk menangguhkan keputusan berkenaan akan didengar Jumaat ini.

Sementara itu, mengulas tentang bioteknologi di Malaysia dalam sidang media itu, Najib berkata, ia akan menjadi antara komponen utama bagi penyelidikan di Pusat Inovasi Nasional (MyNIC) yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, tambahnya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan membentangkan cadangan lanjut berhubung perkara itu dalam mesyuarat kabinet.

Najib juga berkata, dengan penglibatan pelbagai pihak, bioteknologi berpotensi tinggi untuk diperdagangkan di peringkat antarabangsa terutamanya dalam bidang pertanian dan kesihatan.-Malaysiakini

Monday, November 16, 2009

UMNO Celaka: Guna Media, SPRM Intai Kesalahan Pemimpin Pakatan - Anwar :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan setiap ruang yang ada pada media dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencari kesalahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Terbaru mereka cuba mengenakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan isu tajaan untuk menunaikan ibadat haji.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin Umno menggunakan setiap peluang untuk memperhodohkan wajah pemimpin Pakatan Rakyat.

“Sampai Tok Guru Nik Abdul Aziz hendak menunaikan haji pun cuba disekat dengan menggunakan media dan SPRM.

“Kerja khianat pemimpin Umno juga berterusan dilakukan dengan menggunakan sepenuhnya media massa yang mereka kuasai,” katanya pada perasmian penutup konvensyen KeADIlan Kelantan di KTC di sini, petang ini.

Hadir sama Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim, Ketua PKR Kelantan, Saifuddin Nasution Ismail, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Jumaat lalu Nik Abdul Aziz mengumumkan membatalkan hasrat menunaikan haji tahun ini disebabkan media sengaja membesarkan isu penajaan untuk ke Mekah.

Malah SPRM dilaporkan membuka fail siasatan berhubung isu terbabit.

Anwar berkata, biar pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menguar-uarkan konsep 1Malaysia, namun sebenarnya undang-undang yang dipakai ada dua di negara ini.

“Pemimpin Pakatan Rakyat cuba dianiayai dengan pelbagai tindakan melalui undang-undang, sedangkan pemimpin Umno dan BN terselamat.

“Tidakkah ini dinamakan sebagai dua undang-undang dan bukan 1Malaysia yang disibukkan perdana menteri,” ujarnya.

Beliau yang juga ketua pembangkang di parlimen berkata, sebab itulah pemimpin KeADILan yang tidak ada daya tahan mudah mengambil langkah mengkhianati parti sendiri.

Katanya apa yang berlaku kepada dua bekas Adun KeADIlan di Perak, seorang di Selangor dan seorang lagi di Kedah kerana tidak mempunyai daya tahan yang tinggi dalam perjuangan.

“Kalau beri RM5,000 mereka masih lagi tahan, kalau diberi RM50,000 mereka mulai goyah dan kalau diumpan ratusan ribu mereka sanggup meninggalkan perjuangan.

“Seperti juga berlaku kepada Adun Pelabuhan Klang yang sudah tujuh bulan didapati bermasalah. Ketika saya panggil dia datang dan memberitahu jangan ganggu dia,” katanya.

Lebih 1,000 perwakilan dari Cabang KeADILan di Kelantan hadir pada program separuh hari itu. Dua kertas kerja dibentang termasuk oleh Saifuddin dan Setiausaha Badan Perhubungan Terengganu, Rosli Abdullah.

Pada majlis itu juga Saifuddin menyerah 1,685 borang menyertai KeADIlan kepada Anwar.-HarakahDaily

Saturday, November 14, 2009

Mustafa Ali Sambut Baik Cadangan Nik Aziz Ketuai Pakatan Rakyat :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya


Cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat pertama mendapat sokongan dari Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa mengakui bahawa Nik Aziz adalah antara ikon penting yang mengikat parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan jika cadangan Zaid itu boleh diterima oleh lain-lain pimpinan Pakatan, beliau menyokong cadangan itu.

"Bagaimanapun ia hendaklah mendapat sokongan dari semua pimpinan Pakatan terlebih dahulu," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Datuk Zaid dalam blognya mencadangkan agar Nik Abdul Aziz menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat.

Dalam poll yang dibuat oleh NTV7 malam ini, siapa yang sepatutnya memimpin Pakatan, Nik Aziz mendapat 44%, Datuk Seri Anwar 43%, Lim Kit Siang 17% dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi 6%.

"Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. (Datuk Seri Tuan Guru) Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India.

"Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO," tulis Zaid dalam blognya.

Sebelum ini, Zaid bersama lima lagi pemimpin Pakatan iaitu dua dari setiap parti mendaftarkan secara rasmi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Zaid telah dinamakan sebagai pengerusi protem itu.

"Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu.

"Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu," tulis Zaid dalam blognya.

Dalam tulisannya itu, Zaid juga mencadangkan agar Tengku Razaleigh Hamzah dilibatkan dengan Pakatan Rakyat.

Para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka, tulis Zaid.

Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang ’striker’ lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan pasukan. Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politik nya kontemporari, tulisnya.

Menurut Zaid, beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat.

Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama, katanya.

"Saya sedar Ku Li masih mempunyai impian untuk memulihkan UMNO, iaitu menghidupkan semula UMNO asal yang telah mati (dan kemudiannya menjadi alat untuk kroni-kroni parti dengan masalah politik wang dan rasuah). Bagi saya tidak ada salahnya kerjasama seperti itu kerana hasrat bersama kita ialah membuat pembaharuan ke arah sistem pemerintah yang bersih, cekap dan tidak rasuah," tulisnya lagi.

Dalam tulisannya, Zaid mempunyai pandangannya tersendiri dalam usaha Pakatan Rakyat untuk mengembangkan sayapnya di Sabah dan Sarawak.

"Realiti politik menunjukkan ia adalah usaha yang amat berat. Kesan buruknya sudah pun kelihatan sekarang apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam pilihan raya umum 2008.

"Hakikat politik juga menunjukan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak.

"Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan tetapi juga membawa kepada kesan yang lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan. Bukankah ini lebih realistik?" tulis Zaid.

Yang penting, bagi beliau adalah untuk menjadi ikatan kuat dalam Pakatan ialah kesanggupan semua pihak untuk bersetuju tanpa berdolak-dalik untuk memastikan wujudnya dasar-dasar negara yang baik dan dipersetujui bersama melalui perbincangan sebagai landasan perjuangan.

"Hanya gabungan besar atau “grand coalition” seperti ini mampu mengatasi gergasi BN," katanya.

"Sebaliknya jika para pemimpin besar ketiga-tiga parti ini masih lagi merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat, dan memadai dengan meneruskan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya atau “electoral pact” semata-mata, saya yakin impian ke Putrajaya hanya akan kekal sebagai mimpi di siang hari," tulisnya lagi.-HarakahDaily

Strategi Anwar Jejaskan Peluang Pakatan Rakyat ...?? :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

Kalau benar seperti kata dan kenyataan Zulkifli Nordin dalam blognya , iaitu Anwar mula untuk menyerang Najib , bermula dari sekarang hingga PRU 13 nanti ,rasanya tindakan ini bukan lah 100% tepat.

Sudah habis fikir kah team ‘think tank’ Anwar ? Sudah jadi beku kah otak semua penasihat Anwar kini ? Sudah habis idea kah ?

Apa yang dikuatiri dan takut2 , dalam keadaan semua orang seronok membelasah Najib dan team UMNO/BN , ianya menjadi senjata makan tuan , yang boleh mencederakan Pakatan Rakyat dan akhirnya menjejaskan peluang untuk menawan Putrajaya , yang masih jauh lagi perjalanannya.

Apa yang perlu difokuskan ialah ,75 % dari masa , aktiviti dan program serta tindakan selepas ini harus perlu menonjolkan kebaikan pemimpin PR , kebaikan PR , program – program PR , dan seumpamanya

Jadi mungkin hanya sebanyak 25 % dari masa , aktiviti , program dan tindakan perlu ditonjolkan keburukan Najib , UMNO/BN Perlu ditumpukan apakah tawaran PR kepada rakyat , bermula dari sekarang.

Bentangkan ‘blue print’ , perancangan , cadangan dan projek – projek untuk rakyat nilai dan berikan perakuan.

Tidak perlulah takut , kalau2 ianya diceduk oleh Najib dan team UMNO/BN nya.

Akhirnya rakyat juga yang menilai dan keputusan muktamad terletak di tangan pengundi.

Perlu ada dan harus bermula dari sekarang sehingga 24 bulan akan datang atau sehingga datangnya PRU 13 nanti , penonjolan secara ketara , konsisten , dan berkala nilai – nilai positif dan keperibadian serta akhlak mulia dan terpuji , kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan khususnya kepada kumpulan – kumpulan sasaran , iaitu golongan anak muda , orang – orang bukan Melayu , Cina dan India dan lain – lainnya , serta kumpulan pengundi atas pagar.

Tokoh – tokoh utama , pemimpin – pemimpin utama di peringkat negara , negeri , dan daerah perlu dihebah – hebahkan secara berterusan , mindanya , pemikirannya , akhlaknya , wawasannya dan ketokohannya.

Harus perlu diingat , masih ramai lagi dikalangan pengundi – pengundi dari kumpulan sasaran tadi yang belum lagi mengenali secara dekat tokoh – tokoh , seperti TGNA , TGHH , DSAI , LKS , LGE dan lain – lainnya

Sekiranya perlu dibuat satu siri dokumentari , Siri penulisan , dalam bentuk video dan sebagainya , maka tempoh 24 bulan ini dikira masih belum terlambat untuk dimulakan dari hari ini.

Adakah pimpinan di peringkat pengurusan 3 komponen utama PR ini masih tidur ? Ayuh , cepat dan lekas lah bangkit , bangun lah dari tidur. Jadi , sekiranya ada dikalangan peminat blog ini , yang ada hubungan langsung dengan pimpinan di atas sana ,elok panjangkan.

Katakan , walaupun pahit , strategi menyerang ada baiknya , tetapi dalam keadaan semua orang susah kini , ekonomi tenat , pemikiran kebanyakan orang sudah tidak berapa waras , dan ketika ini kita hidangkan cerita – cerita keburukan orang , iaitu Najib dan team UMNO/BN nya , sangat dikhuatiri sekali , ianya menjadikan orang tambah marah dan benci kepada PR. Kan susah nanti.

Rakyat terbanyak rasanya lebih menginginkan supaya PR menghebahkan kebaikan – kebaikan tokoh – tokohnya dan juga apakah tawaran – tawaran untuk rakyat untuk 24 bulan akan datang dan seterusnya .

Jangan pedulikan berita ini SATU , DUA , TIGA & EMPAT , cuma perlu lebih berhati – hati menilai motif sebenarnya , takut2 ia jadi umpan yang lazat , supaya PR jadi lebih gelojoh dan lahap , tanpa menyedari adanya mata kail di dalamnya.

--DetikDaily

Friday, November 13, 2009

Sokong Pakatan Rakyat Atau Sentimen Asal Bukan UMNO/BN ? :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya


Benarkah banyak orang mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 kerana bukan sangat menyokong PAS, DAP atau KeADILan, tetapi sebab menolak Umno? Maknanya mereka memilih tidak kira siapa asalkan calon pilihan raya itu bukan Umno. Asal bukan Umno atau ABU.

Disebut sebagai asal bukan Umno dan bukannya asal bukan Barisan Nasional kerana kebencian dan kemarahan pengundi, tidak kira Melayu, Cina atau India, pada Umno. Justeru, mereka menyokong PAS, DAP atau KeADILan.

Hakikatnya kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 mempunyai banyak faktor. Walaupun terdapat sebahagian pengundi memilih PAS kerana ABU tetapi tentunya tidak semua berbuat demikian.

Ada banyak yang sememangnya memilih PAS kerana mendokong parti itu, serta program-programnya. Atau fahamannya, atau budaya serta para pemimpinnya.

Kalau dilihat setiap kawasan pilihan raya, tidak boleh dinafikan bahawa terdapat calon-calon PAS yang jauh lebih baik daripada Umno dan mereka menang.

Dalam hal ini pengundi memilih calon berkenaan dan bukannya parti. Tidaklah pula mereka memilih seseorang asal bukan Umno. Ini kerana calon itu begitu kuat, walaupun katakan seseorang pengundi tidak begitu cenderung untuk menyokong PAS.

Justeru, dalam memilih calon untuk disokongnya, terdapat banyak faktor yang terlibat. Lain pengundi, lain pula motivasinya. Untuk mengatakan bahawa orang memilih PAS kerana menolak Umno adalah suatu yang simplistik.

Kajian sememangnya boleh dibuat, dan daripada angka-angka itu hendak ditunjukkan bahawa orang muda menolak Umno, dan mereka memilih PAS hanya kerana tidak mahu Umno. Tetapi untuk mengatakannya secara menyeluruh, ia adalah tidak wajar, dan merupakan satu mitos.

Bagi diri penulis, sebagai pendokong PAS sejak tahun 1982, tentunya tidak pernah timbul mengundi parti Islam dalam pilihan raya 2008 kerana menolak Umno.

Sebagai pendokong, PAS jiwa penulis adalah memihak kepada pembangkang. Tidak kira siapa, asalkan ia menolak Barisan Nasional pimpinan Umno. Adakah penulis mengundi sepanjang hidup ini kerana asalkan bukan Umno?

Dalam pilihan raya tahun 1982, di kawasam penulis, yang bertanding ialah DAP, yang dilawan MCA. Penulis sebagai pendokong PAS, iaitu pembangkang memilih DAP. Pada zaman di mana PAS dan DAP menentang dengan keras pada satu sama lain. Semasa itu orang belum terfikir tentang Barisan Alternatif apatah lagi Pakatan Rakyat.

Dari satu segi, sememangnya penulis memilih DAP kerana asalkan bukan BN kerana dokongan adalah pada pihak pembangkang. PAS pula adalah pembangkang. Kawasan itu terus dipegang oleh DAP termasuk dalam pilihan raya umum lalu.

Pada pilihan raya umum 1986, penulis berpindah kawasan. Di kawasan penulis, yang bertanding adalah PAS lawan Umno. Itu mudah kerana penulis memilih PAS, walaupun kalah di kawasan itu. Pada tahun 1990 dan 1995, PAS terus bertanding menentang Umno. Penulis tetap mengundi untuk PAS. Tetapi PAS terus kalah di kawasan itu. Tetapi undi bertambah setiap kali pilihan raya umum pada tahun 1999 dan 2004.

Tetapi pada tahun 2008, buat pertama kali PAS mengalahkan Umno. Adakah pengundi memilih PAS hanya kerana asal bukan Umno? Sedangkan jelas setiap kali pilihan raya umum, undi bagi PAS terus bertambah.

Pada tahun-tahun itu, penulis sudah berpindah kawasan. Di kawasan baru ini, dalam pilihan raya umum tahun 1999 dan 2004, PAS bertanding menentang Umno di kawasan Dewan Undangan Negeri dan KeADILan di kerusi Parlimen. Seperti biasa penulis memilih PAS dan KeADILan.

Penulis memilih KeADILan bukan kerana ia sekutu PAS. Parti itu dipilih kerana ia adalah pembangkang. Katakan KeADILan memusuhi PAS, penulis tetap memilih KeADILan. Begitu juga kalau DAP yang bertanding. Penulis mengundi DAP. Iaitu kalau PAS tidak bertanding.

Pada tahun 1999, buat pertama kalinya PAS dan KeADILan menang di kawasan-kawasan itu. Dalam pilihan raya tahun 2004, penulis sekali lagi memilih PAS dan KeADILan di kawasan itu. Tetapi kali ini Umno menang untuk kedua-dua kerusi. Namun pada tahun 2008, PAS dan KeADILan menang semula.

Dalam pilihan raya kali ini, anak sulung penulis sudah boleh mengundi. Dia memilih PAS dan KeADILan. Sebab apa? Dia berasa bahawa BN dan Umno sudah tidak wajar diberikan sokongan. Kalau DAP yang bertanding, adakah dia menyokong? Katanya, dia memihak kepada pembangkang. Dan sekarang kepada Pakatan Rakyat. Kalau Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertanding? Dia memilih parti itu. Adakah pemilihannya kerana asal bukan Umno atau asal bukan BN?

Bagi dia, tidak. Sememangnya dia menolak Umno dan BN. Tetapi dia memilih Pakatan Rakyat bukannya kerana menolak BN. Sememangnya dia menyokong Pakatan Rakyat. Tetapi bukannya PAS, DAP atau KeADILan. Malah bukan kerana pembangkang pun.

Dia memilih PAS, DAP dan KeADILan kerana fahaman parti-parti itu yang segar, bersih dan bebas, walaupun banyak masalah. Apabila Pakatan Rakyat ditubuhkan, dia gembira kerana akhirnya ketiga-tiga parti itu menyerlahkan fahaman bersama. Baginya ia berbeza daripada BN. Generasi muda sememangnya memilih Pakatan Rakyat, dan bukannya asal bukan Umno.

--DetikDaily

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost