Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Friday, March 5, 2010

PAS Cabar Mufti Perak Masuk Politik, Jangan Perlekeh Pakatan Rakyat


PAS mencabar Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria meletakkan jawatannya untuk bergiat aktif dalam politik termasuk bertanding pilihan raya daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan memperlekehkan kerjasama Pakatan Rakyat.

“Saya mencabar Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.Sambil menyifatkan Harussani sepatutnya memahami persekitaran kerjasama sebelum 8 Mac 2008, Mahfuz berkata, PAS tidak wajar memutuskan hubungan yang telah dijalin bersama komponen Pakatan Rakyat

“Saya tidak tahu apa yang berlaku itu (perbincangan selepas pilihan raya umum).

“Tetapi yang penting, bolehkah kita yang ada Pakatan Rakyat, menyertai pilihan raya secara bersama dengan mereka, jatuh bangun dan susah payah menghadapi pilihan raya... tidak boleh mengkhianati semangat setiakawan yang telah dibentuk,” kata Mahfuz.

Mahfuz memberitahu Harussani sebagai mufti seharusnya faham dalam Islam juga tidak digalakkan memungkiri janji kerjasama yang telah dijalin dengan DAP dan PKR.

Malah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap Harussani tidak menghalalkan unsur-unsur rasuah yang didakwa diamalkan oleh kalangan pemimpin BN-Umno.

Sehubungan itu, Mahfuz juga menambah bahawa kelihatan masih ada usaha di kalangan Umno dan BN termasuk menggunakan mufti untuk melakukan usaha ‘menarik’ wakil-wakil rakyat.

Kata beliau, ia menunjukkan Umno-BN terus berada dalam suasana cemas untuk mendapatkan kuasa dengan menarik sokongan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

BN mengambil alih kerajaan negeri Perak pada Februari 2009 ekoran tindakan tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas mesra BN.

Mahfuz mengulas kenyataan Harussani mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.

Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Kata beliau apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan BN, Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata pihaknya tidak akan bersekongkol dengan orang Umno yang zalim dan lebih baik berkawan dengan kafir yang dirujuk kepada DAP.

Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud PAS akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

“Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

?”Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

“Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat,” katanya.

Bagaimanapun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dengan menteri besar dari PAS hanya bertahan 10 bulan.

Ia digulingkan apabila tiga Adun Pakatan Rakyat keluar PKR dan DAP, sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas.M/I

Monday, February 22, 2010

Hukuman Lebih Berat Untuk Hassan Ali - Khalid Samad


Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang digantung keahliannya selama enam bulan dalam PAS, menggesa supaya hukuman ke atas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali ditambah, bagi memperlihatkan kejujuran parti itu dalam membuat keputusan.

Khalid yang turut digantung daripada jawatan yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti itu, membuat gesaan itu ketika mengumumkan tidak akan merayu terhadap keputusan jawatankuasa disiplin terhadapnya.

"Kejujuran akan terbukti jika hukuman kepada Datuk Dr Hasan Ali diperkukuh dan ditambah, barulah nampak kita jujur," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

"Orang yang keluarkan kenyataan yang menjejaskan Pakatan Rakyat ini, perlu dikenakan tindakan," katanya lagi.

Sebelum ini, jawatankuasa disiplin turut mendapati Dr Hasan bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat) dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut hanya memutuskan memberi amaran bertulis kepada Hasan.

Mengulas lanjut, beliau berkata hubungannya dengan Dr Hasan akan menjadi lebih baik dengan sendirinya sekiranya tidak ada lagi kenyataan kontroversi dikeluarkan oleh exco Selangor itu.

"Kalau dia tidak keluarkan lagi kenyataan yang kontroversi, (hubungan dengan Dr Hasan) akan baik dengan sendirinya, jadi media pun janganlah timbulkan kontroversi," katanya, menjawab soalan wartawan.

Kebelakangan ini, tambahnya, beliau melihat Dr Hasan mengambil banyak pendirian yang pro-Pakatan.

Dr Hasan, kata Khalid, telah mengambil pendirian menyokong Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu melibatkan cukai tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan juga menyokong Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam isu penganjuran perarakan Maulidur Rasul.

Sebaliknya, beliau menyalahkan pemimpin PAS yang tidak mengambil pendekatan untuk memperbaiki hubungan antara mereka berdua sebelum isu berkenaan melarat menjadi pertikaian terbuka.

"Sepatutnya jawatankuasa disiplin ketemukan kami supaya kami boleh bahas perbezaan dan selesaikan masalah ini dengan baik. Tapi tidak ada diusahakan perdamaian oleh pimpinan,” tambahnya.

Menurut Khalid lagi, usahanya untuk bersemuka dengan Dr Hasan melalui mesyuarat parti sebelum ini, juga tidak berhasil untuk mencapai persetujuan kerana masing-masing enggan mengalah.

"Kalau kita bertemu dalam mesyuarat, memang tidak ngam (baik), sebab itu lebih baik jika jawatankuasa disiplin yang aturkan pertemuan.

“Saya pun keras dan Datuk Hasan Ali juga ada pendirian sendiri," tambahnya. - Malaysiakini

Saturday, February 20, 2010

Proses Kehakiman Negara Banyak Tidak Kena !! - Hadi Awang


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menekankan bahawa tentu proses kehakiman dan perundangan dalam negara ini sekarang banyak yang tidak kena sehingga orang luar memprotes.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang semasa bercakap kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di sini, semalam berkata, situasi itu mesti diperbetulkan supaya proses keadilan wujud.

Begitupun, beliau bukan ‘menyelar’ tetapi tidak bersetuju terhadap campur tangan asing dalam sebuah negara berdaulat di atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa.

Berikut ialah jawaban beliau kepada soalan pihak media.

Wartawan: Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab, ada pihak yang membantah campur tangan tersebut?

Abdul Hadi: Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik, khususnya mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh. Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala, bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang Barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat. Saya beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.

Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu negara kita sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlu kepada campur tangan asing, apa lagi dari negara-negara barat, negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat, ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur. Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.

Jadi, pada pandangan Datuk Seri, campur tangan asing itu tidak bolehlah?

Campur tangan tidak boleh tetapi dari dalaman sendiri mesti perbaiki, mesti ada kehebatan. Ini kerana, apa yang berlaku hari ini timbul krisis ‘keyakinan’ terhadap sistem kehakiman. Dengan sebab itu, selesaikan krisis keyakinan ini dahulu. Barulah kita ada kehebatan. Jika tidak, hilang kehebatan kita.

Jadi, PAS sendiri melihat sistem kehakiman kita tidak berjalan lancar dan dipengaruhi?

Sistem kehakiman kita masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’. Pemisahan kuasa itu tidak berlaku, sudah jadi bercelaru dan ini yang menyebabkan hilang keyakinan. Dengan sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa itu berlaku dan barulah kehakiman itu ada kewibawaan dan ada kehebatan.

Maksud Dauk Seri, ada campur tangan dalam ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’ dan menyebabkan krisis?

Ya, krisis, krisis keyakinan yang berlaku.

Jadi, maksudnya badan kehakiman mesti jadi badan bebas dan tidak dipengaruhi?

Ya, bebas dan pemisahan kuasa itu ada, dengan sebab itu, kehakiman patut diletak di bawah Parlimen secara langsung atau di bawah Majlis Raja-Raja Melayu, supaya yang disebut Raja Berperlembagaan itu dipraktikkan dengan cara yang tepat.

Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?

Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri, tangan, jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat.

Datuk Seri, tadi kata kita rasa malu sebab ada keaiban. Apa yang dimaksudkan dengan keaiban itu?

Keaibannya ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak iaitu ‘legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhammad s.a.w. sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini dalam kes yang banyak dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi s.a.w. tidak menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia salah.

--HarakahDaily

Monday, February 1, 2010

Rakyat Masih & Sedang Menilai Pakatan Rakyat !!!

Pilihan raya Umum mungkin akan berlaku dalam masa setahun atau lebih. Pilihan raya kecil di Perak juga tidak mustahil akan berlaku dalam masa terdekat. Adakah gelombang perubahan rakyat akan berlaku lagi jika pilihan raya diadakan? Adakah rakyat di sesetengah tempat masih setia menyokong PAS dan PR?

Kepimpinan dan penyokong PAS serta PR perlu tahu dan faham bahawa rakyat sedang menilai kemampuan parti dokongan mereka. Parti yang mahu menggantikan Umno mestilah lebih mantap dan kuat. Begitu jugalah jika Pakatan Rakyat (PR) mahu menggantikan Barisan Nasional.

Kekalutan beberapa pemimpin PR yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti menunjukkan PR sendiri tidak mantap dan mudah goyah. Pemimpin pusat dilihat tidak mampu mentarbiah pemimpin dan ahli bawahannya. Dengan kata lain, beberapa ahli parti gagal memahami konsep serta gagasan parti dan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Tuduh-menuduh, menyaman serta mengeluarkan kenyataan media di kalangan ahli parti dan Pakatan sepatutnya tidak berlaku. Media arus perdana memang telah berjaya memainkan isu bagi kepentingan Umno.

Begitu juga kenyataan umum seperti penggunaan kalimah Allah, keagamaan serta isu-isu nasional perlu dikeluarkan melalui saluran pusat. Komen yang didedahkan kepada media tanpa melalui saluran pusat boleh menjejaskan imej parti.

Untuk semua ahli dan penyokong PAS serta PR, kembalilah kepada konsep berparti. Apa hebatnya jika niat yang disangka baik boleh merosakkan parti itu sendiri? Parti yang mantap sudah tentu mempunyai saluran tertentu bagi meluahkan ketidakpuasan hati ahlinya. Persoalannya, mengapa saluran berkenaan tidak digunakan?

Adakah kita mahu tujuan murni Pakatan Rakyat menggantikan Kerajaan Barisan Nasional berkubur begitu sahaja disebabkan kerenah beberapa pemimpinnya. Justeru itu tindakan Lembaga Disiplin dilihat sangat wajar.

Ketahuilah, kelemahan Umno tiada memberikan apa-apa makna jika PAS dan Pakatan semakin lemah. Jangan kerana kepentingan peribadi, kepercayaan dan harapan rakyat dilupakan begitu sahaja. Semoga apa yang terjadi akan lebih mematangkan PAS dan PR.

--HarakahDaily

Saturday, December 19, 2009

KONVENSYEN PERTAMA PAKATAN RAKYAT - 19 Dec 2009


Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini menyaksikan perdamaian di antara PAS yang menjuarai aspirasi 'negara Islam, dan juga DAP yang menjuarai gagasan 'Malaysian Malaysia.'

Prasangka itu seolah-olah terpadam langsung daripada pemikiran beberapa pemimpin yang mengambil peluang mengulas Dasar Pakatan Rakyat, juga dirasmikan hari ini di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tiada gimik yang melampau-lampau diadakan semasa perasmian tersebut, malah secara keseluruhannya konvensyen tersebut diperhatikan berlangsung dalam suasana yang cukup sederhana.

Kesemua pembahas dan pemimpin parti yang berucap juga menggunakan bahasa Melayu, selari dengan usaha Pakatan untuk memartabat dan memperluas Bahasa Melayu seperti dimaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan, turut dipersembah sebagai dasar Pakatan.

Kata kunci yang kerap diulang oleh para jurucakap dalam konvensyen sulung pakatan itu hari ini ialah 'sepakat' dan 'kerjasama,' manakala kemesraan pula nampaknya semakin terjalin, khususnya antara PAS dan DAP seperti yang diungkapkan seorang pembahas.

Wakil DAP, V Sivakumar semasa dalam sidang perbahasan dasar tersebut pagi ini berkata Pakatan Rakyat perlu mencontohi hubungan antara parti pakatan itu di Perak yang diuji dengan "rampasan kuasa."

'Satu bentuk kekuatan'

"Kalau dulu kita berpegangan tangan, sekarang kita sudah berpelukan," katanya sambil berseloroh kepada hadirin di dewan MBSA, Shah Alam.

Pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata konsep kerjasama dalam pakatan harus lebih diserlahkan sebagai satu bentuk kekuatan kepada pakatan itu.

"Kekuatan PAS, DAP dan PKR sekarang bukan boleh diukur seperti dulu. Sekarang kalau di Kelantan PKR lemah, PAS kena bantu dan kalau di Perak PAS lemah, DAP dan PKR kena bantu," kata Zaid lagi.

Di sudut PAS, isu kesepakatan itu antara lainnya diulas oleh presidennya sendiri Datuk Seri Hadi Awang yang berkata dasar tersebut merupakan salah satu peluang kepada PAS untuk membuktikan mereka juga mampu "berpakat."

"Marilah kita dahulukan apa yang boleh kita sepakati dahulu. Kita perlu pertahankan kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai," katanya yang turut menyeru ahli pakatan supaya mengambil iktibar daripada perpecahan yang berlaku dalam BN.

Isu melibatkan kedudukan orang Melayu turut mendapat perhatian, antaranya apabila diulas pemidato PAS, Salahuddin Ayub yang berkata Pakatan juga tidak akan mengambil pendekatan sama seperti Umno dan BN dalam mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu yang dimaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan.

"Kita seru kepada rakan-rakan kita supaya jangan takut dengan Perkara 153 kerana ini adalah untuk memberi (bantuan) kepada golongan yang berhak.

'Kami tak cemburu'

"Perkara 153 sebelum ini dicabul oleh Umno dan BN untuk memperkayakan keluarga dan kroni mereka," kata Salahuddin yang juga naib presiden PAS.

Tambahnya, Pakatan akan menyemak semula akta-akta melibatkan institusi penting bagi orang Melayu, termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan juga Tabung Haji.

Ketua pergerakan sosialis pemuda DAP, Anthony Loke pula berkata isu melibatkan kepentingan Melayu tidak lagi akan dipersoalkan oleh pergerakan itu, selagi tidak mencabuli hak bagi mereka yang sepatutnya.

"Tuan-tuan tidak perlu risau kerana DAP akan tetap memperjuangkan kepentingan Melayu," katanya, mengulas janji Pakatan untuk sentiasa memelihara kedudukan Istimewa orang Melayu, sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang didukung itu.

"Kita tidak akan cemburu sedikitpun kalau ada orang Melayu yang miskin yang dapat biasiswa ke universiti.

"Namun apa yang kami tentang adalah anak-anak ketua-ketua bahagian Umno, kontraktor-kontraktor Kelas A yang kaya raya tetapi masih mahu membolot biasiswa," katanya lagi.

Rundingan semula

Seorang lagi pemimpin DAP Tony Pua berkata dasar Pakatan ini akan membolehkan ekonomi negara dapat ditadbir dengan memberi lebih keuntungan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya, melalui dasar ini, sistem tender terbuka akan dirombak dan membuat rundingan semula ke atas kontrak-kontrak kerajaan yang didapati menguntungkan sesuatu pihak sahaja.

Langkah di bawah dasar Ekonomi Demokratik dan Telus ini turut menghalang pengenalan cukai baru seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang baru dikemukakan di Parlimen.

"GST ini pada awalnya mungkin pada kadar empat peratus sahaja, tetapi mungkin ia akan naik sehingga 17 peratus atau 20 peratus. Pada masa itu yang rugi adalah rakyat jelata," katanya.

Pemimpin DAP, Tunku Abdul Aziz berkata pelancaran dasar pakatan itu hari ini merupakan "langkah awal ke Putrajaya," apabila Pakatan Rakya berjaya menguasai "prejudis" yang selama ini menjadi halangan kepada kerjasama antara parti.

Katanya lagi, Pakatan kini memasuki fasa baru dan tidak lagi wajar untuk terus duduk dalam zon selesa sebagai pembangkang.

"Memang mudah jadi pembangkang, tapi sekarang kita sudah menubuhkan kerajaan di negeri-negeri. Kita tidak boleh lagi berlagak seperti pembangkang," katanya lagi.-Malaysiakini

Friday, December 4, 2009

Kita Doa Sampai Pecah Perut !!! - Aminnnnnn...

Membalas bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan satu demonstrasi di Kota Bharu.

Perhimpunan itu diadakan di Jalan Dato' Pati bermula jam 10 pagi tadi, sejurus selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.

Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz antaranya menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut kerajaan negeri sebagai "melanggar keadilan asasi".

"Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya.

Nik Abdul Aziz mengaitkan perkara itu dengan bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

"Ada (ahli masyarakat) yang kata hendak buat pesta minum arak. Bila wartawan tanya saya (perkara itu), saya kata, bagi dia minum sampai pecah perut," katanya, disambut gelak ketawa penyokong.

Tambahnya, hasil penjelasan itu, semua pihak menyambut baik tindakan kerajaan negeri.

Selasa lalu, ratusan penyokong Umno, yang diketuai seorang pemimpin bahagian Pasir Mas, mengadakan demonstrasi di depan kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung ugutan untuk berdoa bala terhadapnya.

Mereka, yang menggunakan nama Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan, juga mendesak menteri besar melepaskan jawatannya.

Nik Abdul Aziz menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian sebagai reaksi terhadap keengganan kerajaan persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar menyerahkan wang ehsan.

Sementara itu, mengulas kritikan terhadap kepimpinannya akhir-akhir ini, Nik Abdul Aziz berkata, serangan itu dibuat ekoran "rasa cemas" BN dalam usaha menutup masalah dalaman parti-parti komponennya.

"Dia (BN) hendak tipu budak-budak dengan hantu boleh. Tetapi hendak tipu pengundi Kelantan tidak boleh," katanya.

Perhimpunan sejam itu berakhir dengan laungan takbir para penyokongnya. Tiada sebarang perarakan dibuat, walaupun terdapat ura-ura mengenainya sebelum ini.

Kepemimpinan Nik Abdul Aziz akhir-akhir ini menerima pelbagai kritikan susulan beberapa isu, antaranya pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pengarah eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan haji daripada seorang kontraktor.

Anak syarikat kerajaan (GLC) itu juga sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa.

Belum reda isu itu, Nik Abdul Aziz menimbulkan pula kontroversi baru apabila mendakwa terdapat usaha menjatuhkannya yang didalangi oleh seorang pegawai tentera yang dikenali sebagai "Kolonel Mat."-Malaysiakini

DEMO Sokong Nik Aziz, Bukti Sokongan Rakyat Terhadap Kepimpinan Tok Guru!!


Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.

Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.

“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.

Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.

--HarakahDaily

Wednesday, December 2, 2009

Isu Demo: Apa Cerita PAS Dan PKR...

Demo: Pemuda PAS, PKR tidak sehaluan

Dewan Pemuda PAS mempertahankan tindakan pemimpinnya membuat laporan polis agar mengambil tindakan menghalang demonstrasi tetapi Angkatan Muda PKR pula tidak bersetuju dengan sikap sedemikian.

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan diminta mengulas perhimpunan mendesak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan semalam.

Sementara ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin diminta mengulas demonstrasi Pemuda BN terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kelmarin.

Nasrudin berkata pemimpin Pemuda Kelantan berhak berbuat demikian untukmemastikan keselamatan terjamin semasa demonstrasi anjuran kumpulan Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK) itu berlangsung di Kota Bharu.

"Kita berhak untuk buat laporan polis, tapi itu tidak bermakna kami menghalang perhimpunan. Mereka bebas untuk berhimpun selagi perhimpunan itu aman," katanya.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Hisam Fauzi dilaporkan berkata dewan itu "menggesa polis supaya mengambil tindakan pencegahan bagi mengelak perhimpunan ini" dan menyifatkan ia bertujuan "mengganggu gugat kestabilan politik" di negeri itu.

Nasrudin bagaimanapun menjelaskan, laporan itu dibuat untuk memaklumkan kepada pihak berwajib menyiasat kewajaran perhimpunan tersebut diadakan.

"Kita tidak mahu polis tidak bertindak dan lepas tangan sebab kami tidak buat laporan, sebab selalunya polis tidak akan bertindak tanpa laporan," kata Nasrudin.

Tambahnya lagi, laporan tersebut akan membolehkan polis mengambil langkah sewajarnya, termasuk membuat kawalan semasa demonstrasi itu diadakan di perkarangan Kota Darulnaim.

"Kemudian terpulanglah kepada pihak polis sama ada untuk halang perhimpunan atau tidak. Saya pun tidak setuju kalau polis buat tangkapan kalau mereka berhimpun secara aman.

"Kita tidak mahu sekiranya berlaku rusuhan, kerosakan harta awam ataupun ancaman keselamatan kepada menteri besar dan pegawai-pegawai kerajaan," tambahnya.

Katanya lagi, beliau masih menunggu maklumat lanjut daripada Pemuda PAS Kelantan untuk mendapat gambaran sebenar.

Sementara Shamsul Iskandar pula sangsi sama ada benar Angkatan Muda PKR Pulau Pinang membuat aduan polis untuk mendesak penganjur disiasat seperti dilaporkan media.

"Saya tidak yakin laporan polis yang dibuat itu bertujuan menggesa polis menahan para peserta demonstrasi. Ia tidak pernah ada dalam polisi Pakatan Rakyat," katanya.

Semalam Naib Ketua Angkatan Muda PKR negeri, Ahmad Azrizal Tahir dilaporkan membuat aduan di balai polis Lebuh Pantai, menggesa pihak berwajib itu mengambil tindakan terhadap dalang demonstrasi tersebut.

Shamsul Iskandar menambah, parti-parti dalam kerajaan Pakatan Pulau Pinang menghormati hak sebarang pihak untuk berhimpun, seperti sikap yang diambil terhadap demonstrasi anjuran BN di negeri itu.

"Sudah banyak demonstrasi yang dibuat sebelum ini ke atas kerajaan negeri, seperti di Kampung Buah Pala dan juga oleh Umno, tidak timbul masalah (seperti ini).

"Kita hormati hak semua pihak untuk adakan perhimpunan dan (sikap) ini diterjemahkan di semua negeri yang kita perintah," kata Shamsul Iskandar.

Tambahnya, beliau juga masih menunggu penjelasan lanjut Angkatan Muda PKR negeri itu berhubung aduan polis tersebut – yang dianggap tidak konsisten dengan pendirian Pakatan Rakyat yang sering menganjurkan perhimpunan.

"Tadi saya cuba hubungi mereka masih belum berjaya," katanya.-Malaysiakini

Monday, November 23, 2009

Transkrip Penuh Sidang Media Nik Aziz Tentang Perletakan Jawatan Ariffahmi Menantunya

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau takada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.

Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan?
Ya

Bila nak letak tu?
Tarikh itu terserah kepada dia.

Tapi tadi tok guru kata apa yang brelaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan?

Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah.

Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya,

Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.

Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK?

Itu masalah kedua.Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM?

Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur,sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.

Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?
Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.

Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya?
Saya sudah sebut dalam mesyuarat,dan mesyuarat senyap, termasuk YB LA sendiri.

Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?
Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca.Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)

Sumber HarakahDaily

Nik Aziz Membuatkan UMNO Gelabah ...


KETIKA semua media massa arus perdana ‘menembak’ Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan isu-isu yang mengambarkan kononnya berlaku rasuah dan amalan nepostime, timbul pula cadangan supaya Mursyidul Am Pas dilantik mengetuai Pakatan Rakyat.

Cadangan datangnya dari bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim disambut baik oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali.

Serentak dengan itu, orang-orang Umno jadi mengelabah tidak tentu arah! Pergerakan Pemuda Umno Negeri Kelantan yang diketuai Anuar Safian mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbuat sesuatu kepada Menteri Besar Kelantan dan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman kononnya ada berlaku rasuah.

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan tidak nampak apa-apa isu mengenai PKFZ dan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan tidak pernah risau dengan isu wang ihsan menggantikan royalti dari kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan.

Pelbagai usaha sebenarnya dibuat, sejak berpuluh tahun dahulu untuk membunuh karektor TG Nik Abdul Aziz namun ia gagal.

Malahan, semenjak TG Nik Aziz menjadi MB Kelantan, Umno sudah banyak kali bertukar ketua di peringkat negeri. Antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Mustapa Mohamed dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Namun, hebat-hebat mereka ini, baik Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh, Mustapa dan Annuar, akhirnya satu demi satu menuju ke zaman politik yang gerhana.

Malahan, suatu ketika apabila Mustapa menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden ketika mengetuai Umno Kelantan, perwakilan Umno mengejeknya dengan kata-kata, “Nak jadi Naib Presiden macam mana, Kelantan pun tak boleh selesai!”

Begitu juga, setahun yang lalu, ketika Annuar menawarkan diri untuk bertanding kerusi Naib Presiden, bukan sahaja tidak mendapat sokongan dari bahagian-bahagian di seluruh negara, malahan dari Kelantan sendiri, mereka nyata tidak menyokong hasrat Annuar itu.

Dr. Mahathir sudah menjadi ‘Quran buruk’ dalam Umno. Tegurannya sudah dianggap sebagai ‘mengacau dan merosakkan’.

Tengku Razaleigh sudah menuju zaman gerhana kerana hasratnya untuk bertanding kerusi Presiden Umno hanya menjadi bahan gurauan sahaja hinggakan tiada satu pun bahagian kecuali Gua Musang yang sanggup mencalonkannya.

Nampaknya, ketika tiada pemimpin Umno Kelantan yang boleh diangkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam Umno, masing-masing terkejut dengan cadangan Zaid Ibrahim yang mahu melihat Pakatan Rakyat yang jika diluluskan pendaftarannya – gabungan antara Pas, KKR dan DAP – diterajui TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Di kalangan orang-orang Umno, di peringkat pertengahan dan bawahan, memang mengkagumi TG Nik Abdul Aziz. Mereka bukan tidak membaca media massa arus perdana tetapi mereka enggan mempercayainya.

Inilah yang merisaukan kepimpinan Umno. Ketika pucuk pimpinan mereka menyerang TG Nik Aziz, pengikut-pengikutnya di bawah, tidak tergamak berbuat demikian. Malahan, seorang Naib Ketua Umno bahagian dari Johor membisikkan ke telinga penulis dengan kata-kata…kenapa isu TG Nik Aziz mahu ke Makkah dijadikan isu besar dengan campur tangan SPRM sedangkan rakyat mahu mengetahui perkembangan PKFZ dan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara.

“Yang mana keutamaan SPRM sebenarnya,” tanya Naib Ketua Umno bahagian ini resah.

Bagi pemimpin Umno, mereka merasakan mustahil Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dapat memberi laluan mudah kepada TG Nik Abdul Aziz.

Namun, jika ia berlaku, Umno dan kepimpinan BN sudah dapat merasakan jangka hayat Umno dan BN sudah sampai ke penghujung jalan.

Ketika masing-masing (pemimpin Umno) mengharapkan cadangan Zaid Ibrahim ini tidak berlaku, namun masing-masing kerisauan yang amat sangat. Mereka semuanya tahu bahawa TG Nik Abdul Aziz adalah ikon yang mempunyai ramai peminat dan pengikut.

Malahan, foto dan potret TG Nik Aziz sudah menjadi objek penting di mana-mana sahaja, sama ada sebagai pelekat kereta, lencana di dada dan gambar di dinding – yang tidak keterlaluan jika dikatakan mengatasi sempadan negeri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri seperti tidak yakin ketiga-tiga parti pembangkang Pas, PKR dan DAP boleh bergabung dan bersetuju menggunakan satu lambang dengan matlamat perjuangan politik yang satu.

Namun, jika ia berlaku bukan kerana peranan Dr. Mahathir sebaliknya disebabkan tahap pengorbanan antara satu parti dengan satu parti yang lain dalam Pakatan Pembangkang cukup tinggi.

Ini semua kerana sikap Dr. Mahathir yang terlalu keras ketika menjadi Perdana Menteri menyebabkan parti-parti pembangkang yang suatu ketika dahulu pernah terikat dengan Angkatan Perpaduan Ummah – pernah wujud kerana menentang kepimpinannya.

Walaupun ia tidak berjaya, tetapi selepas tsunami politik Umno 1998, Umno benar-benar tergugat dengan lahirnya PKR (KeADILan) di bawah pimpinan Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail.

--DetikDaily

Sunday, November 22, 2009

Kota Siputeh: Menanti Saingan Sengit PAS vs UMNO

Pengaruh BN makin meningkat berbanding 8 Mac 2008. Itu hasil kajiselidik yang dibuat oleh beberapa kumpulan profesional. Lantas kesimpulan dibuat bahawa jika pilihan raya umum diadakan sekarang maka, BN dapat mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen dan dapat merampas semula Kelantan dan Kedah, manakala kerajaan katak BN di Perak akan dikekalkan dengan mandat mutlak dari rakyat.

Manakala BN terus menerus menggunakan serangan berangkai media-media talibarut mereka untuk melancarkan serangan ganas terhadap Pakatan Rakyat.

Ia dibantu dengan kehadiran 'budak-budak nakal' (meminjam istilah Mohd Rashidi Hassan) dan pemimpin-pemimpin 'gila bercakap' dalam Pakatan sehingga tidak sedar apa yang mereka ungkapkan itu lebih memudaratkan parti. Isu budak nakal boleh ditangani dengan rotan tetapi jika guru pula yang nakal, ini yang memeningkan kepala ahli-ahli bawahan.

Rashidi menulis: "Penulis sendiri menerima banyak respons dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat, semuanya menyatakan betapa tensionnya mereka dengan sikap segelintir pemimpin yang suka bercakaran sesama sendiri."

Rupanya saya tidak keseorang menghadapi situasi yang sama, didesak bertalu-talu oleh ahli-ahli bawahan supaya menggunakan mata pena untuk menegur pemimpin-pemimpin seperti ini.

"Jangan kira, walaupun kedudukan mereka paling tinggi dalam parti ...," ujar seorang ahli yang semacam hilang sabar.

Saya menjelaskan, "Jika kita menggunakan serangan terbuka untuk mengatasi ketidakcerdikan mereka menggunakan media terbuka (kononnya) untuk mengatasi masalah, maka kita pun 'tak cerdik' macam mereka juga, akibatnya parti yang rugi."

Isu-isu percakaran dan komplikasi percakapan akibat 'gila bercakap' memberi impak yang buruk terhadap persepsi pengundi Melayu. Persepsi mereka terhadap Pakatan menjadi negatif.

Bagaimanapun agak melegakan kerana di saat peningkatan sokongan terhadap BN, sokongan pengundi Cina tidak banyak berubah berbanding 8 Mac 2008. Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian sependapat dengan penemuan tersebut. "Sokongan pengundi Cina tidak berubah berbanding tahun lalu," katanya.

Separuh abad PAS sangat bermasalah dengan sokongan orang Cina. Jika selepas 19 bulan orang Cina masih setia bersama BN, ia memberi gambaran bahawa mereka menyokong Pakatan bukan setakat kerana bencikan BN.

Lebih dari itu keyakinan terhadap Pakatan makin mantap. Sebabnya mudah saja, Pakatan dilihat lebih bertoleransi terhadap semua kaum. Manakala BN yang didominasi Umno makin menyerlahkan sikap perkauman Melayu sempitnya.

Di tengah-tengah itu muncul pula pilihanraya kecil Kota Siputeh. Mahkamah Tinggi mengesahkan bahawa Dato' Abu Hasan Sarif hilang kelayakan sebagai ADUN kawasan tersebut setelah dua kali berturut-turut tidak menghadiri sidang Dun.

Sebelum ini Speaker Dun Dato' Dr. Abd Isa Ismail telah mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut, tetapi setelah notis kekosongan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan pengendali pilihan raya itu menolaknya.

Semua maklum bahawa SPR adalah 'kaldai tunggangan' BN, masakan mereka berani membuat keputusan yang bercanggah dengan nafsu serakah pemimpin BN.

Mahu tidak mahu BN terpaksa menghadapi pilihan raya kecil. Meskipun semua petunjuk menampakkan BN sudah kembali kuat sekarang namun ramai percaya Dato' Seri Najib dan pemimpin Umno Pusat tidak gembira dengan pilihan raya tersebut.

Ia adalah pilihan raya untuk mempertahankan kerusi di kawasan di mana Umno menghadapi masalah dalaman.

Abu Hassan adalah Ketua Umno Bahagian Jerlun yang memenangi jawatan tersebut melalui pertarungan dan pergolakan dalaman. Beliau mengalahkan Dato' Abdul Rahman Ariffin hasil paduan tenaga dengan Timbalannya, Dato' Othman Aziz. Ertinya modal permusuhan antara dua kem besar sudah wujud di Jerlun. Mereka tidak semantap Umno Bagan Pinang yang jika diletak katak puru sebagai calon pun, semua ahli-ahli menyokong dengan membuta tuli.

Abu Hassan sudah empat penggal menjadi wakil rakyat. Hubungannya dengan rakyat sangat rapat. Jika tidak kerana ketokohannya ramai berpendapat bahawa BN sudah tersungkur dalam pilihan raya lalu di tangan calon PAS. Beliau mengalahkan calon PAS Ismail Wan Teh yang tidak begitu terkenal dengan majoriti tipis 495 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004 sewaktu BN dipuncak kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan, BN cuma menang dengan majoriti 1,573 undi. Manakala pada pilihan raya umum 1999, BN melalui calon yang sama cuma menang 241 undi.

Maknanya, secara tradisi Kota Siputeh bukanlah kubu kuat BN. Setakat mana sangatlah pemulihan sokongan terhadap BN boleh memenangkan parti rasuah itu. Ini yang memeningkan kepala Najib.

Kekurangan bagi Pakatan pula ialah kawasan ini tidak ramai pengundi bukan Melayu, iaitu kira-kira lapan peratus sahaja. Ia tidak boleh jadi faktor undi penentu.

Jika pilihan raya diadakan, maka tentulah musim haji ini merupakan pilihan terbaik SPR untuk mengadakannya. Sebabnya orang yang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci biasanya adalah golongan yang cintakan Islam. Orang yang cintakan Islam selalunya mengundi PAS.

Barangkali tidak ramai pengundi Kota Siputeh yang ke Tanah Suci, tapi berdasarkan catatan lalu, majoriti di Dun tersebut juga mungkin tipis juga. Jadi musim haji juga boleh jadi faktor yang boleh membantu BN.

BN masih bernafsu besar untuk menang cemerlang macam di Bagan Pinang . Bagus kalau PAS masuk gelanggang bagai orang yang kalah kerana semangat dan daya juang untuk menang akan dilipatgandakan.

Jika pilihan raya diadakan waktu cuti panjang persekolahan ini, pasti saya tidak dapat turut serta berperanan macam tumpuan yang diberikan pada pilihan raya kecil Bukit Selambau lalu. Hanya mampu berdoa di depan Baitullah memohon Allah memenangkan PAS.

Ini nota terakhir sebelum menjadi tetamu Allah. Semoga pulang dari Tanah Suci nanti dapat pula meraikan kejayaan PAS menawan Kota Siputeh. Insya-Allah.

--DetikDaily

Kota Siputeh: Mengapa BN Takut?


BN takut hendak bertanding di DUN Kota Seputeh. Mengapa:-

Jika BN benar-benar kuat mengapa Umno takut. Hari ini Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah berkata Umno yakin mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar ekoran terdapat petanda pengundi akan kembali menyokong parti itu

Katanya lagi , berdasarkan maklumbalas, sekiranya 40 peratus pengundi menyokong pembangkang tahun lalu, kembali menyokong BN, maka kerusi Kota Siputeh akan dapat dikekalkan.

Namun mengapa Umno/BN beriya-iya merayu supaya keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini diketepikan,

Isnin lalu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, semasa membenarkan semakan kehakiman oleh Abdul Isa, memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hassan menghadiri dua sidang dewan pada tahun ini.

Bagaimanapun sehari selepas itu, bekas ADUN Kota Siputeh itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, calon BN Datuk Abu Hassan Syarif mendapat 8,160 undi, menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh yang memperolehi 7,665 undi.

Secara jelas bahawa BN memang takut akan berlakunya Pilihanraya Kecil Kota Seputeh. Sebabnya memang BN gusar dan tidak yakin menang.

Daripada Mutaligat

Saturday, November 21, 2009

PRK Kota Siputeh: Rayuan SPR & Bekas ADUN Cemarkan Demokrasi ??


TINDAKAN Bekas ADUN Kota Siputeh dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat rayuan ke mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar amat membimbangkan akan menambah parah penghormatan rakyat dan dunia terhadap institusi kehakiman Malaysia.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar telah mengesahkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong berikutan ADUNnya, Abu Hasan Sharif hilang kelayakan sebagai ADUN setelah gagal hadir ke ersidangan DUN dua kali bertutur-turut tanpa memaklumkan dan kebenaran speaker.

Memperdebatkan perkara berkaitan keputusan speaker DUN dan Parlimen di mahkamah adalah tindakan yang mencabul demokrasi berparlimen ala western Master dan boleh menggugat kepercayaan awam terhadap mahkamah.

Ini kerana mahkamah sebagai badan kehakiman tidak boleh mencampuri urusan badan eksekutif, begitulah sebaliknya. Kedua badan ini dalam kuasa berbeza. Demikian ditegaskan oleh Ahli MPT KeADILan juga bekas Ketua Perhubungan KeADILan Sabah, Hj Ansari Abdullah yang telah 30 tahun lebih terlibat sebagai pengamal undang-undang.

Menurut Hj Ansari, apabila badan eksekutif seperti DUN atau Parlimen membuat keputusan, maka SPR kena akur dan hormati keputusan yang telah dibuat oleh Speaker Dewan yang melaksana kuasa di bawah arahan tetap standing order.

Beliau kecewa apabila melihat Speaker DUN Perak dan Kedah terpaksa turun naik mahkamah untuk mempertahankan keputusan mereka. Sepatutnya perkara ini tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terutama SPR menghormati bidang kuasa masing-masing.

Namun demikian, beliau menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar tepat kerana mengembalikan kuasa pemutus kepada speaker DUN dan mengikut undang-undang sedia ada. Hj Ansari juga menyokong penuh kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung tindakan-tindakan yang mencemar institusi kehakiman.

Institusi kehakiman kita terus merudum semenjak pemecatan Tun Salleh Abas pada tahun 1988 dan telah mendapat teguran pedas Bapa kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra yang menyatakan tahun 1988 merupakan tahun terburuk dalam institusi kehakiman semenjak merdeka. Keputusan-keputusan mutakhir ini juga menunjukan bagaikan ada campurtangan dalam membuat keputusan.

Kes Video Linggam, Menteri Besar Perak, ADUN katak Perak dan Persiangan memperlihatkan keputusan akan menyebelahi BN sekiranya kes dibawa ke mahkamah Rayuan. Tidak mustahil kes Kota Siputeh akan menjadi seperti kes Persiangan dan akan menambah hitamkan lagi institusi kehakiman.

--DetikDaily

Friday, November 20, 2009

Mesti Baca: Beza PAS Dengan UMNO




Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

Meneruskan Perjuangan Para Nabi
Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib Ketua

Dewan Ulamak PAS Pusat

--DetikDaily

Thursday, November 19, 2009

Peluang PAS Sukar Di DUN Kota Siputeh?? :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

Pilihanraya Kecil Kota Siputeh bakal diadakan jika tidak ada sebarang 'kejutan' selepas ini. Walau bagaimanapun paling awal pun tahun depan baru pilihanraya tersebut dapat diadakan. Ini memandangkan SPR dan Umno akan membuat rayuan berbeza sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Sudah pasti ia akan mengambil tempoh yang lama sehingga rayuan di dengar di peringkat tertinggi sistem kehakiman negara. Tidak mustahil pilihanraya Kota Siputeh akan diadakan serentak dengan pilihanraya umum!

Jika pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat, peluang Pas untuk menang adalah sukar. Hakikat yang perlu disedari Kota Siputeh terletak dalam kubu Umno di Parlimen Jerlun. Pas hanya menang dua kali sepanjang sejarah pilihanraya iaitu pada tahun 1969 dan 1999. Salah seorang bekas calon Pas Kota Siputeh, Cikgu Wahab Abdul Rahman yang pernah ditukar kerana faktor politik di Kuala Rompin Pahang pasti mengakui keperitan bertanding di Kota Siputeh.

Perkara ini turut diakui oleh Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Dato Seri Azizan Razak.“Peluang ada dalam mana-mana pertandingan tetapi ini kubu kuat Umno sejak mula dan kami tahu tidak mudah untuk Pas menang di situ.

Walau bagaimanapun tidak mustahil Pas bakal menumbangkan Umno di situ asalkan semua jentera Pas di semua peringkat melipat gandakan gerak kerja dan dalam masa yang sama mengenepikan sebarang hal remeh temeh yang boleh mengggugat peluang Pas yang berpotensi untuk menang sekali lagi di Kota Siputeh.

--DetikDaily

Wednesday, November 18, 2009

Nizar MB:- PERINSIP-PERINSIP KERAJAAN RAKYAT : Pakatan Rakyat

Oleh: Nash Ar-Rawy

01 Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam State Assembly” ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam Parliment ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.

02 KERAJAAN RAKYAT bermakna Satu Malayisa Milik Rakyat bukan Milik PR maupun BN . Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun mereka dibayar oleh kerajaan ( RAKYAT SATU MALAYSIA) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti parti-parti kekal seperti sediada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing.

Pada praktis dan hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT SATU MALAYSIA kerna semua wakil rakyat adalah kuli rakyat belaka.

03. Tiada lagi wakil PR atau BN . Semuanya adalah wakil rakyat Satu Malaysia bukan lagi wakil parti. ‘Mind -set ” parliamentarians kena berubah kerna tatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan

Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja ; yakni, ANGGOTA KERAJAAN ( PILIHAN RAKYAT ) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI

Justeru kerna, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah KERAJAAN RAKYAT ;bukannya kerajaan Parti PR atau BN Semua parliamentarians terikat ‘uphold democracy and eliminate authocracy of any kind as sworn in’ ‘ This is the BASIC PRINCIPLES OF ‘ THE PEOPLE’S GOVERNMENT” YANG WAJIB DIFAHAMI DAN DIPERJUANGKAN OLEH PAKATAN DAN BN.

Sesuai dengan “ISLAM 4 ALL “ and “ JUSTICE FOR ALL “ regardles of race and religion ( Borderless, Raceless, Universal and Global; Unlimited )

04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia( WANG RAKYAT ) . Justeru itu, di dalam parlimen; semua wakil rakyat (bukan lagi wakil parti; baik PR atau BN) bisa membangkang atau menyokong mana-mana Menteri ; hatta PM.

Kerna semua adalah Bukan Anti –Kerajaan Rakyat tetapi adalah KERAJAAN Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarangikatan dan kongkongan parti (parti hanya digunapakai sewaktu pilihanraya sahaja; untuk menentukan siapa PM dan siapa Menteri Kabinet Malaysia).

Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parlimen Malaysia; automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parlimen justeru kerna semua sudah menjadi angota KERAJAAN RAKYAT belaka , satu negara , satu warga.satu Obligasi satu komitmen yang sama belaka ; bukannya anti – nasional atau anti kerajaan atau subversif ; kerna semua MP adalah KERAJAAN.

Semua MP sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parlimen bukan lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasan parti masing-masing. Tenyata di dalam Parlimen; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah ANGGOTA KERAJAAN RAKYAT bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.

05 Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara , Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajar sokong pembangkang ( Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep gunapakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang )

Kesuma akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep ‘Kerajaan RAKYAT” sudah tiada lagi wujud parti; tetapi kesemua ahli parlimen pada hakikatnya datang dari rakyat , kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat Malaysia , mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku WAKIL RAKYAT yang bertanggungjwab kepada PARLIMEN ( pastinya bukan wakil PR atau BN lagi )

Namun dasar perjuangan parti-parti dalam sistem dua parti ( PR dan BN) berjalan seperti biasa dalam berhujah dan perdebatan dalam Parlimen ; identiti tiada hilang ; prinsip tiada tergadai .

06 SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YANG DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN; THE PEOPLE’S GOVERNMENT NO MORE PR OR BN ; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat , Satu Warga ) yang SAMA ( RAKYAT MALAYSIA ).

07 ‘Wakil Rakyat yang menang pilihanraya atas tiket PR atau BN boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dalam berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru , nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan PR atau Dewan BN

08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia.

Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT, AGAMA DAN BANGSA : MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA; nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu; Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur( ” Negara yang makmur , aman damai dan mendapat kerehaan Allah Hu Ta’ala.

09. PSRM, SPR, PDRM, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua Tulus Tentera, dalam ‘KERAJAAN RAKYAT : bebas lepas daripada ‘Ketiak” atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratus dibawah kuasa Parlimen ( DYMM Agong )

Justeru itu, , ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam Kerajaan Rakyat ; Insya Alla Hu Ta’ala,dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan ‘ Bias” dan berkepentingan Kroni bisa bertapak kerna PM ,Peguam Negara, Hakim Negara , SPR , SPRM PDRM , I.G.P. serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan ( Mahkamah ) jika berlaku korupsi, salah guna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imuniti atau perlindungan politik ; hatta PM, Hakim , IGP bisa dihakimi oleh parlimen secara telus .

Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yang dipaksakan untuk menyambung talian hayat ‘parti pemerintah’ dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma.

Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannya di cekup bawah ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.; Hukum tanpa bicara.

10. Kerajaan Rakyat juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman( Judisciary ), atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif

( Speaker ). tetapi berlakumnya ‘ Separation of Powers ” secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu : i] Judiciary (badan Kehakiman )

ii) Badan Eksekutif dan iii) Legislative ( Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni ; KITABULLAH dan ASUNNAH.

THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parlimen membolehkan Akta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA’AZIR boleh terlaksa kerana ‘ la ikro hafideen ”

(Tidak ada paksaan dalam agama /” There’s No Compulsion In Religion) Hudud is just meant for the muslims only and non-muslims could opt to the present civil Law. Parlimen juga menerima pakai SISTEM KEWANGAN DINAR sebagai penyelesaian ‘Global Economic Recession’ bebas-lepas daripada sistem kewangan riba, laba dan cengkaman kapitalisme dan monopolisme.

--PerakExpress

Nizar MB: Kota Siputeh - Ustaz Azizan Berdepan Tugas Getir ?


Seminar khas anjuran PAS awal bulan lalu dimaklumkan, Ust Azizan adalah salah seorang daripada pimpinan PAS paling popular disamping TGNA, TGHH, Nizar dan Mohamad Sabu. Beliau juga dinobatkan oleh Aziz Bari sebagai pemimpin yang dikira layak untuk memimpin PAS di hierarki kepimpinan yang lebih tinggi.

Sembang-sembang dengan beberapa pemimpin pemuda PAS juga meletakkan Ust Azizan sebagai sosok pemimpin yang disenangi umum di Kedah. Samada kakitangan awam, istana, agensi swasta, GLC dan masyarakat bukan Islam, semuanya selesa dengan Ust Azizan. Walau pun, ada beberapa pendekatan Ust Azizan yang kurang disenangi oleh pimpinan sayap PAS di Kedah.

Blogger A Kadir Jasin juga memberi kredit kepada Ust Azizan. Ketika sebahagian kecil pemimpin PAS yang lain terpaksa bertungkus lumus dengan isu-isu yang perlu ditangani secara bijak, Ust Azizan pula dilihat ‘biasa’ sahaja. Dia seperti nakhoda di lautan tenang.

Secara umumnya, sehingga kini boleh dikatakan Ust Azizan berjaya membentuk dirinya menjadi pemimpin rakyat di Kedah.

Namun rencana Tuhan tidak mampu diduga. PRK Kota Seputeh menanti Ust Azizan. Boleh dikatakan PRK itu bakal menjadi kayu ukur kepada persepsi rakyat Kedah kepada Ust Azizan. Mengapa begitu?

Pada masa ini, mengikut pandangan beberapa ahli akademik, persepsi umum kepada PAS dalam keadaan menurun. Sokongan golongan muda dikatakan agak merosot. PRK Bagan Pinang pula menyaksikan masyarakat India tidak seiring dengan PAS seperti sebelumnya. Isu-isu di Selangor pula dilihat sedikit sebanyak mencalarkan imej PAS termasuk isu bai’ah.

Ust Azizan terpaksa berhadapan dengan PRK Kota Seputih dalam situasi itu. Tentunya situasi kini berbeza dengan situasi ketika PRK Bukit Selambau diadakan kerana kerusi itu ditandingi PKR. Ya, PKR juga ada masalah tersendiri tetapi sekurang-kurangnya masalah yang dihadapi PKR berjaya dibendung daripada membentuk persepsi negatif umum kepada parti itu berbanding persepsi umum kepada PAS pada masa ini.

PAS dan Ust Azizan juga perlu bijak mencatur ‘mood’ serta kehendak pengundi DUN Kota Seputeh supaya melihat bahawa apa yang dihadapi oleh PAS pada masa ini sekurang-kurangnya hanya bersifat tempelan sahaja dan bukan perkara dasar.

Komitmen PAS dalam isu-isu rakyat, kebersamaan PAS dalam Pakatan Rakyat, kesungguhan PAS dalam soal menobatkan Islam dan keprihatinan PAS terhadap keperluan masyarakat bukan Islam adalah tidak berubah, malah PAS bersedia pula untuk mengukuhkannya lebih baik daripada apa yang ada sekarang.

Kalau imej positif Ust Azizan dan komitmen PAS di atas dapat diadun dengan baik, PAS akan menang di Kota Seputeh, walau pun kerusi itu kini dipegang BN. Tetapi kalau imej PAS gagal digilap dengan baik, tentu Ust Azizan akan berhadapan cabaran getir, sekurang-kurangnya untuk mengekalkan majoriti sekarang.

--DetikDaily

Nizar:- Tindakan Dan Perbuatan Membentuk Persepsi !! Terbukti Najib Betul...

Oleh: M3M

Satu Forum Sembang-Sembang bertajuk… Will BN or PR win, if General Election Was Held Today? telah diadakan di Caring Society Complex, Pulau Pinang pada 16 November. Penceramahnya ialah Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Centre for Opinion Research.

Apa yang menarik ialah pendapat Ibrahim Suffian. Dia kata… sekiranya pilihanraya umum diadakan sekarang, Pakatan Rakyat akan bungkus. Pada pendapat dia, BN akan menang bergaya. Mengapa?

Sejak naik jadi PM, popularity Najib melonjak naik dari 45% ke hampir 60%. Begitu juga dengan sokongan kaum India kepada BN yang meningkat dari 33-45 % kepada 55 %. Sokongan kaum Melayu pula naik, daripada 53 pad PRU12 kepada 57%, manakala sokongan kaum Cina tidak banyak berubah iaitu sekitar 35-45%

Apa yang ketara ialah kaum India sudah mula beralih sokongan kepada Nijib/BN. Ini merupakan satu kejayaan perang saraf Najib ke atas kaum India. He managed to win the mind and the hearts of the Indians.

Orang India sebenarnya sudah fed up dengan parti-party politik yang kononnya memperjuangkan nasib mereka…. terutamanya MIC. MIC dilihat gagal memperjuangkan dan memperbaiki taraf hidup masyarakat India. Talk saja big tapi not much yang dilakukan untuk mereka…. yeilek. Nasib kaum India, pi mai…. pi mai… tang tu juga, masih di takuk lama. Taraf hidup mereka, makin susut…. yang bertambah ialah rambut Samy Bello!!

Dalam keadaan hidup mereka terhimpit dari semua aspek, Najib muncul membawa sinar harapan kepada mereka. Dia pergi melawat Batu Caves…. dia bebaskan para pemimpin Hindraf daripada tahanan ISA…. merestui penubuhan parti Makkal Sakti…. penubuhan Yayasan… apa ke bendanya, aku pun tak ingat untuk counter permasalahan kaum India dan menjaga kebajikan mereka. Semua ini berjaya menambat hati kaum India. Najib dilihat serius mahu membantu mereka.

Tindakan dan perbuatan membentuk persepsi. Terbukti…. persepsi kaum India terhadap Najib/BN telah berubah. Ini… mereka zahirkan dalam PRK di Bagan Pinang dan melalui hasil dapatan survey yang dilakukan oleh Merdeka Centre, mengukuhkan lagi fakta ini.

Kredit patut diberi kepada Najib. Sebagai seorang oportunis, dia bijak mengambil kesempatan dan peluang yang ada bagi menguntungkannya. Bijak pulak mengurus dan memanipulasi persepsi. Dan… kaum India yang tersepit dan terhimpit dijadikan mangsa. Najib memang seorang oportunis yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Hasil survey yang dilakukan oleh Merdeka Centre ini, tidak boleh dipandang remeh. Ini patut menjadi ‘a wake up call’ kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat. Sesuatu mesti dilakukan untuk mengembalikan momentum sokongan rakyat kepada mereka. Jika tidak… nasib dan masa depan Pakatan Rakyat akan berada dalam bahaya.

Bolehkan kita persalahkan kaum India kerana sudah beralih arah? Dalam keadaan ekonomi yang sedang tenat, survival lebih penting. Politik tolak ke tepi dulu. Yang utama, diutamakan. Kehidupan perlu diteruskan dan diberi keutamaan. Perut tak boleh dibiarkan kosong.

Dan.. keadaan masyarakat India yang rata-ratanya hidup daif inilah….. dimanipulasi oleh Najib/BN. Tunjukkan sedikit rasa caring dan simpati…. hulur sana, hulur sini serba sedikit… buat itu dan ini… tubuhlah apa-apa yang patut ditubuhkan…. dan tengok, begitu cepat sekali kaum India beralih sokongan. Macam semut kerumun gula!!

Tetapi, apa para pemimpin Pakatan Rakyat buat untuk menangani masalah dan derita kaum India ini…. terutama di kawasan-kawasan estet?? Sebenarnya tak banyak. Tak cukup hanya pacify mereka dengan air liur. Demi survival… mereka maukan lebih daripada itu. Mereka mahukan sesuatu yang konkrit. Sesuatu yang dapat meringankan beban kehidupan mereka. Najib/BN dengan kuasa yang mereka ada, berjaya melakukan semua itu.

Apa yang rakyat lihat sekarang pada Pakatan Rakyat?? Kecelaruan demi kecelaruan. Kemelut demi kemelut berlaku antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. PAS dan DAP kelihatan tidak sehaluan. PAS dan PKR dilihat tak sebulu. PAS dengan kemelut dalamannya dan PKR dengan masalah katak-kataknya.

Sikap sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor, yang dilihat sengaja menimbulkan isu yang menjadi punca berlakunya pergeseran. Yang suka menggunakan media arus perdana untuk menyatakan ketidakpuasan hati, sikap tak bertolenransi, sikap tidak prihatin terhadap imej Pakatan Rakyat dan sikap menentang arus walaupun duduk dalam satu pasukan.

Sikap dan tindak tanduk para pemimpin atasan inilah yang mem’projectkan persepsi negatif Pakatan Rakyat di mata umum. So, siapa yang nak dipersalahkan jika rakyat mula rasa meluat…. fed up dan mula beralih sokongan? PRU 13 akan menjelma tak lama lagi. Jangan pulak, dah terantuk…. baru nak tergadah. Kalau nasi sudah menjadi bubur…. tak berguna lagi. Amaran sudah diberi. Signal pun sudah jelas. Jadi… tepuk dada, tanya selera. Do something… jangan goyang kaki saja!!

Sesuatu masih boleh dilakukan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sekarang Pakatan Rakyat sudah didaftarkan. Ini merupakan satu langkah positif bagi mewujudkan sistem dua parti di Malaysia. Walau pun… PAS, DAP dan PKR mempunyai perbezaan dari segi ideologi dan dasar tetapi pada masa yang sama, mereka mempunyai cukup banyak persamaan. Rakyat berada di hati mereka. Fokuskan kepada persamaan-persamaan ini untuk membina kekuatan. Tolak ketepi segala perbezaan buat sementara waktu dan tanganinya nanti dengan cara diplomasi, musyawarah serta berhemah.

Setiap parti dalam Pakatan Rakyat mesti mula melakukan ’scanning’ terhapap para pemimpin mereka. Get rid of atau peti sejukkan mana-mana pemimpin yang bermasalah. Kita tak perlu pemimpin macam itu. We need leaders who are more capable, credible dan reliable. Begitu juga dengan calon-calon yang bakal bertanding. Please…. no more calon bidan terjun ke… atau payung terjun… ke. Kenal pasti mereka daripada sekarang dan groom them untuk menjadi pemimpin rakyat yang sejati bukan pemimpin rakyat apabila tiba musim mengundi.

Para pemimpin ini perlu rajin turun ke padang bukan hanya nampak muka apabila pemimpin atasan turun atau semasa musim pilihan raya saja. Pemimpin yang suka menempek dan tumpang bernaung pada populariti pemimpin lain, tidak akan bertahan lama. Rakyat tak suka pemimpin seumpama ini.

Ingat… win the hearts , the soul and the mind of the rakyat. Bodek rakyat dan bukannya pemimpin atasan. Pemimpin yang pandai membodek rakyat, akan pasti sentiasa melekat di hati rakyat. Apabila tiba musim pilihan raya, tak payah susah-susah mem’promote’ diri, sebab sekiranya dicalonkan pasti akan mendapat undi mereka.

Persoalannya sekarang, Pakatan Rakyat nak menang atau nak kalah dalam PRU 13??

Kalau nak menang… pulihkan confidence rakyat. Caranya mudah, selesaikan semua masalah dengan segera, bentuk persepsi positif bagi membina semula kredibiliti supaya dapat mengukuhkan lagi reputasi. InsyaAllah… tsunami akan berlaku lagi.

--PerakExpress

Tuesday, November 17, 2009

Tok Guru Nik Aziz Dan Pakatan Rakyat - oleh Zaid Ibrahim :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya


Bila saya mencadangkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dilantik ketua Pakatan Rakyat, riuh-rendah kedengaran suara menyokong dan menentang. Ramai yang memberi pendapat mereka. Ada pula yang menuduh kononnya ini strategi saya nak jadi ketua Pakatan. Kata mereka saya tak hormat Anwar Ibrahim apabila membuat cadangan ini. Nampaknya masih ada yang tak faham atau pura-pura tak faham. Jadi eloklah kita teliti kembali apa yang saya sarankan.

Premis utama dalam cadangan saya itu ialah kita perlu kepada seorang “spiritual leader”, sama saperti Mahatma Gandhi sewaktu zaman India memperjuangkan kemerdekaan dahulu. Kita tahu pemimpin seperti itu diperlukan untuk menerajui gerakan Pakatan. Pemimpin politik biasa, walau bagaimana hebat dan handal sekali pun, tidak akan cukup kuat untuk melawan gergasi Barisan Nasional.

Yang saya maksudkan sebagai pemimpin spiritual ini adalah seorang pemimpin yang tidak ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri atau apa-apa jawatan besar. Ini sama seperti Gandhi yang tidak mahu apa-apa jawatan, hanya setakat menyokong Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri India merdeka. Yang Gandhi mahu hanyalah India yang merdeka, bersatu dan bebas dari penjajahan. Pemimpin seperti ini bergerak atas keluhuran perjuangan. Samalah saperti Mandela, dan Imam Khomeini . Pemimpin saperti ini disayangi oleh rakyat kerana prinsip dan sifat humanisme beliau. Dia tidak ada masalah peribadi, tidak ada skandal, tidak ada cita-cita duniawi melainkan perjuangan untuk menegakan keadilan dan melawan kezaliman.

Jadi bila saya toleh kiri dan kanan dan saya lihat hanya Tok Guru Nik Aziz ada kelayakan tersebut. Beliau diterima oleh semua kaum dan agama. Maka saya terus mencadangkannya kerana saya berpendapat hanya apabila kita letak pertarungan Pakatan vs BN atas perjuangan spiritual melawan kuasa yang rakus dan rasuah, barulah rakyat akan bersemangat dan bangkit bersuara untuk memihak kepada kita. Formula politik lain memang ada tapi saya rasa ia tak cukup dan tak padan untuk menggerakkan satu usaha besar menggantikan BN sebagai kerajan pilihan rakyat.

Soal jawatan Perdana Menteri itu terserahlah kepada wakil-wakil rakyat Pakatan sesudah mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan yang baru. Itu perkara mudah kerana Tok Guru pun tahu dan bersedia menerima orang lain yang lebih sesuai untuk menjadi PM. Cadangan saya ini juga sama seperti dengan keududukan Pengerusi Parti Buruh atau Konservatif di UK yang tidak pernah pun menjadi Perdana Menteri. Tugas mereka adalah menjaga perpaduan dan kekukuhan parti. Saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti. Jadi penyokong dan peminat Anwar Ibrahim tak usahlah bimbang.

Yang penting sekarang ialah menentukan apa yang perlu dilakukan untuk menjayakan kemenangan Anwar dan Pakatan Rakyat. Apakah yang akan menggerakkan tsunami politik baru untuk memberi kuasa kepada rakyat melalui Pakatan? Sesudah Mac 8, 2008, ada orang kata bahawa Pakatan seolah-olah sudah hilang tenaga sekarang. Menurut Merdeka Centre dalam kaji selidik baru-baru ini, BN masih lagi akan menang jika pilihan raya umum diadakan hari ini. Malah BN dikatakan tetap boleh mengekaklkan dua pertiga kerusi Parlimen. Begitu membimbangkan sekali persepsi ini terhadap Pakatan.

Itulah sebabnya saya mahu para penyokong kita tanpa mengira kaum dan agama berfikir bagaimana kita nak memperkukuhkan Pakatan dan cuba mencari cara dan pendekatan baru. Kita jangan cepat panik atau takut kepada perkara-perkara kecil dan sampingan yang memang menjadi adat politik. Yang penting kita mesti pastikan Pakatan tidak lari dari landasan utamanya iaitu menolak BN untuk memberi ruang bernafas kepada rakyat menikmati keadilan, demokrasi dan kebebasan yang sebenar tanpa dicengkam salah guna kuasa, rasuah dan diskriminasi.

Yang utama mestilah kemenangan Pakatan kerana ia bererti kejayaan kepada rakyat. Saranan saya bukan sahaja kepada rakyat untuk berusaha gigih ke arah mencapai matlamat ini tetapi juga kepada para pemimpin dan ahli komponen Pakatan supaya berkorban dengan bersikap jujur dan ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat. Malah lebih baik lagi, para pemimpin dan ahli komponen Pakatan harus mengurangkan ketegangan dan salah faham sesama sendiri. Kita boleh buat demikian dengan cara bersabar dan bersifat maaf-memaafkan, cepat-cepat berbaik semula jika berlaku silap faham. Ingatlah rakyat mahu melihat kita bersatu sebelum kita merayu kepada rakyat untuk bersatu-padu menyatakan sokongan kepada kita.

Saya harap semua ini dapat diperjelaskan dengan jujur dan ikhlas di Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember ini. Saya juga harap kita dapat temui kata maufakat tentang hal-hal penting dalam Pakatan Rakyat, dan berusaha menjernihkan apa-apa yang keruh. Dengan ini saya juga ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada mereka yang akan mengerjakan ibadat yang mulia ini di Tanah Suci Makkah. Semoga semangat baru untuk menegakan keadilan dan menolak kezaliman akan terisi di hati sanubari kita semua. Labbaik Allah humma labbaik.

-- /ZaidIbrahim

Monday, November 16, 2009

Serangan Terancang Cemar Imej Pemimpin Pakatan Rakyat :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

OLEH Hasmi Hashim

Lepas satu: satu.

Tidak ada yang lebih biadap, bagi muslim manapun, kecuali mengganggu urusan ibadat muslim yang lain. Begitu juga asas adab bagi penganut agama apapun!

Anak kecil di surau selalu ditegur pak lebai, hanya kerana bising waktu sholat; apatah lagi sehingga percubaan menghalang seseorang itu menunaikan ibadah haji. Ia adalah perbuatan keterlaluan.

Tak siapa tergamak menuduh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melakukan curang terhadap amanahnya sebagai menteri besar. Berbelas tahun sudah beliau mentadbir Kelantan, dengan sikap tawadu’ serta gaya hidup paling sederhana, tak ada tanda beliau pecah amanah, korup apatah lagi rasuah. Tapi, kerana dia tidak sealiran dengan Umno, habis dibongkar termasuk niat mengerjakan haji tahun ini.

Serangan yang dilancarkan kepada Tok Guru ini adalah sebahagian daripada komplot terancang elit Umno terhadap satu persatu pemimpin dalam Pas, Keadilan dan DAP yang mahukan ikatan rasmi Pakatan Rakyat menjadi kenyataan.

Jelek memang jelek apabila ia bukan sahaja tak mengenal asas tatasusila beragama, sehingga begitu dibenci kalangan rakyat dan ahli-ahli Umno akar umbi sendiri. Fiil pemimpin mereka yang tak pernah bercermin muka, memalukan seluruhnya parti itu! Orang yang menuduh Tok Guru adalah di kalangan orang yang jelas-jelas cuba meragut maruah Musyidul-Am Pas itu; adalah di kalangan pemimpin pemerintah yang kaya-raya bertumpuk harta dan banglo tersergam, yang hidupnya berlipat kali ganda mewah berbanding Tok Guru.

Mereka menyerang Tok Guru, kerana pendirian Tok Guru yang pro-Pakatan Rakyat; yang menolak pinangan bekerjasama dengan Umno. Lantas sebelum borang permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat sampai ke meja pengarah Pendaftaran Pertubuhan, apa juga usaha mematahkan usaha ini di tengah jalan akan dilakukan. Politik pecah-belah, adu domba dan tohmah jadi darah daging elit Umno itu sekian lama.

Belum pun reda tuduhan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menyorokkan wang RM3 bilion di luar negeri, dibangkitkan tohmahan baru. Imej cemar cuba dicalit dengan menyatakan Keadilan parti “3A”… pun begitu, sayanglah apabila suara anak muda dalam parti tidak cukup lantang mempertahankan pemimpin, wadah dan perjuangan. Kita tidak boleh lekas asyik dengan sedikit kejayaan 8 Mac. Lihat sahaja bagaimana komplot elit Umno-BN kini mulai menyerang kubu Pakatan; daripada peristiwa merampas Perak, menyerang Kedah, Pulau Pinang dan kini Selangor.

Mampukah kita melihat, tohmahan “Anwar ada RM3 bilion” berlalu begitu sahaja, sedangkan orang yang merencana dan melemparkan tohmahan lepas seperti angin? Demikian, setiap yang melakukan angkara murka, wajib ke lubang cacing mereka perlu dihambat.

Apakah kita hanya diam tatkala tohmahan lama segera dibangkitkan dengan dakwaan Naib Presiden Keadilan, YB Azmin Ali mempunyai saham RM9 juta? Apakah kita juga tergamak melihat, Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diperlekehkan maruah hanya kerana sikap keibuannya yang sering berlembut ~ sepertimana tergamakkah kita apabila ibu kita sendiri dipersenda orang?

Ya, apakah kita (terutamanya di kalangan muslim) tak punya budi perketi lagi apabila melihat Tok Guru ‘disekat’ daripada mengerjakan haji di Tanah Suci?

Kalau lepas satu: satu, apakah namanya kalau bukan serangan yang dirancang memang begitu rupa.

Cukup. Sudah cukup! Politik elit Umno-BN sebegini bukan lagi “politik” namanya. Ia adalah kedurjanaan moral paling menyedihkan sepanjang sejarah bangsa kita. Tahap kejahatan dan angkara sebegini, andai dibiarkan, maka seluruhnya maruah bangsa kita bisa tercemar.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang diserang begini dina, tak lain kerana elit Umno merasakan tak ada jalan lain untuk menyelamatkan tengkok masing-masing. Gaya permainan “menang jadi arang, kalah jadi abu” benar-benar tak dapat diterima. Dalam kata lain, andai mereka tak dapat atau hilang kuasa, mereka nanti akan sanggup menghancurkan terus seluruh bangsa. Tandanya sudah jelas sepertimana setiap adegan sepanjang sedekad ini… bahkan, di era Dr Mahathir yang paling kuku besi sifatnya pun, tidak sampai begini bobroknya gelanggang politik.

Perjuangan, bahkan perbezaan kita dengan Umno adalah soal dasar. Pakatan Rakyat, meski pun baru, namun kita gigih untuk memahami dan menyadap semangat para pejuang terdahulu. Kita juga, dengan rasa rendah hati, tidak mahu mengulangi apa-apa juga kesilapan dan ketelanjuran silam. Yang pertama, Pakatan Rakyat sebagai gabungan besar wajar menghindari politik yang berasaskan assabiyah dan perkauman sempit.

Umno, bahkan BN seluruhnya, yang mendakwa mereka gabungan semua kaum, tetapi di dalamnya tetap dengan pemisahan mengikut kaum, mengikut wilayah-wilayah. Lebih 50 tahun masyarakat Malaysia hidup penuh kemunafikan dan berpura-pura antara berbilang kaum dan agama. Ia adalah mimpi ngeri selepas pasca-merdeka, dan sudah cukup memadai.

Hari ini, Pakatan Rakyat-lah yang lebih lantang mempertahan hak dan nasib Melayu dan Bumiputra tatkala kita jugalah yang diyakini membela nasib semua lapisan rakyat. Bukan dengan retorika dan kata-kata, tetapi dengan dasar parti yang jelas-nyata.

BN, tidak lagi! Pemisahan kuasa pengikut kaum menjadikan Malaysia sekian lama seolah-olah dengan “tiga perdana menteri”, walaupun di permukaannya nampak tidak. Kita ada “PM Melayu” dari Umno; “PM Cina” dari MCA, dan “PM India” dari MIC. Ketiga-ketiga PM ini, kemudiannya membahagi-bahagikan harta kekayaan negara seolah-olah negara ini ketiga ‘PM’ itu tadi.

Dengan persaingan gagasan ini, maka Umno semakin tertolak ke hujung tebing. Kekalahan mereka yang pertama, adalah ketewasan untuk mengepal idea dan gagasan baru, yang releven dengan zaman selain bermanfaat untuk rakyat. Bukannya elit Umno tidak sedar, namun di “pusingan terakhir ini” dan segenting ini, segala strategi kotor pasti digunakan. Nampaknya kemewahan dan air muka mereka lebih utama dari nyawa rakyat.

Demikian, anak-anak muda tidak harus keliru, gementar dan berdiam diri. Kita sesungguhnya lebih rela mempunyai 3A-4A-5-6-7-8A, bahkan 1000A sekalipun, asalkan kehidupan rakyat tidak dibahagikan di bawah konsep “3PM” tadi. Ingat kata Anwar dahulu, “seorang Anwar ditangkap, seribu lagi ‘Anwar’ akan bangkit!”

Dan “1000A” itu tentunya di kalangan anak-anak muda generasi hari ini yang pasti jauh lebih baik daripada “1N” yang sedang bertakhta. Kita akan segera tamatkan, sebuah mimpi ngeri.

--PerakExpress

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost