Showing posts with label Manek Urai. Show all posts
Showing posts with label Manek Urai. Show all posts

Sunday, August 2, 2009

Anti ISA: Polis, Kami Akan Terus Berdemo Selagi ISA Tidak Di Mansuhkan! - Nizar vs Najib Altantuya


"Kami akan berdemonstrasi lagi hingga ISA dimansuhkan" demikian kata Pengarah Strategik KeADILan, Tian Chua yang berucap di belakang Kompleks Pertama dihadapan kira-kira 10,000 peserta himpunan Mansuh ISA.

Tepat jam 3.45, setelah beberapa kali polis menghalang peserta himpunan yang berarak menuju ke Dataran Merdeka, himpunan dihentikan sebentar di belakang Kompleks Pertama.

Tian Chua berkata, walaupun polis menyerang peserta himpunan namun, ia sedikitpun tidak menghalang peserta untuk melangkah merempuh sekatan yang dibuat polis.

Apa yang penting ujarnya, himpunan ini adalah mesej rakyat kepada kerajaan yang zalim yang masih mempertahankan ISA sebagai survival kuasa mereka.

Sependapat dengan Tian, Pengerusi Gerakan Masuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Seyd Noh berkata, himpunan akan tetap diteruskan bagi menyatakan rasa benci rakyat terhadap penggunaan ISA yang telah menzalimi mereka yang tidak bersalah.

"Jika kerajaan berniat meneruskan akta ini, jangan lupa mereka juga akan jatuh kerana rakyat menentang akta ini," ujarnya lagi.

Selang beberapa minit selepas selesai berucap, himpunan cuba digerakkan ke arah Dataran Merdeka, namun polis dan FRU menggunakan water cannon bagi menyembur air selain gas pemedih mata.

Penulis sendiri tidak terkecuali dari terkena tembakan pemedih mata bersama beberapa wartawan lain.

Seorang peserta himpunan, Najib Hanafi berkata, polis menggunakan kekasaran termasuk kepada wanita dan orang tua ketika menyuraikan himpunan.

"Tindakan ini hanya memburukkkan lagi suasana demokrasi di negara ini, polis patutnya mengawal jenayah bukannya menghalang suara rakyat dari membantah akta yang zalim," ujar beliau yang datang dari Subang Jaya.

Beberapa rakan media cetak turut mengeluh dengan penggunaan gas pemedih mata oleh polis untuk menyuraikan himpunan.-/harakahdaily

Tuesday, July 28, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Pertembungan ISA GMI & Pewaris, 'Sesuatu' Pasti Berlaku


Ternyata PEWARIS sangat beria ia ingin muncul sebagai pembodek negara. Mereka ingin berlagak seperti sesuatu yang menyalak, yang mengawal istana pemerintah. Padahal dirinya sendiri ternyata tidur di tepi pagar istana. Hanya dilemparkan seketul daging bila tiba masa makan. Apa yang pelik, pihak anti ISA telah mengeluarkan garis panduan dan plan B, jika sekiranya plan A diganggu gugat dengan provokasi oleh pihak yang 'tidak dikenali tetapi berpakaian seragam'.

Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin berkata : pihaknya tidak menyediakan sebarang plan kerana pihaknya 'tiada niat untuk bertembung'. Satu lagi generasi berfikiran aneh hasil didikan UMNO.Cakap kata tiada niat untuk bertembung tetapi masa dan tarikh dipilih bertepatan dengan masa yang dipilih oleh puak anti ISA. "Bodo atah darak kering" kata orang terengganu.

Apapun bila direnungi kembali, ada kebaikan juga ianya berlaku serentak. Kerana pada kebiasaan demonstrasi, untuk mengatasi suasana cuaca jalanan yang panas terik, pihak FRU dengan rela hati akan menyejukkan demonstran dengan water canon. Jadi kita akan dapat lihat apakah pihak FRU adil dalam menyirami semua demonstran samada pro atau anti.

Kita juga ingin lihat samada kedua dua puak akan diberi hayunan cota yang sama adil. Kerana kedua dua puak berada dalam 1malaysia. Kita berharap para pemimpin besar kedua dua kumpulan akan berada dihadapan. Menyambut kedua duanya dengan tangan terbuka. Jangan biarkan orang bawahan menjadi galang ganti.

Ayuh tunjukkan contoh yang kedua dua pemimpin ini lebih berjiwa besar dari rakyat marhain. Jangan jadikan rakyat bawahan sebagai benteng pertahanan. Cubalah sama sama rasa apa yang telah rakyat rasa selama ini. Rakyat tidak berjuang dengan kata kata yang berdegar degar untuk memperjuangkan satu satu isu, tetapi rakyat merasa keperitan di alam yang nyata.

Berhati hatilah di sekeliling anda, kerana akan sentiasa ada orang yang seolah olah sekumpulan dengan anda, tetapi emosinya pelik. Marahnya berapi api. Dia akan berkelakuan merosakkan suasana. Mukanya macam musang tetapi atas kepalanya ada bulu ayam. Kalau diperhatikan betul betul, anda pasti mengecamnya. Kalau ada kamera, jangan lupa ambik gambarnya, kerana kita akan siarkan di internet.

Kepada yang ada kemudahan mengambil video, ambik video sepanjang masa demontrasi berjalan kerana ini akan jadi bukti kebenaran kepada rakyat siapa yang betul siapa yang bersalah.

Apa yang penting kita kenalah ingat dan berhati hati kepada pihak yang akan membuat provokasi yang bertujuan supaya pihak pembangkang di pandang serong. Tinggikan tahap kesabaran anda. Jangan mudah melatah.

Semoga akta zalim yang sangat di sayangi UMNO ini akan berjaya dihapuskan dari bumi Malaysia tercinta. Jika ISA dihapuskan, nescaya UMNO akan menyembah bumi.
- /TranungKite

Nizar vs Najib Altantuya: Orang Kelantan Mudah Di Pujok?


Keputusan pilihanraya Manik Urai menunjokan bahawa tidak semua pengundi membuat pilihan berdasarkan isu yang penting dan mustahak. Semasa berkempen disana saya memberi tumpuan pada hal royalti minyak Saya ingat inilah isu yang sepatut nya diketahui rakyat Kelantan. Tapi malang nya keputusan tidak sebagitu. Inilah yang mengecewakan. Pada saya isu Kerajaan Pusat menafikan hak royalti minyak kapada Kelantan sepatut nya menjadi isu yang menyatukan hati orang Kelantan.Sepatut nya BN di hukum olih rakyat Kelantan kerana tidak memberitahu mereka perkara yang benar. BN patut dihukum kerana BN berdiam diri dan sengaja tidak mahu rakyat Kelantan mendapat hak mereka sebanyak RM 1 billion. Agak nya BN sanggup berbuat demikian kerana mereka tahu memadailah kapada orang Manik Urai kalau jambatan 7 juta ringgit dijanjikan atau wang 1000 Ringgit diberi kapada pengundi pengundi terpilih.

Tetapi semua nya tidak terlewat. Rakyat Kelantan mesti bersuara dalam hal ini. Tidak memadai Dato Nik Aziz dan Dato Husam yang bercakap soal ini. Rakyat Kelantan mesti bangun dan menuntut hak mereka. Kita sepatutnya mendesak bayaran wang tertunggak itu dibuat dalam masa terdekat. Kita sepatut nya bersedia berarak dan menunjokkan perassan kita secara aman sahinggalah BN bayar wang itu. Ini akan membolehkan Kerajaan Kelantan meneruskan pembangunan membasmi kemiskinan di negeri itu. Dato Mustapha Mohammad sebagai ketua UMNO Kelantan sepatutnya menyokong pembayaran wang tunai ini, dan lebih mementingkan kepentingan negeri dari parti politik nya. Bila kah agak nya Dato Pa sanggup bertindak untok kepentingan rakyat Kelantan.

Dari segi undang undang hak Kelantan adalah jelas. Jangan lah terkeliru dengan pandangan Rais Yatim yang karut itu. Perjanjian tersebut ditanda tangani olih Tengku Razaleigh bagi pihak PETRONAS dan HJ MOHD NASIR, Menteri Besar bagi pihak Kelantan pada tahun 1975. Tengku Razaleigh sendiri telah menyatakan bahawa perkara ini jelas dan Kelantan sepatutnya dibayar wang dari hasil minyak ini. Hanya BN dan penasihat mereka yang tidak bermaruah yang masih mahu menidakkan perkara yang benar.
Oleh: Zaid Ibrahim

Monday, July 27, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Media UMNO 'Gila Meroyan' Kerana Kerajaan Perpaduan


'Semoga ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat tidak terpengaruh dengan permainan media ini yang hanya untuk memburukkan PAS.'

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar membidas sikap media yang memanipulai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Azizi Nik Mat berhubung muafakat kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Menurut Mahfuz, Tok Guru hanya menyatakan bersedia mengeratkan kerjasama dan berlapang dada bagi memperbaiki hubungan kerajaan negeri dan pusat.

Sebaliknya, media dan pemimpin Umno membuat tafsiran yang salah dan memainkan isu kononnya ia antara parti, walhal mengikut Tok Guru kerjasama itu hanya membabitkan kerajaan negeri dan pusat.

Ia katanya adalah untuk mendapatkan hak yang telah disekat oleh kerajaan pusat sejak memerintah Kelantan 20 tahun lalu.

Mahfuz berkata demikian hari ini mengulas kenyataan beberapa pimpinan Umno yang memainkan isu kononnya PAS mahu bincang kerjasama atau muafakat dengan Umno.

"Lebih-lebih lagi selepas sejak tahun 1990 (sejak PAS memerintah Kelantan), kerajaan Umno/BN telah mendiskriminasi kerajaan PAS di sana.Kini ia diteruskan lagi dengan penafian royalti minyak kepada Kelantan.Begitu juga kepada kerajaan Pakatan Rakyat lain di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor," katanya.

Kerajaan pusat melakukan penindasan ke atas kerajaan negeri, geran bantuan tahunan tidak pernah dapat tepat pada masanya berbanding negeri yang dikuasai Umno/BN, katanya.

Malah, bantuan pembangunan pula disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan yang mengambilalih tugas kerajaan negeri, ujarnya.

Bagi Mahfuz, sepatutnya kerajaan Umno/BN yang memerintah di persekutuan tidak melakukan hal sedemikian, kerana ianya hak kerajaan negeri yang telah dipilih oleh rakyat.

Mahfuz juga melihat, isu ini sengaja diputarbelitkan oleh media dan pemimpin Umno hanya untuk memberi gambaran buruk kepada PAS yang kononnya mahu buat kerjasama dengan Umno.

Walhal, Umno kini menuju kepada kehancuran tatkala parti itu berhadapan dengan masalah, media pro Umno memainkan peranan memecahbelahkan Pakatan Rakyat, ujarnya.

Isu itu juga sengaja diheret bagi menggambarkan kononnya PAS setuju dengan kerajaan perpaduan, walhal dalam Retreat di Kedah baru-baru ini, Presiden PAS sendiri telah menegaskan bahawa isu kerajaan perpaduan sudah selesai.

Justeru, Mahfuz menyeru ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat agar tidak terpengaruh dengan permainan media ini yang hanya untuk memburukkan PAS.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Umno memandang positif kesediaan Dato' Nik Aziz Nik Mat untuk melupakan sengketa politik kedua-dua parti demi perpaduan rakyat dan akan membincangkannya secara terperinci dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Jumaat ini.-/HarakahDaily

Nizar vs Najib Altantuya: ISA, Pak Lah Disaran Sertai Pakatan Rakyat


Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi disaran menyertai PAS atau Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) segera setelah sekata dalam usaha memperjuangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Menurutnya, walaupun sudah pencen daripada sebarang jawatan kerajaan kata-katanya masih berbisa dan merupakan tamparan hebat pada Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila turut menyuarakan ketidak setujuan terhadap akta zalim itu.

"Pak Lah jangan berlegah lagi marilah bersama PAS atau KeADILan kerana suaranya pasti berbisa jika berada dalam Pakatan Rakyat. Jika bersama Umno dan BN apa yang diperkatakan ditolak mentah-mentah oleh kepimpinan sekarang, " ujarnya ketika berceramah di Taman Guar Perahu, Penanti semalam.

Baginya, jika Tun Abdullah masih kekal dalam Umno pastinya Umno sendiri akan melebelkan dirinya sebagai pengkhianat tambahan lagi datuknya, Tuan Guru Abdullah Fahim merupakan aktivis pergerakan Islam sehingga membawa penubuhan PAS pada awalnya.

Lebih-lebih lagi rakan seperjuanganya, seperti bekas menteri dan bekas pemimpin MCA, Dato' Chua Jui Ming serta terbaru bekas Naib Presiden MIC, S.S. Subramaniam mengumumkan menyertai KeADILan.

Kata Haji Mohamad, dua orang ternama dalam parti MCA dan MIC tidak teragak-agak membuat pilihan tepat apatah lagi Tun Abdullah yang dimalukan agar turun lebih awal daripada tarikh persaraan sebenar setelah didesak oleh orangnya sendiri setelah menunjukan prestasi terburuk dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

"Pak Lah buatlah pilihan yang tepat di usia yang ada kerana jika bertanding jawatan Tok Siak pun belum tentu menang kerana Umno dan penyokongnya tidak pandang pengalaman tetapi kuasa. Siapa yang berkuasa dipuji tapi bila pencen atau jatuh dalam politik diketepikan, " tambahnya dalam program Pemansuhan ISA anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Turut berceramah sama dalam program 'Roadshow' Gerakan Mansuh ISA (GMI) peringkat Negeri itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan wakil Dema yang mewakili Mahasiswa. - /HarakahDaily

Saturday, July 25, 2009

Najib Altantuya vs Nizar: UMNO Parti Penipu !!!


Sewa rumahpun dimungkiri, inikan pula janji projek mega.

Usahlah ditanya mana lagi baki sebanyak RM2,500 dan RM2,000 itu. Mimpi bila ia akan dilunaspun mungkin meleset atau sia-sia. Memang itu sudah menjadi tradisi budaya di dalam Umno.

Demikian realiti terpaksa dihadapi dua pemilik rumah yang diberi sewa kepada petugas Umno sepanjang tempoh pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai pada 14 Julai lalu sebagaimana dilaporkan.

Seorang dijanjikan dengan bayaran RM3,000 tetapi dibayar cuma RM500, dan yang seorang lagi dijanji RM4,000 namun RM2,000 sahaja dibayarnya.

Sekarang musim itu sudah berlalu, malah terlalu pantas meninggalkan kampung ditumpangnya. Malangnya penyewa pergi tanpa pamit menjadikan pemiliknya sebagai mangsa kepentingan satu pihak.

Lalu tiada ungkapan paling sesuai melainkan anggaplah ia satu pengajaran dan pengalaman terakhir dengan harapan tidak akan berulang buat kali kedua pada pilihan raya akan datang.

Kepada siapa yang sudah melalui atau mengenali, barangkali bukan sesuatu yang aneh baginya. Kepalsuan seumpama ini bukan pertama kali di Manek Urai. Malahan coretan sebegini berlaku di mana-mana setiap kali berakhirnya pilihan raya.

Persoalannya, antara Umno yang bertungkus lumus menghambat kemenangan setelah menolak pertandingan di Penanti dulu, semua jentera yang dikerah untuk membantunya dan pemilik rumah disewanya itu sendiri, siapa yang perlu dipersalahkan?

Apapun, logik segalanya bermula daripada Umno yang mengharap solidariti sekurang-kurangnya 65 peratus pengundi Melayu terpengaruh dengan retoriknya untuk memenuhi kemenangannya Umno sanggup melakukan apa saja.

Jadi amat mustahil kalau para jenteranya bertanggungjawab dalam perkara ini. Dan pemilik rumah berkenaan sudah semestinya beranggapan rugi jika menolak durian runtuh tidak selalunya berlaku.

Sikap menyusahkan orang mencerminkan tariqat Umno tersasar jauh dari syariat. Khianatnya umpama haruan sanggup memakan anaknya sendiri. Lakaran janji Umno menggamit kedukaan penduduk Manek Urai. Bukan sebaliknya. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa pulang bersama manek yang terburai. Bukan mengurai.

Sesekali terfikir tidak ada faedahnya untuk terus dimusykilkan. Kalau sebuah kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak mereka boleh menganiayainya bersama satu kekejaman atau kezaliman maka terlalu nipis sangatlah kepada penduduk di Manek Urai.

Namun sebaliknya, sampai bila harus dibiarkan penyangak seperti ini terus bermaharajalela mengambil kesempatan terhadap rakyat di bawah naungannya sendiri melalui kerakusan autoritinya sekian lama.

Tidak hairanlah kalau di luar sana bertubi-tubi rakyat membicarakan munafik adalah perkara mainan bagi Umno. Amalan sebegitu telah sebati bersama jiwanya. Kerana itu selagi Umno tidak direbahkan selagi itu munafik terus berleluasa di dalam negara.

Apa tidaknya, jika jutaaan ringgit mereka sanggup laburkan demi mencari kemenangan di Manek Urai, sehingga satu keluarga pengundi diumpan sampai RM5,000, tetapi separuh janji sewa rumah dengan orang kampung bagi menempatkan petugas yang bekerja untuk memenangkannya dinafikan begitu sahaja.

Kalau janji sewa rumah yang bernilai kecilpun dimungkiri, bagaimana dengan janji projek mega mereka untuk Manek Urai? Orang ramai tetap, malah sentiasa menanti kenyataan itu.

Tan Sri Muhyidin, Yang Berhormat Khairy Jamaludin, Ahmad Maslan dan ramai lagi tonggak pejuang Umno di PRK Manek Urai diharap tidak terhambat dengan waktu bagi menjadikan pisau toreh sebagai sebuah nostalgia untuk melunas segala janji-janjinya walaupun tewas.

Dan rakyat Manek Urai tidak terus termanggu, menghitung segala janji-janji itu.-/HarakahDaily

Friday, July 24, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Masing Berang Kenyataan Presiden PAS


Sebagai rakyat Sarawak, kenyataan sebigini amat tidak sepatutnya di keluarkan oleh seorang Presiden PAS.Walaupun bukan niat untuk menghina sesiapa, tetapi ianya telah mengguris hati penduduk Sarawak! Ini akan lebih menjauhkan lagi rakyat Sarawak untuk menerima parti PAS dalam PRU Negeri akan datang.


Hadi dakwa penduduk Batang Ai tidak tahu mengundi dan masih pakai cawat

KUCHING: Faktor kenapa pembangkang tewas dalam pilihan raya kecil Batang Ai pada 7 April lalu ialah kerana penduduknya tidak tahu bagaimana untuk mengundi dan masih memakai cawat.

Inilah apa yang diperkatakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang dipetik dalam satu laporan Malaysiakini pada 11 Julai lepas dan ia telah menimbulkan kemarahan Presiden Parti Rakyat Sara-wak (PRS) Dato Sri Dr James Masing.

Masing naik berang selepas beliau membaca laporan ter-sebut dan merasakan ia me-nunjukkan kebongkakan dan kejahilan PAS amnya dan Hadi khususnya.

Hadi dilaporkan berkata: “Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS.”

Masing berkata memba-yangkan pengundi di sana yang kebanyakan berbangsa Dayak, tidak bertamadun dan kenyataan seperti itu boleh mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

“Memanggil pengundi Dayak tidak bertamadun bukanlah sesuatu yang baik. Ia menunjukkan betapa jahilnya PAS mengenai situasi di Batang Ai, jahil akan hakikat bahawa rakyat di sana adalah berpendidikan dan bertamadun.

“Ia adalah satu kenyataan yang sangat memalukan bagi seseorang (Hadi) dengan kedudukan sepertinya. Beliau seharusnya pergi ke rumah panjang dan melihat sendiri situasi di sana,” katanya.

Pilihan raya kecil Batang Ai pada 7 Julai lalu diadakan selepas naib presiden PRS Datuk Dublin Unting me-ninggal dunia pada 7 Februari ekoran satu serangan sakit jantung.

Barisan Nasional (BN) te-lah meletakkan harapannya ke atas seorang pendatang baru, Malcolm Mussen Lamoh untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut dan ia ter-nyata berbaloi.

Mussen memperolehi 3,907 undi berbanding 2,053 undi bagi Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal. Pertandingan itu menyaksikan Mussen menang majoriti sebanyak 1,854 undi.

Diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Batang Ai ialah pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Perak, dan Bukit Selambau, Kedah. Di kedua-dua kerusi tersebut BN tewas dengan majoriti melebihi 2,000 undi.

Hadi membuat kenyataan mengenai pengundi di Batang Ai menjelang pilihan raya kecil Manek Urai yang dimenangi PAS baru-baru ini.

Sementara itu, Mussen yang geli hati dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu berkata kenyataan Hadi adalah bukti akan kecetekan fikiran para pe-mimpin PAS serta persepsi mereka yang negatif mengenai rakyat Sarawak.

Beliau seterusnya berkata ini adalah satu penghinaan bukan sahaja bagi kaum Iban khususnya tetapi juga bagi rakyat Sarawak pada keseluruhannya.

“Adakah ini bermakna kebanyakan orang memakai cawat kecuali para pemimpin PAS? Itulah sebabnya kenapa mereka tidak dapat melihat wanita moden,” kata Mussen membidas kenyataan yang banyak dibuat oleh beberapa pemimpin PAS mengenai pakaian wanita moden yang dituduh tidak menutup aurat.

Beliau turut mencabar PAS bertanding di Batang Ai, sebuah kawasan majoriti Iban, jika mereka rasakan mereka dapat memenangi kerusi di sana.

“Jika mereka berfikir bahawa mereka lebih layak, kenapa tidak menyuruh calon mereka bertanding di dalam pilihan raya akan datang,” kata Mussen.

Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Negeri, Dr Stephen Rundi Utom berkata pemimpin PAS mahupun dari Pakatan Rak-yat (PR) tidak layak menilai dan bercakap mengenai rak-yat Sarawak.

Beliau menjelaskan, Hadi seharusnya peka tentang perbezaan antara rakyat di Se-menanjung Malaysia dengan rakyat negeri ini sebelum mengeluarkan sebarang ke-nyataan.

Katanya, pemimpin khususnya dari PR cuma pandai mencari kelemahan serta ke-salahan yang dilakukan ke-rajaan BN berbanding membantu rakyat dengan membawa kemajuan di empat buah negeri di bawah naungan mereka.

“Mereka cuma ingin me-nimbulkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan dengan mempolitikkan isu yang remeh-temeh sahaja.

“Tetapi saya percaya rak-yat di Sarawak tidak mudah terpengaruh dengan taktik kotor yang dimainkan pihak pembangkang,” katanya ketika dihubungi semalam.-/TheBorneoPost

Najib Altantuya vs Nizar: 'Bangsa' UMNO Dan ISA


Dalam artikelnya "Matlamat tidak menghalalkan cara," saya nampak Raja Petra Kamarudin menyifatkan mereka yang mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah orang-orang Melayu. Manakala mereka yang menentang ISA pula adalah orang-orang Islam.

Orang Melayu menyokong ISA. Orang Islam menentang ISA.

Bagaimanapun, pada pandangan saya yang bersyukur dengan ketetapan Allah yang menjadikan saya seorang Melayu, semua bangsa di negara ini menentang ISA tidak kira Melayu, Cina atau India. Ada orang mendakwa, satu-satunya bangsa yang mempertahankan ISA ialah bangsa Umno.

Kenapa saya kata begitu? Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas kepada makna orang Melayu. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai:
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur Bahasa Melayu
3. Mengamalkan Adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

ISA menahan tanpa bicara. Islam mengharamkan penahanan tanpa bicara. Allah s.w.t. sendiri membicarakan hamba-hamba-Nya sebelum menentukan syurga atau neraka di Hari Perhitungan nanti.

Adakah ISA lebih berkuasa dari Allah?

Berdasarkan takrif Melayu di atas, orang Melayu beragama Islam. Seseorang yang beragama Islam tidak akan menjunjung undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan Islam serta mencabar kedudukan Allah sebagai Yang Maha Berkuasa lagi Maha Menghakimkan.

Melayu yang beragama Islam tidak akan menyokong ISA.
Daripada: http://penarikbeca.blogspot.com/

Najib Altantuya vs Nizar: Suruhajaya Diraja Perlu Bertindak Telus - Khalid Samad


Suruhajaya Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock perlu bertindak secara telus, tanpa melibatkan kepentingan mana-mana pihak.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, setakat ini apa yang boleh dilihat ialah sejauh mana Suruhanjaya ini bertindak menjalankan siasatan tanpa dicemari campur tangan Barisan Nasional.

“Royal commission yang ingin ditubuhkan ini kita harap ia bertindak seperti mana yang sepatutnya. Jika dengan royal commission juga tidak bebas ianya bertindak kepentingan tertentu, akhirnya rakyat akan menganggap sudah hilanglah apa-apa harapan untuk mencapai keadilan untuk rakyat jelata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Shah Alam untuk memberi sokongan kepada lapan individu yang dipanggil merakamkan keterangan berhubung kematian Setiausaha Politik, Exco Selangor, Teoh Beng Hock, Khamis lalu.

Menurutnya, rakyat boleh menerima penubuhan Suruhanjaya Diraja, tetapi bergantung kepada siasatan dan keputusan yang dapat memuaskan hati semua pihak.

Tambahnya lagi, perkara ini juga memberi amaran kepada agensi penguatkuasaan yang melakukan penderaan kepada tahanan semasa soal-siasat dan ia perlu dihentikan segera.

“Satu lagi pekara, perlu diterima sebagai normal practice, penderaan semasa tahanan, penderaan semasa soal siasat, this cannot carry on. Benda macam ini perlu dikutuk oleh semua pihak, You have to respect people, u have to respect their right,” katanya

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne berkata, Suruhanjaya Diraja nanti perlu terdiri daripada mereka yang tidak berkepentingan dan dapat menyiasat dengan telus dan membuktikan kebenaran yang ditunggu oleh rakyat.

“The member of Suruhanjaya is also more important, we don’t want Musa Hassan and Ghani Patail, we want somebody who say of this as well,” katanya. -/selangorkini

Thursday, July 23, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Suruhanjaya Diraja - Najib Tipu 1 Malaysia!!!


Petang semalam, bila menerima berita Kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja, semua rakyat Malaysia agaknya melompat gembira, ada pula dikalangan Blogger sudah mula memuji Najib. Namun itulah kemahiran Najib, menipu daya 1 Malaysia, Najib sudah tipu 1 Malaysia. Benarkah Najib telah menubuhkan Suruhanjaya? Ia sebenarnya hanya Suruhanjaya mengkaji “PROSUDER SIASATAN” bukannya Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock.

Sebenarnya ia hanya Inkues yang ditubuhkan Najib menyiasat kematian, Yang mengejutkan Inkues ini diketuai oleh seorang Majistret yang mana jawatan Majistret hanyalah standard “Tadika” kalau nak dibandingkan sistem pendidikan. Majistret juga boleh dilantik dikalangan Siswazah baru graduate atau pegawai Polis. Maknanya Majistret hanya dikalangan budak suruhan atau budak berhingus! Kalau HAKIM MAHKAMAH RAYUAN pun BOLEH DIBARUAKan UMNO Inikan Hakim bertaraf Majistret.

Inkues sebenarnya standard biasa siasatan, sesiapapun yang tidak berpuas hati dalam mana mana kes polis boleh memohon Inkues, seperti juga Inkues “lakonan” yang dibuat kononnya untuk menyiasat Anak Samy Vellu yang dipercayai membunuh kekasihnya Sujatha yang juga seorang pelakon, dalam inkues tersebutpun beberapa bukti penting dan sampel darah telah hilang apakah yang kita boleh harapkan Inkues kematian Teoh beng Hock?

Ia hanya lakonan Najib, rupanya Najib walaupun baru pulang dari mengerjakan Umrah, Sikap Puaka, Licik dan Jahatnya tidak pernah Hilang!! Apa sebenarnya mereka sedang dan mahu Najib dan regimnya mahu lakukan memperdayakan rakyat Malaysia, mereka mahu menutup skandal dan punca kematian. Andai Suruhanjaya menyiasat kematian ia akan membongkar Konspirasi dan pengarah sebenar disebalik kematian Beng Hock.

Nama seperti Najib(yang juga pengerusi perhubungan UMNO), Khir Toyo(pemikir kejahatan Umno) pasti akan terbongkar sebagai orang yang mencetuskan satu Konspirasi Politik seperti yang berlaku di Perak. Mereka mahu menutup diantara mereka, SPRM, Musa Hassan dan pimpinan Umno sedang beruasaha menutup segala skandal ini dengan tipu daya ala Najib!

Saya berharap esok semua pimpinan Pakatan dan Keluarga Beng Hock membuat sidang media esok membantah keputusan penubuhan Suruhanjaya olok olok Najib, ia tidak akan langsung merungkai sebarang persoalan dan punca kematian, ia akan hanya bertujuan melenyapkan bukti penting seperti mana Inkues kematian kekasih anak Samy Vellu, Sujatha juga dituduh membunuh diri walaupun keluarga mengatakan ia dibunuh oleh anak Samy Vellu, rupanya inkues yang ditubuh hanya mahu melupuskan bukti. Bukan menyiasat kebenaran.

Sandiwara PDRM boleh anda lihat hari ini, bila keluarga Beng Hock datang untuk membantu siasatan, mereka hanya disoal Polis soalah soalan bodoh sepert,i adakah Beng Hock gila? Adakah Beng Hock ada masalah kewangan? Adakah dia mempunyai masalah peribadi? Yang mengejutkan soalan apakah Beng Hock merokok? Soalan soalan bodoh inilah juga anda akan lihat dalam inkues kematian Beng Hock. Inkues ini akan sama nasibnya seperti Inkues kes Anak Samy Vellu dan Perbicaraan Altantuya. Ia hanya Sandiwara.

Wahai 1 Malaysia..

Selamat ditipu oleh Najib Altantuya!!

Lawan Tetap Lawan

Oleh: Reformis Muda

Nizar vs Najib Altantuya: Suruhanraya Diraja, Kerajaan Negeri Kesal Keputusan Kabinet

Kerajaan negeri Selangor kesal dengan keputusan yang diumumkan oleh kabinet yang memutuskan satu Suruhanjaya ditubuhkan dengan terma-terma khusus dalam siasatan kematian pembantu exco, Teo Beng Hock.

Terma-terma tersebut ialah meneliti dan mengkaji peraturan yang berkaitan dengan soal siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Serta menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi manusia semasa proses soal siasat terhadap Teoh untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan kekesalan dengan keputusan itu percaya Suruhanjaya ini perlu dipertaggungjawab untuk menyiasat kematian Teoh dan bukannya inkues seperti yang diputuskan oleh kerajaan persekutuan semalam.

Beliau juga mempersoalkan keperluan untuk menggunakan dua prosiding yang berlainan untuk menyiasat perkara yang berkait rapat dan melibatkan saksi-saksi yang sama.

"Kita telah meminta satu Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian mendiang dan juga kredibiliti SPRM.

"Kita merasakan Suruhanjaya adalah prosiding yang terbaik bagi memastikan keadilan untuk mendiang dan keluarganya," katanya.

Walaubagaimanapun, katanya, kerajaan negeri akan tetap akan melantik peguam untuk mewakili pihak pegawai kerajaan negeri dalam prosiding Suruhanjaya Diraja dan inkues.

"Langkah ini adalah perlu memandangkan mendiang Teoh adalah pegawai kerajaan negeri dan juga untuk memastikan hak-hak mendiang dan keluarga terbela," jelasnya.

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan bahawa siasatan SPRM ke atas pegawai daan wakil rakyat Pakatan hanya boleh dilakukan di pejabat dimana mereka bertugas.

Menurut beliau, keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri petang tadi adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan pegawai di samping memberi kerjasama kepada pihak SPRM sehingga siasatan ke atas tragedi ini selesai.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri turut mengarahkan semua pegawai perlu memaklumkan kepada penasihat Undang-undang kerajaan negeri jika mereka dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan.

"Kerajaan negeri juga akan melantik satu panel peguam untuk membantu mana-mana pegawai yang disoal siasat," katanya dalam satu kenyataan. - http://www.harakahdaily.net/

Najib Altantuya vs Nizar: Demo ISA, PEWARIS Sengaja Cari Kecoh


Pasukan 'taktikal' yang menyusun BERSIH telah berjaya memperdaya Polis yang bercita - cita menggagalkan himpunan BERSIH sebelum pilihanraya lalu dengan keganasan. Himpunan BERSIH berjaya diadakan dengan 'bersih' dan lancar. Polis hari tersebut seolah 'terkedu' dengan taktik jalanraya yang boleh dikatakan antara yang terbaik pernah dilakukan oleh demontsran tempatan.

Hampir pasti ramai antara pasukan 'taktikal' itu telah dipanggil semula untuk menjayakan Himpunan anti ISA 1 Ogos ini. Mungkin panik dengan perkembangan itu dan takut malu dimainkan sekali lagi Regim Bn telah menggunakan sekumpulan NGO upahan mereka untuk membuat kecoh.

Mereka yang dikenali sebagai Pewaris ini bukanlah ramai sangat, kumpulan yang sama pernah muncul beberapa kali dan juga pernah diberi kebenaran dan kerjasama oleh Polis untuk berarak tengah Kuala Lumpur namun tetap gagal mengumpulkan ramai.

Kali ini mereka sekali lagi kononya menggunakan hak berhimpun mereka (walaupun mereka inilah yang kata demonstrasi bukan budaya kita) akan cuba membuat gangguan. Mereka sedar tidak akan mampu turun ramai. Apa yang mereka cuba lakukan ialah harapkan perhimpunan tersebut dibatalkan atas alasan takut bergaduh.

Percayalah tidak akan ada berlaku pergaduhan, pasukan keselamatan kita telah sedia mengawal segala bentuk kontroversi dan dengan jumlah kita yang jelas beratus kali ganda dari mereka pasti mereka juga akan menyuruk di belakang polis nanti.

Jika Pewaris boleh bertindak matang dalam menyuarakan pendapat biar sahaja 1 Ogos kita berhimpun dan mereka yang punya perlindungan Regim Bn termasuk PDRM pilih saja mana - mana hari yang mereka suka yang lain untuk melawan jumlah mobilisasi. Kita sudah merancang lama, kumpulan NGO upahan ini hanya memutus malam semalam untuk berhimpun 1 Ogos juga, bukankah itu sesuatu yang memang berniat iri hati dan jahat ?

Apa pun di seru kepada semua pencinta keadilan dan pejuang rakyat ayuh kita turun beramai - ramai untuk bersama di Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini. Hasrat utamanya ialah untuk mendesak dihapuskan ISA, ia himpunan kuasa rakyat....turunlah atas apa jua jeritan rakyat. Boleh saja ia lambang protes terhadap kematian Teoh Beng Hock, isu Bahasa Melayu, kenaikan harga Minyak (September), Kenaikan Tarif Elektrik (Ogos), Kenaikan Harga Tambang, Isu tanah atau apa sahaja....asalkan turun dan tunjukkan kuasa rakyat./chegubard.blogspot.com

Wednesday, July 22, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Demo ISA, GMI vs PEWARIS, 1 OGOS Bakal Menjadi Sejarah


Demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang bakal bertembung dengan ribuan pendukung akta kontroversi itu, 1 Ogos ini.Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu bakal memimpin "rakyat Malaysia yang cintakan keamanan" berhimpun di Pasar Seni di ibu negara bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap ISA.Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan rancangan itu.

Katanya, dengan berpakaian putih, mereka akan berhimpun pada jam 1 tengah hari dan mengumpulkan tandatangan orang ramai meminta kerajaan mengekalkan akta tersebut."Kita juga bercadang hantar memorandum (mengekalkan ISA) kepada Yang di-Pertuan Agong jika dibenarkan," katanya.Perhimpunan tersebut yang bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dibuat serentak dengan Himpunan MANSUH anjuran GMI yang ingin berarak ke Istana Negara.

GMI, yang didukung parti pembangkang utama dan NGO hak asasi, memilih tiga lokasi yang selama ini menjadi pusat
perhimpunan anti-kerajaan - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral – sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mengarahkan semua penentang ISA berpakaian merah dan hitam sebagai simbol bantahan. Perhimpunan itu dijangka bertukar pentas untuk menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock - setiausaha exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - yang ditemui mati dalam tanda tanya dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis lalu.

Ditanya sama ada tindakan Pewaris bakal mencetuskan pertembungan dengan penunjuk perasaan yang menentang ISA, Rahimuddin berkata, "mereka tidak berniat mencetuskan perkara itu"."Kalau (mereka) kata kebebasan bersuara, kami pun nak guna juga. Kita tidak ada niat pun nak bertembung dengan sesiapa," katanya, sambil menyifatkan pemilihan tarikh itu "cuma kebetulan sahaja".

Pewaris akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan persiapan akhir, termasuk memohon permit polis bagi tujuan itu. Sidang media bagi mengumumkan perkara itu dijangka dibuat beberapa hari lagi.

Maknanya 1 Ogos akan menjadi satu lagi sejarah perhimpunan dan perarakan besar selepas Perhimpunan BERSIH. Adakah pihak POLIS RAJA DI MALAYSIA akan keluarkan permit?
Sekilas lintah di air ku tahu dah...jantan ke betina..
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Oleh: Din Binjai@Tranungkite

Najib Altantuya vs Nizar: Kabinet Akur Pada Tekanan, Henti Siasatan Keatas Pakatan Rakyat


Kabinet memutuskan untuk menggantung semua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit dalam siasatan keatas Exco Pakatan Rakyat di Selangor.
Keputusan ini dibuat ekoran bantahan orang ramai terhadap kematian Setiausaha Politik Teoh Beng Hock.

Penggantungan ini berkuatkuasa sehingga siasatan polis keatas kematian Teoh selesai.
Pakatan Rakyat membidas siasatan SPRM yang dikatakan bermotif politik. Teoh dipanggil sebagai saksi untuk menjawab isu dana berjumlah RM2,400, walhal rasuah jutaan ringgit membabitkan pemimpin-pemimpin BN tidak dilayan.-/TvAntara


Nizar vs Najib Altantuya: Kematian Teoh - Musa Hassan, Said Hamdan Disaran Tutup Mulut


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Ahmad Said Hamdan diminta tutup mulut dari mengulas isu kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Saranan itu dibuat Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar hari ini yang mengulas kenyataan SPRM dan KPN semalam yang mahu orang ramai tutup mulut dari memberi komen berhubung kematian Teoh.

Mahfuz melahirkan rasa bimbang kerana kedua-dua individu itu adalah pihak yang sedang menyiasat (KPN) dan yang disiasat (SPRM).

Beliau mengingatkan bahawa satu ketika dahulu, KPN pernah dikaitkan dengan dakwaan rasuah, dan ketika itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali sebagai SPRM telah membuat siasatan ke atas KPN.

Bagaimanapun,siasatan BPR ketika itu kononnya mendapati 'tiada kes' untuk mengaitkan KPN dengan dakwaan rasuah,ujar Mahfuz.

"Kita bimbang yang menyiasat SPRM dengan kes Teoh ini ialah KPN yang sama yang pernah disiasat SPRM dahulu, kita bimbang berlakunya bias,

"Bagi saya satu suruhanjaya diraja yang benar-benar bebas perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat kes ini, dan bukannya polis kerana masing-masing sejarah kepentingan antaradua pihak," ujarnya.

Rakyat juga pelik mengapa KPN dan Ahmad Said mahu semua pihak menutup mulut dari memperkatakan kes ini,sedangkan beliaulah pihak yang patutnya menutup mulut kerana sedang disiasat.

Mengulas kenyataan kerajaan yang kononnya mahu menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca kematian Teoh,Mahfuz menggesa perkara itu diputuskan di Parlimen.

Beliau bimbang, kini tanggungjawab diserahkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk mencadangkan kepada Istana penubuhan suruhanjaya serta keanggotaan dan formatnya.

"Kita bimbang, PM juga adalah pihak yang bertanggungjawab kepada SPRM kerana suruhanjaya ini dibawahnya, tentunya akan berlaku bias dalam cadangan penubuhan ini.

"Ada baiknya jika penubuhan ini dibentangkan dalam sidang khas Parlimen yang dipanggil segera dalam masa terdekat, biarlah Parlimen bahas dan bentuk cadangan dari sudut terma, syarat dan keanggotannya," katanya.

Selain itu beliau melihat, kes Video Linggam yang disiasat suruhanjaya pada dua tahun lalu, akhirnya tiada keputusan yang dibuat.

Malah kes itu senyap sehingga kini, justeru atas sebab itu perlunya satu suruhanjaya yang lebih wibawa yang dilantik melalui pembentangan di Parlimen segera untuk menyiasat kes itu.-/HarakahDaily

Tuesday, July 21, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Sengketa PR Bukan Taktik Politik - Hj Hadi


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim kononnya sengketa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu perselisihan faham dan perpecahan dalam gabungan tiga parti itu sebagai mainan politik untuk menarik perhatian rakyat.

Menurutnya, apa yang berlaku bukanlah strategi atau taktik politik parti itu, tetapi sekadar bersikap terbuka dan telus dalam menangani isu-isu terkini.

“Antara isu terkini yang dapat menyatukan ahli-ahli dalam Pakatan Rakyat ialah kematian Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock. Biarpun beliau bukan beragama Islam tetapi isu ini melibatkan kezaliman, dan kami sepakat mencadangkan supaya satu jawatankuasa bebas diwujudkan untuk menyiasat kematian itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan Pas Pusat, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim kelmarin yang mendakwa perselisihan faham dan perpecahan dalam gabungan tiga parti itu sedangkan ia hanya taktik raih perhatian rakyat.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Pesuruhjaya Pas Kedah merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.:

Abdul Hadi berkata, isu berkenaan tidak dipolitikkan seperti yang didakwa, tetapi pihaknya mahu menegakkan keadilan.

“Kes tersebut menunjukkan adanya kelemahan dalam jentera pentadbiran dan perlu disiasat dengan adil dan telus,” katanya.

Abdul Hadi berkata, perjumpaan dua hari itu antara lain membincangkan mengenai ucapan dasar yang diluluskan dalam Muktamar lalu dan lawatan kerja ke Kedah untuk melihat pembangunan di negeri itu.

“Apa yang diluluskan pada muktamar lalu telah dibangkitkan untuk mengukuhkan jentera parti termasuk persiapan awal berdepan dengan pilihan raya umum akan datang,” katanya:.

Mesyuarat turut bersetuju menubuhkan jawatankuasa penilaian untuk membuat analisis mengenai keputusan pilihan raya kecil di Manek Urai 14 Julai lalu.

“Menteri Besar turut memberi taklimat mengenai pembangunan yang telah dicapai termasuk kejayaan Pakatan Rakyat Kedah di sini, antaranya projek penapisan minyak Hub Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH), pelaburan, dasar tender terbuka, termasuk masalah dalaman Pakatan Rakyat Kedah yang berjaya diselesaikan,” katanya.-/sinarharian.com

Nizar vs Najib Altantuya: Muhyiddin Penipu, Mana Penjelasan Dari Petronas Di Manek Urai?


Pemimpin Umno meneruskan tradisi mereka yang hanya pandai menabur janji tapi tidak tahu menunaikannya dalam kempen Pilihan Raya Kecil Manek Urai.

Antara janji yang dibuat dalam kempen mereka termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Petronas menjelaskan kepada rakyat Kelantan khususnya pengundi Manek Urai kenapa negeri yang ditadbir oleh PAS sejak 19 tahun lalu tidak layak untuk menerima royalti Petroleum seperti yang didedahkan oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob menegaskan, sehingga hari mengundi (14 Julai) tidak ada mana-mana pegawai atau wakil Petronas yang datang ke Manek Urai untuk menjelaskan tentang isu royalti Petroleum kepada Kelantan.

Tegas beliau, pengundi-pengundi di Manek Urai dan rakyat Kelantan menunggu kehadiran wakil atau pegawai Petronas seperti dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk menjelaskan tentang isu royalti Petroleum yang dituntut oleh pentadbiran Kelantan.

"Hingga hari mengundi tidak ada mana-mana pegawai atau wakil Petronas yang datang menjelaskan kepada pengundi di Manek Urai kenapa Kelantan tidak layak untuk memperolehi royalti petroleum.

"Sebelum ini, Muhyiddin berjanji akan memastikan wakil atau pegawai Petronas akan datang menjelaskan dengan terperinci apa sebab Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum.

"Tapi bila tidak datang ia menunjukkan sikap pemimpin-pemimpin tertinggi Umno yang telah menipu rakyat Kelantan," tegas Salahuddin.

Tegas beliau lagi, kegagalan untuk menjelaskan kenapa Kelantan tidak layak untuk menerima royalti Petroleum membuktikan kerajaan sebenarnya menafikan hak rakyat Kelantan untuk menikmati royalti seperti mana rakyat negeri lain.

Menafikan hak Kelantan itu, tegas Salahuddin bermakna kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno menganaktirikan rakyat Kelantan tidak seperti mana yang mereka janjikan.

Isu royalti petroleum hangat ketika kempen pilihanraya kecil Dun Manek Urai bila Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato' Husam Musa mendedahkan kegagalan kerajaan BN menyerahkan royalti petroleum berjumlah RM1 bilon kepada Kelantan sejak tahun 2004.

Bagi mengelakkan dari membayar royalti tersebut, kerajaan BN berusaha menafikan hak rakyat Kelantan dengan berjanji akan mengarahkan Petronas untuk menjelaskan kenapa Kelantan tidak layak untuk menerima royalti yang dituntut oleh pentadbiran PAS.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri minggu lepas berjanji akan mengarahkan Petronas memberikan penjelaskan kepada rakyat Kelantan sebelum hari pengundian di Manek Urai.

Kegagalan membawa mana-mana wakil atau pegawai Petronas menjelaskan mengenai isu royalti Petroleum itu membuktikan pemimpin-pemimpin Umno termasuk Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustafa Mohamad telah menipu rakyat Kelantan.-/.detikdaily.

Monday, July 20, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Isu Nizar Pegang Lilin - Penjelasan Oleh Idham Lim


[Sekadar bergambar di dalam gelap dengan memegang lilin pada malam 18 July dihadapan Wisma DAP setelah beberapa ucapan untuk memberi semangat kepada penyokong PR yang hadir. Jangan pula memutar belit gambar ini kononnya begitu dan begini....]

Ekoran dari kematian secara misteri yang menggemparkan seluruh negara ke atas Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor, dan membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang diadakan diseluruh negara termasuklah yang telah dianjurkan olah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dihadari oleh DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan saya sendiri..

Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebut. Akhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-

"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upucara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoakkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur olweh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upucara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.

Allahu Aklam....

Kenyataan media pada 20 July 2009

Drs.Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak
Petikan Dari: /loveperak.blogspot.com

Nizar vs Najib Altantuya: DAP Mahu Saman SPRM


ALOR GAJAH - DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berhubung kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, SPRM perlu bertanggungjawab terhadap kematian Beng Hock dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan bahawa ketika ditemui mati, Teoh tidak lagi berada dalam pengawasan SPRM.

Beliau berkata, pejabat SPRM adalah sebuah bangunan keselamatan yang dikawal dan tidak boleh untuk melakukan urusan masuk dan keluar ke pejabat itu sesuka hati.

“Hanya pegawai SPRM yang mempunyai akses menerusi kad mereka untuk masuk dan keluar pintu pejabat berkenaan.

“SPRM mempunyai tanggungjawab keselamatan (terhadap Teoh) dan tidak boleh dinafikan Beng Hockk ditemui dalam kawasan bangunan SPRM,” katanya kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat kepada keluarga Beng Hock di Taman Seri Kelemak di sini, semalam.

Akhbar kelmarin melaporkan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang menyatakan Beng Hock sewaktu ditemui mati tidak lagi berada dalam pengawasan SPRM dan atas sebab itu kematian Teoh tidak harus dipersalahkan kepada SPRM.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut mempersoalkan katiadaan CCTV di pejabat SPRM atas alasan ketiadaan wang.

Sementara itu, keluarga mendiang mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuh menyiasat kematiannya.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Dr Oh Ei Sun berkata, adda permintaan daripada keluarga Beng Hock supaya menyampaikan hasrat mereka itu bagi penubuhan Suruhanjaya Diraja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jawapan saya ialah mereka (keluarga itu) akan mengetahui keputusannya pada mesyuarat Kabinet Rabu ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan takziah Perdana Menteri kepada keluarga Teoh di Taman Seri Kelemak di sini petang semalam.

Ei Sun bagaimanapun berkata beliau akan menyampaikan permintaan keluarga Teoh itu kepada Najib.

Seorang jurucakap keluarga itu berkata, mendiang Beng Hock akan dikebumikan di Semenyih, Selangor, hari ini.
SinarHarian

Nizar,Najib & Manek Urai: UMNO Kelantan Buat Bantahan Di Mahkamah


Umno Kelantan akan mengemukakan bantahan di mahkamah ekoran rasa tidak puashati mereka dengan keputusan pilihan raya kecil (PRK) N41 DUN Manek Urai Julai 14 lalu.Bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah, mendakwa terdapat kesilapan dalam penjumlahan kiraan undi bagi peti undi Manek Urai Lama.

Ekoran itu beliau telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapa Mohamad, berhubung perkara berkaitan.

“Datuk Mustapa dalam perbincangannya dengan saya akan meneliti angka itu akan mengambil pendekatan berjumpa dengan pencatit-pencatit pada malam tersebut bagi mendapat maklumat yang lebih jelas.”
"Beliau akan memberi perhatian serius terhadap perkara ini dan faham dengan apa yang berlaku,” katanya mengulas perkara berkaitan ketika dihubungi.

Sehubungan itu Umno negeri akan mengumpulkan segala maklumat dan fakta sebagai bukti sebelum bantahan dikemukakan di mahkamah.

Bagaimanapun Wan Zaid berkata beliau menyerahkan tindakan lanjut kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri itu untuk membuat keputusan.

Menurut Wan Zaid, pengiraan undi bagi peti undi Manek Urai Lama menunjukkan BN memperolehi 1,008 undi manakala PAS 708 dan undi rosak 19.

Dari jumlah berkenaan, beliau mendakwa, majoriti diperolehi BN adalah 289 undi. Bagaimanapun pada pengumuman pada malam penjumlahan dicatatkan 189 undi.

Katanya semasa pengiraan undi di peti undi berkenaan agen BN telah membuat kesilapan kerana tidak menandatangani kertas pengesahan pengiraan.

Wan Zaid memberitahu undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bantahan keputusan pilihan raya boleh dilakukan melalui mahkamah dalam tempoh enam bulan.

Pada PRK tersebut calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, berjaya mengekalkan kemenangan parti PAS pada pilihan raya umum Mac 2008 lalu.

Fauzi memperolehi 5,348 menewaskan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat yang mendapat 5,283 undi. Fauzi menang dengan majoriti 65 undi.

Pusat penjumlahan undi dan keputusan PRK DUN Manek Urai diumumkan oleh Pengurus SPR, Adnan Hussin, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, pada malam Julai 14.

Sementara itu, BN berjanji akan meneruskan agendanya dalam melaksanakan program pembangunan walaupun kalah dalam pilihan raya agar rakyat tidak menjadi mangsa politik lantaran kegagalannya.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad, akan menterjemahkan modul pembangunan di kawasan pilihan raya kecil Manek Urai sebagai model pembangunan berterusan di Kelantan.

“Langkah itu menunjukkan Umno dan BN ikhlas dalam melaksanakan program pembangunan walaupun parti itu tewas dalam pilihan raya kecil Manek Urai selasa lepas,” katanyanya pada media selepas mempengerusikan mesyuarat Ketua Jabatan Persekutuan di Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) di sini.

Mustapa juga berkata kerajaan BN akan mengurangkan kerenah birokrasi dengan mengutamakan rakyat tanpa mengira parti dan ideologi politik dalam melaksanakan projek menerusi slogan mesra dan cakna rakyat.

Sebanyak RM2 juta akan diperuntukan untuk melaksanakan projek pembangunan di kawasan Manek Urai termasuk membaiki rumah, penurapan jalan di samping kemudahan-kemudahan asas lain.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bercadang menyediakan peruntukan RM3,000 setiap keluarga untuk membaiki rumah selain RM30,000 untuk membina rumah baru.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Pusat, beliau tidak dapat memberi gambaran jelas perkembangan terbaru perkara berkenaan kerana pihak bertanggungjawab lebih arif untuk menyelesaikannya.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan isu tersebut terus mendapat perhatian kerajaan pusat di mana proses rundingan telah dijalankan bagi mengkaji setiap undang-undang dan peraturan dalam hal-hal yang berkaitan mengikut Akta Pembangunan Petroleum (PDA) dan Perjanjian Konsesi oleh Petronas.

Sehubungan itu beliau menyarankan kepada semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri itu sebelum ianya diputuskan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri MuhyiDdin Yassin sebelum ini berkata, Petronas telah diarahkan untuk memberikan jawapan terhadap tuntutan kerajaan negeri Kelantan itu dalam tempoh 48 jam.
Namun sehingga kini Petronas terus menutup mulutnya mengenai perkara itu. - Sumber; /www.detikdaily.net

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost