Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Saturday, July 31, 2010

KJ vs Ibrahim Ali....


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali akan berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 Ahad ini.

Mereka akan bertemu dalam majlis tersebutyang berkemungkinan besar bertukar menjadi debat.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau - dalam jawapannya kepada Malaysiakini melalui SMS - mengesahkan beliau akan menghadiri sidang kemuncak tersebut.

Sebelum itu, Khairy menulis dalam Twitternya: "Ada apa Ahad ini, saya dijemput berdepan dengan... Ibrahim Ali. Patutkah saya pergi?".

Selepas itu, ketika menjawab soalan pengikut twitternya - sama ada beliau akan menghadiri majlis tersebut - Khairy menulis: What do you think? I am Ketua Pemuda.

Memandangkan pada tajuknya serta sejarah hubungan antara kedua-dua mereka, maka forum ini menjanjikan sesuatu yang menarik - antara Khairy yang mengaku dirinya seorang reformis dan Ibrahim yang lantang bersuara - yang beberapa kali 'bertembung' sebelum ini.

Ianya bermula apabila Khairy 'menyelamatkan' Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong, yang menjadi sasaran kecaman PERKASA pimpinan Ibrahim.

Sewaktu mendesak kerajaan mengekalkan jumlah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - di mana sejumlah yang terhad disediakan kepada bukan bumiputera - Wee berkata pelajar bumiputera juga akan terasa diabaikan jika jumlah biasiswa MARA dikurangkan.

Berikutan itu, Ibrahim menggesa Khairy supaya tidak menjadi 'pengkhianat' terhadap bangsanya sendiri dan berlaku perang mulut antara mereka sehingga ke peringkat memberi gelaran antara satu sama lain.

Khairy menggelar Ibrahim sebagai 'jaguh kampung' dan 'gedebe oportunis'.

Ibrahim pula membalasnya dengan menggelar Khairy sebagai seorang pemimpin yang lemah di mana kepimpinannya telah melemahkan Pemuda Umno, dan mengabaikan keperluan akar rumput orang Melayu, dan ruang itu kini diisi oleh PERKASA.

Sementara itu, ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kelantangannya Khalid Samad turut ditampilkan sebagai ahli panel dalam sidang yang turut melibatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyampai ucaptama.

Khalid dan Ibrahim juga sering bertembung secara terbuka dalam pelbagai isu, termasuklah isu biasiswa MARA baru-baru ini, apabila mereka dilihat saling memperlecehkan antara satu sama lain.

Menulis dalam laman Twitter malam tadi, Khairy juga bersuara, disebabkan beberapa pemimpin dan timbalannya yang tidak gemar berkongsi pentas dengan pelajar atau pemimpin pembangkang, beliaulah yang terpaksa menggantikannya.

"Jadi saya selalu dapat jemputan daripada pihak ketiga," katanya ketika mengemaskini status di laman blog mikronya itu.

"Jadi inilah jemputan di saat-saat akhir yang saya perlu putuskan. Nampaknya dua menteri menolaknya, jadi tiada sesiapa lagi (untuk mewakili Umno)"

Dalam masa yang sama, Khairy berkata, sesetengah media asing, terutamanya saluran televisyen, sukar mendapatkan menteri bagi menyertai program mereka.

"Sayalah yang terpaksa wakili Umno. Tetapi, selepas (Datuk Seri) Zainuddin Maidin di (stesen televisyen) Al Jazeera...," tulisnya lagi tanpa menghabiskan ayat tersebut.

Dalam reaksi terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada November tahun lalu, Zainuddin - menteri penerangan ketika itu - menjadi bahan ketawa banyak pihak, ekoran ulasannya berhubung 'perhimpunan haram' itu kepada Al Jazeera yang dilihat 'berterabur'.-- Malaysiakini

Thursday, March 18, 2010

1 Malaysia = 1 Israel ???

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keras sikap hipokrit Umno dan Barisan Nasional yang menuduh beliau menjadi ejen Yahudi dan Cina tetapi pada masa yang sama secara senyap-senyap mengunapakai khidmat syarikat perunding imej pro-Zionis, APCO International.

Ketika mengambil bahagian dalam perbahasan titah Yang Dipertuan Agong, Anwar mendedahkan semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan Umno-BN juga telah membayar sejumlah wang kepada pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff.

Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Dr Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.

Apabila perkara itu dibongkarkan oleh pembangkang Dr Mahathir menafikan bahawa bayaran tersebut adalah daripada dana kerajaan.

Ahli Parlimen itu mendedahkan Abramoff bukan sahaja berfahaman ektremis Zionis tetapi juga telah didakwa serta dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah di Amerika dan kini dipenjara kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah tercatat dalam nota kongres Amerika.

"Saya nak tanya ustaz, ustazah dan Menteri Agama Umno apa pandangan mereka Najib guna pelobi yahudi yang bukan sahaja tauke judi tetapi juga didapati menipu kaum Red Indian di Amerika dengan tujuan merampas tanah mereka untuk membina kasino.

"Tentang konsep 1Malaysia yang di bawa oleh Perdana Menteri kita tak payah pertikailah tetapi saya ingin ingatkan bahawa APCO yang diguna oleh Datuk Seri Najib ditunjangi oleh dua bekas pemimpin Israeli iaitu satu bekas duta ke Amerika Syarikat dan satu legi bekas duta ke Jerman.

"Ini wakil rakyat Umno semua sokong dan amin kepada semua tindakan pemimpin mereka.

"Bagaimana kerajaan Umno-BN boleh menyokong syarikat ini yang mendokong fahaman Zionis yang dunia ketahui menindas dan membunuh rakyat Palestin.

"Bagaimana Perdana Menteri boleh mengguna khidmat APCO yang menasihati Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada 1999 dengan slogan 1Israel dan sepuluh tahun kemudian syarikat yang sama menasihati Najib dengan gagasan 1Malaysia," kata Anwar dalam nada yang tegas.

Anwar secara tegas mengkritik 1Malaysia kerana menunjukkan sikap dwi standar dalam perlaksaan walaupun secara luaran konsep itu mengkagumkan.

"Cakap pasal 1Malaysia tapi kes kematian Kugan tak selesai, bila tanya Kugan mati sendiri, begitu juga dengan Teoh Beng Hock, bila tanya dia terjun sendiri dan mati, Altantuya pun begitu, kenapa mati Altantuya sendiri letupkan diri dan saya pula mengapa mata lebam, sendiri pukul!

"Lihat sahaja kes saya untuk menggugurkan hakim, belum lagi buat rayuan hakim dah tetapkan tarikh awal-awal lagi. Tapi kes rayuan Azilah dan Sirul sudah setahun fail rayuan tetapi sampai sekarang tarikh belum ditetapkan. Inikah 1Malaysia?

"Dalam hal bidang kuasa Raja, apabila undang-undang itu berpihak kepada Umno maka Raja tidak ada kuasa tetapi di Perak Sultan ada kuasa mutlak. Hukum mana dan perlembagaan mana yang Umno pakai?

"Semua ceramah dan kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat disiasat polis sampai YB Bukit Gelugor ada 130 laporan polis terhadap dirinya dan saya pun ada empat. Kenyataan perkauman melampau Umno satu pun tak siasat. Apa jenis 1Malaysia ni - satu hukum untuk penguasa dan satu hukum lain untuk pembangkang," kata Ketua Pembangkang lagi.

Beliau berkata sekiranya 1Malaysia mahu berlaku adil sistem pentadbiran mestilah bertunjangkan kepada negara hukum dan bukannya membeza-bezakan tindakan mengikut agenda politik.

Anwar seterusnya mempersoalkan "conscience" pemimpin Umno dan BN yang sanggup mendokong sebuah pentadbiran korup yang membiarkan komisyen RM540 diambil oleh beberapa kerat kroni individu yang berkepentingan tetapi pada masa yang sama membiarkan rakyat menderita tanpa pembelaan. - SuaraKeadilan

Monday, October 12, 2009

Ahli UMNO Perlu Ubah Sikap - Dr. Mahathir :- Nizar vs Najib Altantuya

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan anggota Umno agar mengubah sikap sekiranya mahu pindaan perlembagaan parti yang bakal dibuat pada perhimpunan agung parti minggu ini mencapai matlamatnya.

Bekas presiden Umno itu berkata ini kerana pindaan perlembagaan sematamata tidak menjamin penyelesaian masalah."Saya (semasa menjawat presiden parti) buat dua pindaan. Tiap kali saya buat, saya yakin penuh bahawa pindaan itu akan menyelesaikan masalah.

"Tetapi (jika) kita buat pindaan tapi kalau sikap ahliahli tak sesuai dengan pindaan itu, dia tak berjayalah," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai cadangan pindaan perlembagaan yang akan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas Umno Khamis ini.

Dr Mahathir yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali sebelum itu menghadiri majlis pelancaran Buku Amanat Presiden Umno yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara lain pindaan yang bakal dibuat ialah pemansuhan sistem kuota bagi pencalonan dan membenarkan lebih ramai perwakilan akar umbi terlibat dalam pemilihan parti.

Ditanya sama ada perwakilan akar umbi Umno mempunyai kriteria yang perlu dalam memilih pemimpin berkebolehan, Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri berkata ia terpulang kepada kaedah perwakilan itu dipilih.

"Apakah mereka dipilih kerana jawatan, atau kerana intelek atau kerana mereka semua sudah dewasa. Ini semua kena ambil kira," katanya.-/mstar

Melayu Tak Sedia Tinggalkan Bantal Busuk Bernama UMNO :- PKFZ / Nizar vs Najib Altantuya

Oleh LanH

Nampaknya orang Melayu masih belum sedia melepaskan bantal busuknya yang bernama Umno selepas parti itu menang besar di Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil Dun itu 11 Oktober lalu. Malah dengan kemenangan Umno dengan majoriti lebih 5,000 undi, kesetiaan mereka masih berpihak kepada Si Tuah yang taat membabi-buta.

Orang Melayu terlalu bergantung kepada perkara disanjungnya, dalam kes ini Umno yang telah menghuni dalam diri mereka sejak penubuhan parti itu sebelum merdeka sehingga negara sudah 52 tahun bebas daripada cengkaman penjajah.

Mengkaji kecenderungan sesetengah kanak-kanak kepada bantal busuk (dalam kes ini Umno) mungkin dapat melerai persoalan bersediakah orang Melayu meninggalkan Umno dalam menghadapi zaman baru yang lebih mencabar.

Jika sesetengah kanak-kanak tidak lekang dengan bantal busuknya, demikian juga orang Melayu, tidak selesa untuk meneruskan kehidupan tanpa pegangannya.

Daripada zaman kecilnya sehinggalah hampir ke liang lahad, sebahagian Melayu memerlukan wira, idola, tokoh, legenda dan ikon semasa (termasuklah Umno) untuk dijadikan dahan, tempat berpahut sama seperti seorang kanak-kanak mendambakan bantal busuknya.

Hang Tuah adalah antara idola dan ikon Melayu. Sama ada dia benar-benar wujud atau tidak, Hang Tuah tetap membawa kehebatan dan keperkasaan Melayu yang juga mahu dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain yang turun di Bukit Seguntang Mahameru.

Zaman berubah, sepanjang sejarahnya, Melayu berusaha mendekatkan diri dengan idolanya. Idola Melayu turut berubah daripada Hang Tuah yang digambarkan sentiasa berkeris kepada 'pahlawan' Melayu berkot dan bertali leher atau sesekali berpakaian Melayu seperti Dr Mahathir Mohamad.

Melayu baru adalah jelmaan Melayu lama. Ia tidak berubah sepenuhnya kerana sebahagian ciri, sifat dan sikapnya masih kekal. Ia masih mengekalkan pemujaan idola Hang Tuahnya (perhatikan bagaimana Melayu baru tetap bangga dengan keris seperti yang dipertunjukkan dalam perhimpunan agung sebuah parti Melayu).

Melayu baru yang mendakwa kontemporari masih mengekalkan cara hidup Melayu lama, jadi tidak hairanlah semoden mana seseorang Melayu itu, ia mengekalkan 'apa-apa yang diajarkan datuk neneknya' seperti adat bersanding, kenduri kendara dan menghidupkan budaya lama berdondang sayang, mak yong, berkuda kepang dan mendendangkan lagu unsur khurafat seperti Ulik Mayang atau Puteri Santubong.

Manusia Melayu yang bertuhankan sesama insan, harta benda, wang ringgit, pangkat, nafsu serakah dan iblis syaitan ini adalah kemuncak kepada pergantungan kepada idola seperti yang menjadi amalan sesetengah orang Melayu.

Slogan-slogan seperti 'hanya......saja mampu buat itu dan ini. Hanya ......saja yang mampu memerintah negara adalah antara manifestasi kebergantungan orang Melayu kepada idola dan pujaannya.

Slogan berbentuk indoktrinasi inilah sebahagian faktor penghalang minda Melayu untuk berkembang dan keluar daripada kepompong menyanjung idolanya sama seperti seorang kanak-kanak yang berpegang kejap kepada bantal busuknya. Sejak kecil sehingga dewasa dan seterusnya tua, kebanyakan manusia Melayu menerima apa saja yang disogokkan tanpa berusaha menyelidiki kebenaran atau hakikat sesuatu perkara itu.

Kebanyakan menggunakan alasan, 'itu adalah ajaran datuk-nenek (budaya) kita' sedangkan dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 170, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,' mereka menjawab: '(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami.' "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?"

Indoktrinasi ke atas orang Melayu begitu berkesan sehingga sebahagiannya tidak bergerak akal fikiran mereka - asyik memikirkan laba dunia - dengan semata-mata berpegang kepada idola, tidak lebih daripada kanak-kanak yang mahukan bantal busuk mereka sekalipun ia hapak, busuk dan meloyakan.

Jika tiada ajakan paradigma Melayu, orang Melayu dikhuatiri akan terus kekal hanyut dengan idolanya itu tidak kira dalam apa bidang pun, sama ada politik, ekonomi, budaya dan sebagainya sekalipun parti Melayu terbesar di dunia terus bersidang saban tahun.

Selagi Melayu tidak meninggalkan slogan '......dulu, kini dan selamanya', jangan harap Melayu lama akan bertukar Melayu baru yang hidup bertunjangkan al-Quran dan hadis, bukannya kerap menghunuskan keris lama (seperti sesetengah pemimpin Umno) ke udara seperti idola lamanya, Hang Tuah!

Kebergantungan orang Melayu kepada ‘bantal busuk’ bernama Umno itu nampaknya masih kejap (berdasarkan pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang). Orang Melayu masih tak lekang dengan idolanya, mereka mahu kekal dulu, kini dan selamanya.

/detikdaily

Wednesday, September 9, 2009

Pengajaran Untuk Melayu Di Selangor :- Nizar vs Najib Altantuya

Sejak akhir-akhir ini, rakyat Selangor telah disajikan dengan pelbagai isu dan kontroversi yang melibatkan Melayu dan Islam. Kenapa ia ditimbulkan dan dibincangkan termasuk pemimpin bukan Melayu? Ramai yang cukup maklum dan sedar bahawa orang Melayu adalah kaum majoriti dan Islam adalah agama rasmi di negara ini. Atas alasan hak dan kebebasan individu untuk bersuara, perkara penghinaan kepada Melayu dan Islam kelihatan semakin serius apabila satu demi satu isu yang menghina dan mempermainkan Islam dibangkitkan.

Kita lihat di Bandaraya Shah Alam yang dibangunkan sebagai bandar Melayu, kini mula dirobek dengan pelbagai isu termasuk isu arak. Apabila ini semua berlaku, siapa yang hendak kita salahkan? Apakah puncanya?

Jika dilihat kepada kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, 41 daripada 56 kerusi DUN, majoriti adalah pengundi Melayu itu sendiri.

Sebenarnya di Selangor kini, orang Melayu mengharapkan Pas, selaku gabungan parti pakatan yang pemerintah untuk menjadi suara dan pembela kepada orang Melayu dan Islam.

Tahniah kepada Exco Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana sudah mula bersuara dalam pelbagai isu berkaitan kepentingan umat Islam di negeri itu.

Segala serangan, kritikan, penghinaan dan apa juga tanggapan negatif yang dilemparkan kepada orang Melayu dan Islam di Selangor adalah satu pengajaran berguna pada masa depan.

Ketidakupayaan Melayu untuk bersatu dan kecenderungan untuk menghukum pemimpin sendiri membolehkan pihak lain mengambil kesempatan daripada kelemahan yang berlaku.

Kita tentunya tidak mahu melihat ‘cacing naik ke mata’. Maka, sebagai penduduk majoriti, orang Melayu dan penduduk Islam di Negeri Selangor perlu bangkit dan bersatu tanpa mengira fahaman politik sama ada Pas, PKR, UMNO dan lain-lain untuk menginsafi diri tentang penghinaan kepada Melayu dan Islam yang sudah mula menghidu baunya dan unsur-unsurnya pun sudah jelas kelihatan.

Kini sudah sampai masanya juga semua ahli-ahli Exco dan wakil rakyat Melayu di Negeri Selangor perlu ‘bersatu suara dan tindakan’ untuk terus menegakkan dan memperjuangkan syiar Islam agar ia tidak mudah diperkotak-katikkan oleh kelompok minoriti.

Semoga orang Melayu dan Islam di Selangor yang menjadi negeri yang paling maju di Malaysia, juga jangan lupa untuk memastikan agar Islam terus megah di buminya sendiri dan kesuciannya terus dihormati oleh rakyatnya seiring dengan kemajuan yang dicapai.


* Gabungan Ikhtisas Dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor (GIBS)
Sumber Sinar Harian

Wednesday, September 2, 2009

Anwar - Pendakwaraya Sengaja Lengahkan Perbicaraan :- Nizar nt Zambry & Najib Altantuya


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengarahkan Peguam Negara menyerahkan dokumen yang perlu untuk membolehkan Anwar menyediakan pembelaan beliau terhadap tuduhan liwat.

Pendakwaraya hari ini sekali lagi meminta Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan perbicaraan bersabit penyerahan dokumen itu. Mahkamah Tinggi menetapkan 3 November ini untuk menimbang semula perkara berkenaan, tertakluk kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang akan bersidang 23 Oktober bagi mendengar permohonan pendakwaraya membatalkan penyerahan bukti-bukti itu.

"Yang memohon untuk menangguhkan itu adalah pihak pendakwa. Selama ini saya yang disalahkan, kita sebenarnya minta dulu dokumen. Sampai sekarang masalah itu belum selesai", kata Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

"Pendakwa memohon membawa rayuan ini kerana tidak bersetuju dengan hakim yang memutuskan untuk memberi sebahagian besar dokumen kepada kita. Satu kes yang berkaitan dengan jenayah tapi dokumen tidak mahu diserahkan oleh pendakwaraya walaupun diputuskan oleh hakim" tambah Anwar.

Antara bahan bukti yang dituntut oleh Anwar ialah rakaman video keselamatan di tempat kejadian, bukti-bukti DNA dan keterangan saksi serta Saiful sendiri.
Anwar berkata setelah mengenakan pertuduhan liwat terhadapnya untuk kali kedua, pendakwaraya sengaja melewat-lewatkan perbicaraan atas alasan-alasan yang menafikan keadilan kepada beliau.

"Pendakwa memohon kepada mahkmah untuk menangguhkan sidang kes sehingga selesai permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan. Oleh yang demikian permohonan itu hanya akan didengar pada Oktober oleh Mahkamah Rayuan. Maka oleh itu, mereka memohon supaya sidang dijalankan pada awal November" kata Anwar.

Anwar dituduh sebagai kononnya meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur dan doktor Hospital Pusarawi bagaimanapun mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.

Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas berjumpa dengan Presiden Umno, Najib Razak ketika parti itu sedang cuba menundukkan Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Pertuduhan kali kedua itu, sebagaimana pertuduhan kali pertama ditolak oleh rakyat. Anwar menang kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar dan diangkat sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
/tvantara

Tuesday, September 1, 2009

Nizar nt Najib Altantuya: Ibrahim Ali Dan Kepala Lembu


Ibrahim Ali meneruskan sokongan padunya yang tidak berbelah bagi kepada bagi kepada UMNO apabila mengambil pendekatan mengutuk MB Selangor dan membela tindakan provokasi perkauman mereka yang membawa kepala lembu tersebut. Katanya, ini tidak salah kerana kepala lembu tersebut dibawa kepada MB Selangor yang melayu, bukan India. Inilah yang jadi bila orang dah taksub sangat dengan UMNO. Mari lihat 3 ayat fitnah yang digunakan oleh manusia amfibia dua alam ini:

1. ''Tidak ada sentimen parti di kalangan umat Melayu Islam dan tidak ada hasutan mana-mana pihak.

Ini ayat fitnah pertama. Sesiapa yang melihat youtube tentulah menyedari bahawa mereka yang berdemo tersebut memang ahli-ahli UMNO sebagaimana dinyatakan oleh penduduk di sana.

1. ''Tidak ada sentimen parti di kalangan umat Melayu Islam dan tidak ada hasutan mana-mana pihak.
Ini ayat fitnah pertama. Sesiapa yang melihat youtube tentulah menyedari bahawa mereka yang berdemo tersebut memang ahli-ahli UMNO sebagaimana dinyatakan oleh penduduk di sana.

2. ''Pihak kerajaan negeri Selangor tidak duduk meminta pandangan penduduk sebelum membuat keputusan.."

Ini satu lagi fitnah besar sempena Ramadhan. Kerajaan negeri bukan sahaja buat perbincangan dan penjelasan malah telah dan masih mendapatkan pandangan dari penduduk di sana.

3. "malah kepala lembu (yang dibawa) bukan dituju kepada orang Hindu tetapi Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan anggota Exco (kerajaan negeri) yang bukan India".

Ini satu ayat putar belit dari manusia yang suka berkhianat. Bolehkah orang India memijak-mijak Quran pula di hadapan Lim Guan Eng atau Koh Tsu Koon dengan alasan Quran bukannya dipijak didepan seorang Muslim? Ayat bodoh dari manusia bodoh ini menunjukkan kedangkalan akalnya.

Ibrahim Ali ini memang manusia kepala angin. KAdang-kadang dia akan tunjuk racist dengan menzahirkan kebenciannya yang membuak-buak kepada Cina khususnya DAP. Lepas tu dia akan meluahkan kasih sayangnya kepada UMNO yang sama-sama Melayu. Lepas tu dia akan memaki hamun dan mencerca PAS yang rata-rata ahlinya Melayu kerana tidak ikhlas memperjuangkan Islam.

Ibrahim Ali, next election kita tengok apa jadi dekat kau.. huhu

Tak sedar dia dikutip oleh Tok Guru waktu dihina-hina oleh UMNO. Dasar UMNO tak kenang budi!


/tranungkite

Monday, August 31, 2009

Nizar nt Najib Altantuya: UMNO Bukan Pejuang Kemerdekaan Sebenarnya!


Hari ini adalah ulangtahun Kemerdekaan Malaysia dari penjajahan British, yang kononnya dipelopori oleh Umno dan setelah 52 tahun perginya penjajah, kebanyakan rakyat Malaysia difahamkan bahawa Umno sahaja yang berjuang menentang penjajah. (Video Klip di Dalam)

Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah.

Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.

Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha)

Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy

Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA).

Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.

Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH.

Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.

Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya

1.API (Angkatan_Pemuda_Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.

2.AWAS (Angkatan_Wanita_Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.

4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5.Hizbul_Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.

6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.

8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8.Kesatuan Opera Melayu.

9.Persatuan Pemandu Teksi.

10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.

Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL.

Hartal telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.

Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar.

British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.








/buletinonline

Bukti UMNO,PEKIDA Dan PEWARIS Cuba Cetuskan Pergaduhan Kaum! :- Nizar nt Najib Altantuya


Setelah pelbagai strategi politik licik UMNO tak makan umpan, UMNO kini bersedia melakukkan sesuatu yang lebih ganas dan Jahat!! iaitu menimbulkan ketegangan uaum, itulah jalan terakhir mereka. Mereka sudah mencuba pelbagai cara samaada isu ketuanan Melayu, Kedaulatan Raja, isu Komunis dan akhir akhir ini isu pengkhianatan Melayu yang ditujukan Khas kepada Anwar Ibrahim.

Dalam Pilihanraya kecil Permatang Pasir adalah kemuncak serangan hebat kepada dua tokoh PR iaitu Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz yang akhirnya memakan diri sendiri. Keputusan di Permatang Pasir petunjuk jelas jalan keluar UMNO(BN) dari pentadbiran Putrajaya, pernah ditanya dalam perbincangan dan satu wawancara khas Rancangan Awani bersama 4 penganalisis Politk yang mengatakan dengan jelas keputusan Pilihanraya kecil Permatang Pasir adalah petunjuk jelas bagi keputusan Pilihanraya UMUM ke 13 dan akhirnya UMNO telah mendapat mesejnya dengan amat jelas.

Kini mereka ada satu cara lagi untuk mengekalkan kuasa melewati pilihanraya ke 13, iaitu cara yang sama pernah dibuat Tun Abdul Razak, iaitu mencetuskan huru hara kaum dan mengisytiharkan darurat, kini mereka cuba melakukannya.

Dan jangan dipandang ringan pendedahan Raja Petra bahawa kerajaan cuba menyeludup senjata untuk satu operasi khas dibawah UMNO dan Zahid Hamidi, dan ianya bukan amaran kosong.

http://mt.m2day.org/2008/content/view/26002/84/

Ketegangan kaum, cubaan memulakan pergaduhan baru baru ini dengan mengarakkan Kepala Lembu yang menjadi lambang suci agama Hindu oleh NGO UMNO yang terdiri dari NGO seperti Pekida dan Pewaris bukan pertama kali, dan isu kuil di seksyen 23 adalah bukan kali pertama cuba diperhangatkan semangat perkauman.

Sebelum ini mereka sudah memulakannya di Kuil Sekyen 19, seperti yang didedahkan MP Shah Alam Khalid Samad, mereka ini dengan kurang ajarnya membina gelanggang Silat disebelah kuil, menyembelih 2 ekor lembu, membuat provokasi untuk mengundang pergaduhan kaum, mereka merentangkan Banner dan Sepanduk dengan cuba mengambarkan ia dibuat oleh penyokong PAS yang mahukan Negara Islam ala Taliban ditubuhkan.

Geng geng samseng UMNO ini seolah olah suci walaupun mereka pengunjung tegar kelab malam dan kaki minum arak. Mereka mahu arak dihapuskan dan mahu Hudud dilaksanakan itulah provokasi murahan mereka. Tidak mustahil mereka akan berkeliaran dan mencari kuil baru untuk dbuat provokasi, mereka bukan penduduk tempatan tetapi mereka agen provokasi. Cubaan terkahir untuk mencetuskan pergaduhan kaum adalah ketika perhimpunan anti ISA, dan akhirnya mereka sedar mereka tidak punya pengikut, dan akhirnya mereka samseng UMNO sekali lagi cuba mengalihkan kembali api perkauman dengan membangkitkan isu perkauman. Anda boleh meilihat gambar yang tidak anda saksikan provokasi mereka di Seksyen 19, dan anda boleh lihat didalam laman ini.

http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1778920

Sekali lagi saya nyatakan, jangan pandang ringan amaran Raja Petra dalam artikelnya berkenaan pembelian senjata haram, jangan sampai senjata ini sampai ketangan geng samseng UMNO ini baru kita mahu segera bertindak. Tidak mustahil satu lagi babak yang lebih dahsyat akan berlaku, kerana mereka memerlukan darurat untuk kekal berkuasa.Tambahan pula, Tentera kini dibawa Zahid Hamidi, kalau Zahid Hamidi boleh bawa tentera untuk berkempen di Permatang Pasir dan tidak mustahil pelbagai operasi khas dan rahsia boleh dibuat pemimpin samseng Umno ini.

Dan PAS jangan berasa selesa, anda juga harus bersedia jika UMNO sedia melakukan drama dan babak sandiwara yang pernah mereka lakukan dalam kes (KMM) kumpulan Mujahidin Malaysia,dan kes Sandiwara Al-Maunah, kerana mereka pernah melakukkannya. Ketika hangatnya isu Jemaah Islamiah dan Nordin Mat Top jangan terkejut ada sahaja nanti kaitan yang cuba dilakukan dengan PAS, Ingat!! Singapura juga takut dengan kebangkitan Politik Islam, kalau tidak, tidaklah Musa Hassan boleh dapat penghargaan kerajaan Singapura. anda akan tahu sebabnya.

Lawan Tetap Lawan

Reformis Muda
/perakexpress

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA: UMNO Semakin MELAYU Ketika 1Malaysia :- Nizar vs Najib Altantuya


Ketika UMNO cuba menjuarai kembali hati rakyat Malaysia dengan slogan 1Malaysia tapi ketika itu jugalah UMNO semakin tebal kemelayuannya. Jelas berlaku pertentangan di peringkat tertinggi UMNO terutamanya PM begitu bersemangat melaungkan prinsip kesamarataan 1Malaysia dengan peringkat bawah dan pertengahan UMNO yang cuba menarik kembali slogan pecah perintah inggeris dahulu.

Tidak diketahui samada pertentangan ini adalah perancangan besar UMNO atau di luar kawalan peringkat tertinggi UMNO. Kalaulah ini merupakan perancangan besar UMNO peringkat tertinggi maka jelas teramat jahatnya UMNO bermuka-muka di hadapan rakyat Malaysia. Di pihak Pakatan Rakyat pula perlu ada usaha gigih untuk menenrangkan kepada rakyat tentang perancangan besar ini.
Tapi kalau bukan seperti yang dinyatakan di atas maka ini bermaksud UMNO telah berada di luar kawalan peringkat tertinggi partinya sendiri. Bermakna juga Najib sudah tidak mampu membendung semangat kemelayuan yang dikobar-kobarkan oleh UMNO selama ini. Dengan kesedaran masyarakat melayu yang separuh telah menerima keberadaan masyarakat bukan melayu di bumi Malaysia ini dan inginkan masyarakat bukan melayu ini pun diberi ruang keadilan dalam menjalani kehidupan sebagai rakyat Malaysia. Kesannya UMNO tertekan. Klimaks segala ini adalah insiden perarakan kepala lembu di SUK Shah Alam.

UMNO berhati-hatilah dalam berpolitik ketika ini. Tertekan sekuat mana pun tolonglah jangan api-apikan semangat kemelayuan. Kita sekarang berada dalam gelombang ICT di mana jarak telah diperdekatkan sehingga surat khabar yang terbit setiap pagi telah ketinggalan beritanya. Klip video perarakan kepala lembu di Shah Alam bukan saja dilihat di Sabah tetapi oleh semua penganut agama hindu di dunia. Kenapa kepala lembu? Itu pun satu persoalan yang memberi transkrip jawapan yang jelas.

Lembu yang sebelum ini dijadikan isu bermula dengan kisah korban, kemudian lembu juga diangkut di atas lori di hantar ke pejabat SPRM dan kini hanya kepala lembu diusung mendahului perarakan kepala lembu di SUK Shah Alam.

Najib tolong awasi percaturan politik UMNO. Kalau Tun Abdul Razak membawa penyelesaian kepada kemelut setelah melanda tragedi 13 Mei janganlah pula anaknya menjadi pencetus tragedi hampir serupa dengan apa yang telah diselesaikan oleh bapanya.

Namun sejarah juga mengingatkan kita kepada operasi lalang yang ketika itu ada individu yang berapi-api bersuara supaya setiap orang melayu membawa sebatang mancis api ke kuala lumpur.

Semoga allah menyelamatkan bumi malaysia dari sebarang malapetaka.


/tranungkite

Saturday, August 29, 2009

Isu Kepala Lembu: Jangan Terpengaruh Dengan Provokasi! – TS Khalid :-Nizar/Zambry & Najib Altantuya



Kerajaan Selangor dalam kenyataannya pada hari ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan memperendahkan kaum lain oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Kenyataan itu yang merujuk kepada kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23.

Kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri turut mempertikaikan masa dan ketika ia dibuat. Katanya, “pada ketika rakyat Selangor sedang bersiap-sedia untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-52, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama orang lain yang masih wujud dalam kalangan segelintir warganegara Malaysia itu, sangatlah dikesali.”

Kejadian itu dilihat sebagai satu jenis penghinaan kepada penganut agama hindu di sekitar kawasan Shah Alam dan dengan sendirinya tindakan tersebut adalah tindakan kebelakang dari proses penyatuan bangsa yang sudah lama dipraktikkan.

“Kerajaan Negeri berharap semua rakyat supaya bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum. Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan.”

Sebuah perbincangan tentang isu tersebut akan dibuat yang meliputi luahan pendapat masyarakat setempat. Perbincangan itu juga akan memberi peluang kepada pihak kerajaan negeri untuk menjelaskan fakta sebenar dan factor-faktor utama yang menyebabkan keputusan memindahkan kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Kata TS Khalid lagi, sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, kerajaan negeri menggesa supaya penduduk Seksyen 23 bertenang dan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh fakta-fakta yang tidak benar yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik Kerajaan Negeri Selangor.

—————————————————————————

Berikut merupakan kenyataan penuh TS Khalid Ibrahim.

—29 OGOS 2009—SHAH ALAM: Kerajaan Selangor kesal terhadap tindakan menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan penganut agama lain yang diapi-apikan oleh segelintir kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, di sini.

Pada ketika rakyat Selangor sedang bersiap-sedia untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-52, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama orang lain yang masih wujud dalam kalangan segelintir warganegara Malaysia itu, sangatlah dikesali.

Kejadian dan tindakan menghina agama orang lain itu menyebabkan seluruh negara ini dilihat undur kebelakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan. Walhal usaha tersebut, sebenarnya sudah dilakukan sejak kemerdekaan tahun 1957 lagi, demi pembinaan satu negara bangsa yang memperlihatkan persamaan visi dan identiti.

Seterusnya, Kerajaan Negeri berharap semua rakyat supaya bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum. Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan.

Sehubungan ini, Kerajaan Negeri meminta supaya pihak polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut para pemimpin Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada Sabtu, 5 September 2009, yang dihadiri oleh penduduk sebenar Seksyen 23, pegawai-pegawai MBSA dan pegawai-pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, Kerajaan Negeri menggesa supaya penduduk Seksyen 23 bertenang dan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh fakta-fakta yang tidak benar yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik Kerajaan Negeri Selangor.

Sekali lagi, marilah kita sama-sama memelihara sikap bertimbang rasa, rasional dan saling hormat menghormati kerana inilah cara terbaik bagi menyelesaikan hal ini.

TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

/perakexpress

Kepala Lembu: UMNO Jangan Cetuskan Ketegangan Kaum! - PKR :- Najib Altantuya vs Nizar/PKFZ


Parti Keadilan Rakyat dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan pada malam ini, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangannya, Sdri Latheefa Koya antata lain juga menyebut bahawa tindakan mereka ini jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

“Keadilan menegaskan bahawa tiada anggota dari Parti Keadilan Rakyat yang terlibat mahupun dibenarkan untuk menyertai protes seperti ini.

“Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.”

Dalam kenyataan itu juga PKR yakin bahawa tindakan mengarak kepala lembu itu adalah satu provakasi dan cubaan menghuru-harakan hubungan umat Islam dan masyarakat Hindu. Suasana huru hara yang terhasil seterusnya akan dimanfaati oleh UMNO untuk merampas balik Selangor.

“Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.”

——————————————————————————————————-

Berikut merupakan kenyataan penuh

-–28 Ogos 2009—


Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Keadilan menegaskan bahawa tiada anggota dari Parti Keadilan Rakyat yang terlibat mahupun dibenarkan untuk menyertai protes seperti ini.
Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.

Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.

Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.

Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.

Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat.


/perakexpress

Friday, August 28, 2009

ANTI NAJIB ALTANTUYA:- Realiti Orang Melayu (1)

Oleh: Rahim Zain

Mendesak, merayu dan menyindir untuk menyedarkan pemimpin yang tidak sedar diri bukan lagi menjadi cara perjuangan Melayu yang bijak. Perjuangan Melayu memerlukan kepada tindakan affirmatif yang boleh dilakukan di bawah dasar yang ada. Bahkan di bawah National Economic Policy yang menggantikan NEP, seperti yang lama dulu diumum oleh kerajaan, ruang untuk memajukan orang Melayu adalah luas. Yang menyempitkan keadaan adalah orang Melayu sendiri terutama kepimpinan Melayu termasuk NGO Melayu yang tidak faham politik Melayu sehingga pintu hilang hurmat oleh kaum bukan-Melayu terhadap Melayu terbuka luas.

Yang jelas dan juga penting disedari oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang baru bangun dari tidur menjerit ketuanan Melayu dan agenda Melayu ialah hakikat bahawa semenjak surutnya air sungai perjuangan Melayu akibat tsunami PRU12 Bangsa Melayu akan berhadapan dengan realiti terpendam dalam masa lebih awal. Memang tidak ramai orang Melayu yang didodoi dengan program kebudayaan Melayu dan lagu-lagu patriotic di radio, tv dan media cetak yang kenal atau mudah kenal realiti terpendam itu. Ramai yang dikhayalkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu masih beranggapan bahawa apa yang orang Melayu tidak rela melepas tidak boleh diceburi atau diperolehi oleh kaum lain! Masanya sudah tiba bagi orang Melayu yang berkhayal itu sedar dan hadapi realiti yang selama ini terpendam dan dipendamkan. Lebih lama orang Melayu berkhayal lebih lemah kedudukan kaum Melayu akan terjadi.

Realiti pertama yang perlu dihadapi oleh orang Melayu ialah hakikat bahawa Institusi Raja Melayu sudah renggang dengan rakyat Melayu sehingga Raja nampak tidak cepat merasai jeritan batin orang Melayu. Orang Melayu tidak pernah derhaka kepada Raja. Walaupun ketika orang politik riuh melemahkan kekebalan Raja orang Melayu tetap menyanjungi Raja. Orang Melayu mahu terus percaya kepada kebijaksanaan bapa-bapa keMerdekaan yang meletakkan Raja Melayu sebagai ketua Negara dengan fungsi sebagai ketua kepada Negara berbilangkaum dan payung kepada kepentingan bangsa Melayu. Itulah yang mahu orang Melayu percaya dan orang Melayu memang percaya dan mengharap. Orang Melayu terus mahu percaya bahawa Raja Melayu tahu bahawa orang Melayu mengharap kepada Raja Melayu sebagai pelindung kepentingan Melayu. Tetapi pemimpin-pemimpin Melayu tidak nampak pandai memupuk suasana dan saluran komunikasi yang mesra di antara rakyat dengan Raja.

Bertahun-tahun pemimpin-pemimpin Melayu berbalah dan berkrisis tanpa mendapat sentuhan nasihat atau teguran atau marah dari Raja yang boleh membuat pihak yang berbalah itu sedar dan bertaut. Orang Melayu mengharap kepada Raja untuk sekali sekala bertanya khabar dan mengambil berat tentang kesejahteraan orang Melayu supaya orang Melayu tidak jadi seperti ayam kehilangan ibu? Orang Melayu mahu Raja Melayu menjadi raja orang Melayu sambil menjadi Raja berPerlembagaan. Orang Melayu mengharap Raja Melayu menyuruh pemimpin Melayu hentikan perbalahan.
yang sudah lama wujud sehingga melemahkan kedudukan orang Melayu, pemimpin Melayu, dan Bangsa Melayu. Orang Melayu mengharap supaya Raja Melayu mendorong pemimpin-pemimpin Melayu berprestasi cemerlang dan bermoral tinggi demi maruah dan kedudukan Bangsa Melayu sebagai peneraju Negara. Rakyat sangat berharap kepada Raja Melayu untuk memberi perlindungan dalam keadaan yang memerlukan.

Realiti kedua ialah wujudnya di kalangan pemimpin-pemimpin besar Melayu sikap tidak mahu memperjuangkan kepentingan Melayu Islam dalam perkara-perkara yang menyentuh kehidupan rakyat Melayu. Kekaburan dalam interpretasi peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang menyentuh apa yang orang Melayu pegang tidak mahu diperjelaskan dalam Parlimen dalam bentuk Akta yang bersesuaian. Pemimpin-pemimpin Melayu sendiri sudah lama melepas tangan dan rela membiar supaya perkara-perkara kepentingan Melayu yang dipertikaikan diserahkan kepada mahkamah.

Nampaknya sudah tidak ada ruang atau kesediaan atau keberanian atau usaha untuk pemimpin-pemimpin Melayu angkatan baru berjuang dengan berhemah dan roh perjuangan Melayu bagi melindungi dan menangani isu kepentingan Melayu dalam masyarakat berbilang kaum walaupun semua tahu bahawa Bangsa Melayu didedahkan kepada risiko hilang maruah jika keputusan mahkamah merobohkan kepentingan Melayu. Dalam keadaan sekarang setiap kali perkara kepentingan Melayu ditolak oleh mahkamah begitu aibnya Bangsa Melayu dibuat.

Pemimpin-pemimpin Melayu di Parlimen tidak boleh lari dari tanggungjawab untuk berhujah kelas pertama bagi meyakin dan mendapat sokongan dari kawan dan lawan supaya kepentingan Bangsa Melayu tidak dijadikan sesuatu yang ditentukan oleh mahkamah. Apabila maruah Melayu hilang, kemuliaan Melayu pun turut hilang. Sikap hurmat orang Melayu dan orang bukan-Melayu kepada kepimpinan Melayu juga tidak dapat tidak akan terjejas. Orang Melayu akan jadi ejekan sebagai yang mahu menegak perkara yang bukan-bukan.

Jika pemimpin-pemimpin Melayu dalam Parlimen tidak dapat berdiri berhujah mempengaruhi dan menyakinkan anggota Parlimen supaya menerima apa yang orang Melayu perjuangkan sebagai sah dan relevan apakah perlunya orang Melayu diajak berjuang melalui politik. Seluruh ahli Parlimen Melayu perlu bersedia setiap masa untuk mengambil bahagian berucap di Parlimen dengan berhemah dan bersedia penuh dari segi daya berfikir, daya berhujah, ilmu pengtahuan serta sifat goodwill terhadap semua dalam Parlimen bagi memberi fahaman, mendapat persefahaman, sokongan, persetujuan, dan kelulusan Parlimen dari kawan dan lawan demi ketenteraman jiwa orang Melayu tanpa memberi masalah kepada kaum lain. Orang Melayu yang berkerajaan yang diterajui oleh orang Melayu tidak lagi harus berjuang di luar pagar.

Mungkin politik sudah tidak relevan kepada orang Melayu selain dari hanya sebagai proses rakyat memberi kuasa kepada wakil rakyat untuk mentadbir negara. Jika kuasa politik tidak diguna dengan baik secara yang tidak menekan mana-mana pihak bagi melindugi kepentingan Melayu maka politik sudah tidak relevan kepada kepentingan Melayu. Politik dalam keadaan demikian hanyalah penting dan relevan bagi pengurusan dan pentadbiran negara.

Wakil rakyat yang berapi-api tidak rela berkompromi lagi tentang kepentingan Melayu selepas ini sebenarnya berangan-angan. Perkara yang boleh menyelamatkan orang Melayu dari kehinaan dalam tanah air sendiri adalah Akta yang sepatutnya digubal untuk menjadi benteng kepada apa yang dianggap sebagai kepentingan Melayu. Kepentingan Melayu tidak boleh lagi samar-samar atau yang bukan-bukan mengikut selera orang Melayu yang baru bangun dari tidur. Kepentingan Melayu adalah apa yang konsisten dengan Perlembagaan dan perlu dinyatakan dengan jelas. Itulah salah satu faedah berpolitik. Memelihara kepentingan Melayu yang sah tidak semestinya menekan atau menafikan hak kaum lain.

Oleh kerana adanya sikap tidak mahu memperjuangkan kepentingan Melayu dan sikap melepas tangan oleh pemimpin-pemimpin besar Melayu hari ini maka orang Melayu perlu segera terima Realiti ketiga ia itu peranan undang-undang sebagai penentu dalam apa-apa yang orang Melayu mahu tetapi dipertikaikan oleh kaum lain. Sentimen yang ditiup sekarang tentang ketuanan Melayu dan orang Melayu tidak rela diitukan dan diinikan oleh kaum lain akan menjadi beban dalam perjalanan hidup orang Melayu di tanah air sendiri apabila pihak berkuasa melepas tangan dan menyerahkan perjuangan Melayu yang sah supaya ditentukan oleh Mahkamah.

Di bawah realiti ketiga ini orang Melayu mesti mulai berdiri dengan kesedaran bahawa yang akan menentukan apa yang orang Melayu mahu kekalkan adalah undang-undang dan mahkamah. Ilmu undang-undang menjadi penting. Batu Putih jatuh ketangan orang kerana mungkin orang Malaysia tidak pintar dalam bidang undang-undang. Orang Melayu akan kehilangan apa yang mereka anggap mereka punya jika tidak pintar dibidang undang-undang.

Realiti ke empat ialah hakikat bahawa orang Melayu perlu bersaing merebut peluang. Siapa cepat dia dapat akan menentukan kedudukan Bangsa Melayu secara relatif dengan kaum-kaum lain. Penentuan kedudukan orang Melayu di masa depan memerlukan ilmu, kemahiran, daya fikir dan kecekapan serta kepantasan bertindak. Ilmu sahaja atau sifat tidak rasuah seperti yang dikhutbahkan tidak akan menjamin kedudukan Bangsa Melayu jika tidak didokong oleh kebolehan dan kemahiran serta kepantasan bertindak. Hari ini contoh peluang yang terlepas adalah cukup banyak.

Dalam masa orang Melayu lesu menunggu RMK9, atau menunggu cabinet disusun semula atau menunggu pilihan raya diadakan kaum bukan Melayu tidak hirau itu semua. Perkara sedemikian tidak mengganggu perhatian mereka sehingga melesukan. Mereka sudah jauh kedepan dengan pencapaian dalam banyak bidang.Peluang dibidang ICT, baik dibidang penggunaan dan dibidang perniagaan serta perkhidmatan sudah teguh dipegang oleh kaum bukan Melayu dan sekarang mereka memegang bendera sebagai pihak di hadapan. Dengan tidak nampaknya orang Melayu berperanan dengan profile tinggi dalam bidang perdagangan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain sektor dalam Negara itu adalah tanda awal bahawa Melayu mulai hilang di dunia; ada tapi tidak nampak ada. Lama mana proses akan berlaku Allah saja yang maha mengtahui.

Realiti ke lima ialah bahawa segala dasar akan ditentukan oleh undi dan suara ramai atau kehendak ramai. Pihak yang mempunyai suara terbanyak akan menentukan kedudukan walaupun yang ditentukan itu tidak bersandar kepada logic. Realiti ini juga akan memeranjatkan orang Melayu yang baru bangun dari tidur dan yang beranggapan bahawa sebagai anak watan orang Melayu masih berhak dalam banyak perkara walaupun perkara-perkara itu mungkin sudah lama dikompromi. Sifat negara berbilang kaum akan mencorakkan dasar dan program negara. Dalam keadaan demikian orang Melayu tidak lagi boleh bersikap seperti Ahli Parlimen dari Johor yang tidak rela berkompromi lagi dalam perkara-perkara yang menyentuh kehidupan orang Melayu. Jika perkara yang hendak dipertahankan sebagai bidang orang Melayu itu adalah perkara biasa dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum maka ahli Parlimen dari Johor yang beria-ia tidak mahu berkompromi itu boleh dianggap sebagai bermimpi di siang hari. Rela atau tidak oleh beliau dunia sekeliling beliau akan berubah.

Realiti ke enam ialah kesihatan tubuh badan dan otak akan menentukan siapa dapat bertahan dalam situasi yang bergantung kepada daya tahan, daya tahan lasak, dan semua perkara yang bergantung kepada kesihatan. Kaum yang tidak berada dalam keadaan sihat atau berpenyakit, atau kurang pemakanan akan tidak cergas dalam kehidupan negara. Mereka tidak akan dapat berpartisipasi dalam kegiatan sosio ekonomi dengan berkesan dan mungkin akan menjadi beban kepada negara. Orang Melayu yang mahu menjaga maruah perlu berpartisipasi sepenuhnya dalam kehidupan negara dalam serba bidang secara cergas dan berkesan. Orang Melayu yang bervisi cerah perlu beri perhatian kepada kesihatan dan mencegah kegiatan yang merosakkan kesihatan. Penagihan dadah sudah tentu melemahkan. Sebagai contoh kecil tentang kesihatan otak, ramai pemimpin-pemimpin Melayu yang menaungi bermacam persatuan pencak silat tidak pernah mengarahkan supaya perbuatan memecah batu-bata dengan kepala yang boleh mencacat otak dihentikan. Amalan memecah batu-bata dengan kepala untuk menunjuk kekuatan mungkin mendedah otak kepada risiko cedera. Demikianlah mutu pemimpin politik Melayu. Otak Melayu perlu dijaga baik-baik terutama di kalangan muda mudi yang menjadi harapan bangsa.

Bersambung…..

Thursday, August 27, 2009

Pro Nizar-Anwar:- ADUN UMNO Takut Lompat Parti - PAS Terengganu

PAS Terengganu berpendapat, para Adun Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak berani untuk melompat parti.

Menurut seorang pemimpin PAS negeri itu yang dihubungi Harakahdaily, atas sebab itulah sampai sekarang, walaupun ada khabar-khabar angin mengenainya ia belum berlaku lagi sehingga kini.

Beliau yang enggan namanya disiarkan mengulas laporan laman web The Malaysian Insider (TMI) yang melaporkan sembilan Adun Umno bersetuju untuk menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu bersama PAS.

Namun usaha itu gagal kononnya kerana Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak bersetuju dan lebih senang bekerjasama dengan Ahmad Said.

TMI juga melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan 11 Adun Umno ini disamping seorang wakil Adun di Kemaman lepas pilihan raya kecil Manek Urai lalu.

Semalam, semasa sidang rehat Dun Terengganu, Harun Taib menafikan laporan itu dan berkata dia tidak tahu menahu mengenainya.

Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil yang dilaporkan TMI juga menafikan mahu meninggalkan Umno dan menyertai PKR. Namun, beliau mengakui ada masalah yang belum selesai dalam Umno.

Pemimpin PAS Terengganu yang dihubungi Harakahdaily ini mengesahkan memang ada ura-ura Adun Umno ini mahu menyertai PKR "tetapi ia belum berlaku kerana mereka tidak berani."

Beliau juga yakin, laporan yang mengatakan Harun Taib adalah penghalang pembentukan kerajaan baru ini berdasarkan persepsi Adun Umno berkenaan semata-mata kerana hubungan baik antara Harun dengan Ahmad Said.

Beliau yakin, apa-apapun, PAS Terengganu akan membuat keputusan bersama dan bukannya berdasarkan pandangan Harun seorang.

Dalam Dewan Undangan Terengganu ada 32 ahli. Lapan darinya adalah PAS manakala 23 adalah Adun Umno dan satu MCA.

12 dari Adun Umno dikatakan tidak bersetuju dengan Ahmad Said ekoran cara perlantikan beliau selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

Selepas pilihan raya umum 2008, istana Terengganu tidak perkenan cadangan Umno untuk melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB lagi.

Ekoran itu, Ahmad Said dilantik sebagai MB. Penentang Ahmad mendakwa, mereka diketepikan dalam perlantikan Exco dan lain-lain jawatan penting dalam kerajaan negeri.

Image
Dalam sidang Dun yang lalu, 10 dari mereka telah memboikot sidang Dun dengan alasan tiga dari mereka menerima SMS ugutan dari pejabat MB.(gambar atas)

Setelah disiasat polis, didapati ia adalah angkara Datuk Ahmad Ramzi, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh semasa dia menjadi MB. Kini Ramzi sedang menunggu perbicaraan kes itu.

Sejak itu, politik Umno Terengganu bergolak sehingga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Walaupun penyusunan semula dibuat ke atas Umno negeri, kumpulan yang menentang Ahmad Said menganggap ia memihak kepada Ahmad Said dan mengukuhkan politik beliau.
/harakahdaily

Sunday, August 23, 2009

Isu Syurga Dan Neraka Tak Perlu Dipanjangkan - Dr Mahfodz :- Nizar vs Najib Altantuya

Pesuruhjaya Pas negeri Johor,Professor Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyifatkan isu syurga dan neraka daripada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak seharusnya di ulas sesetengah pihak sehingga ada yang menyifatkannya (Nik Aziz) ‘manusia luar biasa’ dan memintanya bertaubat.

Beliau berkata, kenyataan juga tidak seharusnya diberikan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Abdul Shukor Husin terhadap kenyataan Nik Aziz mengenai sesiapa yang menyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam, tanpa bertanyakan hal itu terlebih dahulu kepada Nik Aziz.

Menurutnya, ulasan sesetengah pihak terhadap Nik Aziz itu hanya berdasarkan laporan akhbar yang dibuat justeru ianya tidak perlu dipanjangkan pihak lain sebelum pasti kesahihannya.

“Jika hendak buat kenyataan terhadap kenyataan seseorang itu, mesti tanya dulu tuan punya diri dan saya juga tidak mahu ulas apa-apa kerana tiada ditempat kejadiaan dan saya sendiri belum berkesempatan bertanyakan hal ini kepada beliau(Nik Aziz).

“Pas memang perjuangkan islam dan UMNO berdasarkan perkauman.Pada dasarnya memang betul apa yang ditimbulkan Nik Aziz itu, isu syurga dan neraka ditujukan kepada mereka yang berbuat baik akan dibalas baik dan jahat dibalas jahat namun janganlah disalah fahamkan maksud yang cuba disampaikannya itu,”katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi disini..

Sementara Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Johor, Anuar Salleh berkata, bukan sahaja isu syurga dan neraka yang diperkatakan UMNO dan BN malah pelbagai isu akan cuba dikeluarkan UMNO dan BN sempena pilihanraya kecil di Permatang Pasir.-/sinarharian

Saturday, August 22, 2009

Permatang Pasir: BN Mula Edar Risalah Hasutan Secara Terbuka :- Nizar / Teoh vs Najib Altantuya


Umno-BN menerima tamparan hebat selepas mengemukakan calon yang disenarai hitam Majlis Peguam kerana menyeleweng wang Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang.

Sehingga ke hari ini, calon Umno-BN Rohaizat Othman belum menjawab pendedahan bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak, yang membuat pendedahan terbuka mengenai penyelewengan yang dilakukan calon berkenaan.

Disaat genting seperti ini, jentera Parti Keadilan Rakyat di Dun N11 Permatang Pasir mengesan cubaan pihak-pihak tertentu menggunakan taktik 'false flag' bagi menarik sokongan pengundi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Umno-BN menggunakan nama Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dalam risalah-risalah yang diedarkan kepada pengundi menggesa supaya orang-ramai tidak menyokong calon Pas Salleh Man Mat Aji.

“Ia jelas bertentangan dalam adab dan pendekatan dalam pilihanraya, saya ingin mencabar Khairy Jamaluddin jangan gunakan taktik politik ini dan jangan ajak PKR atau Pas untuk terlibat dalam politik fitnah, adu domba seperti mana yang ditinjukkan melalui risalah,” katanya.

Lebih-lebih lagi di bulan mulia Ramadhan, Shamsul menyeru pihak terbabit supaya bertaubat dan kembali kepada corak kempen yang sihat.

AMK turut menyatakan kekesalan dengan tindakan terdesak Umno-BN, dan mengatakan bahawa AMK bersedia untuk mengheret individu-individu bertanggungjawab ke mahkamah.

“Fitnah seperti ini diedar kepada rakyat dan diedar secara terbuka dan berani oleh mereka yang memakai baju BN. Saya cabar mereka nafikan,” katanya.

Siastan mendapati risalah yang diedarkan itu berbaur perkauman dan menghasut kepada kebencian. Shamsul berkata mesej seperti ini tidak selari dan tidak diterima sama-sekali oleh PKR.

Menyentuh isu yang sama, Ketua AMK Pulau Pinang Yusmadi Yusoff tidak menolak risalah-risalah ini adalah antara komplot Umno-BN memporak-perandakan keutuhan saf Pakatan Rakyat.

Beliau tidak menolak pengedaran risalah-risalah ini mungkin cubaan untuk 'mindsetting' minda rakyat, sebelum disusuli dengan rancangan yang lebih besar.

“Saya mencabar pemuda Umno sekiranya betul 10 perkara yang ditulis ini hendak diracuni kepada masyarakat Pulau Pinang, mari kita berhujah mengenai isu 10 perkara ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan Kementerian Dalam Negeri berhubung isu pengundi hantu.

Tian Chua berkata siasatan jentera PKR turut mendapati adanya pengundi ragu bukan sahaja dalam pilihanraya Permatang Pasir, bahkan dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.

Demikian itu, Khairy diminta untuk tidak berlengah-lengah sehinggalah hari pengundian nanti, sebaliknya memfailkan aduan segera.

Tian Chua menggesa Pengarah SPR dipecat dalam usaha mewujudkan suasana pilihanraya yang bersih.

“Mereka sebahagian daripada kerajaan, bukan sahaja mempunyai bukti namun ada kuasa untuk selesaikan masalah. Kalau betul ada pengundi hantu, SPR seperti yang dicadang oleh Pakatan Rakyat, Pengerusi SPR harus dipecat.

“Ini bermakna pengerusi SPR tidak cekap dan tidak bertanggungjawab dan membenarkan ini berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran polis yang ramai di Dun N11 terutamanya dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat, Bendahari Agung PKR William Leong berkata ia merupakan satu tindakan cuba menakut-nakutkan orang ramai.

“Di ceramah jika kita tengok ramai polis beruniform untuk menakutkan rakyat mendengar walaupun Perlembagaan memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun terutamanya dalam kempen politik,” katanya.-/tvantara

Permatang Pasir: Mahfuz Cabar Khairy Keluar UMNO Esok !! :- Nizar / Teoh vs Najib Altantuya/Zambry


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini disaran keluar dari Umno kerana kredibiliti beliau sebagai Ketua Pemuda langsung tidak diiktiraf oleh pimpinan Umno sendiri.

"Saya ingin mencadangkan kepada Khairy, beliau juga patut meninggalkan UMNO apabila tidak ditawarkan apa-apa jawatan menteri ataupun timbalan menteri biarpun beliau adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

"Sedangkan Naib Ketua Pemuda UMNO merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan," ujar Mahfuz dalam seidang media harian PAS sempena pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Saranan yang dibuat Mahfuz itu atas cabaran Khairy yang mendesak PAS menjawab 3 persoalan yang ditimbulkannya semalam. Mahfuz berkata bahawa Khairy tidak perlu menasihati PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana kononnya Allahyarham Datuk Hamdan tidak diberikan kedudukan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Tetapi beliau mempersoalkan semula kenapa Khairy tidak diberi sebarang jawatan walaupun dia Ketua sayap utama dalam parti itu dilantik menganggotai jemaah menteri.

Mahfuz yang juga Pengarah Jentera Induk PAS untuk pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir memberi tempoh sehingga lusa untuk Khairy keluar daripada UMNO bagi merealisasikan hujjahnya.

"Saya cabar Khairy umumkan bahawa dia telah keluar Umno selewat-lewatnya esok!," tambahnya mempersoalkan kemenangan Khairy yang menang jawatan Ketua pergerakan itu antara yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno berhubung kesalahan politik wang tetapi sekadar diberi amaran keras berbanding calon timbalan presiden, Mohd Ali Rustam.

Keciciran Khairy dari kabinet baru Najib Mac lalu mencipta sejarah tersendiri - dan mencetuskan kontroversi - kerana selama ini ketua pergerakan Pemuda umumnya dilantik menganggotai kabinet, yang terakhir ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Pelajaran.-/prk n11

17 Pengkhianatan UMNO Kepada Orang Melayu :- UBN Najib Altantuya vs Nizar/Teoh


Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.

Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin.

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.

Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani - 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra. -GB

Monday, August 17, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Rekod Penghinaan Terhadap Islam Oleh UMNO/BN


Bukanlah suatu perkara sangat sukar bagi mana-mana pihak yang senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu sosio-politik negara untuk merasionalkan maksud sebenar penegasan Mursyidul Am PAS berkenaan sikap DAP terhadap Islam yang hangat diperkatakan kini.

Ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan negeri Kelantan di Kota Bharu pada Rabu (12 Ogos), Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan menganggap tindakan beberapa pemimpin DAP yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam tidak menghairankan. Baginya ia mungkin ekoran kefahaman mereka terhadap agama Persekutuan yang tidak begitu mendalam.

Tok Guru sebaliknya membandingkan tindakan pemimpin bukan Islam itu dengan penghinaan yang dibuat oleh sebilangan pemimpin Islam sendiri.

"DAP kalau hina Islam, pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"ulasnya.

Meski pun tidak menyatakan pemimpin Islam mana yang beliau maksudkan, tidak sukar diakui kenyataan beliau itu lebih ditujukan kepada para pemimpin Umno.

Apatah lagi itu bukan kali pertama Tok Guru meluahkan kekecewaannya terhadap parti tua itu yang disifatkannya terang-terang menolak ajaran Islam dan memilih kebangsaan sebagai dasar perjuangannya. Perbuatan Umno itu menyebabkan Islam tercemar dan disalah-ertikan kesuciannya, terutama oleh mereka yang bukan Islam.

Tidak syak lagi senarai penghinaan oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno terhadap ajaran dan hukum Islam amat panjang. Ia boleh dikatakan berlaku saban tahun dan tidak terlepas dari perbahasan dalam masyarakat.

Kes paling banyak ialah percanggahan terbuka antara para pemimpin Umno dengan para ulama dan agamawan. Sebagai pengajaran apa kata kita tinjau kembali sebahagian daripada isu-isu dimaksudkan itu.

Pertama, isu rumah terbuka kongsi raya. Satu daripada 23 resolusi Muzakarah Ulama pada Jun 2006 menggesa kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Menurut kenyataan jawatankuasa muzakarah, resolusi itu bukan berniat memburukkan kepercayaan agama lain di negara ini. Sebaliknya ia merupakan perkara fikah bagi mempertahankan akidah umat Islam.

Ia dibuat ekoran keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelumnya bahawa perbuatan merayakan perayaan agama lain boleh memesongkan akidah umat Islam dan membawa kepada kesyirikan (The Star, 16 Jun 2006).

Gesaan itu bagaimana pun disanggah secara terbuka oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau sebaliknya menegaskan kementeriannya akan meneruskan program rumah terbuka kongsi raya kerana ia acara sosial yang diterima baik pelbagai kaum dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.

Bukan itu saja, Rais malah dipetik akhbar sebagai menempelak para ulama seraya menyifatkan pandangan mereka itu sebagai pemikiran sempit.

"Mereka yang beranggapan sambutan itu tidak boleh diadakan saya anggap itu pemikiran sempit dan kami sedia bertelaah dengan mana-mana pihak berhubung isu itu," kata Rais (Berita Harian, 16 Oktober 2006).

Kedua, isu konsert hiburan keterlaluan. Mufti Perak, Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria menegaskan semua konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition, Malaysian Idol dan Karnival Sure Heboh TV3 jelas bertentangan dengan hukum syarak.

Selain menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, program berkenaan jelas membelakangkan hukum agama seperti meninggalkan solat, menggalakkan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan menyelitkan unsur kebaratan.

"Adalah disyorkan karnival itu (Sure Heboh TV3) dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam,"kata Harussani (Berita Harian, 3 Ogos 2004).

Pengajuran Sure Heboh TV3

Keputusan itu bagaimana pun dipersoalkan Menteri Penerangan, Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir. "Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah. Tiada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja,"katanya, sepertimana dipetik Berita Harian pada tarikh sama.

Beliau selanjutnya meminta pihak yang membuat kenyataan mengharamkan sesuatu perkara agar mengkaji terlebih dahulu kesannya supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Kenyataan itu boleh ditafsirkan sebagai menyindir golongan ulama, khususnya Mufti Perak.

Ketiga, konsep Islam Hadhari yang mengelirukan. Konsep itu diperkenalkan oleh Umno sejurus selepas Dato' Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih teraju negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 2003.

Sejak diperkenalkan, Islam Hadhari tidak pernah sunyi dari pertikaian, terutama dari kalangan ulama dan cendikiawan Islam sendiri. Ia antara lain dianggap seumpama mengada-adakan sesuatu yang dilabelkan kepada Islam dan menyalahi sifat Islam itu sendiri yang sudah sempurna.

"Kita tidak boleh dengan mudah menggunakan perkataan Islam sebagai label, sebab ia boleh menimbulkan kekeliruan. Sebab itu sejak mula diperkenalkan dulu, orang bertanya: Kenapa Islam Hadhari? Dan mereka bertanya lagi: Apakah Islam yang ada sekarang tidak betul?,"ulas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (wawancara dengan Sinar Harian, 17 April 2008).

Menurutnya, ramai kalangan ulama yang tidak bersetuju dengan istilah Islam Hadhari."Mereka menyatakan pandangan mereka secara terbuka, tetapi mereka tidak didengar," sambungnya lagi.

Memang itulah sifat dan sikap Umno, dulu, kini dan selamanya. Ia memang sukar mendengar dan menerima pandangan pihak lain, termasuk dari ulama dalam perkara berkaitan Islam.

Keempat, wanita dibolehkan melacur jika terdesak. Itu kesimpulan yang dapat difahami dari pandangan Dato' Dr Mashitah Ibrahim. Bagi Umno beliau adalah seorang agama wanita dan dijulang menerusi forum perdana ehwal Islam serta diberikan tanggungjawab dalam kerajaan menerusi portfolio berkaitan Islam.

Namun bagi Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddeen Mohd Taib yang pernah bertanding menentang Dr Mashitah di situ, jelitawan Umno itu ialah seorang 'ratu cantik'.

Okay, kesnya ialah Dr Mashitah melalui kolumnya di Harian Metro 21 Jun 2005 memberikan respons kepada satu soalan mengenai wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Jawabnya, mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu terpaksa membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan.

Sambungnya lagi, perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak dan darurat, ia dimaafkan.

Kenyataan itu mendapat reaksi tidak menyenangkan sebahagian besar umat Islam negara ini. Malangnya, reaksi itu tidak langsung mendorong Dr Mashitah menariknya balik. Umno pula bukan setakat tidak menegur keterlanjuran itu, malah semakin memberikan keistimewaan kepada Dr Mashitah.

Ketika membuat kenyataan itu beliau hanyalah Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Kini beliau naik satu anak tangga ke jawatan timbalan menteri menjaga portfolio sama. Mungkinkah anugerah itu sebagai penghargaan Umno atas fatwanya yang menghalalkan pelacuran itu?

Kelima, Kabinet menolak garis panduan hiburan berasaskan agama kerana bercanggah dengan Perlembagaan. Kes pada Mei 2005 ini satu lagi yang membabitkan Rais. Selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, beliau berjaya meyakinkan Kabinet untuk menangguhkan pelaksanaan cadangan garis panduan hiburan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berbagai alasan diberikan bagi merasionalkan keputusan itu. Dikatakan perkara itu memerlukan kajian mendalam. Rais juga menyebutkan tentang adanya sebuah jawatankuasa dikenali sebagai Puspal, dibentuk pada 2001 di bawah kementeriannya. Baginya jawatankuasa itu telah melaksanakan tugasnya dengan baik memantau etika dan perlakuan pelakon, penyanyi dan anggota kumpulan muzik.

Difahamkan garis panduan hiburan itu antara lain melarang penyiaran atau persembahan hiburan ketika waktu solat. Ia juga melarang penggunaan istilah dan penulisan lirik yang bercanggah dengan Islam atau yang dianggap melalaikan pendengar. Penggubalan garis panduan itu turut melibatkan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Malangnya ia seakan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan. Walau pun menggunakan istilah 'menangguhkan', tempoh penanggguhan itu tidak diketahui bila akan berakhir. Apa yang pasti setelah lebih empat tahun berlalu, rakyat belum diberitahu sejauh mana perkembangan kajian mendalam oleh Rais itu.

Mungkin hasrat sebenar beliau dapat difahami dari kata-katanya ketika itu.

"Sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang yang hakikatnya berkaitan agama terhadap industri muzik dan hiburan sebagai lebih daripada polis moral yang amat mengikuti undang-undang.

Umno tolak hukum Islam

"Melaksanakan peraturan keagamaan seperti 'apa yang boleh dan tidak boleh dibuat', bertentangan dengan Artikel 8(a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan prinsip kesaksamaan semua rakyat dalam undang-undang,"katanya (Berita Harian, 28 Mei 2005).

Ya, mungkin bagi Umno, wasiat Raja-Raja Melayu bahawa Islam itu Agama Persekutuan akan dijunjung hanyalah selagi mana Islam itu tidak bercanggah dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan?

Keenam, Kabinet April lalu memutuskan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin walau pun ibu atau bapa memeluk Islam. Keputusan itu kemudiannya ditempelak para mufti dan agamawan sebagai membelakangkan kepentingan Islam. Mereka berpendapat Kabinet sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan pandangan Islam sebelum membuat keputusan itu. Ia juga tidak diperkenankan Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang bulan lalu.

Ada banyak lagi contoh dalam senarai perkara yang boleh dikategorikan sebagai tindakan Umno yang bercanggah dan menghina Islam. Jika mahu dimuatkan kenyataan para pemimpin Umno yang menolak hukum Islam, khususnya hudud, ia akan menjadi terlalu panjang.

Ada sebuah buku bertajuk "Mahathir anti-Islam" diterbitkan Dewan Pemuda PAS Pusat (2002) memuatkan sebahagian kenyataan, terutama oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir mengenai perkara itu.

Sebagai kesimpulan, sudah tidak sukar diakui betapa sikap dan perbuatan sebilangan pemimpin Melayu-Islam sendiri sebenarnya yang menjadi punca penghinaan terhadap Islam, termasuk oleh bukan Islam. Sepertimana ditegaskan Tok Guru, apabila pemimpin Islam sendiri tidak menerima gagasan Islam dalam hidup atau sebagai dasar parti dan kerajaan yang mereka pimpin, apa peliknya bila bukan Islam mempertikaikan Islam? - /harakahdaily

Sunday, August 16, 2009

Menyingkap Agenda Tersirat Muhyiddin Yassin :- Nizar vs Najib Altantuya


TIMBALAN Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba membuka gelanggang perdebatan, dengan mendakwa Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Media massa yang menjadi alat pengampu Umno-Barisan Nasional digunakan sehebat-hebatnya untuk menyerang Anwar dan mengecam PAS yang turut diheret sama kononnya menggadai masa depan Melayu-Islam kerana berkawan dengan DAP.

Seolah-olahnya Muhyiddin dan media pengampunya mahu memberitahu rakyat bahawa Umnolah sebuah parti yang jujur dan tulen memperjuangkan nasib Melayu.

Jujurkah Umno? Tulenkah Umno? Memang isu ini amat menarik untuk diperdebatkan, khususnya oleh orang-orang Melayu, kerana ia bakal membuktikan kepada rakyat, siapa sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Seharusnya Muhyiddin mencermin diri sendiri terlebih dahulu, apakah perjuangan Umno benar-benar tulen untuk membela nasib bangsa? Jika Umno pejuang tulen, mengapa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal?

Muhyiddin harus juga memikirkan, apakah beliau semasa menjadi Menteri Besar Johor tidak lama dahulu, beliau tidak terbabit dalam mengadaikan tanah dan kepentingan Melayu kepada bukan Melayu, khususnya rakyat asing dari negara jiran?

Dalam isu PPSMI misalnya, yang diakui sendiri beliau di Perth baru-baru ini dengan mengatakan 3 juta pelajar Melayu menjadi korban dasar PPSMI.

Soalnya mengapa Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno menyokong dasar 'membunuh' bangsa yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulu?

Muhyiddin hanya membuka pekung Umno. Sekaligus beliau memberitahu rakyat bahawa betapa bodohnya pemimpin-pemimpin Umno yang menyokong dasar PPSMI secara membuta tuli, demi kepentingan politik Umno, walaupun dasar itu menindas bangsanya sendiri?

Dalam kolum ini, penulis belum berhasrat untuk membahaskan persoalan siapa sebenar pengkhianat Melayu secara terperinci.

Penulis mahu melontarkan persoalan dari sudut yang berbeza, iaitu mengapa tiba-tiba sahaja Muhyiddin beria-ia mencanangkan ketuanan Melayu dan menempelak Anwar, yang pernah menjadi pemimpin yang disokong dan disanjungnya sebagai pengkhianat?

Penulis beranggapan 'tembakan' Muhyiddin terhadap Anwar bukan bertujuan untuk membunuh karier politik Anwar semata-mata. Beliau ada agenda yang lebih besar dari itu.

Justeru, apa agenda tersirat Muhyiddin dalam konteks ini? Pada penulis tindak tanduk Muhyiddin sebenarnya mencurigakan orang-orang Umno sendiri.

Tatkala Presiden Umno dan PM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bercakap soal One Malaysia, rakyat pelbagai bangsa diutamakan, Muhyiddin pula bercakap sebaliknya, seolah-olah mempamerkan beliau seorang yang rasis.

Tindakan Muhyiddin bercanggah dengan aspirasi Najib yang meuar-uarkan dasar liberalisasi pentadbirannya, yang menarik balik atau memansuhkan puluhan dasar kepentingan bumiputera.

Umno kini ibarat kapal dengan dua nakhoda. Apa yang berlaku ialah wujud perbezaan ketara antara Najib dengan Muhyiddin. Ini menunjukkan perbezaan pendapat dan perpecahan dalam Umno masih wujud, khususnya di kalangan pemimpin tertinggi.

Politiking dalam Umno memang hebat. Masing-masing tidak mempercayai rakan sendiri, masing-masing berjuang untuk melindungi kepentingan peribadi dan puak. Najib takut dicantas Muhyiddin dan Muhyiddin juga mahu mencari jalan untuk menjadi PM.

Masa tidak mencukupi buat Muhyiddin kerana usianya lebih tua daripada Najib. Beliau hanya boleh tunggu sepenggal sahaja lagi untuk menaik setakuk. Barangkali Muhyiddin juga bimbang, beliau akan mengulangi nasib Tan Sri Musa Hitam sewaktu menjadi TPM di zaman Mahathir dahulu.

Oleh itu, sewaktu Najib sibuk mencari sokongan bukan Melayu, Muhyiddin mengorak langkahnya sendiri dengan percubaan untuk menjadi 'jagoan' menjuarai isu-isu Melayu. Najib cuba membuat reform supaya Umno lebih terbuka dan tidak rasis, sebaliknya Muhyiddin menarik 'gear' ke belakang.

Muhyiddin bukannya memperjuangkan semangat ketulenan Melayu, beliau hanya mahu memperkuatkan 'political base'nya sahaja.

Muhyiddin tahu teras sokongan kepada Umno ialah dari orang-orang Melayu, bukan dari bangsa lain. Bagi Muhyiddin inilah masa yang terbaik buat beliau, iaitu sewaktu Umno lemah, untuk membangkitkan semangat rasis atau nasionalisme Melayu.

Ini adalah strategi serampang dua mata. Jika selepas ini dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil atau Umum, Umno-BN kalah juga, bermakna dasar One Malaysia yang diperkenalkan Najib merupakan suatu kesilapan.

Maka ketika itu orang-orang Umno yang dalam setahun dua ini dibentuk dengan persepsi bahawa Muhyiddin adalah nasionalis tulen, akan menuding jari pula kepada Najib, sekaligus menyuruh PM berundur dan digantikan dengan Muhyiddin.

Dalam politik Umno tiada jaminan setiakawan. Muhyiddin bersama Najib dalam satu kumpulan wawasan yang bertembung dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sekumpulan dengan aruah Tun Ghafar Baba dalam pertembungan sengit Umno tahun 1993.

Mereka 'naik' dalam parti bersama Anwar, meninggalkan dan membuang Anwar sebaik bekas TPM itu dipecat pada tahun 1998.

Selepas Abdullah lantik TPM oleh Mahathir, Muhyiddin meninggalkan Najib yang sekumpulan dengannya dahulu untuk menyertai 'geng' Abdullah pula.

Selepas kegagalan besar Umno-BN pada PRU 2008, Muhyiddin mengambil kesempatan dari kelemahan Abdullah, 'menikamnya dari depan' dengan membuat gesaan berulangkali supaya berundur dari jawatan PM.

Maka dalam keadaan sekarang, tidak mustahil suatu hari nanti, Najib juga, jika tersilap langkah, akan menerima nasib yang sama dengan Abdullah.

Semua ini hanya sekelumit bukti yang menunjukkan bahawa, pemimpin-pemimpin Umno bukannya jujur memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi lebih kepada perjuangan untuk kepentingan peribadi, demi merebut jawatan dan kuasa.

Reform untuk memperbaiki Umno dari dalam akan terus menemui kegagalan kerana mereka mempunyai pemimpin-pemimpin yang materialistik dan tamak.

Hanya kuasa rakyat sahaja yang boleh menghentikan semua kedangkalan ini. -/harakahdaily

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost